ANEKDOT RABAK - 46
Petang tu, di sebuah kafe, aku duduk minum latte sambil menulis. Aku perasan syok sendiri yang kononnya aku macam Henry Miller yang suka menghabiskan masa di kafe waktu dia tinggal di Paris tahun 30an dulu. Dalam kafe tersebut tak berapa ramai orang, ni adalah salah satu sebab mengapa aku suka ke kafe ni, walaupun ianya adalah antara kafe yang tak hip langsung. Suasana di kafe ni tenang, tak sama seperti kafe-kafe urban lain.

Ketika aku dah betul-betul in character dengan watak yang ditulis dalam novel baru aku, waktu tu juga la, ya, waktu tu juga la muncul seorang gadis memakai t-shirt Sonic Youth, berseluar jeans koyak, rambut messy dan memegang buku The Outsider tulisan Albert Camus. Fukk! Dengan tak semena-mena hati aku macam nak menjerit kuat. Tuhan, tolong jangan tipu aku. Manada makwe macam ni dekat Ipoh. Mustahil. Takkan terjadi. Tapi, tapi, tapi... yang di depan aku ni apa

Dia ambil tempat di satu sudut di hujung kafe, dia memakai Converse dan tak memakai stokin. Pelayan datang, dia senyum ke arah pelayan; senyum tu dah cukup untuk membantu menerangkan hari aku misal kata matahari tak timbul esok--begitulah cantiknya senyuman dia. Tanpa melihat menu dia memesan minuman, atau mungkin makanan. Aku tak tahu, sebab dia di hujung kafe, aku di hujung yang lagi satu dan aku tak boleh nak dengar. Jiwa aku dah huru-hara, dada berdegup kencang, peluh dingin mengalir turun daripada dahi. This is it. Ini la dia perempuan yang selama hari ni aku tunggu.

Aku bangun, membetulkan sedikit remos rambut. Berjalan perlahanlahan dan aku rasa itulah perjalanan paling lama pernah aku ambil kerana masa seakan-akan bergerak terlalu perlahan. Kalau aku video player, mungkin aku bergerak dalam keadaan slow motion. Dan setelah terasa seperti tiga ratus tujuh puluh dua tahun perjalanan, aku kini sedang berdiri betul-betul di depan meja makwe tu. Dia yang sedang sibuk membaca, mendongak perlahan-lahan memandang aku. Dahinya berkerut dan mukanya jelas nampak hairan. Oh syurga, itulah muka hairan paling comel yang pernah aku nampak sepanjang hidup aku.

Well, my love is a flower just beginning to bloom. Like those things from your garden that spring from the gloom. Aku mula menyanyi lagu My Love is a Flower nyanyian Jonathan Richman sambil menepuk tangan dan kaki perlahan-lahan menghentak lantai. Dia meletakkan buku yang dibaca di atas meja.

Awak ni kenapa Tanya dia. Dan percayalah bila aku cakap, suara tu mampu buat aku mencair lalu meresap menjadi udara dan ghaib.

Aku sedikit mengelabah, tapi cuba bertenang, Saya tak tahu, apa yang saya tahu, saya kena buat benda ni kat awak sebelum awak keluar dari kafe ni dan kita tak akan jumpa lagi sampai bila-bila. This is my only chance untuk bagitau yang saya suka awak.

Gila.

Awak rasa antara saya dan Meursault sapa lagi gila

Apa

Meursault, watak dalam novel yang awak baca tu.

Awak tau novel ni Katanya sambil menunding jari telunjuknya yang runcing ke arah novel di atas meja.

Ye, saya tau. One of my favorite books.

Pelayan datang menghantar minuman. Dia juga minum latte! Bingo! Taste sama.

Awak minum latte Tanya aku pura-pura bertanya walaupun aku tahu atas meja tu memang latte.

Ye, napa

Same taste. Saya pun minum latte.

Oh yeah

Awak tak rasa takdir sedang nak temukan kita Meursault... latte No, tak. Tak rasa. Boleh jangan ganggu saya Saya cuba nak habiskan buku ni

This is my only chance dan maybe lepas ni kita tak akan jumpa lagi dan awak tak nak dengar ke apa yang saya nak cakap Hmmm, ok, janji lepas ni awak tak kacau saya. Shoot.

Please dont fall in love with me.

Ha

Serius, please jangan jatuh cinta dengan saya.

Hey, awak yang datang kat saya dan nyanyi lagu cinta tu suma, then awak cakap please jangan jatuh cinta dengan awak Patut saya yang cakap jangan jatuh cinta dengan saya.

No. Perkara macam ni, benda gila yang saya buat tadi, tak akan terjadi lagi dalam hidup awak. Saya the only crazy fukked up person yang akan buat macam tu dan awak tak akan jumpa another man like me.

Whatever. So, dah Boleh kita settle kan ni cepat sket

Okey dah, gonna go now. I wish you all the best. Kita tak akan berjumpa lagi, this moment, hari ni adalah antara moment penting dalam hidup awak yang akan awak ingat sampai mati. Have a nice

life.

Dia diam tak menjawab. Aku letak RM atas meja aku tadi, ambil manuskrip novel dan keluar dari kafe tersebut. Aku berani jamin dalam masa beberapa saat saja makwe tu akan keluar dan mahu berkenalan lebih lanjut dengan aku.

Hey! Hey! Awak... Suara lunak tu memanggil. See. Kan aku dah cakap. Aku menoleh dan melihat dia berlari-lari anak ke arah aku.

Dia pula kini di depan aku. Boleh saya tau nama awak Napa awak buat macam tu Aku diam.

Dia sambung berkata-kata, Id love to see you again. Can I get your number

Aku senyum dan melangkah pergi meninggalkan dia.

Awak! Awak! Dia terus memanggil.

Makwe berbaju Sonic Youth. Serius, kamu adalah makhluk terindah yang pernah aku nampak sepanjang hidup ni. Tapi aku tak boleh jatuh cinta dengan kamu, kerana aku takut cinta tu akan membunuh aku, membunuh kamu dan membunuh kita berdua. Jadi, biarlah cinta aneh tu pergi. Sementara aku masih hidup dan mampu menulis di atas dunia ni, aku hanya mahu kamu menjadi muse untuk magnum opus aku.