PENING! Jai mundar-mandir di bilik. Berserabut memikirkan siapa dalang di sebalik kejadian tangkap basah Koci dan Salina. Dia menapak pula ke balkoni bilik. Fikiran masih serabut. Dua minggu kepalanya asyik memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Lisa. Cerita siapa yang betul Dia perlu bersihkan nama Koci dan Salina.
Hmm Jai menapak ke meja studi.
Surat yang diterima dibaca sekali lagi. Tiada tandatangan dari sesiapa. Jelas dalam surat tu, dia menuduh Salina sebagai perempuan simpanan orang kaya. Jelas ditulis, pekerjaan Salina dulu. Siang kerja sebagai GRO dan malam pula menemani VIP ke majlis-majlis berprestij.
Betul ke ni Aku tak nampak pun Salina tu macam tu. Kat ofis, dia sopan je. Pakaian pun sopan dan hormat orang tua. Pening macam ni! Siapa yang hantar surat ni Ni mesti seseorang yang tahu tentang Salina. Jai perhatikan sampul surat pula. Cop pada sampul tu dari Puchong.
Hmmbermakna pengirim ni tinggal area situ la kut.. Jai berkerut kening.
Jai mendongak ke arah atas almari. Ada dua kotak barang zaman sekolah dulu. Kotak berwarna coklat yang dah agak suram warnanya ditarik perlahan.
Baik aku cari kenalan sekolah dulu. Mana tahu, aku dapat korek apa yang berlaku. Jai belek majalah sekolah. Satu persatu halaman majalah itu dibuka.
Haihmati aku kalau nak siasat semua ni. Jai berkerut kening. Lebih daripada dua puluh pelajar perempuan tingkatan empat yang sekelas dengan Salina. Tu pun tak termasuk pelajar di tingkatan lain lagi. Siapa tahu, pelajar dari tingkatan lain pun turut terlibat.
Haiiihhpening macam ni! Jai garu kepala. Kalau tanya Koci, mesti dia tanya aku balik, nak buat apa Aku nak jawab apa Takkan aku nak cakap aku tengah siasat siapa Salina Bodoh ke apa aku ni
Jai buka komputer. Laman facebook dibuka lagi. Mana tahu, aku boleh cari kat sini. Nama Salina ditaip pada ruangan Search.
Hmmramai pulak nama Salina Hashim ni..yang mana satu ek Jai klik satu persatu.
Yang ni agaknya.. Jai amati profil milik gadis tu. Memang banyak persamaan dengan Salina, bekas tunang aku a.k.a isteri Koci.
Satu persatu teman facebook Salina diamati. Semuanya dia tak kenal. Jai baca pula apa yang terpampang di wall facebook Salina.
Emm..siapa pulak Zila ni Macam nak marah Salina je ni..
Laju jemari Jai klik pada nama Zila. Profil Zila pula dibuka dan digeledah. Nyata gadis tu memang tak suka pada Salina.
Tapi aku tak boleh jadikan itu bukti yang Zila ni yang tuduh Salina tu GRO. Jai menopang dagu. Mata masih menala ke arah skrin komputer.
Eh, ada mesej dari Kosong la. Jai sengih. Laju je jarinya klik pada nama Kosong.
Jai > Awak dah buat keputusan
Kosong > Awak serius ke nak jumpa
Jai > Ya la!
Kosong > Awak pasti Muktamad
Eh minah ni! Tanya aku macam dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire la pulak!
Jai > Mestilah saya pasti! Muktamad!
Kosong > Awak yakin
Jai > Awak takut ke
Kosong > Siapa kata saya takut
Jai > Kalau macam tu, kita jumpa!
Kosong > Kat mana
Jai > Awak pilih.
Kosong > Rumah sayalah macam tu.
Jai > Boleh! Bagi alamat.
Aik! Dah offline pulak minah ni! Tahu takut! Jai gelak.
SERI dah terkebil-kebil. Jai serius nak jumpa. Takkan aku nak jumpa kat rumah aku Malulah aku! Dahlah aku kata kat dia macam-macam hari tu.
Haish! Macam mana ni Rahsia aku pun terbongkar nanti! Luah perasaan di alam maya!
Ehem!
Seri menoleh ke arah pintu. Acik dah terpacak di situ. Tersengih-sengih. Apa kena abang aku ni
Boleh abang masuk
Selama ni, abang minta izin ke Seri sindir Acik. Mengada-ngada abang aku ni.
Sebelum tu..tolong pakai senonoh sikit. Tu terselak kain batik tu! Acik pandang Seri yang meniarap atas katil. Kedua kaki terjuntai di hujung katil. Nampak betis putih melepak Seri tu!
Seri cepat-cepat menoleh betisnya. Pantas dia duduk bersila. Kain batik yang hampir terlondeh diikat kemas di pinggang. Baju kemeja T warna putih dibetulkan. Rambut pula ditocang tinggi.
Abang ni, apa hal banyak songeh pulak hari ni Seri muncung.
Kan ma dah pesan. Jaga pakaian tu. Abang pun lelaki tau! Acik sengih. Dia menapak ke meja studi Seri.
Alah..abang tu mengada-ngada. Dah tak sabar nak nikah la tu! Seri bingkas bangun. Komputer riba diletak di atas meja.
Acik jeling skrin komputer. Terpapar kat skrin laman facebook. Ni mesti chat dengan Jai. Kata tak suka! Merajuk la, apa lasenyap-senyap layan Jai tu.
Abang nak apa Nanti ma nampak, kena marah lagi. Seri duduk semula di birai katil.
Kita bukannya main kejar-kejar macam hari tu. Kalau abang ni bukan abang kandung Ucu, dah lama abang pinang Ucu tau! Acik gelak. Dia capai buku rujukan masa di universiti yang masih tersimpan kemas di rak buku di tepi meja studi.
Ya ke bang HmmUcu tengok abang ni pun handsome jugak..ada la iras Mario Maurer tu walaupun hanya satu peratus. Seri ketawa mengekek.
Acik mencebik. Satu peratus je
Betul ke Ucu tak nak kawan dengan Jai Acik pancing soalan. Perkataan kawan sengaja digunakan, kalau sebut nikah, cinta atau suka ke, aku jugak yang kena hambur nanti. Dah la hari tu berapi Seri marahkan Jai tu! Merajuk konon!
Tak nak!
Acik jeling Seri yang dah muncung macam mulut Angelina Jolie tu. Terjuih!
Kenapa Ucu nak tunggu siapa lagi Acik tak puas hati.
Biarlah Ucu jadi anak dara tua! Nak Ucu sendiri luahkan cinta pada dia, tunggu bunga Rafflesia tu kembang dulu! Seri ketap bibir. Geram dengan Jai.
Amboi! Nak kena tunggu bunga tu kembang la pulak! Kalau betul bunga tu berkembang esok lusa, macam mana Acik jeling Seri yang dah mencuka masamnya.
Takkan berkembangnya! Bunga tu kan susah nak berkembang. Ada masa tertentu nak berkembang. Abang tahu apa! Seri julingkan mata ke arah Acik.
Yalah..abang ni kan kaki komputer. Oh ya, esok abang nak ajak pergi satu tempat. Acik senyum nakal.
Seri pandang riak Acik. Hmm..kalau dah senyum macam tu..mesti nak kenakan aku ni..
Nak pergi tak Tanya Acik lagi.
Abang nak pergi mana sebenarnya Seri tenung Acik yang dah buat muka toya.
Ada la
Ni mesti nak kenakan Ucu ni! Seri tuding jari ke arah Acik.
Eh, apa hal pulak nak kenakan Ucu. Buang masa abang je! Nak ikut ke tak Acik tinggikan suara.
Kalau abang nak belanja makan..Ucu okey je! Rezeki jangan ditolak! Bala jangan dicari! Seri kenyit mata.
Kalau macam tu, esok pukul 11 pagi kita bergerak. Acik bingkas bangun.
Errbergerak Macam nak pergi jauh jeSeri berkerut kening.
Ikut jelah! Banyak songeh! Acik tarik hidung Seri sebelum melangkah keluar dari bilik Seri.
Seri ketawa mengekek. Dia pandang skrin komputer. Agaknya Jai nak jumpa aku kat rumah tak
KUNCI kereta diputar-putar di hujung jari telunjuk. Acik pandang ke arah pintu utama rumah. Mana Seri ni Nilah perempuan! Mesti makeup macam badut ni! Tempek segala mak nenek warna kat muka tu.
Haih..mana la budak kalut ni Aku kira sampai sepuluh..kalau tak muncul jugak..tahulah apa aku nak buat!
Satu..dua..tiga..empat..lima..enam..tujuhlapan..sembilan..se..nasib baik muncul. Acik sengih.
Seri terkocoh-kocoh berlari ke kereta Acik. Kasut dipakai sambil berlari. Beg tangan hampir melurut jatuh. Huh! Bukan nak tolong aku yang terhegeh-hegeh bawa beg ni!
Ni la perempuan! Tengok tu! Acik tuding ke arah pipi Seri.
Kenapa
Acik tarik Seri dekat dengan kereta. Suruh Seri tunduk sikit depan cermin sisi.
Hah
Acik gelak. Macam mana aku pakai gincu ni Seri sapu pipi dengan hujung lengan blaus. Mungkin nak cepat tadi. Sampai gincu pun dah tersapu kat pipi.
Eii! Nah! Acik hulur sapu tangannya.
Seri sengih.
Mereka berdua mula menaiki kereta membelah kesibukan jalan menuju ke destinasi yang telah dijanjikan. Sepanjang perjalanan, Seri hanya diam. Dia jeling Acik yang senyum dari tadi. Apa kena dengan abang aku ni Macam monyet dapat pisang je aku tengok Tersengih-sengih dari tadi. Takkan pasal pipi aku tadi
Fikir apa Acik jeling Seri. Matanya beralih semula ke arah jalan depan.
Kita nak ke mana ni Seri pandang papan tanda jalan. Memang sah menuju ke selatan. Dia jenguk lagi. Dah sampai Senawang.
Acik senyum je. Pertanyaan Seri tidak dijawab. Kereta terus dipandu laju menuju ke Port Dickson.
JAI termenung di batu besar menghadap ke laut biru. Ombak yang menghempas batu di situ dah rasa macam hatinya yang dihempas ombak kuat. Macam tulah juga apa yang dirasa terhadap Seri. Seri tak sedikit pun memahami hati dan perasaannya. Bukan aku tak sayang dia. Bukan aku tak cinta dia tapi masa tu aku tak sanggup rosakkan persahabatan aku dengan Koci. Kata-kata Seri masih berdesing di telinga. Tak akan bertunang lagi! Memang itu takdirnya aku putus tunang dengan dia dulu dan Seri pula sekali lagi putus tunang dengan sahabat aku sendiri angkara seorang gadis lain. Siapa yang tak fobia Tapi mengapa aku yang jadi mangsa Sebulan saja lagi aku akan berangkat ke UK. Kalaulah aku dapat ikat Seri menjadi separuh milik aku..
Hmmmamat ni kalau dah berangan..macam nak telan laut tu!
Jai berpaling ke belakang. Acik dah tersengih di situ.
Bila kau sampai
Baru jekau dah lama sampai Acik duduk sebelah Jai. Pandangannya turut dilemparkan ke tengah laut.
Dah sejam jugak la. Jai senyum.
Ni..ada apa kau nak jumpa aku sampai di tepi laut bagai ni Macam nak dating je.. Acik sengih. Buang tabiat ke apa Jai ni.
Otak aku ni dah serabut. Banyak benda aku nak fikir. Jai lempar batu kecil ke tengah laut.
Aik! Ustaz macam kau ni pun tahu serabut otak Kau jugak yang cakap, bila serabut otak, ambil wudhuk, solat sunat, zikir..ni dah merajuk sampai kat pantai ni, apa hal Acik jeling Jai di sebelah.
Encik Danial Hakimtengok keindahan ciptaan Allah dan mengaguminya pun satu cara jugak untuk tenangkan hati, faham Jai siku lengan Acik.
Acik menoleh. Uik! Mimpi apa Jai ni sebut nama penuh aku Atau..mimpi Seri kut Dia ketawa mengekek.
Yang kau ketawa ni kenapa
Tak ada apa Acik senyum.
Back to aku punya soalan tadi, kenapa kau nak jumpa aku kat siniAcik ulang lagi soalan pertama tadi.
Kau ingat tak cerita Lisa hari tuJai mula serius.
Acik angguk.
Aku rasa dia betul. Bukan dia yang jadi dalang dalam kes tangkap basah Koci dan Salina.
Acik berkerut kening. Maksud kau..ada orang lain lagi
Jai angguk.
Siapa Acik pandang Jai tak berkelip.
Kawan sekelas Salina dulu. Aku check facebook Salina. Dari cara dia balas status Salina tu, dia macam tak suka Salina dan dia banyak tahu pasal Salina.
Kau tahu siapa Acik menelan liur. Jai ni biar betul..kalau salah orang, nanti jadi fitnah bro!
Dalam facebook tu..nama dia Zila. Aku cuba juga cari dalam majalah sekolah tapi ya la..tu kan foto budak sekolah. Kalau jumpa sekarang pun belum tentu kita kenal. Masing-masing dah besar panjang. Yang tak pakai tudung, pakai tudung. Kalau free hair lagi, mungkin dah tukar warna rambut. Yang lelaki pulak, mungkin dah ada misai dan janggut. Jai mengingati iras muka Zila dalam majalah.
Tapi mengapa kau syak Zila Kau ada bukti Acik garu kepala. Jai ni dah macam Detective Conan pulak.
Semalam, aku jumpa Salina dan Koci. Aku tanya betul-betul apa yang telah terjadi. Aku perasan muka Salina pucat bila aku sebut nama Zila. Macam ada sesuatu yang dia
sembunyikan. Salina ada tanya aku pasal Zila. Aku bohong sikitlah. Aku kata Zila tu aku kenal masa projek NHES dulu. Jai luahkan apa yang berlaku.
Acik makin tak faham.
Koci pulak hanya diam. Nampak muka dia sugul. Tambah Jai.
Kau belum jawab soalan aku, bukti apa yang kau ada pada Zila tu Acik ketap bibir. Panjang lebar punya cerita, satu pun tak ada jawapan pasal Zila tu perangkap Salina dan Koci. Ceh!
Lepas Lisa cerita macam tu, aku check surat yang aku terima dulu. Aku pergi Puchong. Cuba tanya kat pejabat pos situ. Kebetulan ada seorang perempuan yang terlanggar bahu aku. Dia ternampak aku pegang foto lama Zila. Dia macam terkejut. Rupanya dia kenal Zila dan tanya aku kenapa aku ada gambar lama Zila. Aku jawablah aku dah lama nak cari kenalan lama aku. Perempuan tu kata dia ada alamat Zila. Aku apa lagi, aku ambiklah. Lepas tu, aku cari alamat tu. Dia memang tinggal area Puchong.
Tu belum menjawab soalan!Acik siku lengan Jai.
Aku belum habis cakap lagilah!Jai balas tindakan Acik tadi.
Acik sengih.
Lepas aku tahu alamat rumah dia tu, aku cubalah nasib. Aku hantar surat balas. Aku kata, aku kenal siapa dia. Aku sengaja tulis yang dia tulah dalang semua ni.
Dia ada balas Acik dah teruja. Memang sah, macam Detektif Conan lagak Jai.
Ada..dia kata apa yang dia tulis pasal Salina tu semuanya betul. Bukan tipu. Dia cerita kenapa dia buat macam tu. Dia nak balas dendam pada Salina. Ujar Jai teringat pada surat yang dibalas Zila.
Dia cakap apa dalam surat tu
Dia kata Salina tu sejak sekolah memang sombong. Berlagak dan angkuh dengan kecantikan sampai menghina orang lain. Bukan setakat tu sahaja, Salina buat fitnah pada Zila menyebabkan Zila dibuang keluarga sendiri. Terbayang bait ayat dalam surat Zila yang panjang berjela. Lima muka surat.
Fitnah Dibuang keluarga Kenapa Acik menelan liur. Dah rasa macam drama kat tv pulak.
Sebab lelaki yang Salina suka tu, sukakan Zila. Jadi, Salina buat cerita yang Zila telah bersekedudukan dengan lelaki penagih dadah dalam rumah usang di sebuah ladang kelapa sawit. Memang..tak jauh dari sekolah aku dulu tu, ada ladang kelapa sawit. Budak-budak penagih selalu kena cekup kat situ. Jai menambah.
Sampai macam tu sekali Dasyat betul fitnah ni kan Acik melepaskan keluhan.
Tu la..jadi jangan ambik ringan pasal fitnah ni. Ia lebih bahaya dari membunuh. Boleh porak perandakan kehidupan manusia. Jai turut melepaskan keluhan.
Lepas tu, Zila tu mengaku ke yang dia tu yang rancang pasal tangkap basah Koci tu Acik betulkan kakinya yang dah rasa kebas.
Itu aku tak pasti tapi dia kata kebetulan malam Salina pergi hotel tu, memang ada seorang lelaki yang mengekori Salina balik dari hotel tu. Zila tu kata, masa tu dia ada hal nak jumpa seseorang di hotel tu. Dia ternampak Salina.
Acik menelan liur berkali-kali. Siapa lelaki tu
Entah..dia pun tak kenal. Dia hanya nak aku tahu yang Salina tu sebenarnya perempuan tak baik. Dia ada bukti yang Salina tu pernah jadi GRO.
Lepas habis SPM, Salina pindah ke KL dan jadi peragawati. Bila Salina dapat tahu kerja GRO lagi banyak dapat duit, dia bertukar kerjaya. Zila pernah terserempak dengan Salina di lobi hotel sedang bermesra dengan lelaki asing. Jai tunduk. Tak sanggup
bercerita kisah hidup Salina, bekas tunangnya dan sekarang ni dah jadi isteri Koci.
Tapi..bukan ke dia tu kerja dengan kau Acik garu kepala.
Yang tu, aku ada tanya Zila jugak. Dia kata mungkin Salina dah berubah dan bekerja di pejabat aku tu.
Acik angguk-angguk. Tak sangka kau Salina..sanggup kau fitnah orang macam tu.
Jadi..sekarang ni kita tak tahu siapa lelaki misteri tu la Acik pandang Jai yang melemparkan pandangannya ke arah tengah laut.
Itu..kena tanya Salina sendiri. Dia saja yang tahu semua ni tapi kalau aku cakap sesuatu kat kau..kau jangan terkejut.. Jai jeling Acik yang dari tadi ternganga mendengar kisah drama yang tak ada penonton.
Terkejut Kenapa Acik berkerut kening. Apa kena Jai ni Tiba-tiba je cakap macam aku ni terbabit sama!
Zila ajak jumpa aku. Dia nak cerita semua yang dia tahu. Kalau tulis surat ni, leceh. Jadi aku setuju. Aku tanya macam mana nak kenal dia. Dia kata aku memang kenal dia. Aku pun pelik. Bila masa aku jumpa dia Jai pula berkerut kening.
Habis tu, kau ada jumpa Zila Acik pandang Jai dengan ekor mata. Batu kecil dilemparkan ke tengah laut.
Jai angguk. Dia jeling lagi Acik yang masih menala ke arah tengah laut. Aku nak cakap ke tak nak
Aku jumpa dia di sebuah restoran lepas buat temu janji. Sebaik aku sampai di situ, dia dah tunggu aku. Aku macam tak percaya. Aku genyeh mata berkali-kali. Bila dia tegur aku, baru aku sedar yang aku tak bermimpi. Terbayang pula kejadian di restoran tu.
Eh, macam pelik je kau ni Siapa Zila tu sebenarnya Acik pantas mengalihkan pandangannya ke arah Jai.
Rozilawati!
Rozilawati Acik berkerut kening. Nama penuh Ojie pun..Rozilawati jugak..takkanlah minah tu..
Awek kau.. Jai sengaja tak pandang Acik. Malas nak tengok riak Acik.
Hah Acik bulatkan mata. Terlopong mulut!
Kau biar betul Jaibaru tadi kau kata fitnah tu lebih teruk dari membunuh! Acik tuding ke arah muka Jai.
Jai pandang Acik selamba. Aku dah agak dah mamat ni mesti tak percayakan aku!
Kau tanya Ojie sendiri. Jai betulkan rambutnya yang ditiup angin kuat.
Acik tunduk. Mukanya dah berkerut. Apa yang diberitahu Jai tadi memang tak masuk akal. Mula-mula syak Lisa, lepas tu syak Koci yang perangkap diri sendiri dan sekarang, Ojie
Dahlah tunanti kau tanya Ojie sendiri. Cuma satu je yang aku harap, kau jangan anggap Ojie tu budak jahat pulak. Dia dah menderita teruk dulu. Bayangkan dibuang keluarga dan hidup sendiri di KL ni. Jai jeling Acik yang dah lain riaknya.
Tadi kau kata dia terserempak dengan Salina di lobi hotel Dia buat apa kat hotel Acik mencebik. Sekarang jantung aku pulak dah terlebih berdegup. Dah terlebih dari ombak yang menghempas tebing batu tu!
Macam nilah..kau tanya dia sendiri. Lepas tu, terpulang pada kau nak percaya atau tak. Jai bingkas bangun.
Acik turut bangun. Mereka mula beriringan berjalan menuju ke gerai yang berderet di tepi pantai. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri.
Abang!!
Serentak Jai dan Acik menoleh. Seri berlari ke arah mereka. Di tangannya tergenggam ais krim Cornetto.
Jai senyum. Dia kemudian pandang Acik yang dah tersengih di sebelah.
Dia tahu ke aku ada sekali kat sini Jai pandang Seri yang dah menapak ke arah mereka.
Syhh! Aku tak beritahu pun kat dia. Kalau aku cakap kau ada sekali, tak nak dia ikut. Acik perlahankan suara.
Kau jangan pulak buat fitnah yang aku suruh ajak dia.. Jai beri amaran. Sengihnya dah lebar.
Tahulah aku jawab nanti.
Abang! Tolong!!!
Sekali lagi Acik dan Jai menoleh. Seekor anjing liar sedang mengejar Seri. Seri dah lari tak cukup kaki.
Maaaaaakkkk!!!!
Buk!
Acik terduduk di tepi akar pokok rhu. Dia sapu punggung yang terasa kebas. Tiba-tiba Seri menerkam ke arahnya dan Jai. Matanya melilau mencari Seri dan Jai. Ketawanya terus pecah melihat Seri dan Jai berpelukan bergolek atas pasir. Muka Jai dah penuh dengan ais krim. Hmmdulu muka Jai dah kena sapu dengan krim kek!
Erk!Seri cepat-cepat bangun. Ya Allahkenapalah aku ni kalut sangat!! Kepalanya diketuk berkali-kali. Dia pandang Jai yang masih terbaring di situ. Muka pulak penuh dengan ais krim coklat Cornetto yang dah melekap penuh di muka mamat tu. Memang nak ketawa tapi terpaksa ditahan. Bimbang Jai akan marah nanti.
Acik segera tarik tangan Jai yang masih terbaring di atas pasir.
Aduhsakit belakang aku. Adik kau ni berapa kilo hah Rasa kena hempap dengan balak! Jai gosok belakang badannya. Ais krim yang menepek di muka dilap dengan sapu tangan dari poket seluar.
Seri mencebik. Aku ni gemuk ke Eiii!!!
Acik masih ketawa. Tu la..kan adik aku tu kalut!
Seri tumbuk bahu Acik. Bukan nak sokong adik sendiri! Geram aku!! Dia jeling Jai di sebelah Acik. Muka Jai dah warna coklat.
Jai senyum. Kan aku dah cakapSeri mesti tak suka aku ada sekali kat sini.
Buat apa tercegat kat situ Acik tarik tangan Seri rapat kepadanya. Hampir berpeluk.
Jai hanya jeling. Kenapa aku ada rasa cemburu ni Mereka kan adik-beradik!
Jom kita makan! Lapar dah ni! Acik tarik pula tangan Jai.
Seri hanya tunduk. Jai buat selamba.
NASI goreng dalam pinggan dikuiskuis dengan sudu. Sebelah tangan lagi diletak atas meja. Digenggam kuat. Seri mengetap bibir. Sedikit pun tak pandang Jai di depannya. Huh! Dah rancang la tu dengan Acik. Macamlah aku tak tahu taktik korang ni. Pujuklah macam mana pun, aku tak akan tergoda dengan pujukan tu! Never!!
Kalau setakat nak kuis je nasi tu, baik tak payah order dari tadi. Baik order je air. Buang duit abang je macam ni! Acik jeling gelagat Seri yang dah menopang dagu. Nasi goreng disuap beberapa sudu saja.
Abang ni! Macam tak ikhlas je! Seri mencebik. Teringin nak pandang Jai tapi hati kata jangan!
Ni bukan soal ikhlas tapi tu dah membazir. Bak sini! Kalau tak nak makan, biar abang yang habiskan! Dari pagi belum makan lagi ni. Tak cukup ni sepinggan nasi je! Laju je Acik ambil pinggan nasi goreng Seri.
Jai hanya senyum melihat gelagat dua beradik tu. Macam budak-budak!
Seri ambil semula pinggan nasinya. Lengan Acik dicubit sekuat hati.
Sakit tahu tak! Acik gosok lengannya yang dah terasa pedih.
Seri buat tak tahu je. Dia terus kunyah dengan lahap.
Ingat dah kenyang tadi. Maklumlah ada orang tersayang di depan mata. Siap dapat peluk free lagi! Nasi dalam pinggan pun dah tak pandang! Acik sengih. Nasi dalam pinggannya dihabiskan.
Seri mendongak. Gulp! Jai tepat memandang ke arahnya. Apa hal mamat ni tenung aku Seri tunduk semula.
Dah! Makan cepat! Kejap lagi kita pergi ke pantai. Main ke, mandi ke.. Acik siku lengan Seri. Sempat jeling Jai yang sudah sandar di kerusi kekenyangan.
Huh!Tak ingin nak main ke, mandi ke. Tadi tak cakap awal-awal nak ke pantai. Bolehlah aku bawa pelampung ke, baju renang kembang aku tu ke! Seri hirup pula kopi ais sampai habis.
Jai, aku nak ke toilet kejap. Memulas pulak perut aku ni. Acik bingkas bangun. Berlari-lari dia mencari tandas awam.
Jai tenung Seri yang buat tak tahu padanya. Memang dia ni keras kepala! Betullah kata Acik. Susah nak pujuk.
Awak dah ada penggantiJai mulakan bicara.
Seri diam. Sengaja dia pandang ke arah lain. Buat muka toya!
Jai sengih lagi. Tak apa
Saya dengar awak akan bekerja dengan syarikat papa awak, betul ke Jai tanya lagi. Seri masih memalingkan mukanya ke arah lain.
Senyap.
Haihminah ni nak cabar aku ni!
Saya doakan awak jumpa pengganti Koci nanti dan saya harap awak bahagia dengan dia. Walau siapa pun dia, saya harap awak jadilah isteri yang diredhai Allah. Syurga
bagi seorang isteri di bawah kaki suami. Jai mula mengalah. Benarlah Seri sudah buang dirinya jauh-jauh.
Seri tunduk. Dia kuis-kuis lapik meja yang terjuntai di bucu meja makan. Apa jua yang yang dilontar oleh Jai, sejak dulu lagi selalu menjadi inspirasinya sampai sekarang. Dan sampai bila-bila pun!
Saya faham kalau awak tak suka saya. Saya akan tunaikan janji saya..yang saya tak akan ganggu awak dan pergi jauh dari hidup awak. Cuma satu yang saya harap, jadilah sebaik mungkin kerana Allah akan hadirkan seorang yang baik juga sebagai pasangan hidup awak. Allah maha adil. Dia lebih tahu setiap apa yang tersirat dalam hati hamba Nya. Jai tenung Seri yang masih tunduk.
Seri hanya diam membisu. Ah! Macam nak gila bila berdepan dengan Jai. Butir kata lelaki tu dah tembus ke jantung hatinya.
Maaf Acik kembali semula ke meja makan. Dia duduk bersandar di kerusi.
Jom! Jai bingkas bangun. Dia menapak ke arah gigi pantai.
Seri hanya pandang Jai dari jauh. Kenapa aku degil sangat Kenapa aku selalu nak sakitkan hati dia
Acik tarik tangan Seri menuju ke tempat Jai.