Arissa Daniel - 46
BAB 46

NELISSA menapak malas ke ruang tamu. Pulang dari rumah Arissa tadi, dia tidak singgah mana-mana. Dia bersandar di sofa. Mata menala ke segenap ruang tamu yang sangat luas. Sunyi. Sepi.

I wish I could have a big family, not like this! Nelissa lentukkan kepalanya di sofa. Mata masih menala ke siling.

Teringat perbualannya dengan makcik Fatimah tadi. Dia perasan Arissa begitu menyayangi ibunya. Makcik Fatimah juga begitu mesra dengan Arissa walau sudah hampir dua puluh tahun berpisah. Aku Dari kecil hinggalah sekarang, aku masih tidak rapat dengan mama dan papa. Sejak kecil aku ditinggalkan sendirian. Hanya Mak De saja yang menemani aku di rumah. Masuk tingkatan satu, aku masuk sekolah asrama. Saja nak memberontak walaupun papa tidak izinkan. Lepas SPM, aku sambung belajar di London bersama Arissa. Ikutkan hati, aku nak tinggal di sana selama-lamanya.

Haih...ada orang tua pun, macam tak ada. Tengoklah! Bukan nak tanya khabar aku. Aku dah lama tercongok kat bumi Malaysia ni, mama dan papa masih tak nampak batang hidung! Nelissa mengeluh panjang. Dia sandar pula kepala di sofa.

Nely..Nely...bangun sayang..

Nelissa buka mata. Dia genyeh mata berkali-kali. Wajah Mak De sedang tersenyum padanya.

Oh..Mak De... Nelissa menggeliat. Rupanya dia tertidur di situ.

Nelissa dah makan Kalau belum, mak De ada masak tu. Mak De duduk sebelah Nelissa. Rambut Nelissa diusap lembut. Sayangnya pada Nelissa macam anak sendiri. Yalah..sejak kecil Nelissa dijaga dengan penuh kasih sayang.

Mama dan papa tak balik lagi ke Nelissa pandang lagi sekitar ruang tamu.

Belum... Mak De senyum.

Nelissa muncung. Dia mula bangun.

Mak De...nanti boleh tak buatkan Nely coklat panas Nelissa senyum manja.

Boleh je. Nak sekarang ke Mak De turut bangun.

Hmm..sekejap lagi kut. Nely nak solat Asar dulu. Nelissa senyum. Dia mula menapak menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Mak De senyum lebar. Nelissa sudah banyak berubah. Arissalah yang selalu memberi nasihat pada gadis itu. Dia melangkah perlahan ke ruang dapur menyediakan coklat panas yang diminta Nelissa tadi.

LAMA Nelissa termenung di kepala katil. Tadi usai solat Asar, dia sempat menatap Al Quran yang sudah lama tidak disentuh. Quran yang dihadiahkan Arissa dulu. Bergenang air mata tatkala membaca ayat demi ayat.

Ya Allah...terima kasih kerana masih diberi peluang untuk aku mengenal ayatMu..Nelissa meraup muka. Teringat kata-kata Arissa dulu. Betapa hidup ini hanyalah sementara semata. Segala kekayaan dan harta tidak menjamin hidup di akhirat. Semua itu ditinggalkan begitu saja kecuali tiga perkara, amal soleh (ilmu yang bermanafaat), sedekah jariah dan anak yang soleh.

Matanya menala pada ruang bilik yang luas. Memang mewah..seluruh rumah mewah!

Semua ni...bukan boleh bawa ke lubang kubur..itu tempat terakhir di dunia.. Sekali lagi Nelissa tunduk. Air mata bergenang. Bila teringat kehidupannya sendiri, terasa sudah banyak membuang masa selama ini.

Kenapalah aku susah sangat nak berubah macam Arissa... Air mata yang mula mengalir disapu perlahan.

Nelissa menapak ke meja solek. Laci ditarik perlahan. Ada sebuah album lama yang masih tersimpan di situ. Album keluarga yang diabadikan sejak zaman kanak-kanak. Satu persatu foto dalam album itu ditatap. Matanya tepat memandang pada sekeping foto yang sudah agak lama. Warna pula sudah pudar. Hitam putih.

Aku rasa ni gambar mak Arissa masa muda dulu. Raut wajah seakan sama.. Nelissa berkerut kening. Lama dia mencari persamaan wajah mak Arissa dengan foto itu.

Hmm...kalau betul ini foto mak Arissa, jadi betullah tekaan aku, ada sesuatu yang disorokkan dari pengetahuan semua. Nelissa masih menatap foto itu. Foto papa dan arwah ayah Arissa bergambar bersama mak Arissa. Mama pula tidak ada dalam foto itu.

Pelik..macam mana mama aku tak ada dalam foto ni Nelissa mengusap dagu sendiri. Mencari jawapan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Nelissa berpaling. Masuklah! Pintu tak kunci pun!

Mak De senyum sambil membawa satu mug berisi coklat panas penuh. Dia melangkah perlahan ke arah Nelissa. Mug diletakkan atas meja studi.

Hmm..Nely buat apa Mak De menapak pula ke arah Nelissa yang masih menatap album.

Ni ha..tengok foto famili yang lama-lama ni.. Nelissa senyum.

Hmm..comel Nely masa kanak-kanak dulu. Mak De memuji Nelissa.

Semua budak macam tu Mak De! Nelissa sengih.

Nely lain..setiap kali Mak De bawa pergi jalan-jalan, tentu ada saja orang yang cubit pipi Nely. Mak De senyum.

Nelissa turut senyum. Dia kembali menatap album.

Mak De kenal tak siapa perempuan ni Nelissa tunjuk foto tadi.

Mak De mula mengamati foto di tangan Nelissa. Seorang perempuan bertudung berdiri sebelah Abdullah, pekerja Tan Sri Johari. Dia menelan liur. Mukanya berubah riak.

Mak De kenal ke Nelissa pula rasa pelik melihat perubahan riak Mak De.

Err...coklat panas tu Mak De letak kat atas meja. Nanti Nely minumlah ya. Mak De ada banyak kerja nak buat. Nak masak untuk makan malam nanti. Mak De mula gelabah. Dia segera beredar dari bilik Nelissa.

Nelissa hanya memerhati Mak De berlalu pergi. Dia berkerut kening. Apa kena dengan Mak De ni Pucat muka..

Foto itu ditatap lagi. Cuba mencari persamaan dengan makcik Fatimah. Foto lain turut dilihat. Ada beberapa keping foto lama yang diabadikan oleh papa, arwah ayah Arissa dan juga makcik Fatimah.

Hmm...hairan, tak ada satu pun foto mama dalam ni. Sekali lagi Nelissa mengusap dagu runcingnya. Berfikir sejenak.

Dia menapak ke meja studi. Coklat panas diteguk perlahan. Nelissa capai pula sebuah kotak kecil berwarna merah hati. Dia senyum. Itulah hadiah pertama dari Zarul untuknya dulu. Hadiah seutas rantai walaupun tak mahal tapi cukup bermakna buatnya. Zarul, cinta pertama dan terakhir.

Zarul..I love you so much.. Nelissa peluk rantai itu seketika. Dia kemudian bingkas bangun dan mengadap cermin solek yang besar.

Rantai itu dipakai di lehernya. Lama dia menatap rantai emas bercampur perak itu dengan loket berbentuk hati siap dengan tulisan NZ.

Mulai hari ini, rantai ni akan setia di leher aku. Nelissa masih melihat arca dirinya di cermin.

Nelissa menapak semula ke meja studi. Coklat panas diteguk lagi. Lama dia menatap foto Zarul yang masih disimpan atas meja.

Zarul..rindunya pada kau Zarul. Tolonglah nikahi aku..aku rindu.. Nelissa menekup muka. Terasa hidup ini tiada penghujungnya.

Memang sakit hati bila cinta dikhianati tapi cintanya pada Zarul tidak pernah padam walau dia tahu, Zarul telah dua kali mengkhianati cintanya.

Ya Allah..kuatkanlah jodoh kami..

Lama Nelissa termengguk di meja. Dia mendongak semula. Jam di atas meja studi sudah hampir maghrib. Tuala di tempat penyidai dicapai dan perlahan melangkah ke bilik air.

PUAN SRI ZARINA mula menapak masuk ke ruang tamu. Beg tangan jenama LV diletak atas meja sofa. Tubuhnya dihenyak kuat.

Puan dah balik

Puan Sri Zarina menoleh. Mak De menegurnya sambil tersenyum di muka pintu dapur.

Dah Mak De...hmm..Tan Sri belum balik Puan Sri Zarina melihat sekitar ruang tamu.

Belum lagi puan. Err..puan nak minum ke

Tak apa..nanti kalau saya haus, saya minta. Puan Sri Zarina lentukkan kepalanya di sofa. Mata dipejam seketika.

Mak De hanya senyum. Dia jeling jam. Hampir lapan malam. Dia hanya geleng. Sikitpun tidak bertanya hal Nelissa. Begitulah kehidupan suami isteri itu. Jam sembilan pagi masing-masing keluar. Malam baru nampak batang hidung. Tak pernah melihat mereka mengadap Tuhan walau satu waktu.

Err..Mak De, Nelissa dah balik Lupa pula saya nak jemput dia kat airport. Sempat Puan Sri Zarina tanya pembantu rumahnya sebelum Mak De berlalu ke ruang dapur semula.

Dah puan. Dia ada kat atas.Mak De senyum. Dia mula ke ruang dapur semula.

Puan Sri Zarina senyum. Matanya menala pada tingkat atas.

Ah...nantilah aku jenguk dia. Dia kembali pejam mata.

NELISSA melangkah lemah ke ruang tamu. Baju tidur satin warna firus sudah tersarung di tubuhnya. Usai solat Isyak tadi, perutnya kuat berbunyi. Lapar!

Hmm...bila mama aku balik Nelissa menapak mendekati ibunya yang sudah terlena di sofa.

Mama.... Perlahan Nelissa sentuh bahu mama.

Err..aa.. Puan Sri Zarina sudah berpisat-pisat.

Mama dah lama balikNelissa cium pipi mama.

Hmm...entah..pukul berapa ni Matanya dibuka sedikit.

Sembilan malam mama.. Nelissa geleng. Begitulah keadaan mama setiap kali pulang ke rumah.

Penat dan tertidur di sofa. Banyak persatuan dan mensyuarat yang dihadiri agaknya.

Hmm...mama nak mandi dulu. Dah makan Puan Sri Zarina pandang Nelissa yang sudah tersenyum di sebelah.

Belum..nak makan la ni. Tunggu mama..

Nely makanlah dulu. Mama penat la. Ingat lepas mandi ni, nak berehat kejap. Nely makan dulu ya sayang! Puan Sri Zarina bingkas bangun. Beg tangan LV dicapai dari meja sofa. Dia menapak ke tingkat atas.

Nelissa hanya memandang mama menaiki anak tangga menuju ke bilik. Dia melepaskan keluhan panjang. Kepalanya disandar di sofa. Mata menala ke siling.

Bosannya hidup macam ni...macam aku ni tak wujud. Kalau aku nikah dengan Zarul nanti, aku nak pergi jauh dari sini. Tinggalkan semua ni dan bina hidup baru bersama Zarul.. Sekali lagi Nelissa mengeluh. Dia menarik nafas panjang. Terasa hidup tidak bermakna. Ada orang tua tapi masing-masing buat hal sendiri.

Nelissa melangkah malas ke ruang dapur. Kelihatan Mak De sedang menghidang juadah makan malam.

Mak De...Nely lapar la. Nak makan! Nelissa tarik kerusi dan mula duduk.

Mak De laju mencedok nasi dan letak di depan Nelissa. Tudung saji dibuka. Terhidang lauk kegemaran Nelissa.

Hmm..sedapnya Mak De. Macam nilah best! Nelissa sengih. Teruja melihat ikan merah masak asam pedas Johor, kerabu pucuk paku dan sambal belacan.

Makanlah kenyang-kenyang. Dua minggu Nely kat Jerman tu tentu rindu lauk macam ni kan Mak De turut duduk menemani Nelissa. Seronok melihat Nelissa begitu berselera.

Ya la Mak De. Kat sana asyik makan roti je. Arissa la yang tak bagi Nely makan daging. Haram katanya.. Nelissa mencebik.

Arissa bukan halang Nely makan tapi dia beri peringatan supaya Nely menjaga makanan kat sana. Kena hati-hati, mana tahu ada yang tak halal. Mak De menyokong apa yang dibuat Arissa.

Ya la...Nely faham. Orang putih kata. We are what we eat! Nelissa gelak kecil. Geli hati melihat Mak De terkebil-kebil di depannya. Memang Mak De tak faham cakap orang putih tu!

Hmm..papa belum balik lagi ke Mak DeNelissa teguk pula jus guava. Habis makan tadi, dia mula bersandar di kerusi. Kenyang!

Belum lagi kut..tak nampak pun kereta dia.. Mak De senyum lagi. Kadang-kadang kesian melihat Nelissa. Jarang bertemu muka dengan ayah sendiri.

Hmm.. Nelissa melepaskan keluhan panjang.

Burp!! Nelissa menekup mulut. Sendawa.

Mak De senyum. Seronok melihat Nelissa kenyang begitu. Dari kecil sampai besar macam ni, Nelissa tak pernah menolak apa yang dimasak. Semuanya dimakan dengan penuh berselera macam tadi.

Selesai mengisi perut, Nelissa berehat di ruang tamu pula. Dia capai remote control tv. Menonton cerita kegemarannya, CSI.

Hmm...manalah papa aku ni. Nelissa jeling jam di dinding. Hampir sepuluh setengah malam.

My lovely daughter sudah balik

Nelissa berpaling. Papa sudah tersengih di muka pintu dengan briefcase di tangan kanan. Kelihatan Mak De mengambil beg dan kot hitam papa. Sepatutnya mama yang buat semua tu...

Papa dah balik Nelissa bingkas bangun dan mendekati papa.

Siapa yang jemput Nely kat airport Tan Sri Johari mula bertanya.

Nelissa mencebik. Huh! Baru nak tanya!

Alah..kalau Nely tak balik pun agaknya papa tak kisah kan Nelissa rangkul pinggang papa.

Merajuk la tu..dah makan Tan Sri Johari senyum. Dia cuit dagu Nelissa.

Dah..tunggu papa lambat sangat..

Mereka berdua duduk di sofa. Nelissa kembali menonton tv.

Macam mana conference Tan Sri Johari mula bertanya perihal kerja.

Bosan la papa. Lain kali Nely tak nak pergi.. Nelissa merajuk.

Apa pula bosannya Kan baik untuk Nely juga. Thats how we handle our business. Tan Sri Johari senyum.

Nelissa diam. Dia muncung.

Oh ya, papa dah ada calon untuk Nely.

Pantas Nelissa menoleh. Mencerlung.

Maksud papa

Papa nak Nely berkahwin. Nely pun dah dua puluh tujuh tahun. Semua harta papa ni papa nak serah pada Nely dan suami Nely nanti. Jadi, bakal suami Nely nanti mesti menepati ciri-ciri yang papa inginkan. Senyuman Tan Sri Johari sudah lebar.

Suami Nelissa sekali lagi terbeliak. Dia menelan liur berkali-kali. Dia tahu, sah-sah bukan Zarul!!

Nely tak nak kahwin!

Nely belum kenal lagi calon suami Nely. Dia juga ada bisnes sendiri dan papa kenal ayah dia. Suara Tan Sri Johari sudah bertukar tegas.

Siapa Saja Nelissa tanya. Siapalah agaknya pilihan papa.

Anak Datuk Mustafa, Sharif!

What!! Nelissa terkejut.

Kenapa Nely dah kenal ke Sharif tu Hmm..kalau dah kenal baguslah! Tan Sri Johari sandar di sofa.

No! Im not going to marry him! Never!! Nelissa bingkas bangun dan ingin melangkah pergi.

Nely!! Listen to me! You and Sharif are getting married end of this year! Full stop!! Tan Sri Johari turut bangun.

Nelissa menjeling tajam ke arah papa. Tangannya digenggam kuat.

Sampai hati papa buat Nely macam ni! Nely lebih rela mati dari bersuamikan lelaki miang tu! Nelissa mengetap bibir. Jelas semasa di majlis keraian dulu, mata Sharif galak menjelajah tubuhnya dan juga Arissa. Dia faham sangat pandangan seperti itu. Entah-entah dah berpuluh perempuan ditiduri Sharif!

Suka atau tak, Nely tetap akan kahwin dengan Sharif! Tan Sri Johari sudah menyinga.

No way!! Suara Nelissa semakin tinggi.

Dengar cakap papa! Jangan nak melawan! Tan Sri Johari tarik tangan Nelissa yang ingin beredar dari situ.

Fine! Lelaki tu boleh kahwin tapi dengan mayat Nely! Nelissa rentap tangannya dan berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Tan Sri Johari geleng. Stubborn!!

PUAN SRI ZARINA keluar dari bilik. Nelissa dilihat tergesa-gesa meluru ke bilik sambil menangis. Pintu dihempas kuat!

Nely! Kenapa ni sayangPuan Sri Zarina mengetuk pintu bilik Nelissa berkali-kali.

Senyap.

Hish...apa hal pulak anak aku ni. Tadi okey je. Puan Sri Zarina mula melangkah turun ke ruang tamu. Dia senyum. Suaminya sudah ada di situ sedang membaca suratkhabar.

Bila you balik Puan Sri Zarina melabuhkan punggung sebelah Tan Sri Johari.

Baru sekejap tadi. Tan Sri Johari masih menatap surat khabar.

Err..kenapa Nely tu Menangis macam tu Puan Sri Zarina pandang suaminya yang masih leka menatap suratkhabar.

Degil macam tulah! Tan Sri Johari mencebik.

Maksud you

Nak suruh kahwin pun degil!

Kahwin You cakap apa ni Puan Sri Zarina pula bingung.

I dah jodohkan Nely dengan anak lelaki Datuk Mustafa. Kami dah sepakat nak adakan majlis nikah tu tiga bulan lagi. Nely pun dah dua puluh tujuh tahun. Dah boleh nikah. Tan Sri Johari letak suratkhabar. Dia melaung memanggil Mak De.

Ya Tan Sri Mak De terkocoh-kocoh menapak ke ruang tamu. Tadi dia masih di dapur.

Buatkan saya jus epal.

Baik Tan Sri!

You nak Nely nikah dengan siapa tadi Puan Sri Zarina mula bertanya setelah melihat Mak De sudah menapak semula ke dapur.

Sharif!

Apa Sharif Eh, you dah gila ke Sharif tu kan kasanova! Puan Sri Zarina terbeliak.

Mana you tahu Tan Sri Johari jeling isterinya di sebelah.

Datin Zaharah selalu nampak budak tu di pub! Berfoya-foya kat sana. Berkepit dengan perempuan! Bukan kasanova ke tu Puan Sri Zarina mengetap bibir.

Alah..mungkin dia nak melepaskan penat lelah bekerja. Dia enjoy kat situ. Alah! Tak ada apalah! I tahu apa yang baik untuk Nely.

Mulai esok, I nak you perpare untuk wedding Nely. Buat apa yang patut. Kalau susah sangat, upah je wedding planner!Tan Sri Johari bingkas bangun. Dia melangkah ke tingkat atas membiarkan isterinya sendirian di situ.

MUKA disembam ke atas bantal. Nelissa menangis teresak-esak. Rasa nak lari sejauh mungkin!

Zarul...please marry me..please... Nelissa ambil foto Zarul atas meja studi. Air mata laju menitis.

Perlahan Nelissa menapak ke meja solek. Dia selongkar beg tangannya mencari sekeping kertas yang diberi Zarul dulu. Kertas yang ada tercatat alamat rumah dan nombor telefon Zarul. Sejak tamat pengajian dan kembali ke Malaysia, dia sudah terputus hubungan dengan Zarul. Ya...sejak kejadian dia dirogol pertama kali dulu. Sejak itu hatinya begitu sakit! Sakit bila cintanya dikhianati! Semua yang berkaitan dengan Zarul dibuang kecuali rantai berloket hati itu.

Oh...tak ada... Nelissa mula putus asa.

Air mata yang masih mengalir disapu perlahan. Nelissa menapak ke katil. Bantal dipeluk erat. Sarat benaknya memikirkan kesudahan hidupnya yang terumbang-ambing.

Ya Allah...berilah aku kekuatan. Tunjukkanlah jalan penyelesaian untuk aku..Nelissa menekup muka. Kedua lututnya diangkat hingga rapat ke muka.

Telefon berdering kuat. Nelissa menoleh.

Arissa...tolong aku.. Nelissa menangis lagi.

Nely, kau kenapa ni Suara cemas Arissa di hujung talian jelas di telinganya.

Aku nak jumpa kau esok boleh Nanti aku bawa kereta kau sekali. Kau tunggu aku kat rumah kau. Nelissa sudah mula bersemangat.

Arissalah satu-satunya sahabat tempatnya mencurah perasaan.

Talian putus.

Nelissa mula baring. Bantal dipeluk erat. Dia mula pejamkan mata.