ANEKDOT RABAK - 47
Petang tu aku menunggu kamu dengan penuh debaran, perasaan yang sama dirasai ketika pertama kali kita mahu berjumpa dulu. Dada aku berombak dan jantung berdegup pantas. Suasana hectic di K.L Sentral tak aku hiraukan lagi, manusia di sekeliling seolah-olah tak wujud, semuanya kerana aku sedang gementar menantikan kamu, si pujaan hatiku.

Dalam sebuah kedai makanan segera aku terus menunggu.

Tak berapa lama, kamu tiba. Youre gorgeously stunning, beautiful as ever. Kamu tersenyum apabila ternampak aku dan ketika tu, saat tu, moment tu hanya Tuhan yang tahu bagaimana desperate-nya aku untuk larut tenggelam dan menghilang bersama kamu, sayangku.

Kita duduk, berdepan. Mata kita saling memandang. Wajah kamu terlalu indah jika nak aku bandingkan dengan kata-kata. Tak ada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa cantiknya kamu. Perlahanlahan aku usap pipi kamu, kemudian aku selitkan rambut kamu ke telinga. Aku capai kedua-dua belah tangan kamu, delicate. Jari-jemari kita bermain-main di atas meja. Dunia sedang berjalan, masa sedang berlalu meninggalkan kita dan kita tak peduli, malah, kita lupa nak order makanan.

Gelak tawa kita memecah kesunyian melankolia hati. Kita borak tak henti-henti, we fond to each other macam gila. I dont want this moment to end, but oh fukk, time is a killer.

Sampai masa, kamu harus pergi. Kamu hadiahkan aku senyuman yang bersinar bagaikan bintang timur. Kamu keluar dari restoran makanan segera tu dan melangkah pergi meninggalkan aku... untuk selamanya.