FELISHA berkurung dalam bilik. Sejak kejadian hari tu, dia tak berani ke kedai bunga lagi. Semuanya diserahkan kepada Ainul menguruskan semua urusan pesanan dan jualan bunga. Ainul telah dilantik sebagai pengurus kedai bunga. Azila pula telah berhenti dengan rela hati. Najwa dihukum penjara dua tahun kerana tuduhan bersubahat menculik. Badrul pula dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan menculik dan cubaan merogol. Keratan akhbar dilipat dan diletakkan atas meja. Telefon bimbitnya berdering kuat.
Hanim.. Felisha menjawab telefon. Lemah suaranya.
Sha..kau okey ke Aku dah baca berita tu. Tak sangka Najwa sanggup buat kau macam tu. Dari dulu lagi aku dah syak dia tu macam ada sesuatu yang tak kena. Suara Hanim di hujung talian memecah keheningan bilik Felisha.
Beb..aku pun tak sangka. Rupanya selama ini dia yang menjadi dalang semua tu. Dia yang mengarahkan lelaki gila tu mengekori aku dan merogol aku. Bila jadi macam ni, aku dah tak percaya pada dia lagi. Kepercayaan ni seperti kertas, sekali ia dikeronyok, sukar benar untuk kembali rata seperti sediakala. Rupanya dia buat semua tu sebab dendamnya pada abang aku. Kau tahu Nadia Dia rupanya adik kembar Najwa yang sudah rosak di tangan Ben, kawan baik Dr. Aqif kau tu. Felisha mula menjelaskan perkara sebenar.
Kembar Muka tak sama pun Suara Hanim kedengaran keliru.
Kembar tak seiras..perangai pun berbeza. Nadia tu cantik, pandai bergaya. Najwa pulak kasar.. Felisha berkata tanpa nada perasaan. Malas nak cerita panjang.
Jadi Najwa tuduh abang kau yang rosakkan adik dia
Felisha masih mendengar suara Hanim yang semakin geram dengan tindakan Najwa dan segala rancangan Najwa.
Ya beb.. lemah suara Felisha.
Maknanya dia nak kau juga rosak seperti mana adik dia rosak, macam tu Suara Hanim semakin kuat di hujung talian.
Entahlah beb..yang penting sekarang ni aku dah selamat. Masa di rumah tu, aku hampir-hampir dirogol Badrul, lelaki upahan Najwa.
Alhamdulillah, Fariz dan abang aku sempat selamatkan aku.. Felisha mengesat air mata.
Alhamdulillah..Sha, kau jaga diri baik-baik ya. Aku gembira kau selamat. Mohon pada Allah..
Felisha matikan talian. Hanim pun sudah tahu tentang tu.
Sha..
Felisha berpaling. Puan Bainun menapak ke arahnya.
Mama.. Felisha senyum hambar.
Sudahlah..jangan difikirkan sangat benda yang dah lepas. Sha pun dah selamat. Puan Bainun cium dahi Felisha.
Mama..Sha tak sangka..housemate Sha sendiri yang merancang semua ni. Felisha tunduk.
Mama pun tak sangka. Macam tak percaya pulak. Puan Bainun mengusap lembut rambut ikal Felisha.
Sha takut mama. Sha dah fobia nak cari kawan. Felisha peluk erat mama.
Hmm..Fariz kan ada. Sha berkawan jelah dengan Fariz. Lagi berkat! Puan Bainun senyum.
Felisha turut senyum. Teringat perbualannya dengan Fariz sebelum kejadian tu berlaku. Apa yang Fariz nak cakap sebenarnya Tak sempat mendengar kata-kata Fariz. Telefonnya dah tercampak ke tepi dinding masa tu.
Oh ya, mana abang Felisha kesat air mata. Dia melihat ke arah luar bilik.
Dia ada kat bilik. Tadi kak Arini mengadu sakit perut. Puan Bainun senyum lagi.
Kak Arini nak bersalin ke Felisha pandang wajah Puan Bainun yang sudah berubah.
Entahlah..dah nak dekat due tu.
Oh..
Sha macam mana Bila nak beri mama cucu Usik Puan Bainun.
Felisha mencebik.
Mulalah tu. Tadi Fariz pesan kat mama, petang nanti dia nak ajak Sha balik rumah mama dia. Sejak kejadian tu, Sha dah seminggu tinggal kat sini. Puan Suraya hari-hari telefon mama tanya pasal Sha. Pergilah tidur rumah sana pula. Alia pun sibuk tanya pasal Sha. Puan Bainun pujuk Felisha.
Baiklah mama. Felisha mengangguk lemah. Memang sejak kejadian tu, dia hanya menghabiskan masa di rumah mama. Fariz terpaksa mengalah.
Dah. Jom makan. Dah dua hari Sha tak lalu makan. Puan Bainun pujuk Felisha yang sudah nampak agak kurus.
Mereka menikmati juadah petang bersama di ruang tamu.
Mama..Fakrul ingat nak tangguh pengajian di UK. Arini macam dah nak bersalin. Lepas bersalin nanti, kami akan sambung belajar semula. Fakrul senyum. Dia pegang lembut tangan Arini di sebelahnya.
Eloklah tu. Dapat mama jaga baby tu nanti. Puan Bainun turut pegang tangan Arini.
Abangboleh Sha tanya sikit
Apa dia
Betul ke abang tak buat apa-apa pada Nadia Felisha masih mencari kepastian. Perasaan terkilan masih bertapak dalam hati. Kesian pada Najwa yang menjadi mangsa keadaan.
Sha..kan abang dah cakap. Semalam, Ben datang jumpa abang. Dia mengaku. Dia menyesal atas tindakan gelojohnya dulu. Dia dah pun jumpa Nadia di hospital bahagia. Alhamdulillah..Nadia dah semakin sembuh. Ben ingin bertanggungjawab atas semua kesalahannya. Ben tu pun dah berubah sekarang ni. Siap ajak abang ke masjid lagi berjemaah. Abang terfikir, iman kita ni, Allah yang kurniakan dengan hidayah dan inayah Nya. Bertuah sesiapa yang mendapat hidayah Allah. Macam Ben tu, lebih alim dari Faizal, ketua usrah abang masa di kampus dulu.
Alhamdulillah. Fakrul berterus terang.
Oh. Felisha angguk-angguk.
Baguslah macam tu. Allah maha pengampun. Kembalilah ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang benar-benar ingin bertaubat. Puan Bainun turut mengiakan kata-kata Fakrul.
Assalamualaikum!
Empat kepala berpusing ke arah pintu rumah.
Waalaikumussalam! Puan Bainun menjawab salam.
Maaf..saya nak jumpa Felisha bolehMelissa masih tercegat di pintu. Dia cepat-cepat alihkan pandangannya sebaik bertembung mata dengan Fakrul.
Fakrul terkesima. Melissa sudah berubah. Baju kurung dan tudung tersarung indah di tubuh gadis itu.
Felisha menapak ke arah Melissa. Mereka berdua duduk di sudut laman.
Ada apa awak nak jumpa saya Felisha pandang Melissa yang sudah bertudung. Manis.
Sha..maafkan aku. Aku rasa bersalah pada kau. Aku yang upah orang mengekori kau dulu. Melissa berterus terang.
Apa Maksud kaulelaki yang pakai kereta waja hitam tu ke Felisha menelan liur. Haih..ada lagi ke belum selesai
Melissa angguk.
Tapi macam mana dia boleh masuk ke rumah sewa aku dulu Felisha sudah keliru. Dulu Najwa mengaku yang dia upah Badrul dan lelaki gila tu.
Najwa yang beri kunci tu pada aku. Dia pujuk aku supaya balas dendam pada kau sebab kau rampas Fariz dari aku. Aku termakan pujukan Najwa. Sebab tulah aku beri kunci tu pada lelaki tu dengan tujuan dia rogol kau.Melissa tunduk. Malu dengan apa yang telah berlaku.
Tapi..macam mana kau tahu aku tinggal sorang malam tu Felisha teringat malam kejadian hujan lebat.
Najwa yang beritahu aku. Dia sebenarnya bukan pergi Vietnam pun. Itu alasan dia untuk kenakan kau. Dan dia tak pernah kerja mana-mana syarikat pun. Dia anak orang kaya dari keluarga yang berpecah belah. Azila..pekerja kau dulu tu, dia juga orang suruhan Najwa. Melissa pandang muka Felisha yang nyata masih tidak mengerti semua yang berlaku.
Patutlahdia tahu aku kat rumah kosong tu. Felisha menekup muka.
Maafkan aku Sha. Melissa peluk Felisha.
Aku tak pernah dendam dengan kau Lissa. Felisha senyum.
Terima kasih. Aku datang ni ada tujuan lain lagi. Ni, kad kahwin aku. Aku jemput kau dan Fariz sekali. Melissa minta diri.
Felisha hanya memerhati Melissa berlalu pergi. Melissa sudah cantik dengan tudung sekarang ni. Alhamdulillah.
Sha! Kenapa tak ajak masuk Puan Bainun laung dari anjung rumah.
Felisha menapak ke anjung rumah.
Dia dah balik mama. Ni, dia bagi kad kahwin. Felisha letak kad kahwin Melissa atas meja.
Dia nak apa Fakrul berkerut kening. Faham sangat dengan sikap Melissa yang tak akan mengalah merebut cinta Fariz.
Dia nak minta maaf.. Felisha tunduk. Masih berfikir pengakuan Melissa tadi.
Minta maaf pasal apa Dia nak kacau Fariz lagi Fakrul tak puas hati.
Abang ni! Dia dah nak nikah la. Tu kad kahwin dia. Felisha tuding ke arah kad di atas meja.
Fakrul capai kad kahwin Melissa.
Hmm..jadi juga nikah dengan Adi. Fakrul senyum.
Assalamualaikum!
Masing-masing menoleh. Fariz sudah tersenyum di muka pintu dengan beg kerja disandang di bahu kiri. Dia mencium tangan mama.
Papa mana Fariz pandang sekitar ruang tamu.
Papa ada hal di luar tadi. Awal balik Fakrul sengih.
Fariz duduk sebelah Felisha. Felisha tunduk.
Dah tak larat. Asyik meeting je dari pagi. Dah jam otak aku ni! Fariz turut sengih. Felisha di sebelah dijeling. Asal aku balik je, dia buat muka. Haih..nasib aku lah..
Eh, kad siapa ni Siapa nak nikah Fariz capai kad merah atas meja sofa. Melissa dan Adi
Biar betul! Fariz berkerut kening.
Betullah! Tak sangka Adi tu masih cintakan Lissa tu. Sanggup tunggu! Fakrul gelak.
Itu namanya jodoh. Fariz turut gelak.
Borak je ni. Minumlah. Ada kuih kasui dan karipap tu. Puan Bainun hulur pinggan kuih.
Mama, nanti Fariz nak bawa balik Sha ke rumah. Kami nak tidur di sana. Kesian mama, asyik tanya Sha saja. Fariz minta izin.
Apa hal kau ni Ipo Tak payah minta izin. Kau nak bawa ke bulan pun, suka hati kaulah! Usik Fakrul.
Pecah ketawa mereka sekeluarga. Felisha hanya diam.
FELISHA menapak perlahan ke anjung rumah Fariz. Puan Suraya dan Alia sudah tersenyum dari anjung rumah.
Sha! Rindunya mama! Pantas Puan Suraya peluk menantu kesayangannya.
Mama sihat Felisha senyum.
Alhamdulillah..Sha dah sihat Puan Suraya pegang tangan Felisha dan beriringan masuk ke rumah.
Fariz hanya senyum lebar.
Abang! Bukan main lagi mama tu! Alia kenyit mata pada Fariz.
Malam itu, usai makan malam dan solat isyak berjemaah, Puan Suraya berborak panjang dengan Felisha di ruang tamu. Alia dah mula menguap. Fariz awal lagi sudah masuk bilik.
Mama..Alia masuk tidur dulu. Mengantuk la.. Alia minta izin.
Hai..sakan bersembang. Tak ingat nak tidur ke Encik Mustafa jeling Puan Suraya. Beri isyarat.
Err..aa..okeylah Sha. Mama masuk tidur dulu ya. Sha pun masuk tidur ya. Fariz tu dah lama tunggu agaknya dalam bilik tu. Puan Suraya membuntuti suaminya ke bilik.
Felisha senyum melihat tingkah ibu mertuanya. Romantik sama macam mama dan papanya juga. Dia menapak perlahan ke bilik.
Tak tidur lagi Mr. Tulipo Felisha jenguk. Fariz masih di meja belajar. Menyiapkan kerja pejabat.
Belum..ada kerja sikit ni. Esok nak kena bentang dalam mesyuarat. Fariz senyum kelat. Oh..dah tahu nama samaran aku, nak sindir la tu!
Felisha mendekati Fariz dan duduk di birai katil memerhati Fariz menghabiskan kerjanya.
Kenapa tengok saya macam tu Terpikat dengan kekacakan saya ke Fariz jeling Felisha yang tersenyum dari tadi.
Eiiyerr! Perasan la tu. Felisha terjuih mulut. Tak habis-habis nak menangkan diri sendiri.
Habis tu Tengok sampai nak tembus mata tu kenapa
Kenapa awak nikah dengan saya
Fariz menelan liur. Soalan Felisha dirasakan susah untuknya menjawab. Dia bingkas bangun dan duduk sebelah Felisha.
Perlukah ada sebab Soalan itu dipulangkan semula kepada Felisha.
Err..ya! Takkan orang nak nikah tanpa sebab. Tu dah gila namanya! Cebik Felisha.
Macam dalam drama tv tu, ada yang nikah sebab tak nak bantah pilihan keluarga, ada juga sebab nak harta, mungkin ada juga sebab dah terpaksa dan ada yang sebab cinta, pendek kata mesti ada sebab. Tambah Felisha. Matanya tak berkelip memandang Fariz yang sudah terkebil-kebil memandangnya.
Fariz mula sengih. Adehbini aku ni dah terpengaruh cerita kat tv pulak dah.
Kenapa encik Tulipo diam je Felisha tak puas hati. Fariz hanya diam dari tadi.
Sempat jugak awak tengok drama-drama tu semua eik Usik Fariz. Soalan Felisha tidak dijawab.
Felisha jeling Fariz yang semakin rapat dengannya. Ish! Dia ni! Dari dulu lagi, asyik nak mengelak je bila aku tanya.
Serius la! Takkan awak saja je nak tunaikan hasrat mama. Dan takkan awak saja je nak nikah. Felisha dah geram. Geram melihat Fariz tersengih-sengih sebelahnya.
Fariz pusingkan badan Felisha. Kedua tapak tangannya melekat pada kedua pipi gadis itu. Mata mereka bertembung seketika.
Memang senang untuk berpura-pura mencintai seseorang, yang susah adalah untuk berpura-pura tidak mencintai orang yang kita cintai Fariz menutur lembut.
Felisha tergamam. Kata-kata itu adalah sama dengan mesej yang diterima dulu.
Sudah lama saya cintakan awak. Saya hanya akan lafazkan setelah awak sah menjadi isteri saya. And now, you are my lovely wife! Thanks to Allah! Fariz tenung mata bundar Felisha. Entah bila dia mula sukakan dan cintakan gadis itu. Walaupun asyik bertekak saja setiap kali bertemu, perasaannya akan terasa tenang dan senang selepas itu. Pelik!
Felisha menatap mata Fariz. Betul ke ni Muka dia ni nak mengaku cintakan aku Oh..aku tak percaya!
Kenapa Tak percaya Tanya Fariz. Muka Felisha seperti masih keliru.
Bukan macam tu..selama ni saya kenal awak dengan sikap yang suka nak marah-marah, berkeras tak sukakan saya dan sekarang awak nak saya percaya Felisha tunduk.
Oh..itu ke yang berselirat dalam otak awak ni. Saja saya tak nak tunjuk. Tambah lagi lepas awak bertunang dengan Tajdid dulu. Saya mengaku, saya cukup kecewa masa tu tapi hidup mesti diteruskan. Fariz berterus terang. Haih bini aku ni. Sejak bernikah, tak pernah dengar dia panggil aku abang.
Kenapa awak tak berterus terang saja Seminggu sebelum nikah, awak macam buat dek je bila saya tanya. Siapa yang tak geram! Dan sebab tu jugaklah, saya letak syarat! Felisha masam mencuka.
Hmm..awak cintakan saya Fariz pula mencungkil rasa hati Felisha terhadapnya.
Felisha terdiam. Entahlah..sampai sekarang pun aku masih tak ada rasa tu tapi rasa sayang sudah bertapak kukuh dalam hati aku. Adakah itu dinamakan cinta juga
See Awak pun tak boleh nak jawab. Fariz sengih. Perlahan tubuh Felisha didakap erat.
Erk! Sa..saya minta maaf sebab tak benarkan awak sentuh saya. Fobia masih ada lagi. Felisha lepaskan rangkulan Fariz. Sejak kejadian tu, dia bagaikan fobia bila disentuh lelaki walaupun hanya pegang tangan.
Saya faham. Siapa yang tak fobia kalau jadi macam tu tapi sampai bila awak nak macam ni Fariz rangkul semula pinggang Felisha.
Felisha masih tunduk.
Err..syarat awak masih berkuat kuasa ke Fariz angkat dagu Felisha dengan hujung jari telunjuk. Terdongak Felisha.
Felisha diam. Degup jantungnya semakin kuat berdenyut.
Hmm.. saya nak tuntut hak saya boleh Fariz senyum nakal. Wajah Felisha sudah kemerahan.
Felisha renung mata Fariz. Hak
Malam ni boleh Tanya Fariz lagi.
Felisha terdiam. Dah bersedia ke aku
Err..kita tak ada bulan madu ke Felisha alih topik.
Bulan madu Siapa nak bawa awak Fariz mengusik. Bulan madu pun nak buat apa kalau kau tak dapat tunaikan hak seorang isteri.
Felisha tunduk. Dia mengetap bibir. Geram bila Fariz asyik bergurau saja. Tak pernah nak serius.
Baiklah..awak nak pergi mana Fariz usap pipi Felisha. Dia mengalah.
Err..saya teringin sangat nak pergi Holland.. Felisha pandang Fariz yang sudah sengih.
Holland lagi. Fariz mencebik.
Felisha senyum. Syarat saya akan gugur kalau awak bawa saya ke Holland.
Jadimaksud awak..kita boleh betul-betul bulan madu la ni Fariz sudah teruja.
Felisha jeling Fariz. Amboi! Lajunya kalau bab tu!
Boleh ke takFelisha tidak jawab.
Awak belum jawab soalan saya. Saya nak betul-betul bulan madu. Macam mana Fariz kenyit mata.
Felisha mendongak. Ada je dia ni! Maksud awak
Saya nak tuntut hak saya. Kalau awak terima syarat saya, saya akan bawa awak ke Holland. Macam mana Fariz senyum. Wajah Felisha sudah berubah rona. Pucat. Takut la tu..
Perlahan tubuh Felisha didakap erat. Rambut ikal Felisha diusap lembut.Tenang sayang. Saya nak awak rasa selesa. Rasa tenang...
Felisha terasa dibuai-buai dalam dakapan Fariz. Terasa bagai terbang di alam kayangan. Hilang rasa fobia dan gementar tadi. Perlahan Fariz rebahkan tubuh Felisha ke katil.
Err..awak dah janji tadi kan Felisha melompat dari katil. Dia berdiri di tepi katil. Jemarinya meraba-raba bibir.
Fariz turut bingkas bangun. Haih..aku kucup bibir dia je pun tadi. Itu pun tak boleh
Felisha mencebik. Dia segera letak bantal peluk di tengah-tengah. Dia baring membelakangi Fariz.
Tak apa. Bulan madu esok, aku tak akan lepaskan kau walau satu malam sekali pun! Fariz sengih. Dia menelan liur. Felisha yang mengenakan baju tidur besar geleber malam itu pun masih dilihat seksi.
FARIZ senyum lebar. Dia betulkan tali leher. Dia jeling Felisha yang baru keluar dari bilik air. Mukanya dah kemerahan. Seawal lima setengah pagi mereka berdua sudah bangun. Solat subuh berjemaah. Sempat membaca quran bersama-sama.
Awak kerja ke hari ni Felisha mendekati Fariz.
Fariz angguk. Dia betulkan lengan baju pula. Diletak kaflin.
Felisha hanya memerhati Fariz bersiap-siap ke pejabat. Dia jeling jam di dinding. 7.30 pagi.
Boleh tak ambil bunga ros tu Fariz tuding ke arah sejambak bunga ros segar dalam pasu di atas meja solek.
Err..awak nak buat apa Felisha capai sekuntum bunga ros merah dan dihulur kepada Fariz.
Adalah.. Fariz ambil kelopak bunga dan terus mengunyah sampai habis satu kuntum.
Felisha terbeliak. Tercengang. Kenapa awak makan bunga tu
Kan mulut saya ni bau longkang! Awak jugak yang kata bunga ros ni wangi dan boleh hilangkan bau busuk longkang tu kan Fariz sengih.
Felisha mengetap bibir. Dah la tu sindir saya!
Fariz ketawa mengekek. Dia capai beg kerjanya. Mereka berdua beriringan ke ruang dapur untuk bersarapan. Selesai sarapan, Felisha menghantar Fariz sehingga ke kereta.
Fariz mengucup dahi Felisha sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta Fariz meluncur laju meninggalkan kawasan laman rumah.
Felisha menapak semula ke ruang tamu. Rumah sudah sunyi sepi. Alia sudah ke kampus. Puan Suraya dan Encik Mustafa pula sudah ke lapangan terbang sejak pukul enam pagi. Encik Mustafa kena pergi ke Bandung, ada urusan kerja di sana.
Felisha menapak malas ke bilik semula. Dia mula mengemas. Album yang bersusun di rak sebelah almari pakaian dibelek satu persatu. Sesekali dia ketawa geli hati melihat foto Fariz semasa kecil dulu. Memang cute!
Eh, ni Mr. Baseball cap aku! Pantas Felisha mengamati foto yang ada dalam album itu. Dia segera capai telefon bimbitnya dan terus buka galeri foto. Beberapa kali dia genyeh mata. Aku bermimpi ke ni
Jadi..selama ni dia ni Mr. Baseball cap aku Felisha mula keliru. Berkali-kali dia tatap foto Fariz yang bertopi baseball dan mengenakan seluar jeans lusuh dengan baju kemeja lengan panjang longgar yang dipakai menutupi baju kemeja lengan pendek. Dia bandingkan lagi foto yang diambil secara curi dulu dengan foto Fariz dalam album tu. Memang sah sama!!
Ya Allah! Rupanya Mr. Baseball cap yang aku cari selama ni dah jadi suami aku Thanks to Allah! Felisha meraup muka. Bersyukur.
Cepat-cepat dia mendail nombor Hanim.
Beb! Akhirnya aku dilamar Mr. Baseball cap!! Jerit Felisha dengan kuat.
Apa Bukan ke kau nikah dengan Fariz Suara teruja di hujung talian jelas menerjah telinga Felisha.
Ya beb!! Fariz! Fariz sebenarnya Mr. Baseball cap aku!! Aku dilamar!! Aku dah jadi isteri dia!! Sekali lagi suara Felisha kuat memecah keheningan pagi itu. Rasa nak melompat sehingga tembus langit ke tujuh!
Beb! Aku happy untuk kau! Akhirnya kau dilamar juga oleh orang kesayangan kau! Hanim turut teruja. Jelas di hujung talian suaranya ceria.
Thanks beb! Talian putus. Felisha menitiskan air mata. Air mata gembira. Dia masih menatap foto Fariz. Matanya melirik pula pada bingkai gambar pernikahannya dengan Fariz yang diletak atas meja kecil sebelah katil.
Eh, apa ni Sekeping sampul surat dicapai dari atas katil. Sampul berwarna coklat itu dibuka perlahan.
Ya Allah! Felisha teruja. Dua keping tiket ke Holland bersama baucar penginapan lima hari empat malam di Holland ada di dalam sampul tu. Ada sekeping nota terselit di dalamnya. Dia baca perlahan.
Hadiah tak seberapa dari abang untuk bulan madu kita.
Felisha segera capai telefon bimbitnya. Dia terus menghantar teks mesej. Lama Felisha tunggu balasan dari Fariz. Sudah setengah jam dia melangut melihat skrin telefon bimbitnya.
Belum sampai pejabat la tu agaknya.. Felisha menopang dagu.
Dia mula mengemas rumah. Terasa bosan bila tak ke kedai bunga. Dia jeling telefon bimbitnya. Fariz sudah balas mesej tadi.
Terima kasih je
Huh! Tak pernah berubah dia ni. Felisha sengih. Mesej dibalas lagi.
Mr. Tulipo nak apa
Macam malam tadi..
Ish! Gatalnya!Felisha senyum. Masih terbayang bibirnya dikucup lama malam tadi. Dia letak telefon atas katil. Tiket itu ditatap lagi.
Felisha capai foto pernikahannya yang dibingkai cantik atas meja. Lama wajah Fariz ditatap. Rasa seperti bermimpi..
FARIZ senyum lebar. Senyumannya sudah sampai ke telinga.
Aku sayang sangat minah bunga ni.. Fariz tatap foto Felisha dalam galeri foto di telefon bimbitnya. Gambar Felisha yang diambil secara curi masa di klinik, lepas dia jatuh longkang selepas dilanggar Felisha. Masa tu Felisha sibuk bercakap dengan doktor.
Majalah yang dibeli semalam dibelek sekilas. Matanya tertancap pada sebaris ayat.
Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang. Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan.
Sememangnya aku ingin cinta sebeginiFariz tatap lagi foto Felisha. Raut wajah Felisha agak seiras dengan gadis yang pernah bertakhta di hatinya dulu. Ms. Specky yang mencuri hatinya dalam diam.
Mana dia sekarang ni Fariz buka galeri foto dalam komputer riba. Foto gadis yang sempat dirakamkan menggunakan telefon bimbitnya dulu. Gadis yang sentiasa berkaca mata besar dengan tudung yang hanya diselempangkan di bahu. Setia dengan seluar jeans dan blaus agak selebeh. Kadang-kadang pelik juga bila terpikat dengan gadis seperti itu.
Matanya melirik semula pada ruangan majalah.
Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin.
Firman Allah SWT: Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Quranul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
Fariz senyum. Apa yang tertulis di situ memang kena dengan kehidupannya sendiri. Dia menyambung semula kerja.
Telefon bimbitnya berdering kuat.
Hello. Jumpa Bila Okey baik. Talian putus. Esok Fakrul mengajaknya makan tengah hari bersama di sebuah restoran.
Sekali lagi Fariz menatap foto gadis misteri yang masih tersimpan dalam galeri foto telefon bimbitnya.
Felisha macam ada iras dia ni..takkan orang yang sama kut.. Fariz masih berfikir. Dia sambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi.