Rumah Amal Sri Cahaya, Hulu Langat
KLIK.
Gambar seorang kanak-kanak perempuan sedang tersenyum malu-malu tanpa gigi depan menghiasi kamera. Tudung warna merah jambu yang dipakainya senget namun kecomelan kanak-kanak itu tetap ketara. Zack memandang skrin kamera.
AdiksiniPanggil Zack. Kanak-kanak itu menggigit bibir, kelihatan malu-malu dan takut.
Sinilah. Uncle tunjuk gambarPancing Zack.
Senyuman terukir pada bibir melihat aksi si kanak-kanak. Antara malu dan ingin tahu, akhirnya si kanak-kanak melangkah perlahan, setapak demi setapak menghampiri Zack. Bibirnya dikemam.
Zack melutut ke bawah, memastikan dia sama renek dengan si kanak-kanak.
Tengok ni Skrin kamera ditunjuk.
Si kanak-kanak memandang Zack dan kemudian, melihat skrin kamera.
Siapa ni Soal Zack.
Sa - yaSi kanak-kanak menjawab, separa berbisik.
Saya tu siapa
Sa-yaJawapan yang sama si kanak-kanak berikan.
Zack ketawa.
Nama...siapa
Nurul Mai Sa - GhahJawab si kanak-kanak, masih lagi separa berbisik. Huruf R nya tebal. Seperti huruf ghain dalam jawi.
Oh...Nurul Maisarah. Sedapnya namaPuji Zack. Nak panggil apa ni
Sa - Ghah Jawab Sarah lagi.
Umur Sarah berapa tahun
E - nam Malu-malu Sarah semakin hilang. Muka Zack dipandang lalu senyum comel.
Sarah suka tengok gambar
Suka.Sarah angguk. Kame-Gha ni, uncle punya
Ya. Nak cuba ambil gambar Soal Zack pula.
Nak.Sarah terangguk-angguk lagi.
Zack senyum. Tali kamera disangkutkan pada leher Sarah. Sekarang ni, Sarah nak ambil gambar apa
Gambar.Mata Sarah melilau mencari sesuatu. Bu-nga. Tangannya menunjuk ke arah pasu bunga kertas yang terletak berhampiran.
Okay. Sarah pegang kamera niZack membantu Sarah memegang kamera. Lepas tu, kita tunjuk kamera pada bunga Kamera yang dipegang empat tangan dihala ke bunga.
Nampak tak bunga dalam niSoal Zack sambil menunjukkan skrin kamera.
Sarah angguk. Skrin kamera jelas menunjukkan bunga kertas.
Sekarang, Sarah tekan butang niSuruh Zack lagi.
Sarah akur. Butang yang ditunjuk Zack ditekan.
Klik.
Dah ada gambar bungaUjar Zack.
Sarah senyum. Gambar bunga di kamera dan muka Zack dipandang bergilir-gilir.
Cantik
Can tik.Balas Sarah.
Zack senyum lagi. "Nak ambil gambar lagi tak"
Nak.Sarah teruja.
Beberapa lagi gambar diambil disekeliling mereka. Setiap kali berjaya mengambil gambar, Sarah senyum dan ketawa. Teruja benar nampaknya.
Nanti kita ambil gambar lagi ya Uncle nak buat kerja kejap.Zack akhirnya bersuara. Seronok melayan kerenah Sarah namun dia masih punya kerja untuk dibereskan.
Sarah angguk.
Zack mengalihkan tali kamera dari leher Sarah.
Te-ghi-ma kasih, uncle. Sarah terus terkedek-kedek berlari meninggalkan Zack.
Satu tarikan nafas dilepaskan. Zack senyum sendiri.
Pertubuhan Rumah Amal Seri Cahaya ini terletak di Hulu Langat. Rumah ini menempatkan anak-anak perempuan yatim, miskin dan terbiar. Telah ditubuhkan pada tahun 2006, rumah ini menempatkan seramai 40 penghuni terdiri dari kanak-kanak berumur empat tahun hingga ke remaja berumur 17 tahun. Rumah Amal Sri Cahaya telah dipilih oleh YUSHAR Group pada kali ini sebagai penerima sumbangan di bawah Kelab Kebajikan Mayang Sari atau MSC Club.
Zack berjalan melewati beberapa kawasan sambil tangannya kekal memegang kamera. Maklumlah, hari ni dia telah ditugaskan sebagai jurugambar. Namun tidaklah dia menjadi jurugambar sepenuhnya. Tetap juga dia bersama-sama pekerja hotel Mayang Sari yang lain bergotong-royong di sini.
Sambil berjalan, gambar di dalam kamera diperhati satu-persatu. Gambar Tan Sri Yusuf bersama-sama dengan beberapa ahli lembaga Pengarah YUSHAR Group sudah ada. Gambar Encik Khalid, Pengurus Besar Hotel Mayang Sari juga ada. Gambar Datin Seri Hajah Wan Adillah, penaung Rumah Amal Sri Cahaya juga ada. Pendek kata, kebanyakan gambar orang-orang penting untuk dimuatkan dalam Newsletter nanti sudah ada. Kini, dia mahu memburu gambar lain pula. Gambar para pekerja Hotel Mayang Sari sedang melakukan aktiviti mungkin boleh menjadi tarikan pada Newsletter. Juga gambar penghuni rumah amal ini.
Berada di rumah anak yatim ini, memberi pelbagai rasa pada Zack. Dia sendiri yatim ketika berusia tiga tahun. Sedikit sebanyak, dia memahami perasaan penghuni-penghuni di sini. Keinsafan terbit dalam diri. Rasanya, dia jauh lebih bertuah dari para penghuni Rumah Amal Sri Cahaya.
Bertuah kerana dia masih dikelilingi keluarga. Masih mampu menumpang kasih dengan saudara-mara yang tinggal berdekatan.
Rumah Pak Lang Karim hanya di seberang jalan. Rumah arwah Tok Ahmadnya hanya selang dua buah rumah. Beberapa lagi rumah saudara-mara hanya dua, tiga kangkang kera. Pendek kata, perhatian dan kasih sayang tidak pernah kurang walau ketiadaan ayah.
Memori dengan arwah ayah tenggelam-timbul di fikiran. Hilang ayah seawal usia tiga tahun, tidak banyak yang dapat dia ingati tentang arwah bapanya itu. Rupa arwah juga hanya dapat dikenang pada gambar-gambar lama.
Tetapi memori melihat tubuh arwah si ayah buat kali terakhir kekal dalam mindanya. Apa yang dia ingat, pada hari itu, rumahnya dikunjungi oleh ramai orang. Jiran dan saudara-mara. Ada yang menangis, ada yang sugul. Yang nyata, semuanya berwajah muram belaka. Sungguh pada ketika itu, dia tidak memahami kenapa tubuh ayah terkujur kaku di ruang tamu. Sangkanya, ayah sedang tidur. Juga tidak memahami kenapa ibu menangis sambil mengusap lembut rambutnya. Otaknya tidak dapat mencerna, mengapa ramai orang mengelilingi tubuh ayah sambil membaca kitab kecil.
Di saat ayah dimasukkan ke liang lahat, sel-sel otaknya masih tak mampu memproses segala perkara yang berlaku. Soalan yang diajukan kepada para dewasa juga tidak dijawab. Ibu lagilah, hanya menangis lesu. Akhirnya, dia menangis dan mengamuk di kuburan kerana tiada siapa mahu menjawab dengan tepat kenapa ayahnya ditimbus tanah.
Hari-hari berlalu tanpa ayah. Persoalan dalam otak kecilnya juga semakin berbelit. Kenapa ayah tak balik rumah Ayah pergi mana
Ayah ada rumah lain ke Dan pelbagai lagi soalan yang lebih kurang sama saja maksudnya. Soalan itulah yang diajukan kepada ibu sehari-hari.
Jawab ibu, ayah tak akan balik lagi kerana sudah masuk syurga dan dia akan menangis meraung kerana ayah masuk syurga tanpa dia.
Namun, rasa sedih akibat kehilangan ayah tidak lama. Hidupnya terus berjalan seperti biasa walau tanpa ayah. Lama-kelamaan, dia sudah dapat menerima yang ayah sudah masuk syurga.
Hadirnya Encik Alwi sebagai ayah diterima dengan hati rela - walaupun kala itu, tak berapa rela menerima Amylea a.k.a Amy sebagai saudara.
Nafas dihela. Mengenangkan arwah ayah yang sudah dijemput Ilahi, hatinya diusik sayu.
Daripada Abu Hurairah - Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya
Dia yakin, ayah seorang yang baik. Dia yakin ayah seorang yang berilmu. Dan dia juga tahu, ibu dan juga Encik Alwi telah mendidiknya menjadi insan sebaik mungkin dengan segala kemampuan yang ada.
Cuma, dia sebagai manusia biasa, adakalanya lalai dan leka. Anak soleh Jauh panggang dari api. Segan mahu mengakui diri sebagai soleh sedangkan amalnya tak seberapa.Namun, doanya akan sentiasa ada buat arwah ayah. Selagi hayatnya masih ada, selagi itulah tak akan putus doanya untuk arwah.
Kura-kurakura-kura. Kesian aku tengok kau. Jalan pun lambat. Bila agaknya nak sampai Ejek arnab.
Telinga Zack menangkap suara yang cukup dikenali. Walaupun suara itu dinyaringkan - mungkin mengikut watak arnab yang diceritakan, dia tahu suara itu milik Zareen.
Kakinya melangkah senyap ke arah kanak-kanak yang sedang duduk berkumpulan, tidak jauh dari tempat dia berdiri. Tekanya, mereka semua dalam lingkungan empat hingga enam tahun. Zareen berada bersama mereka. Di sebelah Zareen, terdapat beberapa buku cerita kanak-kanak tersusun bertindih.
Jahatlah arnab tu.Satu suara menyahut.
Zareen senyum.
Zack pantas mengangkat kamera.
Klik.
Lepas tu, aunty Seorang lagi bertanya.
Lepas tu, kura-kura pun jawab...tak apalah arnab. Tuhan dah jadikan aku macam ni. Arnab tak puas hati. Dia pun, ajak kura-kura lumba lari.
Macam mana kura-kura nak lariSi tudung biru menyoal. Kura-kura boleh merangkak je...
Zareen ketawa. Wajah keibuannnya lembut terserlah. Zack menarik nafas. Rasa itu hadir lagi. Rasa yang sama setiap kali terlihat Zareen tertawa seperti itu. Butang kamera ditekan.
Klik.
Dalam cerita ni, kura-kura boleh lari.Zareen sekadar memberi penjelasan mudah.
Kura-kura pun setuju. Esoknya, kura-kura dan arnab pun pergi berlumba.Sambung Zareen. Arnab lari laaaajuuuuuu sangat. Kura-kura tertinggal kat belakang. Bila sampai di satu pokok ni, arnab pun cakap, Ehlambat betullah kuar-kura ni. Aku rehat dululah. Arnab pun duduk berehat tepi pokok. Lepas tu, arnab tertidur.Zareen berhenti sebentar mengambil nafas.
Klik.
Masa arnab tidur, kura-kura pun sampai depan pokok. Bila kura-kura nampak arnab tertidur, dia pun cepat-cepat berjalan sampai garisan penamat. Masa kura-kura nak sampai ke garisan penamat tu, tiba-tibaarnabterjaga dari tidur. Mata dia, terbuka. Arnab nampak, kura-kura dah nak sampai ke garisan. Terus arnab bangun.
Klik.
Arnab pun pecut laaajuuuuunak kejar kura-kura.Zareen menghentikan cerita. Senyum memerhatikan kanak-kanak itu terlongo menantikan pengakhiran cerita.
Klik. Klik
Agak-agaksiapa menang Zareen menduga.
Arnablah. Dia lari laju.Si tudung biru menjawab. Memang dari tadi, dia yang paling rajin bercakap.
Taklahkura-kura yang menang. Arnab tak sempat sampai Si rambut paras bahu meningkah.
Siapa yang menang aunty Si tocang dua pula bertanya.
Cuba teka.Senyuman Zareen masih kekal. Siapa dapat teka betul, aunty bagi Choki-Choki. Beberapa batang coklat Choki-Choki dikeluarkan dari beg tangan.
Klik. Klik. Klik.
Arnab! Kura-kura! Suara-suara meneka, serentak. Zareen senyum penuh makna.
Cepatlah aunty, siapa yang menangSoal si tudung biru. Becok sungguh.
Jawapan diaZareen menghentikan ayat. Kura-kura!
Yeayyy Yang meneka dengan tepat, gembira. Yang salah pula, bermuka monyok kerana Choki-choki terlepas dari genggaman.
NahZareen menghulurkan Choki-Choki di tangan kepada semua kanak-kanak di sekelilingnya. Yang salah, yang betulsemua dapat Choki-Choki.
Terima kasih, aunty. Ucapan keluar satu demi satu. Senyuman terukir dibibir.
Klik. Klik.
Kamera dipetik lagi. Banyak gambar Zareen diambil secara senyap-senyap. Zack memandang seketika kepada kamera di tangan dan kemudian, kembali memandang ke arah Zareen. Alamak.kantoilah pulak
Zareen sedang merenungnya tajam, dengan kening terangkat.
Uncleuncle
Tautan mata terputus apabila satu suara halus berbunyi. Terasa seluarnya ditarik-tarik. Zack memandang ke bawah. Sarah sedang senyum menyeringai ke arahnya. Empat orang kanak-kanak turut ada bersama Sarah.
Unclenak ambik gambarPinta Sarah. Senyum comel menghias bibirnya.
Zack turut tersenyum. Cair hatinya melihat senyuman secomel itu.
Kawan Sa-ghah pun nak ambik gambar Sarah menyambung kata.
BolehJawab Zack.
Jomkita pergi kat taman sanaAjak Zack.
Sarah dan rakan-rakannya akur.
Zack mengangkat muka, memandang ke arah Zareen yang masih merenungnya. Dia sengih lega kerana dapat melarikan diri setelah tertangkap kerana mengambil gambar Zareen secara curi.
Mereka berjalan berkumpulan menuju ke arah taman. Sarah memegang jari Zack membuatkan hati Zack agak tersentuh. Manja pula Sarah dengan dia walhal baru saja berjumpa.
Okeyjom ambil gambar.Tutur Zack.
Lima orang kanak-kanak itu diatur dalam barisan mengikut ketinggian. Paling rendah di tengah-tengah manakala yang tinggi, di kiri dan kanan membentuk seolah huruf V.
ReadyZack bersuara.
Senyum
Lima orang kanak-kanak senyum tunjuk gigi walaupun ada yang kurang penuh.
Satuduatiga
Klik. Klik. Klik.
Banyak gambar yang diambil Zack. Seronok sungguh kanak-kanak itu tatkala bergambar. Bermacam gaya. Lebih teruja lagi apabila Zack memberi mereka peluang untuk menggunakan kamera. Walaupun gambar yang diambil entah apa-apa, Zack membiarkan saja. Dia sendiri turut seronok melayan kerenah kanak-kanak itu.
Gelak dan tawa mereka turut mengundang senyuman pada Zack. Sayu berbaur. Mereka sangat ceria walaupun duduk berjauhan dari keluarga. Senyuman mereka sangat jujur seolah-olah tiada masalah yang membebani bahu mereka.
Hakikatnya, anak-anak ini serba kekurangan. Hidup di atas belas ihsan dan kasihan dari insan-insan yang prihatin.
SarahPanggil Zack. Sarah di sebelahnya yang sedang ralit membelek kamera menoleh dan senyum.
Sarah dah lama tinggal sini
La-ma Jawab Sarah.
Kenapa Sarah tinggal sini
Atuk dengan nenek suruh.Sarah menjawab. Jujur kedengarannya.
Mak Sarah mana
Tak ta-hu. Nenek cakap, mak dah lari.
Zack telan air liur. Wajah Sarah langsung tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Seolah-olah cerita yang keluar dari mulutnya itu biasa-biasa saja.
Ayah Sarah, mana
Nenek cakap, ayah Sa-ghah dalam penjara. Polis tangkap, tak bagi keluar
Zack terdiam. Runtun jiwa mendengar cerita jujur Sarah. Kepala Sarah digosok perlahan.
Atuk dengan nenek tinggal kat manaZack menyoal lagi.
Kampung.
Kampung Sarah kat mana
Jauh
Zack senyum lalu menggelengkan. Mungkin Sarah tidak tahu dengan tepat, di mana kampungnya.
Selalu ke atuk dengan nenek datang jumpa Sarah
Sarah kelihatan termangu-mangu, sepertinya memikirkan sesuatu.
Ada. Tapi nenek cakap, tak boleh datang tengok Sa-ghah selalu. Nenek tak ada duit nak datang sini. Atuk selalu sakit.
Zack tarik nafas panjang. Rambutnya ditolak ke atas.
Sarah suka tinggal sini
Suka.Sarah terangguk-angguk. Sini ada gha-mai kawan. Cikgu Lina baik. Cikgu Ati baik. Kat sini boleh belajar baca. Boleh lukis
Sarah suka lukis
Suka.
Zack senyum. Mujur saja ketika ini, tiada pen atau pensil dan kertas bersama. Jika tidak, mahu juga dia melukis sesuatu untuk Sarah.
Bila besar, Sarah nak jadi apaSoalan klise kalau jumpa kanak-kanak.
JadiCikgu.
Kenapa nak jadi Cikgu
Sebab Sa-ghah nak jadi macam Cikgu Lina. Cikgu Lina baik. Selalu ajar Sa-ghah baca, lukis. Kadang-kadang, Cikgu Lina ajar Sa-ghah nyanyi.
Zack ketawa. Kanak-kanak, begitulah. Jujur sungguh kala memberi jawapan.
Boleh tumpang dudukSatu suara bertanya.
Zack mengangkat muka. Senyuman yang terukir di bibir empunya suara dibalas dengan senyuman juga.
Duduklah.Pelawa Zack.
Zareen senyum lalu mengambil tempat duduk di sebelah Sarah. Sarah yang pada mulanya terpinga-pinga dengan kehadiran Zareen, terus tersenyum apabila diapit di tengah-tengah.
Ini kawan uncle Soal Sarah.
Zack senyum.
Inibos uncle. Jawab Zack.
OooooPanjang O Sarah.
Zack ketawa. Entah Sarah faham, entah tidak akan maksud Bos itu apa.
Macam Cikgu Lina. Sambung Sarah.
Macam Cikgu Lina Ulang Zack dalam tanya. Siapa Cikgu Lina yang disebut Sarah sejak tadi, tidak
pula dia tahu. Rapat benar nampaknya Sarah dengan Cikgu Lina.
Haah.Cikgu Lina cantikbos uncle pun cantik.macam Cikgu Lina
Zack ketawa lagi.Iyabos uncle memang cantik.
Pandai awak layan budak-budak.Zareen memecah sunyi setelah mereka terdiam beberapa saat.
PandaiKening Zack berkerut.
Entah skala apa yang Zareen guna untuk mengkategorikan dia sebagai pandai melayan budak.
Pandaikot. Saya dah biasa dengan budak-budak. Iyalah, saudara-mara ramai. Kalau masa raya tu, penuhlah rumah arwah Tok saya dengan budak-budak.
Zareen senyum.
Saya tengok, Cik Reen pun suka layan budak-budak.
Saya suka layan.anak.Jawab Zareen, kekal tersenyum.
OhZack mengangguk. Mesti Cik Reen pun ramai anak sedara
Zareen sekadar angkat bahu.
Cik Reen percaya tak
Percaya apa
Sebelum ni, saya tak pernah jejak kaki ke rumah anak yatim.Ujar Zack. Walaupun saya anak yatim
Dah besar panjang pun, boleh masuk kategori anak yatim ke Dalam tergelak, Zareen bertanya.
Zack turut ketawa. Kira boleh masuk kategorilah tu
Saya bersyukur sebab saya tak perlu pun tinggal di rumah anak yatim, lepas ayah saya meninggal dulu. Emak saya mampu lagi nak jaga saya. Saudara-mara saya ramai, rumah pun dekat-dekat. Saya tak perlu hidup susah macam budak-budak kat sini. Zack menyambung kata. Matanya terlekat pada wajah Sarah yang masih ralit membelek kameranya. Suka benar Sarah dengan kamera.
Budak-budak kat sinipilihan apa yang dia orang ada Terpaksa tinggal jauh dari keluarga. Hidup pun atas belas ihsan orang lain. Tapi, saya tak dengar walau sekalipun budak-budak ni merungut. Redha dengan takdir walaupun mungkinbudak-budak ni belum tahu apa maksud redha dan takdir.
Macam Sarah niZack usap lagi kepala Sarah. Entah kenapa, dia benar-benar tersentuh dengan Sarah. Cerita Sarah, tutur kata Sarah benar-benar jujur pada pendengarannya. Dan Sarah, masih mampu senyum dan ketawa dalam hidup yang serba kurang.
Uncle Sarah menarik lengan Zack.
Ya Sahut Zack.
Kenapa aunty sedihTanya Sarah. Matanya mengarah kepada Zareen.
ErrCik Reen.Panggil Zack.
Saya ada salah cakap ke Zack serba salah. Tadi, Zareen senyum dan ketawa. Sekarang, muram pula.
Cik ReenZack memanggil lagi. Sorrylah kalau saya tersalah cakap
Tak ada apalah. Saya cuma teringat pada Zareen tarik nafas.
Pada siapa
Zareen senyum tawar. Seseorang.
Zack angkat bahu. Walaupun hati meronta ingin tahu, dia tidak bertanya lagi. Tak mengapa kalau tak mahu beritahu, tak mahu memaksa.
Uncle. Nak ambil gambar lagiSarah membuat permintaan.
Zack senyum.
Jom.Ajak Zack. Dengan senang hati, permintaan Sarah dituruti.
Zack kembali melayan Sarah.
Zareen hanya memerhati dalam senyuman. Dalam hati, perasaan bercampur-baur. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan.