Sebelum memijak tangga pertama, pipi dan bawah matanya dikesat untuk pastikan air mata benar-benar kering. Perasaannya usah dikira. Pilu, sayu, sedih dan tertanya-tanya kian bercampur aduk.
Dalam hati berteka-teki. Apa, betul ke tindakannya ini Dia belum cukup kuat dengan keputusan dibuat dengan meninggalkan terus suaminya. Tapi, dengan rayuan Dato Arshad, hati yang mudah tersentuh, memutuskan untuk pulang saja ke kampung. Dia tahu, nanti Idlan dapat juga mencarinya. Tapi, untuk masa terdekat ini, dia tak ada pilihan nak pergi ke mana.
Assalamualaikum, Salam diberi dengan suara bergetar. Cuba dikawal sebaik-baiknya supaya ibu dan ayahnya tak perasan.
Waalaikumussalam. Mak Wan tunjuk muka apabila pintu dibuka. Rumahnya diketuk awal pagi begini, hairan juga dia.
Ika cuba mengukir senyum plastik. Gelodak rasa hati disembunyikan sejauh yang boleh, Mak...
Mak Wan terjenguk-jenguk. Panjang lehernya mencari kelibat Idlan apabila Ika muncul depan rumah, Suami Ika mana
Ika tunduk memandang lantai apabila soalan itu menampar telinga. Dia melangkah masuk ke rumah tanpa menjawab walau sepatah. Entah apa alasan nak diberi, dia sendiri tak tahu.
Mak Wan kerutkan muka. Bila Ika diam, pasti ada perkara yang tak kena. Dia kenal Ika bukan sehari dua. Ika itu anaknya. Dia tahu bila masa Ika gembira, dia juga tahu bila masa Ika bersedih. Ika, mak tanya ni. Kenapa Ika tak jawab Idlan mana Kat rumah Che Jah ke
Ika berdeham lemah. Betapa berat mulutnya nak menipu. Lebih-lebih lagi pada ibu dan ayah. Tak tahu alasan apa nak direka. Dia terus menapak ke bilik. Pintu dikunci dari dalam. Soalan ibunya dibiarkan sepi. Dia nak tenangkan diri dahulu.
Azan subuh sudah berkumandang sepanjang dia berjalan kaki dari simpang jalan. Lebih baik dia solat dulu. Dapatlah ditenangkan hatinya sedikit.
Mak Wan berdiri luar bilik Ika mula mengetuk pintu. Ika, kenapa tak jawab apa yang mak tanya Ika ada masalah
Reaksi bimbang terpamer di wajah Mak Wan. Resah hati tuanya memikir keadaan Ika yang pulang ke kampung seorang diri. Ditambah lagi ada kesedihan terpancar di seraut wajah itu.
Ika kesat bawah mata. Berkali-kali air matanya tumpah. Perasaan sebak cuba ditahan walau pedihnya kian terasa bagai mencucuk seluruh urat saraf. Macam mana dia nak jelaskan situasi pada ibunya kalau bibir tak kuat memuntahkan walau satu abjad. Sampai bila dia mahu berdiam diri Tentu tak sampai sehari, alasannya pulang ke kampung seorang diri akan diketahui.
Mak Wan garu kepala. Sungguh dia tak faham kenapa Ika bereaksi begitu. Selalunya Ika sentiasa ceria. Jarang sangat nampak Ika bersedih. Apatah lagi menangis. Tadi dia perasan bawah mata Ika bengkak. Dia orang tua, lebih banyak pengalaman dari Ika.
Dia yakin, bengkak di bawah mata Ika adalah kesan dari menangis terlalu lama. Apa dah jadi Ika bergaduh dengan Idlan ke Tapi, kes apa Baru aje kahwin, takkan dah bertengkar sampai Ika buat keputusan pulang terus ke kampung
Pelik. Mak Wan tak sedap hati dengan kebisuan Ika. Pasti ada sesuatu terjadi. Mungkin Ika mahu sembunyikan perkara itu dari pengetahuannya. Atau, belum tiba masa Ika nak bercerita. Mak Wan terangguk-angguk dan berlalu ke biliknya semula.
Bang, bangunlah bang. Dah subuh ni. Mak Wan menggoncang bahu Ayah Wan. Hajat nak menyampaikan berita kepulangan Ika.
Ayah Wan berdeham-deham. Tubuhnya bergerakgerak perlahan, Dah subuh
Dah, bang. Bangunlah. Lepas solat nanti, awak tolong ketuk pintu bilik anak perempuan awak tu. Tiba-tiba aje balik. Idlan pula tak ada. Bila saya tanya, dia tak jawab apa-apa. Diam aje.
Dahi Ayah Wan berkerut-kerut dengan cerita baru sampai di telinga, Ika ada balik
Iye... dia ada balik. Baru aje sampai. Awak pergilah tengok apa yang tak kena dengan anak kita
tu. Susah hati betullah saya.
Dia gaduh dengan Idlan ke
Tak tahulah, bang. Nanti awak cubalah bercakap dengan dia, ya. Dengan saya ni, langsung dia tak nak buka mulut. Bila saya tanya, dia terus masuk bilik. Dah tu, dikuncinya pula pintu. Saya tak sedap hatilah, bang. Ayah Wan garu kepala. Erm, yelah. Nanti saya tanyakan.
Sama macam isterinya, Ayah Wan hairan dengan kepulangan Ika secara mengejut.
IKA tarik selimut. Bantal peluk didakap erat. Panggilan ibunya dari luar mengajaknya bersarapan tak dipedulikan. Ayahnya turut sama
mengetuk pintu tapi, langsung tak diendahkan.
Tak ada niat nak buat ibu dan ayah susah hati. Tapi, dia belum sedia nak bersemuka dengan mereka berdua. Tunggulah beberapa jam lagi, pasti dia akan keluar untuk menjawab segala teka-teki ibu dan ayahnya.
Ika melihat skrin telefon bimbit. Ada berpuluh miss called tertera di dada skrin. Dah tentu semuanya nombor Idlan. WhatsApp juga masuk bertubi-tubi. Tentu sekarang Idlan tertanya-tanya ke mana dia pergi.
Telefon bimbit disimpan bawah bantal. Tapi, dia sempat matikan telefon bimbit supaya Idlan tak dapat hubunginya lagi. Dia tahu tindakan itu hanya sia-sia kerana sudahnya, Idlan dapat bercakap juga dengannya nanti. Kalau dia tak jawab panggilan, tentu Idlan tak putus asa dengan menghubungi ibu dan ayahnya pula.
Sementara itu di kondo, Idlan mundar mandir di ruang tamu. Penat berdiri, dia duduk. Berkali-kali dia buat panggilan tapi, Ika langsung tak jawab. Entah ke mana Ika pergi, dia tak tahu. Ketika di hospital, dia hairan kenapa Ika pulang sendiri dan langsung tak beritahu padanya. Tapi, yang lebih menghairankan, bayang Ika langsung tak kelihatan apabila dia pulang.
Adakah Ika marah atau merajuk kerana terlalu lama dia di hospital dan habiskan masa dengan Irdiana Kalau itu apa yang ada dalam kepala Ika, isterinya silap. Sebaik saja Ika pulang, tak lama selepas itu, dia turut beredar.
Dia terlewat pulang kerana tayar keretanya pancit tengah jalan. Telefon bimbitnya mati kehabisan bateri. Dia tak dapat hubungi sesiapa. Nasib dia baik apabila ada orang beri bantuan. Kalau tak, terpaksalah dia tidur dalam kereta.
Apabila sampai di kondo, Ika pula tak ada. Puas dia mencari serata tempat dan bilik, tapi bayang isterinya langsung tak kelihatan. Sungguh dia hairan. Takkan disebabkan rasa marah, cemburu dan akhirnya merajuk, sampai begini sekali tindakan Ika dengan menghilangkan diri
Adakah Ika pulang ke kampung Kalau benar begitu, dia tak harus berlengah lagi. Lebih baik dia segera pulang ke sana dan terus beri penjelasan pada isterinya. Tapi, sebelum tu, dia nak hubungi Mak Wan. Hello, mak!
Disebabkan terlalu cemas dan hati pula tak tenteram, secara tak sengaja suaranya meninggi ketika Mak Wan jawab panggilan.
Hah, kamu ye Lan
Ye, mak.
Eh, apa dah jadi ni
Jadi apa
Isteri kamu tu. Kenapa balik kampung tiba-tiba
Jadi, betullah Ika ada kat sana
Kamu tak tahu dia balik sini
Tak. Saya tak tahu sebab tu saya telefon mak. Saya telefon dia, tapi dia tak jawab. Saya WhatsApp pun dia tak balas. Ika baik-baik saja, kan mak
Mak tak tahulah, Lan. Mak tengok dia sedih aje. Langsung tak nak bercakap dengan mak. Dengan ayah kamu pun sama. Dari subuh tadi duk berkurung dalam bilik. Mak ajak makan pun dia senyap. Kamu berdua bergaduh ke
Tak bergaduh pun. Saya pelik juga. Kenapa tibatiba dia tinggalkan rumah.
Jadi kamu tak tahu apa-apa
Erm, tak apalah. Saya balik sana sekarang.
Hah, moleklah kalau kamu nak balik. Mak dan ayah tak tahu macam mana nak pujuk dia. Apa yang buat mak risau kalau Afi dapat tahu. Kamu juga yang kena. Faham-faham sajalah perangai abang ipar kamu tu. Tak semena Mak Wan membebel.
Runsing hati tuanya apabila mengenang sikap Afi Lukman kalau hal ini sampai ke telinga anak lelakinya. Bukan dia buta selama ini Afi Lukman masih berdendam dengan Idlan. Dendam itu masih terserlah di wajah Afi Lukman walaupun sedikit.
Idlan matikan talian sejurus selesai berbincang dengan Mak Wan. Hatinya tak betah menunggu lebih lama. Dia mesti pulang segera untuk jelaskan keadaan.