Bini aku terperanjat dan mati-mati dia tak percaya!
Memang. Aku tak salahkan sesiapa termasuk bini aku. Hal rare macam ni jarang terjadi dalam masyarakat di Malaysia. Ia amat ganjil, dan sekali lagi aku tekankan, ianya rare!
Makan hari juga bini aku memikirkan perkara ganjil yang aku beritahu. Dia masih tak percaya sebab semua hantaran bertunang ada depan mata. Cincin ada pakai kat jari, gambar ada dalam Friendster, kek bertunang pun ada dalam peti ais baru makan suku tak habis. Jadi apa hal pula bertunang dalam tidurnya
Aku biarkan bini aku buat analisis. Mungkin pada satu sisi, bini aku sangka aku nak bergurau manja. Kalau dia fikir aku bergurau, maknanya dia silap besar. Aku serius, bukan sembang kencang nak melawak tak tentu hala. Aku cakap semua bendabenda yang ada substance.
Tapi bila aku fikir balik, kalau aku jelaskan satu-satu mungkin boleh jadi kes lain pula Macam mana kalau bini aku tak boleh terima hakikat Penyudahnya aku diamkan diri. Isu bertunang dalam tidur yang aku beritahu tu pun perlahan-lahan lenyap dan tak muncul-muncul.
Sampailah satu hari, kira-kira 4 tahun selepas kejadian.
Giliran adik aku pula nak bertunang. Bini aku tanya adik aku.
Nak pergi ikut sekali ke nak duduk rumah je
Adik aku yang tengah pekena butang baju kemeja menjawab penuh sopan
pergi ikut sekalilah. Kalau tak pergi nanti takut jadi lain pulak. Sambil mata jeling kat aku.
Aku pura-pura tak dengar. Hati dah berdebar-debar bunyi merusuh.
Kenapa Tanya bini aku lagi kepada adik ipar beliau.
Yalah. Satu rumah sibuk settlekan hal dia bertunang, pergi bawak cincin, pergi bawak kek, pakai lawa-lawa, dia boleh sedap bantai tidur kat rumah tak mandi sampai petang. Apa jenis bertunang macam tu
Dalam hati aku sambut perlahan
bertunang dalam tidur beb...
Bertunang Dalam Tidur
NOTA KAKI:
Bini aku mengamuk tak puas hati suruh aku repeat balik upacara bertunang. Kali ni, dia pula nak bertunang dalam tidur!