Anaknya berusia 3 tahun. Ada penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Memang tak boleh diam walau sesaat. Mungkin alergi atau apa, dia asyik menggosokgosok matanya. Jadi kelopak matanya dah membengkak. Mata putihnya pun dah mula bengkak. Matanya juga berair. Memang sah alergik. Itu pendapat aku sebagai seorang doktor cabuk. Tapi aku bukan pakar mata.
Aku cakap masalah biasa sahaja. Aku cadang nak beri antiHistamine. Piriton ke, Polarax ke, Aerius ke, biar kurang sedikit alerginya. Tapi ibu bapanya semacam tak terima pendapat aku. Mereka takut ada masalah dalaman. Mereka takut anaknya jadi buta. Sungguh-sungguh dia nak minta surat rujukan. Nak jumpa pakar mata.
Aku cakap, ini bukan kes kecemasan. Boleh tunggu esok pagi. Tak perlu tergesa-gesa nak jumpa pakar mata. Tapi mereka kata mereka ada medical card. Company dah beri. Mereka nak gunakannya. Mereka nak pergi malam ini juga. Nak suruh aku tuliskan surat rujukan. Aku cakap klinik aku dah tutup. Staf dah kunci pintu. Kena tunggu pukul 8. Tapi mereka tak boleh tunggu sebab mereka ada medical card. Mereka nak segera mendapat rawatan. Tunggu sejam pun tak boleh. Ini kes bahaya. Lagipun mereka ada medical card, rugi kalau tak gunakan.
Ramai yang menyalah anggap. Mereka ingat Medical card itu VVIP Card. Ibarat Universal Express lane di Universal Studio Singapore. Semuanya boleh redah je. Boleh potong queue. Doktor cabuk sekadar jadi kerani mereka. Asyik suruh tulis surat referral sahaja. Padahal banyak company HMO atau TPA yang macam sial. Payment dahlah lambat. Bayar lepas 3-4 bulan. Lepas tu ada potongan sana sini.
Petang Isnin ada seorang ibu. Bawa anaknya berusia 16 tahun. Dah 5 hari demam tak baik-baik. Suhunya 38.7 darjah. Tekaknya merah. Hingusnya pekat kekuningan. Emaknya kata anaknya pernah kena denggi. Tetapi sekadar disyaki sahaja. Setakat masuk air kat ER sahaja. Takda sampai masuk wad. Emaknya risau dia mungkin kena denggi lagi. Emaknya ni jenis banyak membaca agaknya. Jenis suka melayari Internet. Jadi dia lebih pandai daripada aku. Dia lebih berpengalaman daripada aku. Semua suggestion aku dibangkangnya. Semua teori-teori aku disalahkannya. Aku kata bukan denggi dia tak percaya. Aku suruh makan antibiotik dia tak nak.
Akhirnya mudah sahaja.
Kakak bawa baliklah anak kakak.
Tak pun bawalah ke hospital.
Kakak nampaknya lebih pandai daripada saya.
Suka hati kakaklah nak buat macam mana.