Buat apa Tanya Filman ingin tahu. Padanlah rumahnya sunyi sepi sahaja sehingga ke Maghrib.
Mak Long kan nak terima menantu tak lama lagi. Adalah tu benda yang dia nak bincang dengan ma. Balas Najla.
Kahwin juga si Khairun tu ya. Filman tersengih sebaik teringatkan Khairun Bariyah, sepupunya yang baru tamat pengajian kedoktoran dan kini sedang menjalankan praktikal di sebuah hospital universiti.
Yalah, dah sampai jodohnya. Takkan dia nak tunggu abang pulak. Sengih Najla.
Filman berpaling. Wajah gadis itu nakal memandangnya. Filman menjegilkan biji matanya. Najla ketawa besar. Dia faham Filman tidak suka digosipkan dengan sepupu mereka. Apatah lagi Mak Long mereka pernah berhasrat mahu menjodohkan anak perempuannya dengan Filman selepas abangnya bercerai dengan bekas isterinya dahulu.
Tadi siapa hantar Melly balik Soalan Filman sebenarnya ditujukan pada Aliff yang kelihatan ralit melayan Melia yang seronok bermain-main dengan anak patung barbie yang baru dibeli. Sengaja dia bertanya begitu, meski dia sudah maklum Danira yang menghantar anaknya pulang petang tadi.
Kakak hantar. Sampuk Melia sebelum sempat Aliff mahu menjawab.
Kak Danira Soal Filman. Melia memandangnya sebentar sebelum mengangguk.
Melly ada ajak kakak masuk
Kakak yang tak mahu. Kak Nira kata dia kena balik cepat. Jawab Melia.
******
Filman terdiam. Dia termenung seketika sehingga tidak sedar empat pasang mata sedang pegun memandangnya. Rupa-rupanya Aliff dan Najla sedang ralit memerhatikan ke arah Filman yang tiba-tiba berubah sikap.
Ehemm Aliff sengaja berdehem. Najla juga sudah mula mengukir senyuman. Filman yang mula menyedari dirinya menjadi perhatian, terpinga-pinga memandang kedua-duanya silih berganti.
Kenapa Tanya Filman hairan.
Ada sesuatu yang abang lupa nak beritahu kami Najla cuba mencungkil cerita. Dia benar-benar ingin tahu siapakah kakak yang dimaksudkan Filman dan Melia sebentar tadi. Cara kedua-duanya berbual bagaikan tidak wujud orang lain di situ.
Maksud Naj Filman tercengang.
Najla tidak bersuara. Sebaliknya mata gadis itu beralih ke arah Melia yang turut memandang ke arahnya. Melly, siapa kakak yang papa cakap tu Najla mula memasang perangkap. Melia yang menjadi sasarannya. Wajah Filman sudah mula merah padam.
Naj Tegur Filman.
Kak Nira. Kakak tu cantik tau Mak Su. Cerita Melia ceria.
Cantik macamana Macam mama Usik Najla lagi.
Melia tidak menjawab. Matanya kembali mencari wajah si ayah yang kelihatan murung sebaik mendengar usikan Najla yang terlepas kata. Aliff yang menyedari perubahan pada wajah Filman pantas menyiku lengan Najla. Najla memandang abangnya Filman. Lelaki itu turut memandang ke arahnya.
Maaf bang, Naj terlepas cakap. Sorry kalau abang tak suka. Ujar Najla serba salah. Filman tidak menunjukkan sebarang reaksi. Najla semakin gelisah. Alamak, habislah dia kalau Filman tersinggung nanti.
Filman tiba-tiba ketawa besar. Aliff juga ikut tertawa. Hanya Najla yang masih terpinga-pinga tidak mengerti.
Naj dah mula takut tu bang Aliff bersuara seraya memandangnya. Najla mula memahami situasi sebenar. Tak habis-habis kedua lelaki itu berpakat mahu menyakatnya. Serentak cubitan Najla singgah di lengan Aliff. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
Sakitlah Naj keluh Aliff seraya menggosok-gosok pehanya.
Padan muka, siapa suruh Aliff main-mainkan Naj. Najla menarik muka empat belas. Filman pula masih melempiaskan tawa. Serentak dia mengerling ke arah Melia yang ikut tertawa meskipun anak kecil itu tidak mengerti apa-apa.
DANIRA baru selesai menunaikan solat Isyak apabila telefon di taska itu tiba-tiba berdering. Dia cepat-cepat mengaminkan doa sebelum bergegas mendapatkan telefon di tingkat bawah.
Hello. Kak Mila ya Sapa Danira terlebih dahulu. Sangkanya Kamila yang menelefon, apatah lagi selama ini, wanita itu memang kerap menelefonnya untuk bertanyakan khabar. Tapi sebaik dia mendengar suara seorang lelaki di hujung talian, wajah Danira segera berubah. Bukan Kamila seperti yang disangkakannya!
Ya Encik Filman. Encik Filman nak cakap dengan Kak Mila ke Sedaya upaya dia cuba mengawal ton suaranya agar tidak kedengaran gugup di pendengaran lelaki itu. Memang dia terkejut menerima panggilan dari Filman malam-malam begini.
Tak boleh Encik Filman, saya takut Kak Mila marah. Lagipun saya banyak kerja di sini. Dia membuat alasan. Setelah beberapa minit berbual-bual, Danira meletakkan gagang telefon. Wajahnya rungsing. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja lelaki itu mahu mengajaknya keluar pagi esok
Saya nak ajak Danira temankan saya dan Melly keluar berjalan-jalan makan angin esok. Permintaan Filman bunyinya janggal sekali di pendengarannya.
Nak ke mana Encik Filman Dia bertanya ingin tahu.
Adalahnanti saya bagitahu. Bagitahu awal tak surprise pulak. Tapi saya benar-benar berharap Danira sudi mengikut saya dan Melly esok. Pinta Filman.
bersambung
Bab akan datang:
Kemanakah tempat yang ingin Filman bawa Melly dan Danira pergi