TAKAFULMAN - 47
Minggu lepas, setelah berfikir panjang aku akhirnya mengambil keputusan untuk menolak pelawaan syarikat Takaful yang nak bawa aku bercuti ke Korea pada hujung tahun ini.

Syarikat Takaful (tempat perniagaan Takaful aku bernaung) bukan sekadar menerima keputusan aku tu dengan hati terbuka, malah mereka bersetuju memberi aku sagu hati berbentuk bayaran (jumlahnya tak besar la) sebanyak RM3,000 sebagai upah aku duduk rumah menggantikan keseronokan bercuti di Korea.

Sampai macam tu.

Bak kata pepatah yang aku reka,

Orang mengajak kita menolak, tapi kalau orang memberi mesti lah kita terima Okey itu cerita minggu lepas.

Petang semalam, aku dapat info daripada pihak Takaful yang nama aku shortlisted untuk trip ke Taiwan pulak. Belum ada keputusan rasmi, tapi macam selalu lah bila nama naik shortlisted ni kemungkinan diajak pergi (untuk kesekian kali) sangat lah tinggi.

Baru minggu lepas kita selesaikan hal Korea, semalam muncul pula hal Taiwan. Ini sedia ada dalam list yang aku nak pergi ke Fukuoka, tunggu tarikh. Dan list satu lagi yang dah rasmi aku kena pergi Croatia, Mei tahun depan.

Sebenarnya, paling tak seronok di Facebook ni adalah masa kita seronok cerita dapat berjalan free ke sana ke mari (sampai menolak tak nak pergi) ada orang di luar sana yang teringin nak bercuti free juga tapi tak tahu macam mana.

Mujur lah aku tak ada perasaan tak seronok tu sebab aku bercerita di Facebook ni datang sekali dengan jalan penyelesaian untuk orang orang yang teringin nak cuti free macam aku.

Berlagak

Di sini lah beza orang yang berlagak di Facebook demi mengajak orang lain dapat apa yang dia dah dapat, dengan orang yang berlagak di Facebook tapi orang lain nganga tak ada peluang apaapa yang boleh diharap dari apa yang dia dah berlagak-kan tu.

Kalau nak belajar jadi berlagak yang bermanfaat pada orang lain jumpa aku malam ni.

Dalam tempoh masa dua tahun ni, hampir setiap bulan aku buat briefing kerjaya Takaful dengan anggaran kumpulan pendengar 20-25 orang setiap sesi.

Kalau ikut lojik akal, sekarang sepatutnya dah ada 400-500 orang TAKAFULMAN yang bertebaran di serata tanah air membawa panji perlindungan.

Tapi kau tenang. Itu semua tak terjadi kerana TAKAFULMAN yang aku pimpin sekarang jumlahnya baru mencecah 50 orang.

Aku selalu tanyakan kepada kumpulan yang tewas, Kenapa tidak mahu teruskan kerja noble sebegini

Jawapan mereka selalunya seperti ini,

Dah ramai sangat orang buat takaful bang. Akak opis tingkat atas, brader sebelah meja, makcik kantin, sampai brader despatch hantar surat ke office pun ejen takaful juga bang.

Tuan puan sekalian,

Pada saat kita mengatakan dengan keluh, Sudah raaaamaaai, ketahuilah pada saat itu juga separuh daripada jumlah yang ramai itu telah pun tewas dan mengundur diri dari dunia TAKAFULMAN.

Turning point di sini yang membezakan kumpulan manusia yang punya kesungguhan dengan kumpulan manusia yang hanya mahu beralasan.

Jawapan lain yang aku terima, Tak minat bang, ni bisnes boring, payah. Saya ada plan nak buat something else. Tuan puan sekalian,

Cuba perhatikan di sekeliling, yang nak buat something else ni dah dua tahun mereka masih dengan something else dan tak berbuat apa apa pun melainkan something else di mulut semata.

Pada saat kita mengatakan nak buat something else walhal kita tak buat apa benda pun, ketahuilah pada saat itu juga ada kumpulan kecil manusia yang dengan rendah hati berbicara tak apa aku cuba dulu buat bisnes yang brader ni ajar, mana lah tahu aku buat sungguh sungguh boleh menjadi.

Turning point kedua di sini membezakan pula kumpulan manusia yang kuat berangan dengan kumpulan manusia yang ada impian.