Lori untuk mengangkut tilam dan katil akan datang esok. Itu akan diuruskan oleh Hakimi dan Badrul.
Kotak tu biar abang angkat. Jangan angkat beratberat. Perempuan tak boleh angkat berat. Hakimi mengingatkan Arissa sebaik memarkirkan Toyota Harriernya.
Ya, baik tuan pengarah, usik Arissa.
Kecil besar kecil besar mata Hakimi memandang isterinya. Kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Kotak yang diletak di bahagian tempat duduk belakang diangkatnya. Langkahnya mendahului isteri yang sedang mengunci kereta.
Walid! tegur Hakimi sebaik masuk ke ruang tamu.
Kotak apa tu soal Encik Razali melihat Hakimi mengendong kotak menuju ke tangga sebaik anaknya itu masuk dan melalui ruang tamu.
Kotak barang-barang Cik Puan Arissa dari rumah sana. Hakimi menjuihkan mulutnya kepada isteri yang sedang mengunci pintu dan memasang alat penggera.
Encik Razali memandang menantunya.
Ooo... kata ke butik pengantin Dah pilih bajunya Encik Razali sengih. Teruja pula dia hendak tahu.
Dah... lepas ke butik, kami ke rumah sewa Arissa. Kemaskan apa yang patut. Khamis nanti Johan dah nak masuk. Esok sibuk nak angkut tilam pula, keluh Hakimi sendiri.
Banyak barang yang nak bawa balik ke sini soal Encik Razali.
Kotak ni... masakan dia nak cakap pasal tilam tu. Mahu digelak oleh Walidnya. Terfikir juga macam mana dia hendak beri alasan dengan lelaki itu kalau Encik Razali ternampak tilam itu nanti.
Barang-barang lain tak bawa balik ke sini
Arissa kata yang lain boleh pakai. Periuk, pinggan mangkuk semua, kalau dia orang nak masak, jelas Hakimi. Dia memandang Arissa yang menghampirinya. Encik Johan dah tengok rumahnya Belum lagi esok kut. Arissa pun tak pasti.
Encik Razali mengangguk.
Walid dah makan soal Arissa sengaja mengalih tajuk perbualan mereka. Dia tidak mahu lelaki itu bertanya lebih-lebih tentang rumah sewanya. Silapsilap terkeluar kisah tentang tilam pula.
Sudah. Tunggu si Bad potongkan jambu untuk Walid.
Encik Razali ketawa kecil. Arissa tak ada, Badrullah yang menolong menjaga makannya. Menurut Badrul, Arissa yang menyediakan menu yang bersesuaian untuk Encik Razali dan Mak Cik Ruhaya masak mengikut menu itu.
Korang dah makan Encik Razali menyoal.
Dah tadi. Tapau je makan dekat rumah sewa Arissa, jelas Hakimi memandang Arissa.
Kalau macam tu pergilah naik... mesti penat. Encik Razali kembali menelek buku yang dipinjamnya dari Encik Johan tadi.
Yalah... jawab Hakimi.
Arissa mendaki tangga mendahului Hakimi.
Nasib baik Walid tak tanya lebih-lebih, keluh Hakimi sebaik berada di dalam bilik memandang Arissa yang menutup pintu. Dia melangkah ke bilik persalinan lalu meletak kotak isterinya di atas stool bilik itu.
Esok kalau dia nampak tilam tu macam mana Arissa juga melangkah masuk ke dalam bilik persalinan sambil menghampiri kotak tadi.
Ni yang tengah abang fikirkan Hakimi membuka bajunya.
Arissa senyap sambil terus mengorek mencari bingkai gambar orang tuanya.
Sayang cari apa dia menyoal.
Bingkai gambar Ayah dan ibu, Ris. Rasanya dah letak dalam ni tadi... Kejap tadi di dalam kenderaan pacuan empat roda Hakimi dia menelek gambar orang tuanya.
Ada tu... abang nampak tadi sayang letak dalam kotak ni.
Tulah... Dikeluarkan satu persatu barang yang ada dan akhirnya dia tersenyum sendiri sebaik melihat bingkai gambar sudah berada di tangan.
Hakimi senyum.
Letaklah dekat meja katil kita tu. Arissa memandang Hakimi. Boleh ke
Boleh. Ini kan bilik kita.
Lebar senyum Arissa. Terima kasih.
Tapi ada syarat. Sengaja hendak menyakat Arissa sebab isteri selalu menyakatnya.
Apa dia soal Arissa.
Hakimi menunjuk bibirnya.
Ya Allah, sengaja je Hakimi ni. Sengaja nak mendera dia. Lambat-lambat dia menghampiri Hakimi. Kemudian menjingkit dan meletak ciuman di bibir suaminya sejenak.
Hakimi senyum.
Sejuk bibir sayang ni. Takut ke Bukan ke kita dah selalu buat.
Ini first time kena cium abang tau tak! Banyak pula songeh Hakimi ni.
Hakimi ketawa. Pantas tangannya mengikat pinggang Arissa. Diletak ciuman di bibir isteri sejenak dan memandang Arissa untuk melihat wajah itu. Sekali lagi dia ketawa melihat wajah Arissa yang sudah merah padam.
Sekali lagi. Kembali dia mencium bibir Arissa.
Kemudian dilepaskan dan memandang isterinya.
Hmm... sekali lagi sebelum abang mandi. Diletak semula bibirnya di bibir isteri. Seketika dilepaskan.
Tak boleh... kena mandi dulu. Dilepaskan pelukan tadi dan melangkah menuju ke bilik mandi.
Arissa hanya menggeleng. Apa pun dia sudah tidak terkejut dengan reaksi mengejut Hakimi. Dia senyum sendiri sambil menatap gambar orang tuanya.