MY DARLING ANGEL - 46
LISA tercungap-cungap. Larian dihentikan

seketika, dia mencuri nafas. EL...

Ya Kak

Dah lama kita tak jogging sama-sama macam ni kan Last kita jogging sama masa zaman sekolah, kan

Yelah Kak. Dah lama sangat kita tak buat aktiviti macam ni. El sendiri pun dah pancit ni. Lama sangat tak exercise. Bila dah exercise macam ni El jadi rindu

nak berkhemah macam dulu-dulu.

Jom kita duduk dekat sana.

Lisa menunjukkan ke arah sebuah bangku kayu berhampiran dengan mereka yang kosong. Lambatlambat mereka melabuhkan punggung masing-masing dek kerana keletihan berjogging.

El free tak hujung minggu depan

Hujung minggu depan El free. Kenapa Kak

Minggu depan Akak nak pergi camping. El nak ikut tak

Camping Wow! Interesting ni Kak. El pun dah lama tak pergi camping sejak Akak terbang pergi ke London dulu. Boleh juga Kak. Akak nak buat dekat mana

Kelab Akak nak buat camping dekat Rock Eco

Resort, Ulu Yam. Tiga hari dua malam dekat sana.

Boleh juga tu Kak. Tapi, kan.. Err...

Err... Errr... Kenapa dik oi.. Gagap pula. Cakap jelah. Kenapa El

Errr... Tak apa ke kalau El join Kak Sebabnya yelah, kan yang nak buat aktiviti ni kan kelab AAkak. El pula mana join kelab Akak tu, nanti orang cakap apa pula tiba-tiba je muka El tercongok dekat situ.

Laaa... Itu pula yang difikirkannya. Tak payah fikir apa orang nak kata apalah El. Kelab tu Abang Zahar yang tubuhkan sejak dekat London lagi. Jadi Akak boleh ajak sesiapa yang Akak nak. Lagi pun ahli kelab tu semuanya sporting dan terbuka keahliannya pada semua orang. El sendiri pun boleh join kelab tu kalau El nak. Nanti Akak tolong daftarkan El dalam kelab tu ya. Kalau El tak percaya nanti El tengok sendiri macam mana perangai budak-budak kelab tu. Semuanya havoc

macam kita juga. El jangan risaulah.

Hm...

So nak pergi ke tak ni Offer Akak ni buka untuk hari ni je tau. Kalau El nak ikut Akak nak masukkan nama El.

Elzaara masih lagi menimbangkan tawaran Lisa untuk aktiviti perkhemahan akan datang pada hujung minggu depan. Dia agak takut apabila harus memikirkan reaksi ahli kelab Kakak sepupunya itu nanti. Tetapi, dalam masa yang sama hatinya teringin untuk mengikuti aktiviti tersebut kerana perkhemahan adalah antara aktiviti yang paling dia gemari sejak dari zaman sekolah lagi.

Jadi Macam mana

Okeylah, El ikut Akak. Tapi, Akak jangan tinggalkan El pula ya sebab El tak biasa. Dah lama El tak join aktiviti mencabar macam ni. El risau sikit.

Ish, budak ni. Inilah masa El nak buka minda, nak tengok dunia luar. Tak adalah El nak terperap je. Ni masa untuk El nak berubah. El sendiri cakap El nak berubah kan, jadi buktikan pada semua orang yang Elzaara Natasya yang periang, aktif dah kembali. Elzaara Natasya yang Akak kenal dulu tak macam ni, tak takut dengan apa pun. El nak risau apa Lisa sudah membuka kitab syarahannya.

El tau tu Kak. El pun nak berubah, El dah tak nak hidup dalam dunia ciptaan El sebab pedih rasanya. Tapi, El perlukan sokongan untuk El mulakan hidup baru. El nak melangkah pun El takut Kak. El takut reaksi budak-budak kelab Akak tu. Lagi pula El dah lama tak join aktiviti macam ni kan, takut ketahanan fizikal dan mental El menurun je.

Ye, Akak tau sebab tu El kena berani melangkah. Untuk langkah pertama, El kena ubah balik diri El. Tukar balik Elzaara Natasya yang pendiam, yang kesepian kepada Elzaara Natasya yang dulu. El sendiri cakap yang El dah lama tak berkhemah dalam hutan. Akak tau El teringin nak buat semua tu tapi El padamkan hasrat hati El sebab El bersedih pasal Elfira dan El. El jangan risau, El buat je macam biasa, pasal aktiviti perkhemahan tu tak ada yang luar biasa, semuanya biasa yang kita buat dulu. Okey

Kalau Akak dah cakap macam tu El okey je. Nanti El pergi dengan Akak boleh tak

Yeah! Macam tulah semangat yang Akak nak. Welcome back Elzaara Natasya binti Yusuf! Lisa mendepangkan kedua-dua belah tangannya untuk menyambut Elzaara ke dalam pelukannya.

Ish Akak ni, gaya Akak dah macam emak-emak sambut anak balik sekolah je. Malulah kalau orang keliling tengok.

Ha kan El dah pandai senyum, dah pandai berjenaka macam dulu. Jangan risaulah El nanti Akak ambil dekat rumah. Tapi, nanti El jangan lupa bawa baju lebih, mana tau untuk kecemasan ke nanti ya

Okey Kak. Nanti ada aktiviti apa je

Entahlah El. Akak pun tak pasti. Nanti Akak tanya Abang Zahar sebab dia yang susun tentatif agenda untuk perkhemahan kita nanti.

Okey. Kalau macam tu sebelum perkhemahan tu nanti El ingat nak beli barang-barang sikit. El pun dah lama tak beli barang-barang untuk berkhemah ni. Yang ada pun El rasa dah tak boleh pakai kot sebab dah lama tersimpan. Entah-entah dah berkarat.

Kalau nak pergi sekarang pun boleh juga El. Akak pun nak pergi cari kasut juga. Kasut sport yang Akak pakai ni pun dah hampir nazak, tengok tu tapak dia pun dah haus. Bolehlah kalau kita nak pergi sekali.

Nak pergi dengan macam ni ke Kak Akak ni biar betul Elzaara melihat penampilan mereka berdua dari atas hingga bawah dengan reaksi muka yang tidak percaya.

Boleh apa. Tapi, kalau El nak balik rumah nak tukar baju dulu okey je. Tak apalah kita balik rumah dulu. Akak pakai macam ni je kot sebab Akak tak bawa baju nak tukar. Macam mana

Kalau macam tu kita balik dululah kot Kak. Rimas pula badan melekit-lekit macam ni nak pergi shopping.

Okeylah kalau macam tu. Jom kita balik. Atau El nak jogging lagi

Elzaara terus menggeleng. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia sudah pancit. Laju langkahnya diatur untuk pulang. Lisa hanya ketawa melihat gelagat Elzaara yang kepenatan mencicit lari untuk pulang.