Lama dulu, aku pernah buat kertas kerja menyarankan kepada pengurusan Pelita Nasi Kandar supaya pada setiap hari Jumaat, mereka perlu tarik kabel mikrofon dari masjid dan sambung kepada corong pembesar suara di tiang kedai. Dengan cara ini, pelanggan muslim yang sedang minum teh sambil hisap rokok dapat juga mendengar khutbah Jumaat walaupun belum tentu mereka akan muncul di masjid semasa bersembahyang. Namun kertas aku ditolak dengan alasan mereka sudah menyediakan Pisang Emas sebagai sedekah di atas meja kedai pada hari Jumaat. Oleh yang demikian, mengapa mereka perlu berbelanja lebih
Namun sejak kebelakangan ini, aku dan Pahkdee dapati diri kami juga sudah kekurangan daya telepati. Kami tidak lagi dapat mendengar khutbah secara telepati dan sering mengalami masalah pedoman sewaktu menikmati juadah mi goreng. Kalau tak silap, sudah 3 atau 4 kali Jumaat aku dan Pahkdee hampir tak sempat ambil air sembahyang. Dan ada juga sekali kes kami nyaris buat keputusan untuk sembahyang Jumaat di Pelita saja.
Semalam tanpa menghiraukan iktibar minggu-minggu yang lepas, aku dan Phakdee melepak lagi pekena teh dan mi goreng. Tapi kali ni lain sikit. Phakdee awal-awal lagi beritahu aku yang Jumaat ni kami mesti duduk bertafakur dalam masjid sebelum azan dilaungkan.
Demi menghormati saranan Pahkdee, aku tak pesan mi goreng. Cuma minum teh saja. Kalau aku pesan jugak mesti jadi macam minggu lepas lagi. Layanan makanan di Pelita pun bukannya macam pandu-lalu McDonalds.
Aku pasang niat dalam hati lepas sembahyang je lah aku makan mi goreng. Boleh sambung bersembang. Baru separuh gelas aku menikmati teh, Pahkdee berkata Jom! Nanti lambat! Hairan juga aku sebab selalunya mulut aku yang cakap Jom! Nanti lambat! tu, bukan dia.
Setibanya kami di masjid azan baru selesai berkumandang. Sedikit lewat dari perancangan Pahkdee. Selesai ambil air sembahyang, aku duduk bersandar di tiang menghayati khutbah sambil pejam mata. Sedap juga dengar khutbah macam ni rupanya! Phakdee entah hilang ke mana. Selalunya kami sembahyang di saf belakang. Tapi sebab datang awal, aku dan Pahkdee berselerak cari tempat duduk di dalam masjid.
Habis sembahyang dan membaca doa secara bersendirian, aku terus mencari selipar takut kutu rembat. Aku tunggu Phakdee dekat area pokok-pokok di bangunan GDC sebelah masjid. Hari panas. Perut lapar. Jemaah sudah berpusu-pusu keluar masjid namun kelibat Phakdee belum muncul. Mustahil dia tak tahu tempat mana nak tunggu. Memang dekat bangunan GDC ni saja tempat pertemuan sebelum-sebelum ini.
Sudah hampir 15 minit, kelibat Pahkdee masih aku tak nampak. Keadaan orang dalam masjid pun aku tengok dah susut kepada belasan saja. Aku rasa tak sedap hati, lalu aku hantar satu pesanan ringkas pada Pahkdee,
Kau kat mana Cepatlah!
Mengaji
Dalam beberapa ketika, telefon aku berbunyi tanda pesanan dijawab.
Kau jalan dulu. Aku nak mengaji.
Tiba-tiba hati aku menjadi sayu. Kenapa bukan aku yang cakap macam tu Aku batalkan niat makan mi goreng lalu ke Isetan untuk melihat makwe-makwe kosmetik. Ah, minggu depanlah aku tiru Phakdee!