Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, bagi anda yang pernah tinggal di negara asing, terutama Eropah atau Amerika dan baru pertama kali menaiki kendaraan di sana, anda pasti akan terkejut melihat jauhnya perbezaan budaya lalulintas di sana dengan negara kita. Saya kebetulan pernah mengalaminya dan terkejut melihat sistem lalulintas masyarakat di negara maju begitu tertib dan teratur, serta saling menghormati antara satu sama lain.
Mereka tidak hanya tertib dan teratur dalam berkendaraan, tetapi juga sering mendahulukan kepentingan orang lain. Suatu ketika saya pernah menyeberang jalan sambil berlari-lari anak, tiba-tiba kawan saya berkata, Eh, di sini kalau menyeberang jalan tidak perlu berlari-lari seperti itu, percayalah, nanti kereta akan berhenti dengan sendirinya ketika melihat kita menyeberang jalan.
Wow! Beza sekali dengan keadaan di negara kita. Sungguh, setiap orang tidak pernah berfikir untuk memberi, melainkan seboleh mungkin berusaha melanggar sampai ke titisan darah penghabisan.
Jika anda tiba di simpang empat misalnya, dan berpapasan dengan kereta lain, siapa yang lebih dahulu sampai pasti dipersilakan jalan terlebih dulu. Jika anda berpapasan dengan lori yang sedang sukar bergerak kerana sempitnya jalan, tanpa diperintah hampir semua kereta berusaha untuk memberinya jalan.
Begitu juga ketika saya naik bas, jika ada warga emas (senior citizen) atau wanita hamil atau orang cacat, mereka selalu diberi kesempatan lebih dahulu untuk naik ataupun turun. Jika ada di antara mereka yang berdiri di dalam bas, tanpa diarahkan hampir semua orang berebut untuk memberinya duduk, walaupun di dalam bas tersebut biasanya sudah disediakan kerusi khusus untuk ibu bapa, ibu hamil, dan orang cacat.
Banyak sekali kejutan demi kejutan yang saya alami selama berada di sana. Contohnya, ketika saya ingin melintas di sebuah simpang jalan yang tidak lampu isyarat, tiba-tiba ada kenderaan di hadapan saya dan dia memberikan kerdipan lampu kepada saya. Dengan kebiasaan kita di Indonesia, saya menduga orang ini ingin mengambil jalan terlebih dahulu sehingga saya perlahan-lahan menghentikan kereta saya. Namun, ternyata yang terjadi justeru sebaliknya, di sana dia mengerdipkan lampu bererti mempersilakan kita untuk mengambil jalan terlebih dahulu. Akhirnya, yang terjadi adalah kami saling tunggu-menunggu, saya bingung, dia pun juga bingung.
Sungguh peribahasa di atas ada benar. Tidak hanya dalam lalulintas, dalam banyak hal pun mereka sangat tertib dan teratur, terutama ketika berbaris dan menunggu giliran. Pernah suatu hari saya terlibat dalam kesesakan jalan di kota Bridgeport. Kerana padatnya lalu lintas, rasanya tidak mungkin ada kenderaan yang boleh bergerak, tetapi di luar dugaan, ketika terdengar siren kereta polis dan bomba, tiba-tiba setiap kenderaan saling merapatkan diri untuk memberi jalan. Saya pun akhirnya ikut merapatkan kereta saya ke kereta orang lain untuk ikut membuka jalan.
Saya takjub luar biasa. Di tengah jalan yang sungguh padat dan penuh sesak, ternyata tanpa diarahkan setiap orang bekerjasama untuk memberi jalan pada kenderaan kecemasan tersebut. Hasilnya, kesesakan dapat segera diatasi. Saya lantas bertanya-tanya dalam hati, bagaimana mereka boleh sedemikian teratur dan tidak saling berebut satu sama lain. Apa yang telah diajarkan kepada mereka Dan bagaimana mereka diajarkan hingga boleh setertib ini
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, cubalah kita ingat kembali bagaimana kita dahulu dididik di sekolah. Memang benar bahawa budaya berbaris dan etika-etika moral lain sangat kurang diajar kepada kita. Kalaupun itu diajar, mungkin hanya sebatas menjawab soal-soal yang bersifat hafalan belaka.
Apakah budaya berbaris dan tidak mengambil hak orang lain sudah tidak ada tempat lagi dalam hati setiap orang di negeri ini Semoga kita tidak termasuk dalam orang-orang yang memperlakukan tradisi semacam ini.
Sungguh saya begitu mengimpikan negeri kita kelak boleh tertib dan teratur seperti negara-negara maju. Sungguh saya juga mengimpikan terbangunnya budaya yang suka memberi dan menghargai hak-hak orang lain di negeri kita tercinta ini.
Mulai hari ini, mari kita ajar anak-anak kita untuk membangunkan budaya yang terhormat dan etika moral yang baik, agar kelak kita boleh menjadi bangsa yang lebih bermartabat. Jangan hanya menyesakkan mereka dengan mata pelajaran yang justeru tidak mereka gunakan ketika mereka selesai sekolah nanti.
Saya mengimpikan terbangunnya budaya yang suka memberi dan menghargai hak-hak orang lain di negeri kita tercinta ini.