Cinta bermula dari pandangan mata terns ke hati, fokus ke otak. Di sini ada bab nafsu. Setelah mula kenal untuk sebuah prolog itu, maka berjalanlah berpegang tangan. Apabila dua tangan mula berpegangan, stcara automatis otak akan menaikkan syahwat. Hanya sifat malu manusia yarg menghalangnya - malu-malu kucing.
Itulah sebabnya orang rua-tua ada berkata, kalau sudah tidak dapat menahannya, kahwin menjadi solusi. Tidak menjadi sumbangdi mata masyarakat Melayu.
Ini hanya merupakan pandangan peribadi. Masing-masing kita mempunyai hidup yang pelbagai ragam.
Cinta juga perlunya keseimbangan, yakni ada tindakbalas. Kalau perasan atau syok sendiri, ianya tidak boleh berlaku. Bertambah rugi. Sekiranya dilayan juga, ianya akan menjadi dendam, emosi yang berkecamuk yang bakal menjadi mimpi ngeri untuk kita yang gagal dalam permainannya.
Oleh itu, kalau kita tahu cinta itu hanyalah sekadar permainan perasaan, mengapakah kita masih punya rasa untuk dicinta dan mencintai
Itulah fitrah manusia itu sendiri - konsep kejadian sejak dari awal kejadian hidup bermula Adam dan Hawa.
Perasaan kita ini bukannya sesuatu yang statik. Ianya berubah-ubah mengikut musim.
Itulah sebabnya kita perlu menghargai saat kita ada ini untuk sebuah kehidupan yang Icbih bernyawa daripada nilai hidup itu sendiri.
Selepas make love megikut landas yang ditetapkan, ia menjadi permulaan permainan sebuah kehidupan yang bakal kita jalani. Elemennya kasih sayang yang menjadi tunjang atau nadi hidup. Kita perlu konsistenkan makna cinta itu.
Maka agama menjadi tunjang untuk kita jalani berpandukan al-Quran sebagai penunjuk jalan. Agama itu penting di dalam hidup ini bagi membezakan sifat antara manusia dan haiwan. Adakalanya kita seperti haiwan terutamanya kalau tidak mampu mengawal makna cinta itu.