Complete Me - 47
Bab 47

HENYAKKAN punggung Afiqa di sebelah

Airish, mengejutkan lelaki itu. Afiqa hanya mempamerkan wajah yang bersahaja. Di tangannya terdapat bekas yang berisi air suam dan sehelai kain putih. Airish di sebelah hanya menjeling. Mulutnya bagaikan terkunci mahu menyeru nama isterinya itu. Selepas insiden petang tadi, dia menjauhkan diri daripada Afiqa.

Kain putih tersebut dibasahkan Afiqa. Lelaki itu langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Afiqa mengeluh panjang. Marah lagikah Airish padanya Tangan Airish dicapai Afiqa. Airish memalingkan wajahnya menghadap Afiqa.

Afiqa mempamerkan senyuman manis. Airish tidak membalas sebaliknya mukanya dipalingkan semula menghadap ke hadapan.

Airish, pandanglah sini. Saya nak surutkan lebam awak tu. Dah bengkak tu, lembut Afiqa memujuk.

Airish akhirnya mengadap Afiqa. Afiqa tersenyum. Lebam di wajah suaminya dibelek. Kain di tangannya disuakan perlahan-lahan pada lebam tersebut. Airish mengaduh, menahan pedih. Afiqa menggigit bibirnya. Sakit sangatkah Atau sentuhannya agak kasar tadi

Sakit Afiqa bertanya dengan nada yang perlahan.

Airish mengangguk sedikit sebelum dia berdehem pula ingin menghilangkan rasa di hati.

Tahan sikit, ujar Afiqa sambil tangannya seakanakan berhati-hati dengan sentuhan keduanya.

Matanya tertancap kemas pada lebam di wajah Airish. Fokusnya diberikan 100 peratus di situ. Airish tergamam. Matanya sempat menjelajahi seluruh anggota cantik yang berada pada wajah sang gadis pujaan hatinya. Keningnya, matanya, hidungnya dan bibirnya.

Airish berhenti tepat pada seulas bibir Afiqa. Ada kesan merah di situ. Pasti akibat tamparan yang tidak disengajakannya tadi. Serta merta perasaan bersalah bermukim di hati. Terlalu kejamkah dia kepada Afiqa dan Rayhan Ah, perbuatan Rayhan itu jelas menyakitkan hati! Hatinya bagaikan disiat-siat apabila melihat ada lelaki lain yang memeluk isterinya. Amarahnya semakin marak apabila melihat Afiqa yang langsung tidak menolak pelukan itu.

Benarkah

Airish terdiam dengan telahan akalnya sendiri. Matanya memerhati setiap tingkah laku Afiqa. Setiap sentuhan gadis itu didahului dengan penuh kelembutan dan membuatnya terasa bagaikan dia diberi perhatian yang sepenuhnya oleh gadis itu. Afiqa tersenyum kecil apabila tuamannya memberi kesan pada lebam Airish. Lebam itu beransur surut. Pandangannya bertembung pada panahan mata Airish.

Afiqa menelan liurnya. Rasanya, baik dia pergi dahulu. Airish pasti perlukan ruang dan masa untuk berfikir dan mencari ketenangan. Lalu, bekas air suam tersebut berserta kainnya dibawa Afiqa ke dapur.

Airish yang melihat Afiqa ingin melangkah pergi, pantas bersuara.

Kau nak pergi mana

Afiqa berhenti melangkah.

Saya nak ke dapur.

Sebelum Airish sempat membalas Afiqa sudahpun melangkah pergi. Airish mengeluh kecil. Namun, keluhannya tidak lama apabila Afiqa muncul sekali lagi membawa Bandaid di tangannya. Tubuh gadis itu dihenyakkan di atas sofa, tepat di sisi Airish.

Airish berpaling menghadap Afiqa, menyoroti segala tingkah wanita itu. Bandaid tersebut diletakkan penuh hati-hati pada luka Airish. Airish terpaku di situ. Sekali lagi, dia tergamam dengan setiap sentuhan Afiqa.

Lama wajah Afiqa ditenung Airish tanpa Afiqa sendiri menyedarinya. Setelah siap kesemuanya, fokus Afiqa sudah lari dari wajah Airish, tetapi dia dikejutkan pula dengan renungan redup Airish itu. Pandangan mereka bersabung.

Awak rasa sakit sayu suara Afiqa memulakan persoalan dalam benak mindanya.

Airish sekadar menganggukkan kepalanya.

Mana yang paling sakit tanya Afiqa jujur.

Airish menunduk seketika. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum pandangan matanya diangkat kembali menghadap Afiqa.

Kat sini paling sakit..., Airish menjawab perlahan sambil palma tangannya menyentuh dadanya sendiri.

Dada awak sakit

Hati aku. Sakit tengok isteri sendiri dipeluk lelaki lain!

Bicara Airish tanpa memandang pada wajah Afiqa. Perkataan isteri aku itu ditekan. Afiqa memejamkan matanya.

Saya tak ada niat nak buat macam tu..., sebak bertandang di jiwa Afiqa. Emosinya kala ini agak sukar dikawal.

Kau masih sayangkan Rayhan

Afiqa memejamkan matanya. Hatinya berkecamuk dengan 1001 perasaan yang mengusik jiwa. Bahu Airish ditumbuk Afiqa beberapa kali. Setelah puas dilepaskan tumbukannya di situ, matanya kembali tertacap pada Airish.

Awak buta Kenapa awak tak boleh nampak perasaan saya

Matanya yang semakin berair ditahankan sedaya mungkin daripada menitis di pipi. Sebak di dada semakin menjadi-jadi.

Afiqa tidak betah lagi. Tidak mustahil dia akan menangis lagi di sini. Sekali lagi. Lalu, kakinya menapak perlahan ke arah anak tangga. Namun, kakinya tersekat apabila tubuhnya didakap erat dari belakang. Airish erat memeluk Afiqa dengan mukanya melekap pada pipi Afiqa. Matanya dipejamkan.

Maafkan aku. Aku cuma.

Kata-kata Airish tersekat di situ apabila Afiqa bertindak meleraikan pelukan Airish. Tubuhnya dipalingkan menghadap Airish. Mereka saling berpandangan.

Saya penat.

Afiqa melangkah pergi meninggalkan Airish sendirian di bawah. Setapak demi setapak anak tangga dipanjatnya bersama leraian air mata di pipi. Jarinya pantas menyeka air mata itu. Tetapi, air matanya tetap berdegil menitis tanpa henti. Afiqa mengetap bibirnya supaya tidak mengeluarkan sebarang esak tangis.

Airish memandang pemergian Afiqa. Wajahnya diraupkan sekuat hati. Lalu, Airish keluar ingin mengambil angin, menghirup udara yang tenang. Tetapi, malangnya hatinya tidak dapat ditenangkan.

Airish pantas masuk ke dalam. Pintu kamar diselak. Terserlah tubuh Afiqa yang berbaring mengiring bertentangan dengannya dengan diselimuti gebar yang tebal. Airish perlahan-lahan menapak menuju ke arah Afiqa. Tubuhnya turut sama naik ke atas katil. Belakang tubuh Afiqa ditenung sayu.

Kepalanya akhirnya turut berbaring sama mengiring menghadap belakang Afiqa. Hampa. Gadis itu langsung tidak tidur menghadapnya seperti selalu. Airish pantas bergerak, menggerakkan tubuh agar mendekati Afiqa. Lalu, pinggang gadis itu dipeluk. Kepalanya dilekapkan pada rambut isterinya. Rapat. Mencium rambut hitam pekat itu.

Maafkan aku, sepatah ayat itu dituturkan Airish.

Perlahan-lahan, matanya dipejamkan dengan pelukan yang semakin dieratkan. Bersama rasa kesal, Airish terlelap juga bersama pelukan pada tubuh sang isterinya.

MAMA...

Datin Fariza menunduk, menekur lantai kamar. Matanya tidak mampu memandang pada anaknya. Dia bimbang air matanya akan tumpah lagi. Bella di hujung

pintu mengetap bibir. Dia sudah mendengar semua pertelingkahan orang tuanya. Rasa sebaknya ditahan sedari tadi. Dia mengerti tentang penderitaan yang dialami mamanya. Sesungguhnya, jika dia sendiri di tempat mamanya, mungkin dia tidak setabah itu.

Bella mula bergerak ke arah mamanya sejurus pintu kamar itu ditutup. Tubuh tua mamanya didekati dengan pandangan penuh kasih sayang. Matanya yang berkaca-kaca, dilapkan terlebih dahulu agar sepihan kaca di matanya tidak terlihat. Lantas, Bella tunduk. Duduk bersimpuh di atas lantai. Tangannya melekap di atas ribaan mamanya. Datin Fariza mengangkat mukanya perlahan-lahan, memanah pandang pada mata anaknya.

Mata mereka saling berpandangan. Bibir Bella spontan terketar-ketar sendiri. Tangannya juga menggeletar, perlahan naik hinggap di wajah mamanya. Kedua-dua telapak tangannya diletakkan pada pipi Datin Fariza. Matanya yang baru sahaja diseka tadi kembali menjadi kepingan kaca seperti tadi. Datin Fariza tanpa tertahan-tahan akhirnya mengalir juga air matanya. Lemah dirinya sebaik sahaja terpandangkan anak-anaknya dan juga apabila mindanya memutarkan kembali kata-kata suaminya itu tadi.

Perempuan sial! Kau memang bawak malang, lahirkan anak-anak bodoh untuk aku! Menyesal aku setuju kahwin dengan kau dulu!

Alangkah bisanya kata-kata yang keluar daripada mulut seorang lelaki yang bernama suami.

Mama..., tenggelam timbul suara Bella menerombos masuk ke dalam halwa pendengaran Datin Fariza. Datin Fariza mengetap bibirnya sahaja sambil wajah anak daranya direnung sedalam-dalamnya.

Berhenti menangis, ma. Jangan macam ni. Kalau mama asyik menangis, nanti mama sakit.

Bella mengetap bibirnya bersama linangan air matanya yang mengalir di lekuk pipinya. Semakin sebak Datin Fariza mendengarnya. Semakin galak pula air matanya tak berkesudahan.

Tangan Bella mengusap halus wajah mamanya. Air mata yang menitis dihapuskan segera. Wajah mamanya sudah lecun dengan air mata. Runtun hati Bella melihatnya. Hatinya terusik bila melihat tangisan seorang ibu.

Sayang... mama rasa tak kuat lagi, luah Datin Fariza perlahan. Esakannya sudah mulai kedengaran. Sebak di hati Bella menjadi-jadi. Titisan air matanya diseka pantas.

Sudahlah, mama. Jangan macam ni, pujuk Bella perlahan.

Dia terasa bagaikan sudah tidak mampu memandang air mata mamanya mengalir di situ lagi. Dirinya tidak kuat untuk melihat mamanya dalam keadaan begini. Niat ingin memarahi papanya terbatal begitu sahaja kerana dia sebenarnya takut berhadapan dengan papanya. Hanya alongnya sahaja yang mampu berlawan cakap dengan papa.

Itu sebenarnya yang Bella kesalkan, kerana dia tidak mampu mempertahankan mamanya.

Mama mintak maaf, sayang. Mama tahu anakanak mama terseksa hidup dalam keadaan keluarga macam ni. Maafkan mama, sebab mama tak mampu nak pertahankan anak-anak mama di hadapan papa kamu, rintih Datin Fariza lagi.

Titisan demi titisan air mata Bella bertukar menjadi lebat pula. Ungkapan mamanya begitu menyentuh hatinya.

Bella tertunduk. Matanya dipejamkan rapat, merelakan setiap titisan air matanya berlalu di situ. Lalu, tangannya mengusap pipi Datin Fariza, sekaligus mengelap air mata mamanya. Kepalanya digeleng berulang kali sebelum dirinya turut bersuara.

Mama tak salah sebab ini semua takdir buat kita. Hakikatnya, mama dah cuba. Bella dan along tak pernah salahkan mama. Bukan salah mama kalaupun keluarga kita tak seperti keluarga yang lain.

Senyuman Bella diukirkan ikhlas buat mamanya.

Mama jangan pernah salahkan diri mama sendiri. Bella dan along bahagia, ma. Bahagia kerana kami dikurniakan seorang mama yang cukup sempurna buat kami bergantung harap.

Datin Fariza pantas memeluk Bella. Matanya terpejam, mengulang kembali kata-kata luhur daripada anaknya. Hatinya cukup tersentuh dengan sikap memahami anaknya.

Sejurus pelukan itu dileraikan. Senyuman Bella spontan terukir manis buat mamanya. Datin Fariza turut membalasnya juga.

Mama, seru Bella lembut.

Datin Fariza hanya memandang sahaja, memberikan ruang buat sang anak untuk meneruskan kata-kata.

Mama nak ikut Bella Kita pergi dari sini. Beri papa ruang dan waktu untuk fikirkan semua ni. Bella pasti papa menyesal.

Datin Fariza terdiam. Kata-kata Bella satu persatu dicerna akalnya. Dia terkejut mendengar cadangan itu, namun kepalanya tidaklah pula diangguk dan digeleng. Hanya statik di situ tanpa jawapan.