Benar! Saya pun berfikir sedemikian.
Setiap kali saya melihat dan mendengar berita korupsi dari media massa, hati kecil selalu menangis. Betapa negeri ini telah diselimuti oleh para koruptor dari pelbagai bidang dan institusi, mulai yang kelas bawah hingga kelas atas, mulai dari kota hingga ke hutan. Korupsi rupanya telah meliputi negeri ini dan yang paling menyedihkan, konon katanya, ranking tertinggi korupsi di pemerintahan kita, dipegang oleh Kementerian Agama dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.
Saya berdoa semoga berita ini tidak benar. Namun, jika ternyata benar, wah ... mahu jadi apa negeri ini Kerana dua institusi ini merupakan barometer dari pembangunan nilai-nilai akhlak dan moral suatu bangsa. Sekali lagi, seandainya hal ini benar, dari mana kita harus memperbaikinya dan dari mana pula kita harus memulakannya Semua telah membuatkan pelbagai pihak yang peduli menjadi bingung, persis memperbaiki benang kusut.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, benang kusut ini jika kita telusuri lebih jauh, ternyata berawal dari sebuah pemahaman yang keliru tentang makna kejayaan, yang telah ditanamkan oleh guru dan ibu bapa sejak kita masih kecil hingga dewasa. Ketika kita masih anak-anak dulu, sudah ditanamkan bahawa jika rajin belajar dan bersekolah, kelak kita akan menjadi orang berjaya.
Ayuh, belajar rajin-rajin! Biar pintar dan menjadi orang yang berjaya! Begitulah kira-kira kalimat yang selalu didengungdengungkan guru dan ibu bapa kepada kita. Namun sayangnya, makna kejayaan yang dimaksudkan lebih kepada pengertian menjadi orang yang cukup serba serbi atau menjadi orang yang kaya raya, berbanding menjadi orang yang bermoral dan berprestasi tinggi dalam bidangnya. Dalam fikiran anak kita telah tertanam kekayaan adalah sebab dari kejayaan bukan akibat daripadanya. Dengan demikian, cara berfikir anak pun berubah untuk senantiasa berusaha menjadi orang kaya, dengan cara apa pun agar dapat digolongkan sebagai orang sukses.
Oleh kerana itu, seringkali kejayaan dikaitkan dengan pekerjaanpekerjaan yang dianggap boleh menghasilkan banyak wang dan hidup yang berkemampuan dari segi material. Cubalah anda tanyakan kepada anak-anak, apakah cita-cita mereka Pasti akan muncul The Big Five, lima pekerjaan yang hebat menjadi pilihan anak, seperti doktor, jurutera, pilot, pengarah, presiden, dan yang serupa dengannya. Semua pekerjaan itu sering kali dikaitkan dengan pendapatan yang besar dan hidup yang mewah, bukan seperti kerja bawahan.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, sesungguhnya jawapan anak ini merupakan refleksi kejayaan yang keliru, yang telah ditanamkan kepada mereka, baik secara sedar mahu pun tidak oleh para ibu bapa dan guru selama bertahun-tahun dan secara turuntemurun.
Tidak salah lagi bahawa kita sering menilai kejayaan seseorang dari ukuran-ukuran kebendaan, seperti jenis kereta yang digunakan, mewahnya rumah yang dimiliki, dan sebagainya. Bukan berdasarkan isi kepala atau sikap moralnya.
Akibatnya, jika tidak kaya atau bergelumang harta, seseorang tidak dikatakan berjaya. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah setiap orang mencari kekayaan, terlepas dari cara yang halal ataupun haram kerana mereka takut dikatakan tidak berjaya.
Berbeza dengan sistem pendidikan di negara maju, di sana para guru dan ibu bapa juga sama seperti di sini, memotivasi setiap anak untuk berjaya. Namun, kejayaan yang dimaksudkan di sana adalah menjadi orang yang terbaik dalam bidangnya. Mereka diajarkan bahawa kekayaan sesungguhnya bukanlah sebab, melainkan akibat dari kejayaan yang diraih. Jika kita berjaya menjadi yang terbaik, secara automatik kesannya ialah menikmati limpahan kebendaan. Pada akhirnya, berlumba-lumbalah setiap anak untuk menjadi yang terbaik dalam bidangnya masing-masing.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, ternyata hampir semua masalah yang kita alami di negeri ini, kembali bermuara pada sistem pendidikan. Selama berpuluh tahun sistem pendidikan kita tidak pernah dinilai kembali dan dikemaskan, tidak ada perubahan fundamental yang dibuat, melainkan hanya mengubah nama dari pelajaran menjadi pendidikan dan kini kembali lagi menjadi pelajaran.
Andalah yang lebih tahu tentang hal ini, dan anda pula yang boleh menilai berbanding kami. Mari kita pecahkan masalah korupsi di negeri ini bersama-sama, dengan mengemaskan akar permasalahannya, iaitu sistem pendidikan.
Kami telah menerapkan sistem pendidikan berasaskan pada cara berfikir yang benar dalam memandang makna kejayaan. Bagaimana dengan anda
Seringkali kejayaan dikaitkan dengan pekerjaanpekerjaan yang dianggap boleh menghasilkan banyak wang dan hidup yang berkemampuan dari segi material.