Sayang, sebut Hakimi di sebelah sana sebaik Arissa menjawab panggilannya.
Hmm... sahutnya sambil membelek repot yang baru sahaja keluar dari mesin pencetak sebentar tadi. Encik Razali dan Encik Johan sedang ada perbincangan dengan pembekal yang dia sendiri tidak pasti dari mana.
Bad kata, kalau tilam dan katil sayang tu je, kena angkut dengan lori satu tan.
Berapa kena bayar dari rumah sewa Ris ke rumah tuan pengarah, sakat Arissa. Lebar sengihnya. Sekejap lagi mesti Hakimi bertempik.
Arghhh!
Kan... ketawa dia mendengar Hakimi seperti mengaum marah di sebelah sana.
Mujur tingkat lima, kalau sama tingkat, memang dah kena terkam ni! Marah Hakimi.
Arissa masih ketawa.
Boleh tahan jugalah harga dia. Hakimi mengeluh.
Mendengar keluhan Hakimi, Arissa mula rasa tidak sedap hati. Pasti bayaran untuk mengangkut tilam dan besi-besi katil dan sedikit barang-barangnya sudah makan beratus-ratus.
Kita buang jelah tilam tu. Besi tu hantar ke kedai besi buruk. Arissa membuat cadangan.
Tak boleh! pekik Hakimi.
Terkejut Arissa. Dia memandang telefon bimbitnya. Betul ke tidak Hakimi ni
Itu kenangan malam pertama kita tau tak! Sayang nak buang.
Habis nak letak mana Dalam bilik abang tu Tak semak ke Hakimi ni pun satu, keluhnya.
Hakimi senyap.
Atau susah sangat, kita cari tukang besi... buat katil double decker queen size. Abang tingkat bawah, Ris kat atas. Terasa seperti cadangan orang bingung. Ini semua Hakimi punya pasallah.
Amboi, tidur dah nak asing-asing pula. Dah tak sayanglah tu ya
Apa hal ke situ pula si Hakimi ni. Tersengih Arissa mendengar rungutan Hakimi di sebelah sana.
Abang ada cadangan lain ke Eee... geramnya dia dengan Hakimi. Kalau ikutkan memang dia sayang sangat dengan katil tu. Tetapi dah tak ada tempat nak letak.
Kita letak dulu dalam dressing room tu. Nanti abang fikirkan.
Arissa senyap.
Tilam dengan katil tu lah kenangan paling romantik tau!, tak rasa sayang ke nak buang macam tu aje. Romantik sangat masa tu. Lebar sengih Hakimi.
Aduh, Hakimi ni betullah! Buat dada dia berdebardebar bila mengingatkan kembali kenangan itu.
Sayang... tapi takkan nak sentiasa ingat je. Lamalama tak jadi kerja pula. Jawabnya lebih kurang.
Karang meroyan pula Hakimi di sebelah sana.
Hakimi ketawa kuat.
Tak apa... katil tilam dah settled. Jangan risau, kalau jadi apa-apa abang tak akan usung tilam tu bawa masuk mahkamah. Hakimi ketawa di sebelah sana.
Ya Allah, Hakimi ni...
Kedengaran dia berdehem di sebelah sana. Petang ni jadi nak jumpa wedding plannernya Jadi. Lemah jawapan Arissa.
Kenapa ni
Kena buat juga ke Sebenarnya dia masih tidak pasti dengan rancangan Hakimi.
Kenapa Sayang tak nak ke
Buat kecil-kecil tak boleh ke Macam kenduri ke Ris boleh masak. Lagipun belanjanya tak banyak. Ris bukan ada duit nak buat dekat hotel semua ni, akuinya.
Duit tu ada, tetapi tak adalah sebanyak duit keluarga Hakimi yang mungkin berjuta-juta. Dia setakat tujuh, lapan ribu tu adalah. Itu pun duit yang diberi oleh Hakimi tiap-tiap bulan.
Tentang tu, sayang jangan bimbang, hmm...
Arissa senyap. Susah hendak memahamkan orang yang banyak duit dibandingkan dengan dia yang tidak punya duit juta-juta. Nak dibangkang lebih-lebih, mengamuk pula Hakimi.
Tak bebankan Walid dan abang ke
Tak adalah sayang...
Arissa senyap. Hendak bantah nanti, kecil pula
hati Encik Razali.
Jadi macam mana ni Abang nak pakai baju songket siap dengan tanjak dan keris tau! keras suara Hakimi di sebelah sana.
Kan Hakimi sudah marah. Arissa sengih sendiri mendengar bebelan Hakimi. Rasa lawak pula kehendak suaminya itu. Dah macam budak-budak pula.
Sekali seumur hidup abang nak pakai baju songket, tanjak dan keris, tau. Suara Hakimi seolaholah seperti merayu bernada perlahan.
Nak pakai selalu pun boleh kan Buatlah hari kebudayaan setiap minggu ke Setiap bulan ke Abang boleh pakai songket, tanjak dan keris apa. Arissa membuat cadangan.
Lama Hakimi membisu di sebelah sana.
Abang, panggil Arissa. Risau
Terima kasih sayang.
Untuk apa tidak faham Arissa.
Idea tadi
Idea
Ya. Pakai songket, tanjak dan keris. Hari kebudayaan. Hakimi ketawa di sebelah sana.
Ingat apalah tadi, desisnya. Sama-sama.
Jadi... katil dan tilam kenangan kita settled. Nanti jumpa wedding plannernya pukul berapa Suruh datang office abang boleh tak soal Hakimi ingin tahu.
Kita ke butik dia oranglah. Senang nak bincang. Nak tengok baju-baju songket, tanjak dan kerisnya sekali, sakat Arissa.
Amboi, perli ya.
Tak adalah, tapi betullah kan sengih Arissa.
Yalah tu.
Bang, nanti nak minta Bad hantar Walid balik petang ni tau! Arissa mengingatkan tentang Walid lelaki itu.
Okey, nanti abang bagi tahu Bad.
Okey.
Okey, bye... nanti apa-apa Ris call abang. Ada orang nak jumpa ni.
Cepat-cepat Arissa memutuskan talian apabila melihat beberapa orang pereka dalaman yang pernah berurusan dengannya semasa di hotel itu membuka pintu bilik seminar yang dijadikan pejabat sementara.
ABANG suka purple ni! Hakimi memusingkan badannya di hadapan cermin beberapa kali selepas mengenakan songket berwarna ungu pilihannya. Puas hatinya dengan warna itu daripada warna pilihan Arissa, merah jambu.
Arissa senyap dan hanya tegak berdiri di hadapan cermin setinggi Hakimi berdiri. Nak kata cantik sangat, tak adalah. Biasa-biasa je. Apa pun dia tidak kisah warna apa yang dipakainya nanti. Yang mengeluarkan duitnya, adalah Hakimi.
Tiba-tiba teringat semasa majlis akad nikah mereka tempoh hari. Baju yang dikenakan pilihannya. Okeylah tu, adil. Masa nikah dia yang pilih dan sekarang, Hakimi pula pilih. Ikutkan je. Malas nak gaduh-gaduh.
Macam mana
Arissa memandang Hakimi yang berada di belakangnya melalui cermin di hadapannya. Tegak dirinya bila Hakimi menarik zip baju di bahagian belakang. Kemudian tangan lelaki itu memeluk pinggangnya.
Okey.
Okey je Erat tangan Hakimi merantai pinggang Arissa sambil terus memandang isteri di cermin. Bang... ini kat butik ya.
Dia mengingatkan Hakimi. Sejak akhir-akhir ni Hakimi semakin berani dan dia semakin takut. Takut kalau-kalau Hakimi buat sesuatu yang tidak disangkasangka seperti di dalam bilik mereka.
Alah... dalam fitting room.
Hakimi memandang sekeliling bilik persalinan butik itu yang boleh tahan besarnya. Selalunya fitting room tempat lain, berlaga punggung dan muat seorang sahaja.
Dalam fitting room pun takkan nak buat kut. Mana tau ada CCTV, free aje orang tengok show kita tau! tegas Arissa.
Hakimi ketawa kemudian meletak ciuman di pipi isterinya.
Abang suka baju ni.
Kalau Ris nak yang pink tadi tu boleh ke Sengaja dia hendak menduga Hakimi.
Kecil besar kecil besar dia memandang isteri yang memandangnya di cermin. Sengaja je Arissa hendak membuat dia rasa bengang. Dibalikkan tubuh isterinya menghadapnya. Spontan dia meletak bibirnya di bibir Arissa.
Abang! bulat mata Arissa memandang Hakimi yang berwajah selamba.
Rasakan! Hakimi melepaskan pelukan dari pinggang Arissa.
Arissa menjeling.
Okey... muktamad. Abang nak colour ni! tekan Hakimi sambil menanggal baju songket yang berada di tubuhnya. Rasa panas pula. Tak apa, dalam dewan bankuet nanti dia akan minta bahagian penyelenggaran menguatkan penghawa dingin.
Ya, jawab Arissa perlahan.
Hakimi memandang Arissa yang kelihatan tak bersemangat semenjak sampai di butik itu. Walhal butik itu adalah cadangan isterinya. Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya. Pinggang Arissa ditariknya.
Kenapa ni
Tak ada apa. Arissa menolak tangan Hakimi.
Namun tegap dan kejap tangan Hakimi memegang pinggang isterinya.
Kalau tak ada apa-apa, kenapa macam tak happy je
Arissa memandang Hakimi yang hanya memakai singlet tanpa lengan.
Agak-agak berapa semua ni nanti ya Ris bagi abang lima ribu dulu ya. Nanti-nanti Ris bagi lagi.
Laa... kan abang kata itu semua abang dan Walid yang akan uruskan, tegas Hakimi.
Mana boleh macam tu. Kerja kahwin ni kena ada kerjasama dua buah keluarga... tapi Ris tak ada ibu dan Ayah. Jadi Ris nak bagi duitlah, jelas Arissa dengan maksudnya. Dia tidak mahu dikatakan terlalu menumpang Hakimi. Kalaulah Puan Hanim tahu, pasti wanita itu marah dengannya.
Lama Hakimi memandang Arissa. Tutur isteri itu membuat hatinya sebak. Diusap pangkal lengan Arissa.
Duit abang, duit Ris juga. Arissa tanggungjawab abang.
Ya, tapi kalau bab ni, bukan semuanya tanggungjawab abang. Arissa masih tidak puas hati dan ragu-ragu dengan apa yang hendak mereka lakukan itu. Tiba-tiba dia merasa terlalu banyak berhutang dengan Hakimi dan Encik Razali.
Dah la.. abang tak mahu dengar semua tu. Sekarang abang mahu Ris dengar cakap abang je. Lain jangan fikir, hmm... pujuknya. Ya, isterinya adalah tanggungjawabnya. Selagi dia hidup dia akan cuba menggembirakan isterinya. Tidak kira terpaksa berkorban duit dan nyawanya.
Arissa senyap dan masih memandang Hakimi.
Kenapa
Umi abang.
Kan abang cakap... jangan fikir semua tu. Sayang, isteri abang. Ikut cakap abang je. Kalau tidak kira derhaka tau! keras suara Hakimi.
Arissa senyap. Bukan senang seperti apa yang dikatakan oleh Hakimi. Sebagai anak tentu Hakimi sudah lali dengan sikap Uminya tetapi dia...
Kalau dahulu dia masih boleh terima. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri setiap kata-kata Puan Hanim. Tetapi semenjak dirinya menjadi isteri Hakimi, setiap ayat yang dituturkan oleh Puan Hanim menikam hatinya. Sakitnya tak tahu nak cakap. Begitu pun disimpan kerana wanita itu Umi kepada suaminya.
Umi yang selayak untuk menjadi Uminya sendiri.