DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 46
Pada suatu hari, dua orang warga Pakistan datang ke klinik nak buat pemeriksaan Fomema. Jarang aku jumpa, Warga Pakistan yang agak fasih berbahasa Melayu. Aku agak musykil dengan borang yang dibawanya. Middle East Plantation Alamat syarikatnya berada di Kuala Lumpur. Bidang pertanian. Bekerja di ladang kurma gamaknya. Sudah lama sampai Malaysia

Baru sampai.

Kerja apa

Jual tudung.

Mana kerja

Kerja sini. Saleng.

Siapa tauke Melayu ke Cina

Pakistan juga. Satu kampung.

Lalu aku tunjuk borang Fomema pada dia.

Tengok. Ini patut kerja kebun. Mana boleh niaga Tengok. Ini tauke KL sana. Mana boleh datang sini Sengaja aku menggertak mereka.

Kalau semua orang macam ni, macam mana orang Malaysia mahu cari makan

Ini Malaysia bagus. Senang cari makan.

Kalau ikutkan semangat patriotik aku, nak je aku gagalkan mereka. Hantar je balik kampung. Tapi demi kemanusiaan, aku ikutkan sahaja. Bukan hak aku nak menyusahkan hidup orang lain. Bukan hak aku nak menutup rezeki orang lain.

Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali. Pernah ada seorang warga Filipina datang klinik bukan main seksi. Berseluar sangat pendek dan berbaju tanpa lengan. Muka warna-warni. Kuku panjang. Hampir gugur jantung aku. Nak buat pemeriksaan Fomema. Nak jadi pembantu rumah. Boleh runtuh rumahtangga kalau maid bergaya macam ni.

Pernah juga seorang lelaki Myanmar yang umur dah hampir 50an. Ikut suratnya kerja car wash di KL. Tapi kerjanya menjadi penebar roti canai. Kedainya tak jauh dari klinik aku.

Ini sebahagian sahaja. Banyak lagi cerita warga asing yang pelikpelik. Tetapi inilah Malaysia. Syurga bagi pendatang asing. Warga Indonesia memenuhi ladang-ladang dan tapak-tapak binaan. Warga Bangladesh sibuk membersih tandas-tandas awam. Warga Pakistan sibuk berniaga karpet dan perabot. Warga China sibuk menjadi GRO. Warga Thailand sibuk memasak tom yam. Warga Filipina sibuk di kaunter hotel. Warga Afrika pula sibuk mengacau anak bini orang.

Aku bukan tak suka warga asing. Aku bukan anti dengan warga asing. Tetapi aku rimas bila bilangan mereka semakin ramai. Bila bilangan mereka ramai, mereka mula berani membuat angkara.

Undang-undang negara sendiri digunakan di sini.

Ah! Malaslah nak cerita banyak-banyak. Budaya bangsa kita dah berubah. Budaya kerja kita kini terlalu bergantung pada pekerja asing. Kerja-kerja kotor, kerja-kerja berat, kerja-kerja berisiko tinggi, bangsa kita dah tak nak buat. Suruh pekerja asing yang buat. Mula-mula mereka jadi kuli, lama-lama mereka pula yang jadi tauke. Bangsa kita sekadar tengok mereka berjaya. Banyak perniagaan dah mula dimonopoli mereka. Kerja-kerja pembersihan, kerja-kerja pertukangan, kerja-kerja ladang, malah kerja-kerja perkilangan, semuanya dah diisi oleh mereka. Jadi apa yang tinggal untuk kita Ketika bangsa kita sibuk mengeluh harga barang naik, mereka tak pula mengeluh. Malah mereka bekerja lebih kuat untuk melipatgandakan lagi pendapatan mereka.