DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 47
Aku, bini aku yang tengah berpantang, heroin aku Fateem dan adik dia Faseeh. Kami berempat menumpang kasih berbuka puasa di rumah mak ayah aku kelmarin. Fateem paling teruk sebab dia tak pernah puasa langsung tapi emosional kalau tak kejut bangun sahur. Mujur umur baru tiga tahun. Kalau lepas masuk tadika pun buat perangai tak puasa memang aku sebat betis dengan rotan. Jangan main-main cincai dengan ayah! Main masak-masak, main masak-masak juga. Masa serius, kita serius!

Aku dengan muka letih menahan lapar bersandar di sofa menunggu waktu berbuka. Jam baru menunjukkan pukul enam lima puluh petang. Ada lagi setengah jam. Ibu dan bini aku lepak di bawah jaga budak kecil. Fateem datang kat aku bawa buku lusuh; kulit berwarna jingga.

Fateem tau ini buku apa

Tatau.

Ini nama dia Juhama. Nama glamour dia Muqaddam. Tapi budakbudak zaman sekarang dah canggih. Budak-budak sekarang tak belajar baca Al-Quran dengan Juhama. Dorang baca guna Iqra. Ada Iqra 1, 2 sampai entah berapa siri.

Fateem dengar saja. Tangan masih memegang Juhama aku yang dah masuk umur dua puluh dua tahun. Ada koyak sana sini.

Kita belajar baca Al-Quran mesti baca Juhama dulu. Macam baca surat khabar. Kena baca A B C dulu bagi lancar. Baru boleh jadi pandai baca surat khabar. Ayah dulu belajar guna Juhama ni lah. Fateem kena rajin baca Juhama macam ayah. Hafal Alif Ba Ta kasi handal. Hari-hari kena baca Juhama ni bagi cepat habis. Lepas hafal Alif Ba Ta, Fateem kena mengeja. Baca pula surah-surah pendek. Kalau boleh hafal sekali. Ayah dulu masa besar Fateem hari-hari baca Juhama ni.

Mendalam juga cara aku terangkan dekat Fateem. Ibu sama bini aku senyum saja. Mungkin mereka kagum dengan cara aku memberi didikan kepada Fateem. Baru diorang tahu! Aku ni, merapu merapu juga. Hal pendidikan anak-anak, aku sentiasa tekankan tanpa kompromi.

Baca Juhama kena hari-hari. Baru boleh baca Al-Quran. Baca Al-Quran kena lancar. Nak lancar baca Al-Quran, mesti lancar baca Juhama. Nanti ibu dengan ayah ajar Fateem hari-hari bagi pandai. Kalau Fateem malas baca Juhama, memang ayah talipinggangkan belakang badan kasi berbirat! Aku selitkan unsur ketegasan. Nak didik anak kena tegas la.

Fateem masih mendengar. Aku dah suntik pemahaman Juhama dan kepentingannya dalam kepala beliau. Hah, macam ni baru Ayah brader. Bertanggungjawab. Orang Amerika kata Meet Expectation. Aku puas. Susah juga jadi ayah. Bukan hal anak bilis punya kerja!

Ayah contoh, macam ni lah!

Dalam senyum, ibu aku memecah keheningan senja. Lembut dan penuh kasih sayang suara beliau bertanya.

Puasa dah nak masuk dua minggu. Dah berapa juzu Al-Quran kamu baca

Fateem, Baca Juhama!

Soalan itu ditujukan kepada anak sulung beliau, iaitu aku. Oh, soalan itu untuk aku.

Beberapa helai jugak lah. Aku kasi jawapan paling jujur. Dan, jawapan jujur yang aku lontarkan bukanlah satu pilihan yang tepat.

Astaghfirullahalazim! Beberapa helai saja Fateem! Pergi amek talipinggang atas meja tu biar Mak Tok libas ayah kamu ni! Astaghfirullah! Punyalah pemalas! Puasa dah dua minggu apa ibadat yang kau buat ni

Fateem terkebil-kebil. Mata dah ke arah talipinggang ayah aku atas meja tepi tv. Jangan goyah Fateem, ayah kau tetap ayah yang hebat!

Kau kena sokong ayah. Aku sambung menasihat Fateem, dalam hati. Bini aku tersengih sambil menambah nasi Beriyani kasi kaw punya.

Bulan puasa ni dia banyak beribadah depan laptop saja. Ibu cuba tanya terawikh dia ada barai ke tidak

Dua lawan satu. Perdebatan yang tak ikut hukum alam! Fateem masih pegang Juhama dengan kemas lalu berlari terkedek-kedek ke arah meja tepi tv. Dia amik talipinggang,

Nah MakTok!

Hati aku luluh. Aku bingkas pegi ambil air sembahyang tanpa sebab sambil berniat dalam hati,

Akan aku suspend aiskrim kau Fateem sehingga diberitahu kelak. Aku serius!