MY DARLING ANGEL - 47
DIPERHATIKAN jam di pergelangan tangannya. Ada 5 minit lagi sebelum Lisa dan Zahar sampai untuk mengambilnya. Baru sahaja dia mahu menggalas beg sandangnya, ada notifikasi memaklumkan terdapat mesej yang diterima. Bibir ukir senyum sebaik skrin diperhatikan.

Kak Lisa:

El, tunggu sekejap tau. Kejap lagi Akak sampai.

Elzaara:

Okey Kak!

Elzaara yang sudah lengkap berpakaian sukan meletakkan begnya di muka pintu dan kemudiannya dia menuju ke dapur untuk mengisi perut sebelum ke tempat perkhemahan mereka. Sebaik sahaja dia tiba di dapur, dia melihat wajah Haziq yang cemberut sedang menikmati makanannya. Terus sahaja Elzaara menarik kerusi bersebelahan anak terunanya itu.

Haziq makan apa tu Acu nak sikit boleh tak Haziq tidak mengendahkan kelibat Elzaara di sebelahnya. Pertanyaan Elzaara hanya singgah sebentar di cuping telinga Haziq tanpa dijawab apa pun. Tiba-tiba air jernih mula membanjiri di tubir mata Haziq dan untuk mengelakkan daripada dia ketahuan, Haziq menundukkan muka seolah-olah sedang khusyuk makan makanannya. Elzaara cuba memujuk Haziq dan dia juga faham kenapa Haziq tidak mahu menegurnya.

Sayang, janganlah macam ni. Tak baik tau merajuk dengan Acu. Kesian Acu nak masuk hutan dengan Acik Lisa. Haziq tak boleh ikut sebab dalam hutan tu bahaya. Tapi, kalau Haziq nak masuk hutan juga, tunggu Haziq dah besar Acu bawa Haziq masuk hutan ya Acu janji, Acu bawa Haziq main dekat theme park Genting Highlands nak tak Kita ajak atuk dengan nenek sekali ya

Haziq mengangkat wajahnya dan matanya yang berkaca terus merenung sayu ke arah Elzaara seraya berkata dengan nada yang sendu.

Kalau hutan tu bahaya kenapa Acu masuk juga Acu tak sayangkan Haziq ye

Allahu Akbar! Kata-kata yang diungkapkan oleh si kecil itu betul-betul meruntun hati Elzaara. Dia betul-betul tidak menyangka bahawa Haziq ternyata benar-benar merajuk dengannya kerana dia tidak membawanya ikut bersama masuk ke dalam hutan. Elzaara terus tergamam dan dia tidak tahu apakah perkataan yang terbaik untuk dia ucapkan bagi memujuk hati Haziq.

Melihatkan lagi air mata Haziq yang hampir pecah, hatinya terus luluh. Ingin saja dia membatalkan rancangannya itu, tetapi apa pula kata Kakak sepupunya itu seandainya dia membatalkan di saatsaat akhir. Dia mengerti kenapa Haziq terlalu sedih untuk melepaskan dirinya kerana dia dan Haziq tidak pernah berpisah lama walaupun untuk sehari sejak Haziq masih lagi bayi.

Haziq...

El, tu ha Lisa dah ada dekat luar. Pergilah siap cepat, nanti lama pula Lisa tunggu.

Encik Yusuf menegur Elzaara yang masih lagi sibuk memujuk anak terunanya itu. Encik Yusuf yang baru masuk ke rumah terus sahaja menuju ke dapur untuk menikmati sarapan pagi.

El, nah. Ni ibu ada bekalkan makanan untuk El. Nanti boleh makan masa dalam perjalanan. Pasal Haziq tu El jangan risau, nanti pandailah ibu dengan ayah nak buat dia senyum balik. El pergi je enjoy perkhemahan tu. El pun dah lama tak berkhemah.

Tapi, Haziq ni Elzaara masih berat hati untuk melepaskan Haziq.

Dah, nanti ayah bawa dia pergi jalan-jalan. El tak payah risau apa-apa. Bukannya lama pun El nak pergi, tiga hari dua malam je. Dah, pergilah cepat. Kesian Lisa tunggu tu dah lama, Gesa Encik Yusuf.

Hm, okeylah. El pegi dulu ibu, ayah. Elzaara menyalami tangan kedua ibu dan ayahnya. Dia menoleh ke arah Haziq yang masih monyok dan menunduk untuk menyamai paras mereka berdua.

Haziq, Acu pergi dulu ya. Nanti Acu balik Acu janji Acu bawa Haziq jalan-jalan. Haziq jangan macam ni ya, nanti Acu pun sedih. Haziq sayangkan Acu kan Haziq mengangguk.

Okey, kalau Haziq sayang Acu, Haziq tak merajuk kalau Acu pergi ni

Kali ni Haziq hanya menggeleng.

Okey, meh salam Acu.

Pelan-pelan Haziq turun daripada kerusi dan terus memeluk Elzaara dengan seerat-eratnya bagaikan dia tidak mahu melepaskan acunya pergi. Elzaara membalas pelukan Haziq dengan menghadiahkan kucupan hangat di kedua-dua belah pipi Haziq.

Tanpa melengah-lengahkan masa, Elzaara terus mencapai begnya yang diletakkan di muka pintu depan dan terus memboloskan diri ke dalam kereta tanpa menoleh ke belakang lagi kerana dia takut air matanya tumpah di situ juga. Beg pakaiannya diserahkan kepada Lisa untuk di letakkan ke dalam bonet kereta.

El okey tak ni soal Lisa prihatin sebaik sahaja melihat Elzaara memboloskan diri ke dalam kereta dan air jernih laju menuruni pipinya.

Pantas jari telunjuknya menyapu titik-titik jernih itu dari terus membasahi wajahnya. Sekeping tisu dihulurkan di hadapan Elzaara dan tidak sampai lima saat tisu tersebut sudah pun habis basah dengan titiktitik jernih Elzaara. Sebaik saja Elzaara menenangkan dirinya, dia baru teringat yang Abang Zahar turut sama dalam aktiviti ini.

Errr.. Okey Kak. El okey je. Err..

Elzaara terus gugup apabila melihat kelibat Abang Zahar yang sedang tenang memandu tanpa mengambil tahu apa yang berlaku seketika tadi. Elzaara cuba untuk bertenang dan beriak selamba bagi menutup kegugupan dan kesedihannya tadi.

Biasalah tu El, budak-budak. Dahlah El, jangan sedih-sedih. Kita pergi tak lama pun. Nanti lusa El boleh jumpa Haziq balik kan. Nanti dekat sana El mesti tak ingat dunia punya sebab macam-macam aktiviti ada. Pujuk Lisa.

Ya El. Abang jamin El mesti seronok tak ingat dunia nanti.

Tersungging senyuman di bibir Zahar sambil matanya melirik ke arah Lisa. Hanya Zahar dan juga Lisa sahaja yang mengerti maksud Zahar sebentar tadi. Elzaara terpinga-pinga hanya menjongkitkan bahunya sahaja.

Dia menyandarkan badan ke belakang dan memperbetulkan posisi kedudukannya lalu dicapai handphonenya. Earphone dicucuk dan disumbatkan kedalam telinganya. Dua ulas bibirnya dibentuk mengikut lirik lagu yang sedang diputarkan. Walaupun perlahan tetapi gelagat Elzaara yang sedang mengikut bernyanyi menarik perhatian pasangan sejoli di hadapannya. Masing-masing bertukar-tukar senyuman antara satu sama lain. Perjalanan masih lagi diteruskan dengan kelajuan yang sederhana.