CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 47
MAK Wan cuba mengetuk pintu bilik Ika sekali lagi. Ini dah masuk waktu tengahari. Tak lapar ke anak perempuannya Ayah Wan turut susah hati. Dia bersama-sama Mak Wan tak henti memujuk, menyuruh Ika keluar tapi, Ika langsung tak nak keluar.

Ika, buka pintu, nak. Tak baik buat macam ni. Kalau ada masalah, Ika kena bincang dengan kami. Ayah Wan terus memujuk. Tapi, keadaannya masih sama. Senyap dan sunyi.

Ayah Wan mengeluh panjang. Pada Mak Wan dia mengalih tumpuan. Awak tak ada telefon Lan ke

Tadi saya nak telefon juga tapi, tak sempat. Dia yang telefon saya dulu.

Hah, apa dia kata Awak ada tanya dia apa-apa fasal hal ni

Dah tanya dah. Tapi, dia tak tahu apa-apa, bang. Dia pun hairan kenapa Ika tak ada kat rumah. Sekarang dia dalam perjalanan nak balik sini.

Dahi Ayah Wan berkerut-kerut. Pelik sungguh. Apa dah jadi pada Ika Sekali lagi dia berdiri rapat di muka pintu bilik. Bertalu-talu dia mengetuk.

Ika, tak baik buat macam ni, nak. Ika balik sini Idlan langsung tak tahu menahu. Kenapa Ika buat macam ni Ika tahu tak, Ika dah susahkan hati semua orang Ika dah susahkan hati suami, mak, ayah. Kami tak tahu apa yang berlaku. Ika tak nak cakap apa-apa. Ika nak ayah telefon abang Afi Jangan pula perkara ni sampai ke pengetahuan dia. Ayah Wan cuba mengumpan dengan menyebut nama Afi Lukman.

Sengaja nak bagi Ika dengar. Dia tahu, Ika risau sangat kalau abangnya dapat tahu kalau Idlan ada menyakiti hatinya.

Bang.... saya susah hatilah... Mak Wan menggoncang perlahan lengan suaminya.

Ayah Wan garu kepala. Kain pelikat yang diikat di kepala dikemaskan semula. Nak turun ke laut pun dia tak senang hati. Mungkin hari ni tak perlulah dia pergi menangkap ikan. Selagi punca masalah Ika tak diketahui, hatinya tak tenang nak mencari rezeki.

Untuk hari ni, biarlah dia duduk di rumah saja.

Assalamualaikum!

Waalaikumussalam... Mak Wan meluru ke pintu.

Hah, kamu Lan Cepatnya dah sampai. Mak Wan terjenguk-jenguk ke arah halaman rumah. Mana kereta kamu

Saya balik dengan kapal terbang. Ika mana Idlan terus masuk ke rumah tanpa sempat dipelawa Mak Wan. Maklum saja, hati sedang gundah. Mana sempat nak menunggu dijemput masuk. Lagipun, bukan rumah orang lain. Rumah mertuanya juga.

Idlan hulurkan tangan untuk bersalam dengan Ayah Wan. Apa khabar, ayah

Erm, khabar baik. Ni, tak payah sibuk nak tanya khabar kami. Lebih baik kamu sibukkan diri macam mana nak pujuk isteri kamu kat dalam tu.

Ayah Wan menggeleng sambil membetul kain pelikat yang dililit atas kepala. Kemudian dia beredar sambil mengajak isterinya sekali. Bukan marahkan menantu, tapi dia mahu berikan ruang pada Idlan untuk memujuk Ika seorang diri.

Idlan mengangguk lesu. Resah di jiwa tiada siapa yang tahu. Tak membuang masa, dia terus mengetuk pintu. Ika... abang balik ni. Buka pintu, sayang...

Ika yang berada di bilik, membuka matanya perlahan. Suara itu cuba diamati semula. Idlankah Lekas-lekas dia bangkit dari perbaringan dan duduk bersila. Air liur ditelan perlahan dan pahitnya terasa bagai menelan segelas hempedu. Luka di hati bermukim semula. Permintaan Dato Arshad kembali terngiang di telinga.

Buka pintu ni, sayang. Abang tahu Ika ada kat dalam. Kenapa Ika balik tak beritahu abang Apa yang buat Ika marah sangat pada abang Ika tahu tak abang susah hati Ika tak ada kat kondo Merata tempat abang cari Ika. Kalau ye pun abang ada buat salah, kenapa Ika diamkan diri Kalau tak nak bercakap dengan abang pun, tak nak WhatsApp ke atau tak nak call abang ke, sekurang-kurangnya Ika tulis nota untuk abang. Kenapa mesti Ika buat macam ni Ika tak sayang abang, ya

Ika pegang dada dengan kedua-dua tangan. Perasaan bersalah mula menyelinap masuk memenuhi ruang dada. Kata-kata Idlan yang panjang lebar, buatkan hatinya bagai disiat-siat semula.

Abang tak tahu apa salah abang. Terus-terang dengan abang sekarang. Tolong buka pintu ni dan bagi abang masuk. Please, sayang...

Ika menyapu bawah mata. Berkali-kali air matanya jatuh apabila mendengar suara Idlan yang bersungguhsungguh minta penjelasannya. Rayuan Idlan berkalikali, tak betah untuk buat tak peduli. Dia punya belas ihsan yang cukup tinggi. Lantas, langkah disusun lemah menuju ke pintu. Bersedia nak membukanya walau keadaan diri belum cukup sedia.

Wajah Idlan muncul sejurus dia menguak daun pintu. Tangan dihulur untuk bersalam dengan suami tercinta. Walau hati sedang galau, suami tetap suami untuk dia tunjuk rasa hormat. Tangan kanan Idlan dikucup perlahan sebelum melangkah menuju ke katil. Duduk dilabuh dalam keadaan serba salah.

Idlan menutup pintu. Untuk bercakap dari hati ke hati dengan Ika, dia perlukan ruang privasi yang cukup selesa. Di sebelah Ika dia mengambil tempat. Wajah si isteri yang kelihatan berduka, disentuh dan diusap perlahan.

Abang nak tahu, kenapa tiba-tiba Ika balik kampung.

Ika diam tak berkutik. Kesalahan dilakukan dengan meninggalkan rumah tanpa izin suami, memang dia tak nafikan.

Pertama sekali Ika nak minta maaf dengan abang. Ika tahu Ika salah sebab keluar rumah tanpa pengetahuan abang. Tapi, abang kena tahu, Ika lakukan ni semua adalah bersebab. Ika bukan suka-suka nak tinggalkan abang macam tu aje.

Ika cakap apa Nak tinggalkan abang Idlan kerutkan muka. Sungguh dia tak faham dengan penjelasan Ika.

Perlahan Ika mengangguk. Berat mulut nak menerangkan. Apakah dia perlu terus-terang atau cukup membiar persoalan Idlan tak dijawab Wajah dipaling ke arah lain. Buat masa ini, dia tak sanggup nak pandang wajah Idlan. Wajah naif yang tak mengerti kenapa dia bertindak meninggalkan rumah.

Maafkan Ika, abang. Ika terpaksa.

Idlan mengusap dahi. Kesabaran kian menghimpit dada untuk tangani situasi sulit depan mata.

Apa maksud Ika Tolong terus-terang. Jangan buat abang tertanya. Ika keluar dari kondo, dah cukup buat abang rasa susah hati. Ini kan pula, Ika cakap macam ni. Terpaksa apa

Ika ramas tangan. Suara Idlan bunyi terdesak nak tahu punca. Dia pula, tak tahu dari mana nak mula. Nafas ditarik dalam-dalam. Riak wajah bersahaja cuba ditojol walau dalamannya taklah begitu.

Ika terpaksa tinggalkan abang.

Satu jawapan yang meniti di bibir kedengarannya tak berasas dan tak bersebab. Dia harus kuat untuk beritahu perkara sebenar. Apakah jawapan itu mengundang rasa puas hati bagi pihak Idlan Sudah tentu jawapannya tidak.

Idlan makin resah. Duduknya serba tak kena. Jawapan Ika tak disusuli alasan munasabah. Dia masih tertanya-tanya dan berteka-teki.

Abang tak tahu kenapa Ika cakap macam tu. Apa sebab Ika terpaksa tinggalkan abang Apa tak cukup lagi kasih sayang abang bagi pada Ika selama abang jadi suami Beritahu abang, apa yang tak cukup Tempat tinggal abang dah sediakan. Barang kemas abang belikan. Apa lagi yang kurang, Ika Keras nada Idlan saat itu.

Entah ke mana sabarnya menghilang hingga sanggup luahkan perkara tak masuk akal. Dia dah maklum, Ika tak macam Irdiana. Tapi, oleh sebab keadaan yang mendesak, terhambur pertanyaan begitu depan Ika.

Pantas Ika menoleh ke arah Idlan. Sungguh terkesan dengan telahan Idlan. Takkan begitu mudah Idlan buat penilaian

Ika tak gilakan harta macam kak Irdiana. Ika bukan tamak kasih sayang dan perhatian dari abang. Ye, memang betul abang dah bagi semuanya. Tapi, tu tak bermakna apa-apa kalau dalam hati abang masih ada nama kak Irdiana.

Idlan tunduk dan menggeleng. Sungguh dia tak faham tiap patah perkataan yang meniti di bibir Ika.

Balik-balik itu yang Ika persoalkan. Kan abang dah jelaskan semuanya Abang pernah minta dengan Ika supaya beri abang masa untuk terus lupakan dia. Tapi, kenapa sekarang Ika ungkit Ika tak percaya pada kesetiaan abang Tak percaya pada cinta abang Laju Ika menggeleng.

Habis tu apa Kalau dah semuanya bukan, apa sebenarnya alasan yang Ika nak beri pada abang

Ika menitiskan air mata entah untuk kali yang ke berapa. Kali ini air matanya lebat mencurah dan jatuh di atas tangan sendiri. Betapa berat mulut nak berkatakata dan memberi alasan sebetulnya.

Cakaplah, Ika. Abang tak boleh kalau Ika terus membisu macam ni. Abang terdesak nak tahu.

Sekali lagi Ika menggeleng. Tak kuat nak jelaskan keadaan. Idlan meraup wajah berkali-kali. Sungguh, hilang sabarnya saat ini. Tak menunggu walau sesaat, dia terus berdiri. Kebisuan Ika buat kesabarannya makin tipis.

Kalau Ika tak nak cakap apa-apa, terpulanglah. Abang berikan masa untuk Ika tenangkan diri. Abang terpaksa bermalam kat rumah mak ayah abang kalau Ika berterusan dengan sikap begini.

Langkah dihayun menuju ke pintu. Sebelum dia menapak keluar, sempat dia menoleh dan melihat Ika menangis.