JAI senyum. Dia belek fail dari atas meja yang diberi Saliza tadi. Fikirannya melayang pada Seri yang nyata dah kelam kabut.
Hihihiaku ajak jumpa sikit, dah gelabah minah tu.
Apa yang kau sengih tu
Jai dongak. Acik dah terpacak depan pintu bilik pejabatnya.
Weh! Bila kau sampai
Aku dah berjanggut kat sini. Kau tu yang duk sengih-sengih macam orang angau tu kenapa Acik menapak ke meja Jai.
Ya ke Jai sengih lagi.
Tanya lagi..aku dah faham sangat la kau ni. Kalau tak pasal perempuan..mesti pasal cerita kartun kau tu! Acik duduk di kerusi depan meja Jai.
Teringat Jai suka sangat tengok Naruto Shippuden tu!
Kau datang tempat aku ni, kau tak kerja ke Jai alih topik.
Kerjaaku kena check sistem komputer kat syarikat pembekal area sini. Alang-alang dah sampai sini, aku singgah la kejap. Yalahterkilan sebab tak dapat aku panggil kau adik ipar! Acik usik Jai.
Kau tak pernah putus asa kan Sekarang ni..Seri dah benci aku. Nampaknya aku ni jadi anbutua la! Jai gelak.
Anbutua
Anak bujang tua!
Acik turut gelak. Sempat lihat reaksi Jai. Nampak jelas Jai cuba sembunyikan rasa kecewa.
Jai..kau kecewa ke dengan Seri Acik pandang Jai yang dah mula tunduk.
Bohonglah kalau aku tak rasa kecewa tapi aku mesti teruskan hidup. Kalau hidup ni jadi hamba cinta, tak ke mana kita. Kalau rasa kecewa kerana cinta pada manusia, rugi besar kita. Bagi aku, cinta manusia hanya satu alat untuk kita lebih kenal pencipta kita. Jadi kalau ada rasa kecewa, sakit hati, itu ujian dari Allah supaya kita lebih dekat dengan Nya. Jai belek lagi fail. Akaun jual beli untuk bulan ni. Terpaksa dia buat sendiri. Salina dah berhenti. Tak ada pengganti lagi setakat ni.
Acik diam. Sememangnya bila bercakap dengan Jai, banyak ilmu yang boleh dikutip. Tak rugi.
Jaiaku minta maaf bagi pihak Seri. Dia tu memang keras kepala sejak dulu. Aku tahu..dia sebenarnya terlalu cintakan kau sampai dia tak boleh terima apa yang telah berlaku. Dia ingat kau dan Koci mainkan perasaannya. Acik luahkan apa yang dirasa.
Aku fahamsalah aku. Tolong beritahu Seri, aku minta maaf sekali lagi. Aku tak akan lukakan hati dia lagi. Dah terlajak kita borak hal ni, aku nak beritahu kau, dua bulan lagi aku akan ke UK. Jai tutup fail.
UK
Jai angguk.
Buat apa
Sambung studi!
Eh..kau ni biar betul Jai. Kau..merajuk eh Acik menelan liur. Apa hal mamat ni Macam merajuk tahap meroyan je aku tengok Sampai nak bawa diri ke negara Eropah la pulak!
Mak nenek kau! Aku nak sambung studi dalam bidang aku la. Pejabat ni pulak..akan ada orang yang ganti aku nanti. Kalau ayah aku nak aku kerja kat sini semula, aku akan kerja. Jai pandang sekitar bilik pejabatnya.
Oherr..berapa lama kau kat sana
Tiga tahun..aku buat master sekali dengan Phd.
Acik terdiam. Bermakna Jai tunaikan janjinya pada Seri. Jai akan pergi jauh dari Seri. Jai tak akan ganggu hidup Seri lagi.
Kau ni kenapa Macam tak cukup makan je aku tengok Cheer up la sikit! Aku bukan nak menetap kat sana terus! Jai tepuk bahu Acik yang dah sugul. Macam dia pulak makwe aku!
Tak ada laaku kesian kat adik aku tu. Acik dah lemah suaranya.
Dah la tu Acik. Seri tu dah benci aku. Dia tak boleh terima aku. Aku tak nak nikah atas dasar paksa ke apa ke. Macam aku bertunang dengan Salina dulu. Semuanya atas dasar terpaksa ikut kehendak orang tua. Jai bingkas bangun. Dia duduk pula di sofa.
Aku faham Acik angguk-angguk.
Kau macam mana
Acik dongak. Macam mana apa
Kau dengan Ojie la! Jai sengih. Aku luku karang! Tak pasal-pasal benjol kepala kau tu!
Entahlah..aku pun tak tahu. Ojie tu macam buat dek je kat aku. Dia dah jumpa lelaki yang lebih baik dari aku kut.. Acik sengih.
Jai jeling. Eh, mamat ni..aku tanya serius, dia jawab main-main pulak!
Dia yang buat dek ke..kau yang buat dek kat dia Jai sandar di sofa. Kaki disilangkan.
Aku ni susah sikit la nak bercinta ni..entahlah. Nak kata aku ni tak ada rasa tu, ada jugak. Nak kata adamacam biasa je aku rasa. Acik turut sandar.
Apa yang kau merepek ni Baik cepat Acik. Aku tengok Ojie tu baik budaknya. Dia kawan baik Seri kan Jai pandang Acik yang menala matanya ke siling. Berangan la tu.
Ya..tu yang aku tak suka tu. Nanti, habis hal aku Seri cerita. Acik mengeluh.
Maksud kau
Yalah..sejak kecil aku dan Seri rapat. Apa yang aku buat dia tahu. Haruslah dia cerita kat Ojie tu! Acik mencebik.
Kau ni Acikbiarlah dia cerita. Janji masa tu, kau dan Ojie dah selamat bernikah. Nak malu apanya! Jai gelak.
Acik diam. Mamat ni bukan nak sokong aku!
Eh, kau dah makan Jai jeling jam di dinding. Dah hampir waktu makan tegahari.
Belum. Kau nak belanja ke Acik sengih.
Kau ni..yalah! Aku belanja! Jom! Jai bingkas bangun. Acik turut mengikut Jai keluar dari pejabat menuju ke restoran berdekatan.
SUASANA agak lengang di restoran. Acik mencari meja kosong. Jai pula melihat deretan makanan yang terhidang di atas meja. Bermacam-macam lauk ada di situ. Dari lauk berasaskan ayam sehinggalah makanan laut yang pelbagai jenis masakan. Tinggal nak pilih saja.
Jai..kau nak makan apa Acik turut melihat-lihat pelbagai jenis makanan di situ.
Entah la..kalau ada kerabu kan bagus! Jai jenguk ke arah sayur. Hanya ada kerabu perut.
Acik sengih.
Apa hal kau sengih-sengih ni
Tu la..kalau kau berbaik dengan adik aku kan, kau dah boleh makan kerabu jantung pisang tu!
Laa..ke situ pulak kau ni. Jai capai pinggan di sudut kiri dan mula menceduk nasi. Dia kembali ke tempat deretan lauk tadi.
Acik juga turut mengambil dua jenis lauk. Mereka duduk semula di meja tadi.
Sedap ke kerabu perut tu Acik tanya Jai yang dah mula mengunyah.
Okey la Jai senyum.
Acik senyum. Kalau kau nikah dengan adik aku kan senang! Hari-hari boleh makan! Bukan setakat kerabu jantung pisang, segala mak nenek kerabu pun Seri boleh sediakan!
Yang kau sengih ni kenapa Jai teguk pula sirap limau.
Aku teringat kerabu jantung pisang Serikau nak ke UK nanti, tak rindu keAcik mengusik.
Jai diam. Mahunya tak! Haruslah aku rindu! Bukan kerabu je tapi tuan yang bikin kerabu tu yang paling aku rindu!! Dia cinta pertama aku!
Eh..tu macam Lisa kan Acik tuding ke arah sebuah meja di kaki lima restoran.
Jai jenguk ke arah yang ditunjukkan Acik. Memang sah Lisa!
Dia buat apa dengan lelaki tu Acik turut jenguk.
Entah..nampak macam serius je. Lantaklah! Bukan hal kita! Jai menyambung semula mengunyah nasi yang sudah tinggal suku.
Kalau dia nampak kita kat sini Acik pandang Jai.
Nak je aku lempang muka minah tu! Tak padan dengan pakai tudung tapi perangai mak aiiii!! Jai geram.
Acik masih memerhati Lisa yang berborak sakan dengan lelaki berkaca mata hitam. Sesekali tangan mereka bersentuhan,
Aku pelik la Lisa tu. Apa faedah dia buat macam tu Maruah dia jugak yang tercalar. Acik geleng.
Entahlah Acik. Dalam dunia ni macam jenis manusia ada. Macam tulah kalau iman tak kuat. Kalau tudung hanya sekadar fesyen, bukan dipakai atas dasar tuntutan agama. Kalau perempuan pakai tudung kerana mencari redha Allah, benda yang dibuat Lisa tu tak akan terjadi. Berdoa jelah dia berubah. Jai habiskan nasi dalam pinggan.
Acik angguk-angguk.
Dah nak pukul dua petang ni. Kau tak nak masuk ofis ke Jai jeling jam di pergelangan tangan.
Aku malaslah nak masuk ofis. Kalau dah kena keluar macam ni, sampai petang la aku macam ni. Nak balik rumah, mama aku je ada. Seri pun kerja. Acik turut lihat jam di tangannya.
Err..Seri kerja kat mana sekarang Jai teragak-agak.
Kenapa Acik sengih. Tanya jugak pasal Seri kau ya
Tak ada lasaja la nak tahu. Dia kan kalut sikit. Jai sengih.
Acik turut senyum. Memang Seri mudah kalut.
Masih kerja kat makmal..tapi papa aku nak dia kerja dengan syarikat dia.
Oh Jai teguk sirap limau sampai habis. Kerja kat makmal lagi rupanya dia
Hai abang Jai!
Serentak Jai dan Acik mendongak. Lisa dah tercegat di tepi meja.
Jai menelan liur. Tak habis-habis minah gedik ni! Rasa nak lempang je bila ingatkan balik apa yang telah dia buat dulu. Kalau Lisa tu lelaki, dah lama makan penampar aku!
Tak serik awak ek
Apa awak cakap ni Lisa berkerut kening.
Tak payah nak buat muka sedih macam tu. Sanggup awak perangkap Koci dan Salina! Perempuan jenis apa awak ni hah Acik dah menyinga. Cepat-cepat mencelah.
Err..saya memang ada call Salina datang hotel tu tapi saya hanya nak jumpa dia je. Lisa pertahankan diri.
Untuk apa awak nak jumpa dia Jai tinggikan suara. Lisa ditenung tajam.
Saya nak minta maaf sebab saya tolak dia hari tu. Itu saja! Lisa ketap bibir.
Awak jangan nak bohong. Salina cakap, awak ada niat tak baik padanya. Awak beri minuman pada Salina dan lepas tu Salina tak sedarkan diri. Awak nak Salina tu diperkosakan Jai dah sentap.
Sampai hati awak tuduh saya macam tu. Saya tahu selama ni saya banyak buat salah. Jahat sangat ke saya ni Saya tak sanggup nak biarkan kaum sejenis diperkosa macam tu! Lisa genggam tangannya.
Jadi..apa yang awak buat hari tu baik sangatlah Acik pula menyampuk.
Dengar sini! Saya tak faham apa yang korang cakap. Apa yang saya tahu, saya tunggu Salina di lobi hotel. Sementara tunggu tu, saya beli dua air minuman tin. Masa Salina sampai, kami berbual sekejap. Saya bagi kat dia satu tin. Lepas tu, dia kata dia nak ke tandas. Sementara tunggu dia keluar dari tandas, saya nampak Koci datang. Dia tuduh saya macam-macam. Jadi saya hambur la balik. Saya sengaja reka cerita yang Salina tu GRO!Lisa dah merah mata.
Jadi awak nak salahkan Koci dan Salina la ni Jai pula mencelah.
Lisa tunduk.
Koci cakap, awak upah seorang lelaki untuk perkosa Salina di bilik hotel tu! Jai dah geram. Ikut hati, nak lempang muka minah gedik tu.
HahGila!! Saya sengaja cakap macam tu sebab saya sakit hati! Dia tuduh saya cuba nak kenakan Salina! Lisa kesat air mata dengan jari.
Jai dan Acik diam. Garu kepala! Apa cerita sebenarnya ni
Duduk dulu! Jai suruh Lisa duduk. Kesian pulak tengok minah tu dah menangis.
Acik jeling Jai yang dah berlembut dengan minah talam bermuka-muka ni!
Cuba awak cerita perkara sebenar! Nada Jai dah kendur.
Malam tu, saya call Salina nak jumpa di hotel tu. Saya nak minta maaf sebab saya dah tolak dia masa di pejabat hari tu. Kami sempat minta maaf antara satu sama lain sebelum Salina minta diri ke bilik air. Masa saya tunggu tu, Koci datang. Dia marah saya tanpa sebab. Saya sakit hati, saya tuduh Salina tu GRO dan tuduh dia sedang berseronok dengan lelaki di bilik hotel. Koci cari Salina di dalam bilik hotel. Saya terus balik. Saya rasa puas! Lisa tunduk.
Awak ada hantar surat kat saya Jai cuba pancing Lisa.
Surat Lisa mendongak. Matanya dah terbeliak.
Acik dan Jai saling berpandangan.
Surat apa Sekali lagi Lisa tanya.
Err..tak ada apa.. Jai jeling Acik. Hmmmacam ada sesuatu yang tak kena. Lama Lisa ditenung. Cuba cari kepastian dari kata-kata Lisa. Nak percaya ke tak nak
Awak pasti Koci pergi ke bilik hotel Saja Jai tanya. Kalau cerita Lisa sama dengan Koci bermakna Lisa tak menipu.
Ya! Dia cari Salina kat bilik hotel tu! Lisa jeling Jai. Dia ketap bibir.
Lepas tu Acik asak Lisa.
Saya tak nampak Koci lepas tu. Salina pulak tak keluar-keluar dari tandas. Saya pun blah lah! Lisa mula menyinga.
Masing-masing diam seketika.
Jai pandang Lisa. Cuba cari riak di muka Lisa. Mana tahu Lisa cuba berbohong, saja reka cerita supaya aku dan Acik lebih percayakan dia.
Kalau awak tak percaya, tanya abang saya. Lisa panggil seseorang yang duduk di meja belakang.
Jai menoleh. Seorang lelaki yang agaknya dalam lingkungan awal 30an sedang menuju ke meja mereka. Tu macam lelaki yang pegang tangan Lisa tadi.
Ada apa Lisa
Tanya abang saya! Dia ada sama pada malam tu! Lisa jeling Jai dan Acik yang dari tadi dah macam polis! Soal siasatnya macam dia dah melakukan kesalahan besar.
Ni abang Lisa Jai tanya dengan nada selamba.
Ya saya..kenapa Apa sebenarnya yang berlaku ni Lisa, kenapa ni
Duduk dulu bang. Saya Jai dan ni Acik Jai pelawa abang Lisa duduk. Dia perkenalkan diri. Tak sedap la pulak kalau tak perkenalkan diri. Nampak sangat tak sopan.
Saya Azam. Azam hulur tangan berjabat dengan Jai dan Acik.
Macam ni bangkami hanya nak tahu. Masa kat hotel Flamingo tu, abang ada sekali ke dengan Lisa ni Jai mulakan mukadimah.
Ya..saya yang temankan Lisa jumpa kawan dia kat lobi hotel tu. Kenapa Azam pandang Jai dan Acik silih berganti.
Jadi abang ada kat lobi masa Lisa ni jumpa kawan dia Acik pula mencelah.
Ya, kenapa Azam dah berkerut kening.
Err..abang dengarlah dia orang berborak Nada Jai agak cuak.
Ya tapi tak lama. Lisa suruh saya belikan air. Lepas tu, saya kembali semula ke lobi hotel. Lisa dan budak tu sedang leka berborak. Saya hulur minuman tin kepada Lisa. Ni..kenapa ni Tanya macam polis siasat kes jenayah bagai ni! Apa yang dah berlaku sebenarnya Azam pandang Jai dan Acik tak berkelip. Apa ke halnya dia orang ni Macam ada yang tak kena je..
Sebenarnya ada masalah sikit tapi tak apalah. Semuanya dah settle. Kami nak tahu je apa yang berlaku sebenarnya.. Jai senyum kelat.
Puas hati awak Lisa jeling Acik dan Jai.
Dahlah! Awak jangan bimbang, saya tak akan ganggu awak lagi. Cuma satu yang saya harap awak faham. Manusia ni tak selamanya berada di atas, ada kalanya dia akan jatuh juga. Dan manusia ni boleh berubah. Jangan hanya kerana sikapnya yang dulu, kita terus cap orang tu jahat!
Kena ingat, rama-rama datangnya dari ulat bulu. Jelas itu dua objek yang berlainan rupa. Jomlah bang! Lisa tarik tangan Azam keluar dari restoran tu.
Jai dan Acik hanya pandang Lisa dan abangnya meninggalkan restoran.
Jaikau rasa apa yang Lisa beritahu tadi, betul ke Acik berkerut dahi. Dah berlapis.
Entah..siapa saja boleh berbohong. Tapiapa yang aku rasa, Lisa tak bohong. Aku nampak anak matanya tadi, dia nak berubah. Jai masih memandang ke arah luar restoran.
Hmmpening macam ni. Siapa yang betul, siapa yang salah Kalau betul apa yang dikatakan oleh Lisa tadi, kenapa pulak Salina tu boleh tersadai kat rumah tu Acik garu kepala.
Aku rasa ada sesuatu yang dirahsiakan ni. Masa aku cari Koci di pejabatnya hari tu, Koci sedang berborak dengan seorang perempuan. Nampak macam serius dan dia tak mahu diganggu. Dia tak tahu aku datang. Aku hanya tinggalkan pesanan je. Jai teringat kejadian hari tu.
Hmmpelik macam ni. Takkan Koci tu nak perangkap diri sendiri Gila ke apa Acik menokok.
Lebih pelik lagi..surat tu siapa yang hantar kat aku Jai garu kepala.
Masing-masing diam sejenak. Buntu!