Namun, aku sedar yang aku perlu kuat semangat, dari segi mental. Kalau tidak kuat mungkin aku sudah membuat keputusan untuk terjun flat atau putuskan urat. Ramai mungkin setuju bahawa kecewa itu pedih terutama sekali kalau orang iru pernah lalui. Dia akan faham. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tapi, bagi aku bunuh diri kerja orang penakut. Tetapi, kalau di Jepun, perkara sebegini suci.
Kalau anda semua pernah menonton filem Apa Ada Dengan Cinta, cuba pula teliti buku yang selalu watak Rangga usung ke mana-mana bersama dengan poster besar rnuka sorang insan sedang menghisap rokok. Tajuk buku itu Aku karya Sjuman Djaya.
Buku tersebut menceritakan tentang bio penyair agung Indonesia Chairil Anwar yang hidup pada tahun 40-50 an dulu. Perjalanan hidup beliau, karya-karyanya penuh dengan semangat. Sajak-sajaknya masih relevan sampai sekarang. Suaru masa dulu aku begitu mengkagumi insan ini sehinggakan mencetak baju-t dengan gambar Chairil Anwar.
Namun, kita sudah dididik turun-temurun dengan budaya dan sikap sebegitu sejak sekian lama.
Mujur pada waktu itu Pcrdana Menteri ialah Tun Abdul Razak. Dia perkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun-tahun 70an dahulu, untuk menolong bangsa Melayu. Kita hidup dengan subsidi. Kita mungkin mati tanpa subsidi. Sekarang baru nampak perubahannya. Ada persaingan dengan bangsa lain yang lebih maju. Tetapi dari pelbagai aspek terutamanya ekonomi kita masih ketinggalan. Kita perlukan mereka, walau kalau kita mahu asal kita sejiwa, kita boleh berdiri sama tinggi dengan yang lain.
Contohnya seperti rakan aku yang berniaga alat-alat muzik tradisional. Dia mempunyai kilangnya sendiri, dan dia Melayu. Dia membekalkan produknya kepada kedai-kedai muzik lain dari bangsa lain. Masalahnya, si pembeli Melayu lebih mempercayai kedai bangsa lain. Walau dia boleh memilikinya dengan harga lebih murah kalau dia belinya dengan rakan aku ini. Katanya, kau nak tau sebabnya Meor Sebab aku ni Melayu. Habis tu macamana Melayu nak maju dalam perniagaan...
Salah satu budaya orang Melayu yang popular ialah suka menunjuk-nunjuk. Apa yang hendak ditunjukkan, aku pun tidak tahu. Sehinggakan hendak pergi haji pun nak kena maklum di dalam majalah terutamanya bagi golongan artis. Jadi, di mana ikhlasnya