ANIS pandang rumah dua tingkat yang agak besar. Laman rumah pula sangat kemas dan cantik dengan deretan pokok bunga kertas yang lebat berbunga. Imran pula sibuk memunggah beg dari bonet kereta ke dalam rumah. Hanya satu malam saja mereka bermalam di rumah banglo mewah Puan Zaharah di Damansara.
Apa tercegat lagi kat situ Tak nak masuk ke Imran berdiri di muka pintu.
Anis melangkah malas ke dalam rumah bercat kuning. Rumah yang sepatutnya menjadi syurga dunia buat seorang isteri dirasakan sudah menjadi sarang burung yang sempit. Langkah masuk saja, dia sudah terikat dengan perjanjian Imran. Ada sekatan di mana-mana. Longlai langkah Anis menapak ke ruang tamu. Sebaik kakinya melangkah ke ruang tamu, dia terpegun melihat susun atur perabot dalam rumah itu. Rapi dan teratur. Ada cita rasa kampung. Boleh dikatakan kebanyakan perabot diperbuat daripada rotan dan kayu jati. Rasa sejuk seolah ada penyaman udara.
Ni beg awak. Pilihlah nak bilik mana kecuali bilik yang hujung tu. Tu bilik saya. Imran melemparkan senyuman terpaksa. Terjerat dengan perjanjian yang dibuat sendiri di kala hati dan perasaannya mula bercambah subur untuk Anis.
Err..boleh tak saya guna bilik bawah je Anis pandang bilik kecil dekat dengan dapur.
Imran menoleh ke arah bilik yang dimaksudkan oleh Anis. Dia kemudian pandang Anis semula dengan riak berkerut.
Kenapa nak duduk bilik tu
Sebab saya tak nak naik tangga..duduk bawah senang sikit. Anis bingung seketika. Apa yang aku cakap ni Tak nak naik tangga Ah! Bantai jelah!
Tak nak naik tangga keatau takut saya apa-apakan awak Imran senyum nakal. Dia pandang Anis atas bawah.
Anis diam. Imran sengaja mahu naikkan darahnya. Nak seksa jiwanya.
Tak payah! Awak kena duduk bilik atas. Saya tak nak bila mama atau mak awak datang sini, tengok awak duduk bilik kecik macam tu! Nanti dia orang ingat awak ni orang gaji saya. Imran merebahkan tubuhnya di sofa di ruang tamu. Remote control tv dicapai dari atas televisyen.
Anis mengetap bibir. Imran tidak pernah mahu mengerti hatinya. Dulu kau jugak yang suruh duduk bilik asing-asing! Ikut sukalah nak pilih bilik mana pun. Rengus Anis sendiri. Tidak puas hati dengan perjanjian yang nyata berat sebelah. Beg di tepi tangga diangkat naik ke atas. Terhegeh-hegeh dia mengangkat seorang diri. Anis pulas tombol pintu bilik yang berhadapan dengan tangga. Bermakna selang satu bilik dengan bilik Imran yang terletak di hujung.
Hmm..besar jugak bilik ni.. Anis letak beg pakaiannya di tepi almari. Dia mula memerhati sekitar bilik. Siap dihias dengan mawar putih. Bau harum menyucuk hidung. Semerbak!
Macam tahu je aku suka mawar putih. Sekuntum bunga dipetik dari dalam pasu di atas meja solek. Bunga itu dicium seketika.
Teringat hiasan bunga mawar putih di rumah mewah dua tingkat Puan Zaharah. Semuanya mawar putih. Tidak ada bunga lain walau sekuntum.
Pelik jugak, kat sana mawar putih, kat sini pun mawar putih. Tentu ni kerja Zara. Dia je yang tahu aku suka mawar putih ni..
Anis pandang pula jam tangannya. Sudah hampir maghrib. Dia segera ke bilik air membersihkan diri. Habis mandi, Anis menukar pakaian dan mula mengemas beg pakaiannya. Dia senyum melihat nota usrah yang sekian lama berada dalam simpanan Jay.
Hmm..apa khabar agaknya dia sekarang. Sudah dua minggu aku tak chat dengan dia.. Anis duduk di birai katil. Sekali lagi dia membelek nota usrahnya yang sudah dipulangkan.
Mungkin malam ni dia online. Anis berkira sendiri. Matanya tertancap pula pada kotak merah. Hadiah dari Zara. Anis buka pembalut merah berhati-hati. Sehelai baju tidur yang cukup seksi. Bahagian pangkal lengan beropol-ropol. Bahagian leher pula terdedah luas. Kalau pakai ni..sah-sah tersembul nampak nasi lemak aku. Tak fasal-fasal nanti Imran terkam aku!
Huih! Tak kuasa aku nak pakai! Anis letak semula di dalam kotak. Baju tidur berwarna peach tanpa lengan itu cukup seksi baginya.
Dahlah jarang! Eii! Geli nak pakai! Kotak merah itu ditutup rapat.
Anis segera menunaikan solat maghrib bila terdengar azan berkumandang dari masjid berdekatan. Alunan kalimah Allah mula bergema memenuhi ruang bilik.
Imran menekup telinganya di daun pintu. Suara lembut Anis mengalunkan ayat suci al Quran sungguh lunak. Terasa menusuk ke hati. Hmm..dah boleh solat la tu. Imran senyum. Perlahan dia menapak ke biliknya. Waktu maghrib sudah setengah jam berlalu.
MALAM itu Anis hanya berkurung di dalam bilik. Dia tidak betah berada di mana-mana ruang rumah itu kalau Imran turut sama berada di situ. Sudah termaktub dalam perjanjian. Dia dan Imran tinggal di bilik berasingan dan buat hal masing-masing. Jam sudah hampir lapan setengah malam. Kedua tangannya menongkat dagu.Termenung seketika. Terasa dirinya tidak diperlukan di situ. Hanya sekadar memenuhi sebuah perjanjian. Jam sembilan nanti, dia ada kelas online.
Kalau dah macam ni, baik aku duduk rumah sewa aku dulu. Sama je. Anis pandang ke arah dinding. Dinding yang memisahkan selang sebilik dari bilik Imran.
Komputer riba dibuka. Broadband mula disambung.
Aku harap Jay ada online. Anis buka laman sosial terkenal itu.
Dia senyum. Jay online rupanya.
Mawar Putih > Lama awak tak online
JS > Ya ke Bukan awak ke yang lama tak online
Mawar Putih > Saya sibuk sejak akhir-akhir ni
JS > Yalah..awak pun dah jadi isteri orang.
Anis diam seketika.
Mawar Putih > Bunyi macam kecewa saja
JS > Memang saya kecewa. Kalaulah saya yang bertemu awak dulu, tentu awak dah jadi isteri saya sekarang ni.
Mawar Putih > Itu namanya jodoh. Allah dah tentukan jodoh saya dengan suami saya sekarang ni. Dan awak pun, jodoh awak mungkin dengan gajah depan mata tu.:)
JS > Hahahaa! Awak lucu jugak ya!
Mawar Putih > Salah ke apa yang saya cakap ni
JS >Tak salah..sebab nak kejar nyamuk di seberang, gajah depan mata saya tak hiraukan.
Mawar Putih > Eloklah macam tu.
JS > Hmm..jadi apa nasihat awak untuk saya kali ni
Mawar Putih > Nasihat apa
JS > Macam mana nak nampakkan gajah depan mata tu
Mawar Putih > Oh..maksud awak nak ambil hati dia
JS > Yup! Exactly!
Anis merenung skrin. Berfikir apa yang harus dibalas. Dari cerita Jay, gadis yang digelar gajah depan mata tu mempunyai karakter yang baik.
Mawar Putih > Saya sebenarnya tak pandai dalam hal ni. Saya sendiri tak berani nak luahkan rasa hati pada suami saya tapi tak apa. Untuk awak, saya rasa elok kalau awak berterus terang dengan dia. Luahkan apa yang awak rasa dan yang paling penting, buang ego awak tu!
JS > Kalau dia tak terima saya, macam mana
Mawar Putih > Saya tak rasa macam tu sebab dia sudah lama sukakan awak. Mungkin dia akan menolak mula-mula. Lepas tu perlahan dia boleh terima awak.
JS > Saya bukan apa..selama ni saya banyak menyakiti hati dia. Dia pula tidak pernah meluahkan rasa hati dia pada saya, maksud saya berterus terang dengan saya. Bukan melalui orang lain. Jadi saya rasa bersalah bila nak mulakan semula dari zero.
Mawar Putih > Hmmjadi awak dah lama ada hati dengan dia Maksud saya, sejak dulu lagi ke apa
JS > Mungkin ya, mungkin tidak. Saya pun tak pasti. Tapi yang jelas, ada satu perasaan yang menyelinap masuk ke lubuk hati saya. Perasaan yang sukar saya tafsirkan. Entahlah..
Anis diam seketika Dia baca berulang kali jawapan Jay. Maknanya Jay bukan lagi penyelamat aku. Dia sudah ada rasa kasih pada gadis tu. Anis melepaskan keluhan. Bermakna juga dia terpaksa mengharungi hidup dengan Imran dan yang paling perit nanti, jika Imran bertemu dengan gadis idamannya, dia akan berada di dalam dilema. Bermadu atau berpisah.
JS > Awak ok ke
Mawar Putih > Err..ya saya ok je.
JS > So, macam mana saya nak luahkan apa yang saya rasa. Sebab saya rasa dia mungkin tidak terima saya semula.
Mawar Putih > Awak jangan putus asa. Kalau betul awak inginkan dia menjadi isteri awak, awak kena berusaha. Dan
saya harap awak bukan main-main lagi. Berusahalah untuk memiliki sebuah rumah tangga yang diredhai Allah. Sama-sama menuju ke jalan Allah.
Tika ini Anis mula sebak. Sebak mengenangkan dirinya sendiri yang begitu dahagakan sebuah rumah tangga yang utuh, saling mengasihi dan saling berpesan ke arah kebaikan demi menuju syurga Allah. Ada titis jernih mula bergenang.
JS > Hmm..kata-kata awak ni lagi membuatkan saya teringin memiliki awak tapi saya sedar saya telah terlambat.
Mawar Putih > InsyaAllah, gadis itu lebih baik untuk awak. Allah telah berfirman dalam Quran, saya pun tak ingat surah apajadilah insan yang baik terlebih dahulu untuk memiliki insan yang baik. Lupakan soal rupa kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlak yang cantik tetapi akhlak yang cantik dan indah akan membiaskan nur di wajah kita dan dengan sendirinya membuat rupa kita jadi cantik.
JS > Oh! So impress! Serius, saya cintakan awak!!
Anis tergamam. Digenyeh mata berkali-kali. Biar betul mamat ni.
Mawar Putih > Err..cinta sebagai seorang sahabat saya terima tapi kalau awak cinta lebih dari itu, maaf, saya isteri orang.
JS > Saya bergurau jelah
Anis renung lagi skrin. Hmmdia ni lain macam je. Makin berani pulak cerita soal cinta.
Mawar Putih > Saya masih waras dan masih tahu batas seorang isteri. Walaupun saya tidak dihargai tapi saya tetap seorang isteri yang dinikahi secara sah.
JS > Hmm..nyata awak seorang yang sangat baik. Kalau orang lain mungkin sudah ambil kesempatan.
Mawar Putih > Selagi saya bergelar isteri, selagi itulah saya kena jaga maruah saya dan suami.
JS > Alhamdulillahsaya rasa tenang bila awak berkata macam ni. Lapang hati. Macam nilah isteri yang baik. Saya lega.
Anis sekali lagi rasa keliru. Keliru dengan kata-kata Jay. Tenang Lapang hati Lega
Mawar Putih > Err..awak, saya off dulu. Dah tengah malam. Saya pun dah mengantuk.
JS > Sweet dream sayang!
Erk!! Sayang Putus fius agaknya mamat ni. Terus dia logout dari laman sosial itu. Anis ke bilik air. Usai solat isyak, Anis menapak ke katil. Terbayang-bayang kata-kata Jay tadi. Timbul perasaan pelik di hatinya. Jay sudah semakin berani panggilnya sayang.
Sepatutnya panggilan itu Imran yang lafazkan untuknya bukan Jay!
Ya Allah Anis menekup muka. Mata dipejam rapat.
Dia cepat-cepat buka laman web untuk kelas onlinenya pula.
LIMA setengah pagi Anis sudah berada di sejadah. Sementara menunggu waktu subuh, dia capai Quran terjemahan dari atas meja. Sempat dia membaca beberapa potong ayat dari surah al Baqarah. Tafsiran ayat 155 dan 157 dibaca berulang kali.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
Anis mengulangi lagi membaca terjemahan itu. Benarlah setiap ujian itu jika disertai dengan kesabaran, akan
mendapat rahmat Allah dan petunjuk dari Nya. Dia menyambung membaca lagi.
Menurut Al-Qurtubi: Jadilah sabar kehidupan mereka dan sabar itu terbahagi kepada dua. Sabar daripada maksiat, inilah sebagai orang yang mujahid dan sabar atas taat kepada Allah. Inilah sabar orang yang abid. Apabila seseorang bersabar daripada maksiat kepada Allah dan bersabar atas ketaatan kepada Allah, nescaya Allah wariskannya keredaan dengan qada-Nya. Alamat redha ialah tenangnya hati dengan apa yang berlaku dalam kesusahan.
Ya Allah..tabahkan hatiku. Kurniakanlah sifat redha dalam hati aku dalam menghadapi ujian Mu.
Azan sayup bergema dari corong pembesar suara dari masjid berdekatan. Sayu hatinya mula terasa. Alangkah indahnya jika dia dapat berjemaah bersama suami.
Ya Allahaku ingin sekali mengadap Mu bersama suamiku.. Anis menangis di sejadah. Rindu berjemaah bersama suami tercinta tapi apakan daya.
Usai solat subuh, Anis bersiap ke dapur. Tudung dicapai dari almari. Teragak-agak dia menyarung tudung di rumah yang hanya dia dan Imran jadi penghuni. Imran, yang sudah halal baginya memperlihatkan segala auratnya.
Tak apalah..aku pakai jelah. Anis mula melangkah ke dapur.
IMRAN turun tergesa-gesa ke ruang tamu. Hari itu dia mula bekerja. Bau tumis menyucuk hidung. Dia jenguk ke dapur. Asyik Anis menyediakan sarapan.
Ehem!
Anis perlahankan api. Dia berpaling. Imran segak dengan baju kemeja dan sepasang kot hitam. Beg sandang disangkut di bahu kiri.
Awak masak apa
Err..spagetti goreng. Kebetulan ada sebungkus dalam kabinet almari tu. Maaf, saya guna barang awak tanpa izin awak. Anis angkat telur mata yang digoreng dari kuali.
Kalau pasal masak, awak tak payah minta izin. Masak je. Saya suka masakan awak. Imran sengih. Dia mula tarik kerusi.
Anis senyum hambar. Pujian Imran dirasakan tidak ikhlas. Yalah, siapa yang tak puji kalau makan minum disediakan begitu. Dia letak semangkuk besar spagetti goreng di atas meja, teh o seteko dan sepinggan telur mata bersama timun. Laju tangannya menceduk spagetti goreng dan telur mata ke dalam pinggan.
Terima kasih.. Imran sengih lagi sebaik Anis menghulurkan spagetti goreng kepadanya.
Maaf, kopi tak ada. Anis tuang pula teh o dalam cawan.
Awak tak makan sekali
Anis geleng. Tekaknya sudah tersekat. Dia kembali ke singki menyambung mencuci pinggan dan mengemas barang dapur yang lain yang agak berhabuk.
Awak tak nak pergi kerja ke Imran pandang Anis yang hanya mengenakan blaus lengan panjang dan kain batik. Itulah pertama kali dia melihat Anis berpakaian begitu. Persis gadis pingitan.
Kan saya nak berhenti. Anis menjawab tanpa berpaling pada Imran.
Awak pasti
Anis berpaling. Dia pandang Imran yang berselera mengunyah spagetti.
Ya.. Sepatah Anis jawab.
Awak tak boleh berhenti selagi saya tak izinkan. Saya bos awak. Tiada alasan kukuh untuk saya berhentikan awak. Apa pula kata Zara dan Kak Dina nanti. Selamba Imran berkata.
Anis diam. Memang tiada alasan kukuh untuknya keluar dari syarikat itu. Permohonannya untuk menyambung belajar secara sepenuh masa masih belum diterima. Nak tak nak, dia terpaksa akur dengan kehendak Imran.
Jadi saya nak kena pergi kerja jugak ke Anis menutur lemah.
Yalah! Apa awak ingat sesuka hati awak boleh datang atau tak nak datang Stephen Holding ada undang-undang. Imran habiskan spagetti dalam pinggan.
Kalau saya tak datang, ambillah tindakan. Berhentikan saya. Anis geram dengan kata-kata Imran. Tak pernah dia ingin menyelami hati dan perasaannya.
Imran jeling. Dia teguk air teh o panas. Tuh! Tuh! Tuh!
Anis senyum. Dah tahu teh tu panas, buat apa minum macam air sejuk! Geli hati. Dibiarkan saja Imran terkebil-kebil menahan pedih lidah.
Eh, awak nak bunuh saya ke Imran bingkas bangun. Dia ambil air sejuk dari peti sejuk. Ditogok sampai habis.
Anis masih senyum. Tiada sepatah pun keluar dari mulutnya.
Awak buat apa tercegat kat situ lagi Takkan nak pergi kerja dengan baju dan kain tuImran muncungkan mulutnya ke arah Anis. Pandang Anis atas bawah.
Awak pergilah dulu. Kan ada dalam perjanjian, kita buat hal masing-masing. Saya dengan jalan saya dan awak dengan jalan awak. Awak juga yang tak mahu dedahkan perhubungan kita ni.. Anis pandang tajam Imran yang mula duduk semula di kerusi.
Imran diam. Memang itu perjanjian yang dibuatnya sebelum ini. Pekerja Stephen Holdings pun tidak tahu tentang pernikahannya dengan Anis. Itu permintaannya sendiri dan ibunya sudah setuju dengan syarat itu.
Okey tapi ingat kalau awak tak datang, awak akan dikenakan tindakan. Imran memberi amaran. Dia mula capai kunci kereta dan menuju ke garaj.
Anis hanya menghantar Imran dengan ekor mata. Ingin saja dia mencium tangan suaminya tapi apakan daya sudah itu yang ditakdirkan untuknya. Dia mula bersiap untuk ke pejabat. Teringat pesanan somtam dari makcik Senah. Sejak bernikah, tiada satu bungkus pun somtam dibuat.
Mungkin ada pasar kat sini. Kalau tak, susahlah aku nak berniaga. Anis lajukan langkahnya menuju ke perhentian bas. Sempat dia melihat sekitar kawasan itu. Mana tahu ada pasar berdekatan yang menjual betik dan mangga muda.
Anis tersungkur jatuh bila sebuah kereta tiba-tiba rapat dengannya dan terus pecut laju meninggalkan tempat itu. Beg tangannya tercampak ke bahu jalan. Dia mengerang kesakitan. Rasa dah patah seluruh badan. Kejang.
Aduhdarah.. Anis angkat siku kirinya. Penuh dengan darah meleleh. Lengan baju kurungnya sudah koyak.
Err..cik tak apa-apa
Anis mendongak. Seorang lelaki yang agak berumur menegur.
Sikit je encik. Anis cuba bangun. Dia rebah semula.
Celaka punya orang! Entah-entah dia ada niat nak langgar awak.
Anis terkejut. Tiba-tiba saja lelaki itu meninggikan suara. Marah. Errencik marahkan siapa
Tu! Kereta hitam tu! Saya nampak tadi. Dia macam sengaja memandu ke arah awak tadi. Lelaki itu jenguk ke arah jalan. Kelibat kereta itu hilang begitu cepat.
Mungkin dia tak dapat kawal kereta. Tak apalah encik. Luka sikit je ni. Anis cuba bangun. Dia rebah semula.
Macam nilah, saya panggil teksi. Awak kena pergi klinik ni. Darah tu masih mengalir. Banyak jugak tu. Lelaki itu segera menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Beg Anis yang tercampak diambil dan diserahkan kepada Anis.
Terpaksa Anis menurut. Darah semakin banyak keluar.
ANIS berjalan perlahan ke arah mejanya. Dia sudah lambat. Cepat-cepat dia duduk dan mula membuat kerja. Pedih luka tadi masih terasa. Sesekali Anis selak lengan baju kurungnya yang sudah koyak. Darah masih pekat melekat di pembalut.
Kenapa lambat
Anis cepat-cepat tutup lengan baju kurungnya. Tangannya diletakkan di bawah meja. Imran dah tercegat di sebelah meja.
Maaf tuan. Saya tertinggal bas tadi. Anis cuba berbohong.
Lain kali keluar awal. Kalau awak lewat macam ni selalu, nanti kerja tertangguh. Ni fail untuk projek di Melaka. Mana jadual saya Imran letak sebuah fail atas meja Anis.
Anis cepat-cepat ambil jadual Imran yang diletak dalam laci. Jadual untuk hari itu dibaca dengan lancar.
Kenapa muka awak tu Macam menahan sakit je Imran tidak hiraukan jadual yang dibaca sebaliknya dia asyik menatap wajah putih kemerahan Anis yang sudah mula berubah riak.
Err..mana ada tuan. Perasaan tuan je kut. Anis tundukkan wajahnya.
Imran tarik tangan Anis.
Arghhsakit.. Anis mengerang kesakitan. Tangan Imran mencengkam sikunya yang luka.
Kenapa Imran pegang pula tangan kanan Anis dan menariknya masuk ke bilik.
Pintu dikunci rapat. Anis sudah pucat. Apa pulak dia nak buat ni
Pantas Imran selak lengan baju kurung Anis. Kenapa jadi macam ni
Anis diam. Dia pandang Imran tidak berkelip. Ada riak cemas di wajah lelaki itu.
Err..tak ada apa. Saya jatuh je tadi. Sikit je. Anis perlahan tarik semula tangannya dari genggaman tangan Imran. Lengan baju kurungnya dilabuhkan semula.
Sikit awak kata Tuh! Darah pekat kat pembalut tu! Baju pun dah koyak! Nanti kalau Zara atau kak Dina tahu, apa saya nak jawab nanti Tentu mereka ingat saya dera awak! Imran mula marah-marah.
Anis diam. Perasaan dia saja yang tahu, perasaan aku Anis ketap bibir. Tuan jangan bimbang. Tahulah saya nak jawab macam mana. Saya minta diri dulu. Banyak kerja yang belum siap. Anis minta diri.
Awak belum jawab soalan saya. Macam mana awak boleh jatuh sampai berdarah sakan macam tu Imran masih tidak puas hati. Dia sebenarnya merasa bersalah membiarkan Anis pergi kerja seorang diri. Ah! Silap perjanjiannya jugak!
Saya..saya tersepak batu tepi jalan. Anis terpaksa berbohong buat kali kedua.
Takkan sampai berdarah macam tu sekali
Anis diam. Mimpi apa tiba-tiba ambil berat pasal aku Getus Anis dalam hati.
Sudahlah tuan. Penat saya nak terangkan pada tuan. Saya minta diri dulu. Anis mula melangkah.
Nanti! Imran tarik tangan Anis. Pinggang Anis dirangkul rapat ke tubuhnya.
Anis dah pucat. Dia tunduk membisu. Eii! Ini pejabat la!
Tu..tuan nak apa Anis beranikan diri bertanya. Terasa tubuhnya rapat pada dada sasa Imran.
Anis tergamam. Imran sekali lagi menyentuh bibirnya.
Err..maafkan saya. Awak boleh keluar sekarang. Imran tersedar. Dia lepaskan Anis dan segera duduk di kerusinya, menyambung kerja semula. Seolah tiada apa yang berlaku sebentar tadi.
Anis masih kaku di situ. Rasa kakinya sudah diikat dengan batu. Berat. Kalau orang lalu pun tentu menyangka
yang dia adalah patung. Bunyi ketukan kuat di pintu bertalu-talu.
Kenapa masih kat situ Tak reti nak buka pintu Imran sengih. Puas melihat wajah kemerahan Anis.
Tuk! Tuk! Tuk!
Anis tersedar dari lamunan. Ketukan tu makin kuat di daun pintu. Dia segera membuka pintu.
Apa yang telah berlaku Kenapa kunci pintu Izara mula hairan.
Eh lupa pulak. Hai takkan kat rumah tak cukup Usik Izara lagi. Tersengih menampakkan gigi.
Anis tunduk.
Oh adik! Masuklah! Imran senyum. Berpura-pura tidak dengar usikan kembarnya.
Anis, kenapa dengan kau niPucat semacam je aku tengok.. Zara pegang bahu Anis.
Haherr..aku keluar dulu. Anis cepat-cepat melangkah keluar dari bilik Imran.
Anis sentuh bibirnya dengan hujung jari. Ya Allah..kuatkan hati aku.