Langkah pertama selepas pintu dikuak, aku sebu.
Bau itu.
Dalam nafas yang aku tarik tunduk aku mencium bau cadar.
Lama aku duduk di lantai marmar putih menyimpan bau ke dalam ruang paru-paru.
Hirup biar penuh.
Bekal untuk perjalanan pulang aku.
Pintu ditutup, seiring air jernih lalu di pipi dan pecah di lantai.
Berjalan aku keluar dari ruang bilik dan rumah itu bersama bau-bau kenangan dan rindu yang lapuk.