ANIS mengurung diri dalam bilik. Tindakan Imran di pejabat tadi dirasakan lebih pedih dari luka di sikunya. Bingung dengan sikap dan tindakan Imran yang mudah berubah watak. Balik kerja tadi dia terpaksa ke pasar di kawasan rumah sewanya dulu.Terhegeh-hegeh dia membawa betik yang agak berat . Terasa sengal di bahagian siku yang masih berdarah.
Dia segera ke dapur menyediakan somtam. Sudah hampir tiga minggu dia tidak bekalkan somtam kepada makcik Senah dan beberapa buah gerai lain.Rasa penat sedikit sejak berpindah ke rumah baru. Pasar yang selalu dia singgah agak jauh dari rumah sekarang ni.
Hmm..alhamdulillah. Siap juga somtam aku. Anis susun semua somtamnya dalam peti sejuk. Esok dia kena hantar..
Sempat dia jenguk di laman rumah. Imran belum pulang dari pejabat. Dia melangkah semula ke bilik. Waktu maghrib sudah hampir. Usai solat, dia mula membelek Quran. Bacaannya terhenti. Bunyi deruman kereta Imran diparkir di garaj jelas di telinganya.
IMRAN keluar dari perut kereta setelah diparkir di garaj. Sekitar rumahnya masih kemas seperti dulu. Seminggu sekali dia upah tukang kebun dan pembantu rumah hanya untuk mengemas rumah dan membersih halaman yang penuh dengan daun luruh.
Aku belum bayar lagi upah mereka. Imran mengorak langkah ke ruang tamu. Beg kerja dicampak ke atas sofa.
Ahlega. Imran bersandar dengan kepala dilentukkan ke sofa. Terkebil-kebil melihat siling. Senyum. Kejadian di pejabat tadi yang menyebabkan dia tersenyum lebar. Hangat..
AWAKbangun. Dah masuk waktu maghrib.
Imran buka mata perlahan-lahan. Satu wajah putih bersih sungguh ayu di sebalik telekung putih. Lama wajah itu ditatap. Rupanya dia tertidur di situ.
Dah maghrib..nanti terlepas pulak nak solat. Anis duduk di sofa sebelah Imran.
Dah lama awak di sini Imran genyeh mata. Dia menggosok lehernya yang agak tegang.
Tak..waktu maghrib dah nak habis tu. Anis tuding pada jam di dinding.
Imran senyum. Dia ambil beg kerjanya semula dan melangkah malas ke bilik.
Anis turut menaiki tangga menuju ke biliknya. Tadi dia sengaja jenguk di ruang tamu. Imran tertidur di sofa. Dalam fikirannya tentu Imran masih belum menunaikan tanggungjawab pada Tuhan.
Telekung dilipat kemas setelah selesai solat isyak. Anis bergegas memakai tudung. Baju tidur berlengan panjang diperhatikan seketika di depan cermin besar.
Hmm..okey kut. Tak sendat sangat. Anis pusing-pusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Kain batik yang dipakai diikat kemas di pinggang.
Tergesa-gesa dia turun ke dapur. Masa menyediakan somtam tadi, dia hanya sempat masak kurma ayam dan sambal belacan. Dia segera ambil sayur pucuk paku. Luka di siku masih terasa pedih walaupun berbalut. Dia perlu berhati-hati membuat kerja.
Awak masak apa
Anis pandang Imran yang sudah bertukar jersi. Baju tidur putih berjalur biru. Saya nak goreng sayur pucuk paku. Awak dah lapar ke
Imran diam. Tidak menjawab soalan Anis sebaliknya dia melangkah perlahan ke arah Anis yang sedang memotong sayur. Dia menelan liur. Anis begitu seksi pada pandangan matanya malam itu walaupun hanya berbaju tidur.
Saya minta maaf pasal siang tadi. Tak payahlah awak masak untuk saya. Tangan awak tu masih sakit lagi. Darah pun banyak keluar. Imran semakin dekat dengan Anis. Tangan Anis dipegang lembut.
Err... Anis berundur sedikit.
Tak apa. Sikit je ni. Duduklah dulu. Saya goreng sekejap je. Ujar Anis lagi.
Imran tidak berganjak. Dia hanya perhatikan Anis lincah menyediakan makan malam. Terdetik di hatinya rasa menyesal atas apa yang telah berlaku antaranya dengan Anis. Sikap egonya melebihi dari semua itu. Ingin saja dia berterus terang saat ini. Bubarkan semua perjanjian gila yang dibuatnya dulu.
Makanlah. Anis siap menghidang semua lauk dan nasi di dalam pinggan.
Awak tak makan sekali ke
Anis senyum hambar. Dia turut duduk setelah dipaksa Imran. Malam itu buat pertama kalinya mereka menikmati makan malam berdua. Senyap. Masing-masing diam membisu.
Awak rehatlah. Penat awak kerja sehari suntuk. Biar saya yang basuh. Anis mengambil pinggan di atas meja dan mula mencuci di singki bila melihat Imran ingin menolongnya.
Sekali lagi Imran terpempan. Anis menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun hanya memasak. Ternyata Anis tidak pernah berdendam dengannya. Anis tidak pernah marah atau merungut. Semuanya dilakukan tanpa disuruh. Sikap Anis yang membuktikan segala-galanya. Apatahlagi bila dia dapat tahu sesuatu tentang gadis itu. Ya, gadis. Anis masih gadis walaupun sudah hampir dua minggu menjadi isterinya. Imran melangkah lemah ke ruang tamu.
ANIS berbaring malas di biliknya. Dia capai nota usrah yang telah lama tidak dibaca. Nota terakhir yang sempat ditulis dibaca sekali lagi. Timbul rasa malu pada Jay. Catatan itu yang menjadi bukti perasaan dan cintanya pada Imran buat pertama kali memandang wajah lelaki bermata biru itu.
Maafkan aku Jay. Aku tak sanggup melakukan dosa. Aku isteri Imran. Imranlah yang sepatutnya mendapat kasih sayang aku biarpun aku sendiri yang merana. Anis dakap nota usrahnya. Perasaannya terbuai-buai mendengar lagu nyanyian Opick dari corong radio.
Terasa panas pipi. Titisan jernih itu disapu perlahan. Andai itu jalan yang harus ditempuhinya, dia redha. Mungkin ada hikmah di sebalik semua itu. Komputer riba dibuka. Laman sosial terkenal itu dibuka lagi. Ada mesej dari Jay. Namun Anis tidak lagi teruja membaca. Mesej Jay dibiar tidak berbalas. Anis jenguk pula status Zara. Senyumannya mula terukir di bibir. Status Zara sentiasa ceria.
Hmmagaknya Imran ada Fb ke tak
Dia termenung di depan skrin. Tangan kanannya menongkat dagu. Tangan kiri diletak atas riba. Masih sakit dan terasa sengal.
Nama Imran mula digeledah. Mencari di ruangan search.
Hmm..yang mana satu ek Anis melangut lagi. Jemarinya menekan tetikus. Masih mencari profil Imran.
Agaknya yang ni kut.. Anis perhatikan betul-betul gambar yang terpapar di situ. Hanya ada sekeping saja gambar Imran.
Gambar semasa di alam universiti dulu. Dia mula meneroka profil Imran. Hanya kisah semasa saja yang dikongsi di situ. Tiada satu pun gambar perkahwinan mereka dimuatnaik ke situ. Malah tiada cerita tentang dirinya di situ.
Teragak-agak Anis klik pada butang Add Friend. Buatnya bukan Imran suaminya, macam mana Anis menggaru kepala.
Kalau tak add, aku tak tahu siapa dia.. Jari Anis mula klik pada ruang Add friend
Sekali lagi dia pandang ruangan inbox. Mesej dari Jay dibaca juga.
JS > Awak apa khabar Maafkan saya kerana selalu menganggu awak. Saya ingin kepastian dari awakmaksud saya pendapat awak.
Mawar Putih > Apa dia
JS > Saya nak berterus terang dengan gadis tu tapi masih ragu-ragu
Mawar Putih > Kenapa awak rasa ragu-ragu
JS > Kerana saya takut dia tak dapat terima kenyataan nanti
Mawar Putih > Saya tak faham..
JS > Kerana dia sebenarnya
Anis pandang pula mesej dari Imran. Mesej Jay tidak dijawab.
Imran > Maaf, awak siapa
Mawar Putih > Err..awak Imran Stephen kan
Imran> Ya saya. Kenapa
Anis masih ragu-ragu. Masih teragak-agak untuk bertanya lebih lanjut.
Mawar Putih > Awak..pengarah Stephen Holdings
Imran> Awak ni siapa Kenapa nak tahu sangat siapa saya
Mawar putih > Saya hanya nak sahkan saja. Maaf ganggu awak.
Imran>Tapi kenapa ya
Anis mula serba salah. Imran mendesak ingin tahu.
Mawar Putih > Sebab saya kenal siapa awak
Imran > Awak kenal saya
Mawar Putih > Ya..kalau tak salah saya, awak pernah belajar di UM dulu kan
Imran > Ya
Mawar Putih > Dan awak ada adik bernama Izara Elizabeth.
Imran > Macam mana awak tahu Who are you really
Mawar Putih > Kalau betul awak abang Izara, then apa yang saya nak sahkan sudah pun dapat.
Imran > Tak adil awak tahu siapa saya dan awak pula tidak perkenalkan diri awak sebenar.
Mawar Putih > Rasanya tak perlu.
Imran > Kenapa
Mawar Putih > Cukuplah awak kenal saya sebagai mawar putih.
Imran > Hmmthats odd!
Mawar Putih >Selamat berkenalan. Assalamualaikum
Anis segera tutup laman muka buku. Dia puas dapat mengenakan Imran. Mesej Jay juga tidak berjawab tadi. Biarlah. Dia perlu korek rahsia hati Imran. Anis senyum.
Hmm.jadi memang sah tu fb dia. Anis senyum lagi. Dia bingkas bangun dari kerusi. Tekaknya terasa haus.
Perlahan Anis mengatur langkah. Tombol pintu dipulas perlahan. Langkahnya sengaja dijinjit. Sebelum melangkah turun, sempat dia menjeling bilik Imran. Senyum. Anis menapak ke dapur. Sebiji mug dicapai dari atas rak gelas. Jus oren dari kotak besar satu liter dituang penuh ke dalam mug.
Hmmlega. Anis meneguk sehingga separuh gelas. Hilang rasa dahaganya.Mug dibawa ke ruang tamu. Jam di dinding sudah sebelas setengah malam. Dia merenung gambar pernikahannya dengan Imran yang dibingkai cantik di sudut kiri meja hiasan.
Rumah itu memang telah lengkap dengan segala-galanya. Ternyata perancangan Imran sangat teratur.
Awak tak tidur lagi
Anis tersedak. Dia cepat-cepat mendongak. Imran sedang menuruni anak tangga. Alamak! Aku dah la tak pakai tudung! Alas sofa segera ditarik. Berkerudung. Dia labuhkan lengan baju.
Tak luak rambut awak tu! Imran sengih.
Anis diam. Dia pandang sekitar ruang tamu. Suram. Hanya lampu di tepi dinding saja yang bernyala. Serba tak kena dibuatnya bila Imran duduk di sebelah. Rapat. Berlaga bahu.
Kenapa awak nak sangat sorok rambut awak Imran tarik alas sofa dari atas kepala Anis. Terkesima melihat rambut ikal mayang milik isterinya.
Err.. itu hak saya. Anis tergagap-gagap.
Hak Sejak bila awak pandai cakap soal hak
Saya juga ada hak. Hak sebagai hamba Allah. Hak sebagai isteri! Anis beranikan diri bersuara. Ops! Jarinya menutup mulut. Apa hal pulak aku cakap hak isteri ni
Oh, jadi awak nak hak awak Imran teguk jus oren dari mug Anis yang diletak atas meja sofa.
Anis pandang tingkah Imran yang selamba meneguk jus dari bekas minumannya. Soalan Imran tadi tidak berjawab.
Hak apa yang awak nak saya tunaikan Harta Kasih sayang Atau..nafkah batin Imran sengih nakal.
Anis diam. Dia jarakkan duduknya dari Imran. Imran semakin galak dekat dengannya. Sejengkal dia mengensot, dua jengkal Imran mendekatinya. Peluh dingin mula menempel di dahi.
Kenapa berpeluh Awak takut Imran sengaja letak tangannya di belakang bahu Anis.
Buat apa saya nak takut Kita kan ada perjanjian. Awak sendiri yang buat perjanjian tu. Jelas dalam perjanjian tu, kita buat hal masing-masing. Anis mengingatkan semula perjanjian yang termeterai antara mereka.
Tadi awak sendiri cakap hak seorang isteri. So, yang mana satu awak nak Imran mengulangi lagi soalannya.
Aduh! Aku dah terperangkap! Parah macam ni. Apa aku nak jawab ni
Err..err.. Anis masih memikirkan jawapan. Dia tidak berani memandang Imran yang merangkul erat bahunya. Sesekali dia terasa tangan Imran mengelus rambutnya.
Saya minta diri dulu. Esok nak kerja. Anis bingkas bangun tapi sempat ditarik Imran. Hampir jatuh ke atas riba Imran. Anis cepat-cepat berganjak.
Awak belum jawab soalan saya. Hak yang mana awak nak Ulang Imran lagi.
Saya hanya nak kasih sayang awak. Cepat saja Anis bangun dan terus berlari menaiki anak tangga.
Imran terpaku mendengar pengakuan Anis. Dia kemudian mengukir senyum.
PAGI lagi Anis sudah ke gerai makcik Senah. Pelawaan Imran untuk sama-sama ke tempat kerja ditolak dengan baik. Dia perlu utamakan perniagaan somtamnya. Itulah sumber pendapatannya seandainya berlaku apa-apa dalam rumah tangganya nanti.
Kau dah tengok foto tu
Anis menoleh. Natasha Dia kemudian mengalih pandangan ke arah kanan jalan. Perhentian bas di dalam kawasan kampus itu masih lengang. Kebanyakan pelajar menggunakan motosikal ke kuliah.
Hey! Pekak ke apa Aku tanya, dah tengok ke foto tu Tengking Natasha kuat.
Foto apa yang awak maksudkan ni Anis tidak mengerti. Bingung. Tiba-tiba dia ditengking. Gila ke apa minah ni Dahlah muncul entah dari mana! Jatuh dari langit kut!
Nih! Natasha lempar beberapa keping foto ke muka Anis.
Anis pandang sekilas foto yang jatuh terkena kakinya. Dia kutip salah satu foto tu. Gambar Imran dengan Natasha dalam keadaan memalukan.
Kenapa awak bagi foto ni kat saya Anis hulur foto itu kepada Natasha semula.
Kau tak reti bahasa ke Itukan suami kau. Dia sudah duakan kau tahu tak! Sebab kau tak dapat beri apa yang dia nak, dia rela hati datang cari aku. Kau faham apa maksud akukan Natasha senyum sinis.
Oh ya Jadi awak boleh bagi apa yang Imran mahu Anis pulang semula soalan kepada Natasha.
Of course! Natasha senyum bangga.
Dia juga pernah kata yang kau tak pandai layan dia. Kaku! tambah Natasha lagi.
Anis senyum. Kemudian dia ketawa mengekek sambil menggeleng. Natasha..Natasha.. dia tidak tahu apa yang aku lalui sebenarnya. Nampak sangat apa yang dikatakannya tadi hanya rekaan semata-mata. Obvious!
Kenapa kau ketawa Natasha pandang Anis dengan riak kurang senang.
Kesian pulak saya tengok awak ni. Macam pungguk gilakan bulan. Nak pegang pelangi tapi makin dikejar makin jauh. Anis bersuara mengejek. Walaupun jauh di lubuk hati, dia sebak sebenarnya. Sengaja dia berlakon agar tidak nampak ketara di mata Natasha, bekas kekasih Imran.
Sekurang-kurangnya dia masih cari aku. Dan untuk pengetahuan kau, dia nak bercerai dengan kau! Natasha pakai semula kaca mata hitamnya.
Bila dia cakap
Kenapa Takut Aku cabar kalau kau berani layan dia macam aku layan dia. Layanan aku jauh lebih baik dari kau! Bangga Natasha mengaku dosa yang dibuatnya.
Untuk pengetahuan kau juga, layanan aku lebih bermakna dari layanan kau. Layanan aku mendapat pengiktirafan sedangkan layanan kau hanya mendapat kutukan! Anis mula geram. Dia kutip semua foto yang dilempar Natasha tadi dan lempar semula ke muka gadis itu.
Just wait and see!! Natasha ketawa berdekah-dekah. Dia beredar dari situ.
Anis mengetap bibir semakin kuat. Dia jeling Natasha yang sudah hilang dari pandangan. Sungguh dia kini ibarat buku bertemu ruas.
BEG tangannya dihempas ke atas meja. Dia duduk sambil meraup muka. Tidak sangka dia akan berjumpa lagi bekas kekasih Imran. Fikirannya mula menerawang pada foto-foto yang ditunjukkan padanya tadi. Tidak mahu foto itu dijadikan fitnah, Anis mengutip semula foto itu dan masuk ke dalam beg tangannya. Tidak sanggup melihat aksi kedua pasangan itu. Aksi yang pernah dilihat semasa di hotel di Cameron Higlands dulu. Fuad pula sudah tidak jadi rakan niaga Imran lagi. Imran sendiri yang membuat keputusan.
Awak ke mana pagi-pagi lagi dah keluar Imran jenguk dari pintu biliknya.
Anis mendongak. Air mata yang keluar cepat-cepat disapu.
Err..saya ke kampus. Hantar somtam ke gerai makcik Senah. Anis cuba bersikap selamba.
Kenapa tak bagi tahu saya Kalau awak jatuh lagi, siapa yang susah Imran sedikit marah.
Maaf Anis tunduk.
Ni ada kerja sikit. Awak tolong drafkan surat ni. Saya nak petang ni. Imran letak sekeping nota yang ditulis dengan tulisan tangan.
Anis ambil nota yang dihulur Imran. Matanya masih merah. Sengaja dia tidak pandang ke mata Imran. Nanti banyak pulak soalan Imran.
Nanti masuk bilik saya kejap. Imran masuk ke biliknya semula.
Anis mengesat sisa air mata. Dia periksa satu persatu surat yang diambil di kaunter penyambut tetamu. Surat bersampul coklat ditatap seketika. Di sebelah atas surat itu jelas tertera Urusan Seri Paduka Baginda. Laju saja tangannya membuka surat sebesar kertas A4 itu. Satu persatu ayat di dalam surat itu dibaca.
Alhamdulillah Anis kucup surat itu berkali-kali.
Anis simpan semula surat itu di dalam laci meja. Terubat sedikit rasa sedih yang menghuni hatinya saat ini.
Ibu kesayangannya segera dihubungi. Segala-galanya dikongsi bersama. Terasa cita-citanya semakin hampir. Berkali-kali Anis mengucap syukur.
Dia segera ke bilik Imran.
MASUK!
Anis buka pintu. Imran leka mengadap komputer. Dia menapak ke tempat meja pengarah muda itu.
Ada apa tuan panggil saya
Duduk dulu. Imran bersuara. Dia masih mengadap komputer.
Anis melabuhkan punggung di kerusi di depan meja Imran. Pen dan nota kecil sudah siap di tangan. Menunggu arahan dari Imran.
Hmmawak menangis ke tadi
Anis tersentak. Rupanya Imran perasan dia mengesat air mata tadi. Dia ni mata helang ke apa Tajam!
Tak adalah. Mata saya masuk habuk tadi. Anis cuba menafikan.
Tak payah nak bagi alasan lapuk tu. Kenapa awak menangis Ada masalah Imran sandarkan tubuhnya di kerusi.
Tak ada.. Anis tunduk.
Awak marahkan saya pasal malam tadi
Err..tak ada sebab saya nak marah.
Habis tu, kenapa awak menangis Tak ada orang menangis tanpa sebab. Imran seperti tidak puas hati dengan jawapan Anis. Anis macam sembunyikan sesuatu darinya.
Kalau tak ada apa-apa yang saya kena buat, saya nak minta diri dulu. Anis mula bangun.
Duduk dulu. Saya belum habis cakap lagi. Saya tahu awak ada masalah. Kalau awak tak nak cerita sekarang, malam ni pun boleh. Imran mencari reaksi Anis yang masih tunduk.
Err..saya minta diri. Sekali lagi Anis ulang.
Awak kenal siapa Mawar Putih
Anis tersentap mendengar pertanyaan Imran. Gulp! Dia menelan liur berkali-kali. Terbeliak memandang Imran yang masih merenungnya dari tadi.
Kenapa awak terkejut Soal Imran lagi.
Err..kenapa tuan tanya pasal tu Siapa Mawar Putih Anis mula gagap. Pura-pura tidak kenal.
Dia kata dia kenal Izara. Bermakna dia juga kenal awak. Awak kenal dia Imran sengaja bertanya.
Err..entah. Saya pun tak kenal siapa dia. Nama dia Mawar Putih ke Anis cuba berlagak selamba.
Tu nama dia dalam facebook. Awak kenal dia Imran sekali lagi mengulangi soalannya.
Tak kenal. Anis menjawab dengan yakin.
Hmm..pelik. Saya check dalam facebook Zara, Mawar Putih tu kawan Zara. Macam kawan rapat Imran cuba mencari jawapan dari Anis.
Kalau dia kawan Zara, tuan sepatutnya tanya Zara, bukan saya. Anis semakin gelisah. Bimbang Imran tahu siapa Mawar Putih sebenarnya.
Hmm..okey. Imran kembali menyambung kerja.
Saya boleh pergi sekarang Anis bertanya lagi.
Imran angguk. Dia mengekori Anis pergi dengan mata tajam memerhati. Senyum terukir di bibir.