Ya saya. Kenapa Soal Nadhirah yang terpisat-pisat membuka matanya. Jam di dinding dikerlingnya. Sudah menghampiri waktu subuh.
Puan Sri Munirah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan hipertensi. Jenazahnya masih berada di hospital sekarang.
Bila Pukul berapa dia meninggal dunia
Kalau saya tak silap, dia meninggal jam 4 pagi tadi. Saya baru diberitahu. Sekarang saya berada di hospital.
Siapa yang ada di sana lagi
Cik Adelia dan kakak-kakak Puan Sri Munirah ada di sini. Tapi, Cik Adelia dah nak balik ke rumah.
Imran tak ada
Imran ke Italy petang tadi. Dia ada urusan syarikat.
Okay, Ill be there in a short while.
Saya rasa Cik Nadhirah tak perlu datang ke sini sebab sekarang kami dalam proses nak bawa jenazah balik ke rumah. Tak sampai dua jam lagi dah boleh selesai semuanya.
Okay then. Terima kasih sebab ada di sana di saat yang sukar untuk keluarga kami.
Saya terhutang banyak budi dengan keluarga Cik Nadhirah. Apa yang mampu, itulah yang akan saya hulurkan.
Maaf Encik Zaki, apa perlu saya buat Saya tak pernah uruskan perkara macam ni Nadhirah sememangnya langsung tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Pertama sekali, saya akan dapatkan surat pengesahan kematian dari doktor, Cik Nadhirah kena cari Pak Hashim dengan Zul untuk tolong Cik Nadhirah. Minta tolong mereka uruskan dengan pihak pengurusan tanah perkuburan, kita akan mandi dan kafankan jenazah di hospital. Cari imam untuk solat jenazah. Selebihnya Cik Nadhirah hubungi sanak saudara dan kenalan arwah dan beritahu mereka akan perkara ini. Cik Nadhirah jangan risau, saya akan bantu semuanya.
Okey, saya faham. Terima kasih. Panggilan diputuskan.
Nadhirah memejamkan matanya. Mujurlah ada Encik Zaki yang cekap menguruskan semua benda. Dia sudah mendapat gambaran tentang apa yang perlu dia lakukan.
Panggilan dimatikan. Nadhirah terkaku dan akhirnya dia duduk bersendirian di tengah-tengah ruang tamu rumah. Dia cuba menenangkan fikiran dan merangka perkara yang perlu dilakukannya.
Setelah hampir beberapa minit berkhayal sendiri, dia akhirnya bangun dan membersihkan diri. Sehelai jubah berwarna hitam yang sudah lama tergantung sepi di dalam almari, diambil dan diseterika sementara menunggu azan subuh berkumandang. Selendang dengan warna senada turut diambil dan dipakai untuk menutup kepala.
Menurut Encik Zaki, jenazah Puan Sri Munirah kini masih di dalam proses penghantaran ke rumah agamnya. Pada hemat Nadhirah, dia perlu ada di sana memandangkan kakaknya Adelia keseorangan menempuh saat hiba ini. Siapa pun Puan Sri Munirah, apa pun dosa yang dilakukan bukanlah alasan untuk Nadhirah lepas tangan. Dia merasa bertanggungjawab untuk turut sama membantu meringankan beban. Adia tiba di rumah agam berkenaan. Jenazah DELIA di mana bibik Soal Nadhirah saat
masih lagi belum sampai.
Cik Adelia ada di atas. Dia baru aja sampai sebentar tadi, mungkin sekarang dia tengah berehat barangkali. Dia nampak macam lesu sangat.
Dia ada cakap apa-apa Dia ada bagi sebarang arahan tak Nadhirah merasa yang tugasan menguruskan perjalanan terakhir Puan Sri Munirah akan diuruskannya. Adelia mungkin terlalu bersedih.
Tak ada Cik Nadhirah. Cik Adelia terus naik atas lepas dia sampai tadi.
Tak apalah kalau macam tu. Nadhirah mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Cik Nadhirah. Panggil Bibik Hanim yang juga kelihatan sugul.
Ya.
Ada apa yang boleh saya bantu
Saya memang perlukan pertolongan bibik. Zul dengan Pak Hashim mana Bibik ada hubungi dia orang minta dia orang datang sini
Ada, saya dah hubungi dia orang, sekejap lagi sampailah.
Bila dia orang sampai, tolong suruh Pak Hashim dengan Zul angkat katil dengan tilam dari bilik tetamu. Letakkan di ruang solat, menghadap kiblat. Kita akan letak jenazah di situ sebelum dikebumi siang nanti. Ruangan yang boleh menempatkan kira-kira seratus orang tetamu dalam satu-satu masa dilihat sesuai bagi meletakkan jenazah Puan Sri Munirah.
Baik cik.
Lagi satu bibik, saya perlukan nombor telefon saudara mara Puan Sri Munirah. Kita perlu maklumkan pada mereka dulu.
Tapi, Cik Nadhirah, setahu saya Puan Sri tak pernah catat semua nombor-nombor tu.
Telefon Puan Sri ada
Rasanya ada. Cik Adelia bawa balik semalam sebab bateri dah nak habis.
Di mana dia cas telefon tu
Di bilik Puan Sri. Sekejap saya ambilkan.
Tak apa bik. Saya pergi ambil sendiri. Saya ke atas dulu buat panggilan pada saudara mara. Kalau jenazah dah sampai nanti tolong beritahu saya.
Bik, jangan lupa beritahu Pak Hashim dengan Zul pasal katil tu. Lagi satu, suruh dia orang hubungi pengurusan tanah perkuburan.
Baik Cik. Saya akan sampaikan pada mereka.
Terima kasih, Bik. Nadhirah kemudiannya memanjat tangga menuju ke bilik arwah Puan Sri Munirah.
Sebelum itu dia sempat menjenguk bilik Adelia yang tidak berkunci. Dibiarkan sahaja Adelia yang kelihatan terlelap sambil mendakap bingkai gambar Mamanya. Nadhirah faham dengan apa yang Adelia rasai kini. Dia sudah pernah merasai betapa sukarnya berdepan dengan semua ini lama dahulu.
Sudahlah Papa mereka baru sahaja meninggal, abang yang sulung sudah lari keluar negara beberapa hari lepas, abang kedua tak sampai setahun meninggal, Imran pula tiada di sisi. Tentulah berkecamuk fikiran Adelia kini.
Akhirnya seusai solat zuhur tadi, jenazah Puan Sri Munirah selamat dikebumikan. Mujurlah ramai yang sudi menghulurkan bantuan di saat Adelia kelihatan tidak bermaya. Seharian dia meratap hiba sehingga sudah tidak mampu lagi dipujuk sesiapa. Tubuh longlai dipapah masuk ke biliknya untuk berehat setelah tetamu terakhir beransur pulang.
Puaslah hati kau, kan Semua orang yang aku sayang dah pergi tinggalkan aku macam yang kau inginkan selama ni. Ujar Adelia tatkala mereka bertembung di dapur saat Nadhirah cuba melepaskan lelahnya.
Boleh tak kita berehat dulu hari ni Kau penat, aku pun penat. Aku tak nak bergaduh dengan kau hari ni. Nadhirah yang hanya sempat mengisi perutnya dengan segelas air suam sudah tidak mampu mahu mengunyah pun apatah lagi mahu bergaduh.
Buat apa kau datang sini hari ni Tak cukup lagi ke harta yang Papa bagi dan yang kau rampas Atau kau masih mahukan harta Mama aku pula Tajam kata-kata yang dituturkan Adelia padanya.
Aku datang nak menolong. Tak lebih dari itu.
Tolong konon. Orang macam kau nak tolong aku Sekali lagi Nadhirah sengaja dipukul dengan kata-kata tajam oleh Adelia.
Ya. Aku cuma nak menolong. Seburuk mana pun hubungan kita sekeluarga, aku pernah membesar dalam rumah ni. Aku pernah terhutang budi.
Sebab terhutang budilah kau buat keluarga aku sampai macam ni Hancur berkecai. Dalam masa setahun, keluarga yang aku banggakan dari kecil musnah sekelip mata. Sebab budi juga ke kau buat semua tu
Baiklah Adelia. Kalau kau nak terus bercakap tentang hal ni. Aku okey je. Cuma aku minta kita berbual dengan tenang. Tak ada tarik-tarik rambut, tak ada maki hamun, tak ada jerit-jerit. Sekurangkurangnya kita hormatkan pemergian Mak Cik.
Kau musnahkan hidup aku, hidup keluarga aku. Puas ke hati kau sekarang
Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang. Hati aku dah tak ada rasa. Selalu sangat sakit sampai aku dah tak tahu nak tafsirkannya sekarang ini. Rasanya macam dah tak ada rasa apa-apa.
Papa mati sebaik je dia jumpa dengan kau, Ammar mati sebab dia guna duit yang kau bagi beli dadah, Aidid terpaksa merempat di luar negara sebab kau yang ugut dia kononnya kau nak buat laporan polis, sekarang Mama mati sebab kau rampas Emerald dari kami. Tiba-tiba sekarang kau cakap yang hati kau dah tak ada rasa apa-apa Adelia mengungkit semua. Pada dia dosa yang dilakukan Nadhirah terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja.
Papa mati lepas jumpa aku. Betul, aku mengaku. Tapi, kau tahu tak apa yang dia cakap pada aku sebelum dia mati
Apa Persoalan ini sudah lama bersarang dibenak Adelia. Dia ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada Papanya.
Dia cakap aku anak haram. Dia mengaku yang aku anak haram seperti mana yang kau orang ejek aku dari dulu. Tapi, yang kau orang tak tahu adalah, dia rogol Mama aku. Rahsia itu dikuak sendiri oleh Nadhirah.
Adelia terlopong.
Mama aku bukan jalang, bukan perosak rumah tangga Mama kau orang, bukan juga pengikis macam yang kau orang cakap. Dia mangsa. Sampai mati dia cuma mangsa. Mama aku dan aku cuma mangsa. Papa yang hancurkan hidup kami dan dia langsung tak ada keberanian untuk mengaku apa-apa pada kau orang. Dia tak pernah mengaku yang aku ni dilahirkan selepas dia rogol Mama aku. Nadhirah menyambung lagi.
Tak mungkin. Kau cakap yang Papa aku rogol Mama kau Tak mungkin. Kau tipu! Mata Adelia memerah. Antara percaya dengan tidak. Dia tidak boleh membaca riak Nadhirah saat ini.
Terserahlah pada kau. Yang mati dah tak mampu lagi nak membela diri, aku yang hidup ni masih lagi menanggung siksa perbuatan dia. Hidup aku sejak berada dalam keluarga kau begitu menyeksakan, kau tahu tak Tak ubah macam neraka.
Benda dah lepas buat apa nak kenang lagi. Kau tak patut buat semua ni hanya kerana benda yang dah jadi sejarah pun. Yang berdosa pada kau sekarang ni Papa aku. Cukuplah cuma dia yang tanggung segala kesalahan dia. Kenapa kau nak libatkan Mama aku, Aidid, Ammar. Kenapa kau nak musnahkan kami pula
Kau nak tahu kenapa Sebab hidup sebagai anak haram tak adalah sesusah mana. Tapi, hidup sebagai penumpang dalam rumah agam ni adalah benda yang paling menyakitkan sepanjang aku berada di sini. Puan Sri Munirah jadikan aku punching bag setiap hari. Aku dipukul tanpa usul periksa. Dia kurung aku selama 4 tahun dalam bilik loteng kotor hanya kerana takut nama dia tercalar. Aku hidup terkurung disebabkan kau! Kau ingat tak, macam mana aku dihumban ke dalam bilik tu
Adelia terdiam.
Kau tuduh yang Ammar mati sebab aku. Aku tak rasa bersalah pun bila dia mati macam tu. Selama 4 tahun aku jadi mangsa cabul dia setiap kali dia khayal dengan dadah. Aidid tahu apa yang Ammar buat pada aku, tapi dia biarkan sahaja sebab dia pun sama macam kau. Semua dalam family kau sama sahaja. Pentingkan diri, tamak, pengecut, gila harta.
Wajah Adelia ditatapnya. Bukan dia memohon simpati. Jauh sekali meraih perhatian. Tapi, hari ini dia perlu untuk luahkan segala-galanya. Biar Adelia tahu dan sedar akan tindakan mereka sekeluarga benarbenar menyiksakan baginya.
Kau pun sama. Kepala aku, kau pernah botakkan hanya kerana aku panggil kau kakak. Kerja sekolah kau, kerja kolej kau, semuanya aku siapkan selama 4 tahun. Kawan-kawan kau buat aku macam kuli.
Tapi semua tu benda dah lepas. Masa tu aku mentah lagi. Sepatah demi sepatah kata-kata Nadhirah merobek kotak memori Adelia. Satu demi satu perbuatannya pada Nadhirah tersiar di ruang mata.
Mentah bukan lesen untuk jadikan orang lain hamba kau. Memang masa tu kita masing-masing mentah Adelia. Tapi, parut akan tetap kekal juga walaupun luka dah lama padam dan akan aku bawa sampai mati. Bukan aku yang rosakkan keluarga kau, tapi keluarga kau yang rosakkan hidup aku. Setiap seorang dari dalam keluarga kau yang hancurkan aku.
Adelia kelihatan tergamam. Mungkin tidak menyangka yang Nadhirah akan meluahkan segalagalanya hari ini.
Akhir sekali, aku nak cakap pasal Imran.
Imran tak ada sebarang kaitan dengan kau. Tak payah nak sebut-sebut nama dia. Aku tak suka. Adelia tahu apa yang mahu diungkit Nadhirah kini. Dia sudah pun tahu perihal hubungan Imran dengan Nadhirah dahulu dan dia tidak berminat untuk tahu lebih banyak lagi.
Ya. Imran dah tak ada kaitan dengan aku. Aku cintai dia, tapi dia dah jadi milik kau. Aku takkan rampas dia dari kau. Gambar-gambar yang kau dapat di Labuan, semuanya bukan seperti yang kau tengok. Aku yang aturkan supaya gambar kami kelihatan mesra, tapi semua tu bukan betul pun. Sekadar lakonan aku semata-mata. Dia milik kau.
Berhenti Nadhirah. Cukuplah. Aku dah tak nak dengar lagi semuanya. Aku penat. Aku tahu, aku dah ingat. Since parut tu tak mungkin akan padam. Aku rasa lebih baik kita jauhkan diri masing-masing. Aku tak nak jumpa kau lagi. Adelia menggeleng beberapa kali. Itulah yang terbaik dirasakan olehnya.
Aku pun rasa yang kita perlu jauhkan diri. Aku dah penat dengan semua ni.
Terima kasih atas apa yang kau dah buat. Aku terhutang budi dengan kau hari ni, tapi aku takkan maafkan apa yang kau dah buat pada kami. Aku tahu banyak salah yang aku buat pada kau dulu, banyak benda yang Mama buat untuk usir kau dari hidup kami, aku juga tahu apa yang Ammar pernah lakukan dulu pada kau. Adelia turut merasa bersalah.
Nadhirah masih mempamerkan riak tenangnya.
Salah aku sebab diamkan diri, salah aku sebab selalu kenakan kau, salah aku bila aku jadi penyebab kau dikurung loteng tu. Aku tahu, aku ingat semua tu. Aku tahu keluarga aku banyak berdosa pada kau, tapi aku tetap tak boleh maafkan kau.
Kau tak perlu nak bersusah payah maafkan aku Adelia sebab aku juga tak pernah maafkan keluarga kau. Aku TAK AKAN maafkan keluarga kau. Apa yang pernah aku terima dulu, aku akan bawa sampai mati.
Aku pun harap yang kita takkan jumpa lagi. Adelia bangun. Dia tidak mahu lagi memandang wajah Nadhirah.
Aku pun. Jaga diri. Aku balik dulu. Nadhirah bangun meninggalkan Adelia dan berjalan ke ruang tamu. Tas tangannya dan kunci kereta dicapai.
Itulah perbualan terakhir yang terjadi di antara Nadhirah dan Adelia. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal, Nadhirah merasa yang dia perlu berhenti. Dia penat dengan apa yang dilalui dan dia penat untuk melalui semua itu kembali.
Cukuplah kemusnahan yang telah dia lakukan di dalam keluarga ini. Sudah sampai masa untuk dia meninggalkan semua kesakitan yang pernah dia alami dan memulakan hidup baru.