Sepetang di Carat Club: Hasya mengintai-ngintai gelanggang squash dari dalam Orchard Lounge. Dilihatnya Bahrain tiada di situ. Dia terus duduk di penjuru yang agak tersorok bagi mengesan kehadiran Bahrain. Perasaan hampa menyelubungi Hasya ke mana agaknya gerangan lelaki itu membawa diri Adakah dia berkecil hati dengan kata-kata Hasya yang begitu menghiris sanubari Namun sedarkah dia betapa perasaan Hasya juga tidak kurang remuknya terguris dengan sikapnya yang oportunis Bahrain Bahrain hati menyeru-nyeru namanya.
Tiba-tiba kelibat Bahrain muncul dengan wajah yang sugul. Sendirian tanpa teman. Hasya terus memerhati secara sembunyi-sembunyi. Dia sebenarnya terlalu rindukan lelaki itu. Dilihat Hasya, kepada waiter, Bahrain hanya minta dihantarkan teh tarik dan sambil menunggu, pandangan dilontar jauh tak bertepi. Dari rasa rindu yang mendalam di hati Hasya, kini bertukar menjadi hiba yang membuak-buak. Tergamak dia melempar kata nista kepada orang tua yang tidak berdosa itu Kalaulah dia tahu kalaulah dia tahu sedari dulu airmata Hasya menitik tanpa disedarinya.
Hasya menatap wajah yang menyimpan seribu satu rahsia itu dari jauh dengan khusyuk sekali. Patutlah seolah-olah dirasakannya ada suatu tarikan kuasa maha hebat yang tidak terlawan olehnya yang terpancar dari dalam diri Bahrain. Malah seingat Hasya, pernah dia khabarkan kepada Bahrain sendiri betapa selamatnya dia rasakan setiap kali berada di dekatnya. I feel like being in
my mothers womb again, with you by my side.
Tahulah dia kini, apa sebabnya
Bahrain bangun, meninggalkan ruang rehat berkenaan dengan langkah yang cukup longlai. Diikutnya dari belakang dan sebaik tiba di ruangan letaknya kenderaan Bahrain, Hasya terus bersuara, How is it going
Bahrain menoleh, perlahan Hasya berjalan menuju ke arahnya. Renungan tajam Bahrain yang tidak pernah hilang, kembali mengundang provok dari dalam dirinya yang masih belum lekang, You dont know if you want to kiss me or hit me.
Langsung Hasya ditolak keras; tersandar di tepi kereta sambil dadanya ditekap Bahrain kuat dengan tangan kanannya. No, I want to break your nose!
Hasya tetap tenang disebalik amukan Bahrain yang tidak diundang. Whatever happened between us was not entirely my fault!
Mata Bahrain terlihat merah bernyala tatkala meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku di dada.
Gigi yang turut terketap menjadi refleksi tiada lagi upayanya dalam mengawal diri. Memang bukan salahnya jatuh cinta dengan gadis yang luar biasa provokasinya ini; pencetus elemen dramatik yang tidak pernah disangkanya wujud di dalam diri dan bukan salahnya juga tercetus keterlanjuran mengekperimentasi antara mereka. Justeru wajarkah dirinya saja dipersalahkan semata, hanya kerana cuba menghentikan sandiwara yang lambat laun bisa memusnahkan jiwa andai terus dibiarkan bermaharajalela; menguasai minda
I think you are a psychotic!
Tuduhan Bahrain yang langsung tidak meninggalkan kesan di jiwa Hasya. Orang yang sedang dikuasai amarah berupaya melafazkan apa saja yang terlintas di kepala; cempedak boleh dikata nangka!
Yes maybe I am, jawapan Hasya yang menguatkan lagi cengkaman tangan Bahrain ke dadanya.
Remember: Everybody has their own level of psychoness. The difference is just of a degree and it takes one to know one.
Sekali lagi tuduhan Bahrain dipatah-patahkan Hasya dengan hujah yang diperakui sendiri oleh pakar psikiatri. Mungkin ada benarnya yang kedua-duanya sudah gila gila dek permainan jiwa!
but I think you are the one with a psychological problem.
Pang!!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi Hasya. Syukurlah sekurang-kurangnya hidungnya tidak patah sebagaimana yang diancam Bahrain awal tadi. Sungguh Hasya tidak marah malah dia pasrah. Memang selayaknya dia menerima tamparan itu; keterlaluan dalam provokasi, tidak semuanya mampu bertoleransi.
Hit me if you want to, Bahrain... and if you want to know the nature of Elizabeth Taylor and Richard Burtons tempestuous relationship, this is it.
Tidak berkelip matanya tatkala memberi pernyataan itu. Bahrain disamakan Hasya dengan Richard Burton Benar.
Just like Richard Burton, you are a very sexy man and have that sort of a jungle essence that only me and Elizabeth Taylor can sense, pengakuan berani mati dari seorang manusia bernama Hasya Leela Lourdes Jones Abdullah yang hanya tahu provokasi sebagai satu-satunya cara untuk meluahkan cinta; tiada lainnya. Bahrain hanya mampu menelan air liur. Tidak tahu harus diapakan lagi pada gadis ini.
but thats what makes you alive and kicking, havent you noticed it already
Siapa pun tidak akan mampu menyangkal dakwaan itu. Hidupnya bertukar ceria; musim bertukar warna sejak kehadiran Hasya di sisi. Semangatnya untuk hidup dan menempuh hari-hari mendatang dilihat ketara berbeza; membara-bara berbanding sebelumnya yang seperti menunggu masa sebelum dijemput Maha Berkuasa.
Life without love, turbulent of emotions is likened to one foot in the grave before one even dies, kesan tamparan yang masih memerah di pipi bukan alasan menjadikan Hasya gentar untuk menyambung lagi bait bicara.
This girl is in control just like a child, bisik hati kecil Bahrain. Di sebalik kenakalan, keceluparan dan kegilaan gadis di depan matanya ini, hakikat kebenaran yang lahir dari mulutnya itulah yang telah berupaya membuka sedikit demi sedikit matahatinya dari terus tertutup daripada melihat dunia dengan kacamata berbeza; terbatas dengan satu hala sahaja.
Hasya umpama belahan jiwanya. Menyintai gadis itu merangsang gejolak jiwa yang menyeksakan namun tanpa cintanya, sepi dan suramnya hidup Bahrain rasakan; sebagaimana suramnya wakaf perkuburan.
You can now stop running away from your own shadow, Bahrain.
Benar. Harus bagaimana lagi Bahrain lari daripada realiti; lari dari bayang-bayangnya sendiri Andai dasarnya rasa cinta itu tidak pernah ada, mana mungkin sejauh itu sekali Bahrain terasa impaknya Bahrain sesungguhnya sudah terlalu lelah untuk lari dari bayang-bayangnya sendiri dia sendiri yang terlalu ego untuk mengakui.
Tangan yang masih melekap di dada Hasya dilerai jua.
Bahrain lantas dipeluk Hasya dengan rasa hiba yang sarat di dada dan di jiwa yang tidak akan mampu terzahir dengan kata-kata; ditambah pula dengan keadaan fizikal Bahrain yang jauh lebih kurus dan cengkung berbanding kali terakhir mereka bertemu, rasa simpatinya yang mendalam semakin kuat memagut-magut hingga membuatnya lelah dan gelisah. Apa yang telah dilakukan Hasya kepada lelaki ini sehingga dia dilihat merana begitu sekali Kenapakah dia begitu kejam sekali terhadap Bahrain Kenapa mesti berakhir begini Hasya lantas menggapai tangan Bahrain; mencium tangan itu bertubitubi sambil airmata yang tidak putus-putus mengalir di pipi. Masing-masing seakan terpukau sesama sendiri. Tidak terlihat walau sedikit pun amarah lagi pada diri lelaki yang dikaguminya ini kesabarannya, ketenangannya, kebijaksanaannya yang tidak terbanding dengan golongan bertahap mediocre, menjadikannya sangat istimewa.
Mata saling bertentang. Terpamer resah yang mengundang kemelut tidak bertepi yang menjadi duri di hati Bahrain, sedang Hasya tenang saat memegang wajah lelaki yang berdiri tanpa memberi sebarang reaksi itu. Hanya matanya saja yang berbicara namun gelodak jiwanya yang penuh bara cinta dapat dirasai Hasya sepenuh hati. Mengumpul kekuatan, Hasya memberanikan diri merungkai misteri yang baru diketahui dari mulut ibunya sendiri, One can only live in denial so far I know you love me.
Bahrain tetap tenang sehinggalah Hasya menyambung percakapannya, but, the reason for your lack of encouragement and your reluctance to be with me is because you are my father.
Bom jangka telah pun meletup! Rasa itulah yang memagut Hasya tatkala ibunya menunjukkan gambar seorang lelaki yang diperakuinya sebagai bapa kandung Hasya yang ketika itu berumur sekitar lewat 20an. Sekilas saja direnung wajah pada gambar yang bewarna hitam putih itu, sekelip mata Hasya dapat meneka bahawa Bahrain adalah orangnya! Air muka lelaki yang menyimpan seribu satu misteri dengan redup matanya yang membening seolah meraih simpati, menjadikan Bahrain begitu berbeza daripada yang lainnya.
Bahrain tersentap; antara percaya dan tidak lantas memeluk Hasya dengan erat seerat-eratnya, disambut Hasya yang menangis tersedu-sedan. Tidak mahu direnggangkan lagi dakapan itu. Naluri Bahrain berkata: No wonder Ive felt very much compelled toward this girl who would have thought that she is my daughter! Tiada perlunya DNA sebagai bukti; gesa hati kecilnya untuk menjauhi sedari awal lagi, itulah saksi!
Kini tahulah dia mengapa dan mengapa nalurinya begitu terpanggil sekali untuk mendekati gadis ini hingga membuatnya lupa siapa dirinya lupa akan kesengsaraan yang memamah jiwanya Kehadiran Hasya telah mengembalikan semula sinar kebahagiaan dalam dirinya yang diliputi kegelapan, rentetan awan hitam yang tiada penghujungnya sepanjang dia meniti arus kehidupan.
Segalanya bermula kelam sebaik Hasnah memutuskan untuk memelihara anaknya secara sendirian tanpa bantuan sesiapa pun jua; jauh sekali dirinya. Dan sejak itulah dia membawa diri ke luar negara; hanya tujuh tahun yang lalu saja, hatinya terpanggil semula untuk kembali ke Malaysia beserta niat untuk menghabiskan sisa-sisa hari tuanya di bumi bertuah ini; di tanahair sendiri.
Kekerasan hati Hasnah yang enggan dilabel sebagai mangsa keadaan, menolak hasrat Bahrain untuk menikahinya atas dasar kasihan. Pernikahan apabila didasari sebab yang salah, tidak akan kuat tunjangnya, begitu menurut Hasnah dan itulah yang sering diingatkannya kepada Hasya: Berkahwin hanya atas nama cinta dan cinta dan cinta; bukan kerana materi yang menjanjikan kesenangan di kemudian hari. Pangkat, harta dan darjat boleh dibeli tapi tidak cinta sejati.
Selama ini Hasya yakin percaya bahawa Bahrain cinta sejatinya. Beza umur 27 tahun yang dilihat ketara, sempurna di matanya. Namun, berita mengejutkan daripada ibunya sendiri, melemparnya jauh dari fantasi yang diciptanya sendiri bersama Bahrain.
Tiada cinta yang lebih agung pernah Hasya rasakan dengan mana-mana lelaki pun yang pernah singgah dalam hidupnya sebelum dipertemukan dengan Bahrain. Siapa sangka kesudahan yang begitu tragis ini mengakhiri semua kenangan yang telah tercipta antara mereka
Im in my best element everytime Im with you you bring the best out of me, inspiring me to fly as high as I possibly can!
Hasya pernah melafazkan kata-kata itu kepada Bahrain di saat hatinya berbunga bahagia Bahrain menjadi inspirasinya dalam meniti kedewasaan; daripada kepompong menjadi rama-rama yang bebas berterbangan setinggi yang terdaya, mengejar cita-cita! Setiap saat bersama Bahrain adalah antara detik terindah dalam hidupnya; satu-satunya saat di mana dia berasa seperti seorang anak kecil yang lepas bebas menangkap ramarama di sekitarnya.
You are my aphrodisiac, kata Hasya lagi yang sering tidak mampu mengawal diri dari melonjak-lonjak keriangan setiap kali terlihat kelibat Bahrain. Ketara cintanya terhadap Bahrain bukan main-main tidak juga hanya sementara; bukan sekadar untuk satu dasawarsa, malah selamanya Selamanya dia mahu bersama lelaki penuh ironi itu selagi diizinNya.
Im addicted to you, darling sinaran bintang dilihat berkelip-kelip di mata Hasya sambil tersenyum malu-malu tika menuturkan kalimah itu kepada Bahrain.
Segalanya seolah-olah gambar yang bertukar ganti satu demi satu pada skrin layar lebar dalam menuju pengakhiran cerita
Kini, bagaimana harus dilayari hidup yang fana ini dengan kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan Kenyataan bahawa Bahrain yang menjadi inspirasinya selama ini, sebenarnya adalah ayah kandungnya sendiri
Seingatnya dulu, setiap kali Bahrain berkata Im not encouraging, yang memberi penekanan akan pendiriannya untuk tidak menggalakkan perhubungan terjadi antara mereka meskipun hatinya sendiri sangat mendambakannya, Hasya sering menempelaknya dengan membalas, Stop discouraging because Im not going to surrender!
Namun kini, dia sendiri dengan rela menyerah kalah; menyerah bendera putih kepada Bahrain kerana tahu, seandainya hubungan itu diteruskan juga, maka akan berlakulah sumbang mahram. Kerana walau apa pun teori yang digunapakai bagi memberi justifikasi dalam membenarkan perkara ini terjadi, namun secara biologi, Hasya dan Bahrain tetap sedarah.
I will always love you... as long as I live.
Itu lafaz Hasya yang terakhir diiringi esakan tangis yang berat seraya memeluk Bahrain yang dirasakannya agak ketar menggigil. Saat dia melangkahkan kaki meninggalkan Bahrain sendirian di ruangan letak kereta yang lengang, dilihatnya ada genangan airmata pada kolam mata lelaki yang akan selamanya bertakhta di jiwanya itu.