LAMA Fariz melangut di meja makan. Jari telunjuk tangan kirinya mengetuk meja sambil menopang dagu. Sesekali dia jeling jarum jam di pergelangan tangan.
Haih..mana la abang ipar aku ni Lehernya dipanjangkan ke arah pintu masuk restoran. Masih tidak ada tanda-tanda kelibat Fakrul.
Matanya menala pula ke sekitar restoran. Restoran yang terkenal dengan masakan ala barat itu sememangnya sentiasa penuh dengan pelanggan.
Ipo!
Fariz mendongak. Fakrul sudah melambai dari jauh.
Kau dah lama tunggu Sorry, sebab aku lambat sikit. Apa hal kau nak jumpa aku ni Fakrul sengih. Dia melabuhkan punggung berhadapan dengan Fariz.
Laa..bukan kau ke yang nak jumpa aku Fariz berkerut kening.
Fakrul tepuk dahi. Lupa yang dia menghubungi Fariz semalam.
Sorry la. Aku lupa. Dah order makanan Fakrul pandang pada pelayan.
Belum..tunggu kau la. Fariz sengih. Kalut betul la abang ipar aku ni.
Fakrul segera memanggil pelayan. Mereka mula pesan makanan.
Apa hal kau nak jumpa aku Ulang Fariz lagi.
Amboi! Sejak nikah ni, kau dah tak ada masa nak lepak dengan aku ke Usik Fakrul.
Bukan macam tu. Kau tu kalau tak ada hal penting, kau tak ajak aku makan macam ni. Nak dating dulu pun ajak aku..apa daaa.. Gelak Fariz.
Fakrul ketawa. Memang dulu Fariz yang jadi mangsa.
Ni aku nak tanya kau..kau bahagia tak nikah dengan adik aku Fakrul kenyit mata.
Fariz senyum hambar. Tak tahu nak jawab apa.
Kenapa ni Muka dah monyok macam tikus nak beranak!Fakrul gelak.
Tikus beranak macam mana Kau pernah tengok ke Fariz berkerut kening. Dia garu kepala.
Fakrul geleng. Dia ketawa terbahak-bahak. Ipo..Ipo..
Aku gurau jelah!
Makanan mula sampai. Mereka berdua mula menikmati hidangan tengah hari bersama.
Ipoaku tanya sikit boleh Fakrul menghabiskan sisa-sisa lasagna dalam pingan.
Apa dia
Masa di kampus dulu..aku perasan kau macam dilamun cintakau suka kat sesiapa ke Fakrul mula cungkil kisah kampus.
Ish! Kau ni! Dilamun cinta nenek engkau! Aku mana ada makwe. Lainlah kau tusebelum dengan Nadia, kau mengurat Farah, lepas kau tinggal Nadia, kau dekat pulak dengan Saleha. Last-last..Arini jugak kau pilih jadi bini. Fariz senyum sinis.
Itu dah jodoh namanya. Masa di bilik kat kampus dulu, aku perasan kau upload gambar perempuan kat laptop kau. Siapa Ms. Specky ke Fakrul terus mendesak. Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya. Belum pernah sekalipun melihat rupa gadis yang dipuja Fariz dalam diam.
Alahaku saja je upload. Kan aku suka ambil foto. Aku tengok perempuan ni lain dari yang lain. Walaupun dia tak berapa nak bergaya tapi cara dia bawa diri aku suka. So, aku abadikan dalam galeri foto aku. Fariz cuba berdalih. Dia hanya jeling Fakrul yang masih keliru dengan penjelasannya. Janganlah mamat ni tanya lebih-lebihdahlah sekarang ni aku dah jadi adik ipar dia.
Ya ke Tak pernah kau ambil foto perempuan. Mimpi apa kau buat semua tu Setahu aku, kau hanya tahu dengan dunia kau je. Pergi library, kelas, lepas tu lepak kat bilik ataupun riadhah kat tasik. Kalau pasal Melissa tutak tahulah pulak, kalau kau keluar dating senyap-senyap.. Fakrul sengih.
Fariz jeling Fakrul yang sudah tersengih-sengih. Dengar nama Melissa pun dah naik muak.
Kalau aku dating dengan Melissa tu, tak ada la aku nikah dengan adik kau tu. Fariz ketap bibir.
Hmmmacam misteri je perempuan tu.. Fakrul usap dagu. Dia habiskan jus oren.
Sebenarnya aku suka dia dalam diam..tapi setakat tu je tau. Sekarang ni aku dah bernikah. Felisha tu isteri aku. Kau jangan nak buat dajal beritahu Felisha pasal hal ni pulak. Karang tak pasal je aku kena tidur bilik lain. Fariz beri amaran pada Fakrul.
Boleh aku tengok foto perempuan tu Fakrul sengih.
Fariz diam. Dia teguk jus tembikai perlahan.
Weh! Aku tanya ni. Karang aku beritahu adik aku..perang dunia ketiga nanti. Ugut Fakrul sambil tersenyum.
Fariz jeling lagi. Amboi! Main ugut pulak dia ni!
Ek eleh! Poyo jugak kau ni! Foto ni pun aku nak delete dah pun. Sebelum aku delete, nah! Aku bagi kau tengok puas-puas! Nanti kempunan pulak. Kau jangan pulak nak pasang dua nanti. Kau tu dah nak nak jadi ayah. Fariz sua telefon bimbitnya kepada Fakrul.
Fakrul buka galeri foto Fariz. Teruja dia ingin melihat foto perempuan misteri yang menyebabkan Fariz beria simpan sampai ke saat ini.
Hah Biar betul Fakrul pandang Fariz tak berkelip. Matanya menala semula pada foto di dalam telefon bimbit itu.
Kenapa Kau pun dah suka ke kat perempuan tu Usik Fariz. Sengih dah lebar.
Kalau perempuan nilah yang kau suka dalam diam dulu..aku rasa kau dah jumpa. Dah dapat.. Fakrul senyum.
Fariz semakin berkerut kening. Dah jumpa Dah dapat
Maksud kau Fariz capai semula telefon bimbitnya dari tangan Fakrul.
Oh ya! Aku dengar kau nak pergi honey moon Kat mana Fakrul ubah topik.
Weh! Soalan aku tadi belum lagi kau jawab. Apa maksud kau dah dapat, dah jumpa Fariz siku lengan Fakrul.
Aku jawab soalan tu lepas kau balik dari honey moon nanti. Aku nak kau berseronok kat sana. Tak payah fikir sangat. Selamat berbulan madu bro! Fakrul tepuk-tepuk bahu Fariz yang masih kebingungan.
Weh! Ada tangguh-tangguh pulak Fariz sudah penasaran. Sejak dulu dia masih mencari siapa sebenarnya gadis misteri itu. Balik Malaysia dulu pun, ada juga dia mencari dan menyiasat gadis tu tapi tak pernah berhasil. Gila sangat nak tahu!
Tunggu je la.. Fakrul sengih lagi.
LAMA Fariz berfikir siapa gerangan gadis misteri yang diminati selama ini. Dia tatap foto gadis itu lama.
Hmmmacam mana Ojak tu tahu Fariz berkerut kening.
Tengok apa
Fariz mendongak. Dia cepat-cepat tutup telefon bimbitnya dan diletak atas meja.
Err..tak..tak ada apa. Awak dari mana ni Fariz sudah menggelabah. Janganlah Felisha nampak tadi. Kalau tak memang sah syarat dia bertambah-tambah lagi!
Kenapa dengan awak ni Muka dah pucat semacam. Macamlah saya ni hantu. Felisha berkerut kening. Dia duduk di birai katil.
Kalau awak tu hantu, saya pulak jembalang! Fariz mula buat lawak.
Felisha tenung muka Fariz yang dah gelak. Apa kena laki aku ni
Ya la tu! Tak kuasa layan awak ni. Felisha buka ikatan rambut. Rambutnya dibiarkan mengurai. Diirai-irai dengan hujung jari.
Fariz memandang Felisha tidak berkelip. Gaya menggoda Felisha cukup membuatnya tidak keruan. Rasa nak terkam je.
Kenapa awak tengok saya macam tuFelisha menelan liur. Renungan mata Fariz sudah tembus ke anak matanya.
Tak ada apaawak tu, nak goda saya ke Fariz senyum.
Goda awak Ish! Tak kuasa saya! Bantal peluk dicapai dan diletakkan di tengah katil. Felisha sengaja membelakangi Fariz yang masih duduk di kerusi meja belajar.
Fariz senyum. Dulu bukan main lagi nak goda aku. Sekarang ni tak mengaku pulak. Tunggu la masa di Holland nan