LAMA Arissa menunggu bicara dari Nelissa. Wajah sugul Nelissa ketara. Dia biarkan saja Nelissa melayan perasaannya sendiri.
Mungkin ingin mencari ketenangan sebentar dengan cuaca redup di pagi hari di Tasik Titiwangsa itu. Tadi selepas Nelissa mengambilnya di rumah, Nelissa memandu pula ke tasik ini.
Arissa...kau mesti tolong aku. Aku dah buntu ni.. Nelissa mula berbicara.
Tolong apa Arissa masih memandang Nelissa yang melepaskan pandangannya jauh ke tengah tasik.
Aku nak nikah dengan Zarul secepat mungkin.. Nelissa tunduk. Ada titis jernih di pipi.
Baguslah..aku sokong kau Nely.Arissa senyum.
Aku nak nikah lari! Kau kena tolong aku. Nelissa berpaling ke kiri. Arissa dipandang penuh mengharap.
Arissa menelan liur. Memang parah! Lama dia berfikir. Entah apa akan jadi nanti bila Nelissa nikah lari. Memang sah akan terpampang di muka akhbar, anak gadis Tan Sri Johari Nasir kahwin lari!
Arissa..tolong aku..aku dah buntu ni. Nelissa pegang tangan Arissa.
Tapi kenapa tiba-tiba macam ni Kan Zarul dah janji nak nikah dengan kau. Sabarlah sikit. Zarul kan sedang cari jalan untuk ambil hati papa kau...mungkin.. Arissa menelan liur.
Aku dah tak ada masa. Hujung tahun ni..bermakna tiga bulan dari sekarang, aku kena nikah dengan Sharif! Nelissa kembali memandang ke tengah tasik.
Apa Sharif Arissa terbeliak.
Arissa..please, kau kena tolong aku. Aku tak nak nikah dengan lelaki miang tu! Nelissa tunduk sambil menekup muka.
Tapi...macam mana kau tahu kau kena nikah dengan Sharif
Malam tadi..papa aku beritahu. Dia dah berpakat dengan Datuk Mustafa. Air mata masih menitis. Buntu!
Nely...kau sabar dulu okey. Kalau nak selesaikan sekarang ni memang aku pun buntu. Nanti aku fikir macam mana nak buat. Err..kau ada contact number Zarul Arissa mula serba salah. Turut buntu!
Nelissa geleng.
Eh! Kau biar betul! Takkan kau tak ada nombor telefon Zarul. Dia kan kekasih kau! Arissa berkerut kening.
Aku dah buang semua yang berkaitan dengan Zarul selepas dia merogol aku dulu masa di kampus. Nelissa mengesat air mata.
Aduh...habis tu macam mana nak hubungi Zarul Arissa mula gelisah.
Entahlah Arissa...aku dah buntu ni.. Nelissa menekup muka lagi sekali.
Senyap seketika. Masing-masing diam membisu. Serabut dengan situasi yang tidak pernah dijangka. Arissa pandang Nelissa. Dia faham dengan perasaan Nelissa sekarang ini. Sama dengan dirinya yang juga tidak ingin bernikah dengan Daniel.
Habis tu..kalau kita tak dapat hubungi Zarul..apa kau nak buat Arissa mula bersuara setelah dari tadi diam membisu.
Aku akan berterus terang dengan papa... Nelissa menoleh ke arah Arissa seketika. Matanya beralih kembali ke arah tasik.
Berterus terang Tentang apa Arissa berkerut kening. Nelissa dipandang tak berkelip.
Yang aku telah dirogol. Biar papa aku tahu dan Sharif juga tahu. Mungkin dengan cara tu, papa aku akan rasa malu. So, pernikahan ni tidak jadi. Nelissa menutur lemah.
Kau dah hilang akal ke Papa kau akan cari siapa yang rogol kau. Teruk Zarul dikerjakan nanti! Kau nak Zarul tu mati Arissa meninggikan suara. Dia tahu Tan Sri Johari boleh buat apa saja.
Habis tu You tell me! What am I suppose to do Nelissa menangis lagi. Serabut! Kusut!
Macam nilah...nanti aku minta tolong abang aku cari Zarul. Kau jangan bimbang. Bila dah jumpa Zarul, kita fikirkan sama-sama jalan penyelesaiannya nanti. Dah...minta petunjuk dari Allah. Munajat
padaNya moga kita diberi jalan yang terbaik. Arissa peluk Nelissa yang sudah teresak-esak.
Arissa turut sebak dengan apa yang berlaku. Kalau aku jadi Nelissa pun, aku tak akan bernikah dengan Sharif kaki perempuan tu! Dari riak muka pun dah dapat agak lelaki tu suka hidup berfoya-foya. Ah! Semua lelaki sama!
Sekarang ni, aku hantar kau balik rumah. Kau rehatlah dulu. Jangan fikir sangat. Aku akan tolong kau. Arissa pujuk Nelissa.
Arissa...boleh tak aku tidur rumah kau malam ni Nelissa mengesat air mata.
Papa kau tak marah ke
Kalau aku kat rumah tu, lagi berserabut otak aku ni. Boleh la.. Nelissa merayu.
Arissa angguk.
Mereka berdua mula bangun dan menapak ke tempat letak kereta.
DI RUANG TAMU, Nelissa termenung sendiri. Tadi usai solat Asar, Arissa mengajaknya membaca al Mathurat. Terkial-kial dia membaca doa serta zikir dalam al Mathurat. Tak sangka Arissa semakin rajin beribadat.
Hmm...rasa tenang aku kat sini. Nyaman...tak serabut.. Nelissa pandang sekitar rumah. Ayat-ayat Allah digantung di dinding. Bunga ros putih segar ada diletakkan dalam beberapa pasu bunga kecil di setiap sudut rumah. Walaupun ruang agak terbatas tapi tetap menarik cara susunan perabot dan tatarias.
Kau lapar tak
Nelissa mendongak. Arissa sudah tercegat di depannya.
Lamanya kau masuk bilik air Berak batu ke Nelissa buat lawak.
Arissa sengih. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nelissa.
Mak kau mana Nelissa jenguk ke arah bilik.
Dia ada...sedang membaca quran.. Arissa senyum.
Kau lapar tak Arissa ulang lagi soalannya tadi.
Mestilah lapar! Nelissa sengih sambil menggosok perutnya.
Kalau macam tu, meh! Arissa tarik tangan Nelissa ke dapur.
Kau nak masak apa ni Nelissa berdiri di tepi meja makan. Memerhati Arissa yang mengeluarkan ayam dari peti sejuk.
Aku nak masak ayam percik. Kau sukakan Arissa sengih.
Weh! Sedap tu! Nelissa sudah teruja.
Tapi kau kena tolong aku! Tolong kupas bawang putih lima ulas dan halia sikit. Lepas tu kau kisar bawang dan halia tu. Aku nak kau perap ayam dengan bahan tu. Jangan lupa bubuh garam sekali. Jangan banyak sangat garam tu, nanti darah tinggi pulak! Arissa mula beri arahan. Sengih.
Boleh je.. Nelissa mula ambil bawang putih dan halia di dalam bekas di atas kabinet dapur.
Beb...kau baca al Mathurat tu sejak bila Nelissa mula tanya mengenai bacaan Al Mathurat tadi. Tangannya mula mengupas bawang.
Sejak Ustazah Waddah ajar aku. Sebenarnya semua tu adalah untuk bekalan kita di akhirat nanti. Selain perkara wajib, kita kena juga amalkan perkara sunat bagi menampung yang wajib. Arissa pandang Nelissa yang mula berminat.
Hmm...apa keistimewaan baca al Mathurat Nelissa berpaling ke arah Arissa yang sibuk menyediakan bahan untuk kuah percik.
Al Mathurat tu banyak kelebihannya. Ada dua jenis al mathurat ni sebenarnya, kubra dan sughra. Maknanya yang besar dan yang kecil. Macam kita baca tadi tu adalah kubra sebab semua wirid, doa dan zikir semua ada serta surah yassin. Wirid dan doa dalam al Mathurat tu selalu diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ianya adalah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan. Zikir dan wirid yang dibaca pada waktu pagi dan petang boleh membuatkan hati kita terjaga dan sentiasa mengingati Allah. Rumah dan keluarga
terselamat dari sebarang gangguan. Allah beri kemudahan untuk menyelesaikan segala hutang dan Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. Banyak lagi sebenarnya... Arissa jeling Nelissa yang sudah siap menggaul ayam dengan bahan perap tadi.
Gangguan syaitan Nelissa masih memandang Arissa yang mula letak kuali atas dapur.
Ya sebab dalam al Mathurat tu kita baca juga ayat Qursi. Arissa tuang santan ke dalam kuali.
Oh...jadi kalau kita amalkan, kita terhindar dari gangguan syaitan dan Allah bagi kemudahan untuk kita dalam menempuh ujian, macam tu Nelissa berkerut kening.
Nely...apa jua ayat Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w, semuanya adalah untuk permudahkan umat Islam dalam menuju ke arah kebaikan dan mendapat redha Allah. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa Arissa senyum. Dia menapak ke arah Nelissa yang berdiri di tepi singki.
Dah siap perap
Nelissa angguk.
Sekarang ni..step kedua, kau kena rebus ayam tu.. Arissa lihat ayam yang telah diperap.
Berapa lama nak rebus
Sekejap je. Sepuluh minit ke lima belas minit. Biar isi ayam tu resap semua bahan perap tadi. Sebab lepas tu ayam tu kena panggang pulak.
Nelissa anguk-angguk.
Arissa pula mula memasak bahan untuk kuah percik.
Hmm...sedapnya bau. Arissa masak apa Fatimah muncul di muka pintu dapur.
Serentak Nelissa dan Arissa menoleh.
Ayam percik omma.. Arissa melemparkan senyuman manis.
Masak banyak tak Fatimah menghampiri Nelissa yang sedang menunggu ayam yang direbus masak.
Sikit je makcik. Sebelah ayam je ni. Nelissa turut melihat ayam dalam periuk.
Tak cukup tu. Nanti makcik tambah lagi. Bergegas Fatimah menapak ke arah peti sejuk dan mengambil seekor lagi ayam yang telah dipotong kecil.
Err..omma, larat ke nak makan Arissa garu kepala.
Habis...masak je. Kuah percik tu lebihkan lagi. Biar banyak tak apa..
Arissa dan Nelissa saling berpandangan.
Lincah Fatimah menyediakan bahan untuk memasak ayam percik.
Arissa hanya memerhati ibunya menyediakan pula kuih tradisional Korea, kuih beras dengan inti kacang merah.
Omma...banyak ni. Kita bertiga je nak makan malam nanti. Arissa menelan liur melihat lauk dan kuih yang sudah siap dimasak.
Fatimah hanya tersenyum lebar.
Nanti Arissa dan Nelissa tolong omma buatkan puding karamel. Lepas siap tu, kita jemaah sekali maghrib nanti. Fatimah mula mengemas meja. Dia jeling jam. Sudah hampir maghrib.
Omma...nak buat puding karamel buat apa Kan kuih tu dah ada..Arissa semakin bingung. Dia pandang Nelissa yang turut pelik.
Beb..kau larat ke nak makan semua ni Arissa pandang Nelissa.
Kau ingat aku ni tong sampah ke Boleh masuk semua benda Nelissa sengih.
Arissa ketawa mengekek.
Mereka berdua mula menyediakan puding karamel. Nelissa hanya menolong mana yang patut. Dia bukan tahu sangat soal masak memasak ni.
KAIN telekung dilipat dan diletakkan di atas katil. Usai solat maghrib berjemaah tadi, Arissa masih melangut dalam bilik. Nelissa pula ke bilik air.
Arissa menapak ke almari pakaian. Dia capai baju tidur lengan pendek dan legging yang lembut. Itulah baju tidur yang selalu dipakai dulu semasa di kampus. Baju tidur itu disarungkan ke tubuhnya. Rambutnya disikat rapi. Dibiarkan mengurai.
Wow! Seksinya kau!
Arissa menoleh. Nelissa sudah tersengih di muka pintu bilik air.
Ala..seksi kat rumah je. Kat luar aku tak pakai macam ni beb! Arissa turut sengih.
Hmm..kau ni seksi juga rupanya ya. Body kau ni slim macam JLo! Nelissa mengusik.
Banyaklah kau punya JLo! Arissa masih mengirai-irai rambutnya. Dia jeling Nelissa yang memakai baju tidur satin warna buah peach paras lutut. Di bahagian lengan dan hujung seluar siap ada ropol. Cukup seksi dan menarik!
Aku dah lapar la. Bila nak makan ni Nelissa mula pegang perutnya.
Jom! Arissa ajak Nelissa ke dapur.
Mereka mula menghidang lauk yang dimasak tadi.
Hish! Kenapa pakai macam ni Fatimah muncul di muka pintu dapur.
Arissa menoleh.Kenapa omma Tak boleh ke
Haah makcik, seksi sangat ke Nelissa turut menyampuk.
Seksi tu memang la seksi tapi omma nak korang tukar baju sekarang. Tak senonoh pakai macam tu.
Sekejap lagi ada tetamu. Fatimah tarik tangan kedua gadis itu dan menolak tubuh mereka ke bilik semula.
Err..tetamu Siapa yang nak datang omma Arissa pandang ibunya yang sudah siap berbaju kurung dan tudung. Hmm..ni mesti ada lelaki bukan mahram yang nak datang.
Dah! Jangan banyak tanya. Tukar cepat.
Fatimah menapak ke dapur.
Arissa, siapa yang nak datang Nelissa cuit lengan Arissa yang mula menyarungkan jubah. Malas dia nak pakai baju kurung.
Entah..selalunya omma akan jemput abang Zaki tapi kalau abang Zaki je, takkan omma aku pakai tudung pulak. Arissa turut bingung. Dia capai pula shawl dari dalam almari.
Kau ni nak pakai macam tu aje ke Arissa pandang Nelissa yang masih pakai baju tidur tadi.
Aku mana ada baju kurung ke, jubah ke.. Nelissa garu kepala.
Nah! Kau pakai baju kurung aku ni. Saiz kita lebih kurang je. Arissa hulur sepasang baju kurung warna biru kepada Nelissa.
Nelissa mula menyarungkan baju kurung biru yang diberi Arissa tadi.
Haah la! Ngam-ngam! Nelissa pusing-pusingkan badannya melihat di cermin besar.
Aku perasan...kita ni macam adik beradik. Tarikh lahir dah dekat. Aku muda dua minggu je dari kau. Nelissa masih pandang imej dirinya di dalam cermin.
Ya la...cuba kau tengok muka kau dan aku. Kembar siam la! Arissa bergurau.
Nelissa tepuk bahu Arissa. Banyaklah kau punya kembar siam!
Mereka berdua mula menapak ke ruang dapur.
FATIMAH tersenyum lebar melihat kedua anak gadis itu sudah sopan berpakaian.
Ha..macam nilah omma nak tengok. Dah, tolong omma hidangkan lauk ni semua. Fatimah mula sibuk mencapai pinggan dan gelas.
Omma..siapa sebenarnya nak datang ni Arissa masih tak puas hati. Dari tadi ibunya tidak menjawab soalan yang mudah tu.
Ha! Itupun mereka dah sampai! Fatimah meluru ke muka pintu utama. Bunyi loceng jelas di telinganya. Tetamu dijemput masuk.
Arissa dan Nelissa saling berpandangan.
Arissa!Laung Fatimah dari ruang tamu.
Weh! Mak kau panggil tu! Nelissa cuit lengan Arissa.
Arissa menapak malas ke ruang tamu. Dia menelan liur berkali-kali. Kaku di situ.
Apa khabar Arissa Ustazah Waddah senyum.
Ba..baik.. Arissa masih terpacak di situ. Bukan Ustazah Waddah, Ustaz Hakimi atau abang Zaki yang membuatkannya terpaku. Kehadiran dua lelaki yang cukup meluat di matanya!
Arissa, siapa yang datang Nelissa pula menjenguk ruang tamu.
HahNelissa menelan liur. Turut terpaku.
Zarul menoleh. Nelissa Dia bingkas bangun dari sofa. Matanya menala pula pada Arissa yang sudah berubah penampilan. Daniel di sebelahnya juga turut terdiam. Jadi inilah Nelissa Anak gadis Tan Sri Johari Nasir!
Zaki yang berada di sebelah Daniel hanya tersenyum.
Kita makan dulu. Lepas ni baru borak. Fatimah jemput semua tetamu menikmati juadah makan malam.
ARISSA tunduk membisu. Sekali sekala dia mendongak bila Ustazah Waddah bertanya itu ini padanya. Nelissa pula dari tadi tidak lepas memandang Zarul.
Nely..kau ni kenapa Arissa cuit lengan Nelissa.
Aku rindu la kat dia.. Nelissa berbisik. Matanya menala pada Zarul.
Makanlah wei...rindu-rindu pulak.. Arissa hulur pinggan ayam percik kepada Nelissa.
Makanlah! Jangan segan-segan. Ayam percik ni mereka berdua ni yang masak. Puding ni pun mereka yang masak. Bangga Fatimah beritahu tetamu.
Hmm..patutlah sedap. Kalau ada lebih nak juga abang bawa balik nanti. Zaki pula mencelah. Laju dia menghabiskan nasi dengan lauk ayam percik.
Arissa senyum hambar. Dia mendongak. Tenungan Daniel sudah menusuk ke jantung. Ish...apahal mamat ni Suap nasi pun tak masuk mulut! Dia terus pandang ke arah lain.
Masing-masing asyik menikmati hidangan makan malam.
DI RUANG TAMU, semua tetamu mula berbual mesra di sofa. Arissa dan Nelissa masih di dapur mengemas mana yang patut. Ustazah Waddah turut menolong.
Mereka bertiga mula melangkah ke ruang tamu membawa puding karamel dan juga kopi panas.
Arissa dan Nelissa melabuhkan punggung sebelah Fatimah. Ustazah Waddah duduk di sebelah suaminya. Haikal, anak lelakinya masih di riba Ustaz Hakimi.
Jemputlah makan puding tu. Fatimah senyum. Matanya melirik pada Arissa dan Nelissa yang mula tunduk.
Daniel masih memandang pada Arissa yang mengenakan jubah ungu gelap dan tudung bercorak bunga. Terpegun.
Arissa mendongak. Matanya bertembung dengan mata Daniel. Huh! Gila ke apa mamat ni! Asyik tenung aku dari tadi. Arissa alihkan matanya ke arah lain.
Zarul pula merenung Nelissa yang manis berbaju kurung biru. Hilang rasa rindunya selama ini.
Arissa...macam mana Adam tu ada kat sini Nelissa bisik ke telinga Arissa.
Arissa senyum. Nampaknya Nelissa masih tidak tahu nama sebenar lelaki itu.
Apa hal kau senyum pulak ni Sekali lagi Nelissa bisik.
Dia bukan Adam.
Hah Kuat suara Nelissa kali ini.
Semua yang ada di situ mula memandang ke arah Nelissa yang mula menekup mulut.
Makcik, kami sebenarnya datang sini sekali lagi bawa hajat. Kali ini kami harap Arissa sudi terima. Ustazah Waddah mula bersuara.
Arissa cepat-cepat mendongak. Hajat Matanya menala pada ibunya dan beralih pula ke arah Daniel. Dia menjeling tajam.
Ya makcik. Saya mewakili Daniel sebagai orang tengah untuk menyampaikan hajatnya melamar Arissa. Ustaz Hakimi pula menyambung.
Kami terima. Fatimah tersenyum lebar.
Omma!! Arissa terbeliak. Dia pandang ibunya yang sudah menerima lamaran Daniel.
Fatimah beri isyarat pada Arissa. Paha Arissa dicubit lembut.
Beb..siapa Daniel Nelissa pula yang bingung.
Arissa muncung. Dia tunduk. Matanya mula bergenang tapi terpaksa ditahan dari terus jatuh ke pipi. Terlupa yang dia sudah bersetuju dulu bila ibunya mula mengugut untuk tidak kembali lagi ke Malaysia jika dia tidak menerima lamaran Daniel.
Weh..siapa Daniel Nelissa makin bingung. Lengan Arissa dicuit beberapa kali.
Tu! Arissa muncungkan mulutnya ke arah Daniel.
Jadi..nama dia Daniel Nelissa melopong. Dia menelan liur.
Arissa bingkas bangun. Dia minta diri untuk ke bilik. Nelissa pula membuntuti Arissa.
Maaf..dia malu agaknya.. Fatimah senyum kelat. Dia jeling Arissa yang sudah lesap masuk ke dalam bilik.
Daniel faham dengan sikap Arissa. Tentu Arissa masih tak boleh terimanya. Tapi mengapa makcik Fatimah setuju
Err..makcik..kalau Arissa tak suka, tak apalah. Saya tak akan paksa dia. Akhirnya Daniel bersuara.
Zarul turut tergamam. Semalam, Daniel sudah cerita semua padanya tetapi tidak hal melamar Arissa! Dan tadi, Daniel mengajaknya ke sini. Tak sangka Daniel juga kenal Arissa selama ini.
Tidak. Makcik sudah buat keputusan. Lamaran Daniel makcik terima. Arissa harus terima ketentuan Allah. Dia harus terima semua ni. Semua ni pun untuk dia juga. Cuma makcik harap, Daniel tidak sia-siakan hidup Arissa. Selama ini makcik telah sia-siakan hidup Arissa. Jauh dari Arissa. Fatimah mula sebak. Dia perlu bertegas. Arissa kena nikah dengan Daniel setelah apa yang berlaku.
Daniel tunduk.
Omma...bos saya ni cintakan Arissa sepenuh hati. InsyaAllah, Arissa akan bahagia dengannya nanti. Zaki mencelah.
Alhamdulillah. Nampaknya semuanya sudah terjawab. Jadi, insyaAllah dua minggu lagi kami datang secara rasmi meminang Arissa. Ustaz Hakimi mula senyum.
Zarul pandang Daniel tidak berkelip. Sejak bila Daniel jatuh cinta dengan Arissa Aduh! Bingung!
Setelah berbincang agak lama, mereka semua mula minta diri.
ARISSA sembam mukanya ke bantal. Dia menangis tersedu-sedu. Nelissa pula mula serba salah.
Arissa...janganlah macam ni.. Nelissa sentuh lembut belakang Arissa.
Cuba kau cerita kat aku..aku masih bingung ni. Macam mana Adam tu..err...Daniel tu boleh melamar kau Nelissa masih pujuk Arissa.
Arissa bangun perlahan dan duduk di birai katil sebelah Nelissa. Air mata yang ditahan sejak tadi jatuh juga ke pipi.
Nely...aku tak nak...Arissa pegang tangan Nelissa. Dia tatap mata Nelissa, mengharap pengertian gadis itu.
Tapi kenapa Dan bukan ke dia tu bukan Islam Nelissa semakin bingung.
Arissa tunduk. Tak sangka kedatangan tetamu yang tak disangka itu menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan Nelissa. Kisah yang disimpan kemas selama ini, mungkinkah dia akan luahkan pada Nelissa
Dia...dia dah masuk Islam..
Apa Nelissa bulat mata.
Arissa angguk.
Jadi dia masuk Islam sebab nak melamar kau Nelissa makin tak faham.
Arissa angguk lagi.
Kan aku dah cakap dari dulu lagi. Lelaki tu ada hati kat kau! Tengok! Dia sanggup masuk Islam sebab nak nikah dengan kau! Nelissa rangkul bahu Arissa. Senyum.
Tapi...macam mana dia kenal abang kau Zarul tu, macam mana mereka tu boleh berkawan Nelissa sekali lagi pening.
Abang Zaki tu..pekerja Daniel di Seoul. Rupanya selama ini abang Zaki tinggal bersama ibu aku. Sebenarnya Daniel sudah lama tahu kat mana ibu aku berada di Korea tu. Dia yang temukan aku dengan ibu aku. Pasal Zarul pula, aku tak tahu macam mana dia ada bersama Daniel tadi. Arissa masih tunduk.
Masing-masing diam melayan perasaan. Arissa bingung dengan lamaran Daniel. Nelissa pula bingung dengan kehadiran Zarul dan siapa Daniel sebenarnya.
Boleh omma masuk
Serentak Arissa dan Nelissa menoleh. Ibu Arissa sudah tersenyum di muka pintu bilik. Dia menapak perlahan ke arah kedua gadis itu.
Arissa...maafkan omma. Omma terpaksa buat macam tu. Terimalah Daniel sayang. Fatimah pujuk lagi Arissa.
Sampai hati omma.. Arissa mengesat air mata.
Ini untuk kebaikan Arissa juga.
Ya la..kau terima jelah dia tu Arissa. Aku tengok dia tu bukan saja kacak dan kaya tapi yang paling ketara, dia sanggup memeluk Islam dan sudah berubah, beruntung kau dapat orang macam tu. Nelissa memuji Daniel.
Arissa jeling Nelissa. Beruntung apa ke bendanya! Kau tak tahu apa-apa Nelissa! Aku benci Daniel tahu tak! Benci!
Dah, kita solat dulu sebelum tidur. Belum solat Isyak lagi kan Fatimah mula menapak keluar dari bilik.
Nelissa dan Arissa mula mengambil wudhuk.
Malam itu, Arissa tidak dapat melelapkan mata. Lamaran Daniel tadi nyata tidak boleh ditolak. Ibu awal-awal lagi sudah bersetuju. Dia jeling Nelissa di sebelah, mengiring ke kiri membelakanginya. Tidur dah ke minah ni
Nelissa masih terkebil-kebil. Sukar mengulit mata. Wajah Zarul terbayang-bayang di ruang mata. Rindunya pada lelaki itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rantai dilehernya ditatap lagi. Zarul...please marry me...