- Diego Maradona.
Saat beliau dinyah-haramkan beraksi di USA 94 gara-gara isu positif dadah, bercucuran air mata Maradona menangis kerana tahu karier antarabangsa beliau dah berakhir.
Roberto Baggio juga bintang USA 94, sampai suatu ketika pada saat menjelang Piala Dunia 2002, telah mengutus sepucuk surat kepada pengendali skuad kebangsaan Itali, Giovanni Trappattoni agar mempertimbangkan namanya ke Korea Japan 2002.
Sama juga cerita Romario. Dua kali beliau menanggung duka. Pertama cedera saat akhir beberapa minggu sebelum Piala Dunia 1998 berlangsung. Kedua di Piala Dunia 2002, bermain sehabis baik untuk kelabnya namun tetap disisihkan oleh Luiz Felipe Scolari selain di Brazil sana, marhaen nya melakukan demonstrasi aman mendesak penyenaraian nama Romario.
Itu belum campur kekecewaan amat sangat buat Pierluigi Casiraghi dan Fabrizio Ravanelli yang tidak disenaraikan oleh Cesar Maldini meskipun keduanya memainkan peranan penting membantu Itali lolos mengharungi play-off Piala Dunia 1998 menentang Russia.
Atau juga nuansa rasa terkilan David Ginola yang terlepas detik gemilang Perancis di Piala Dunia 1998 meskipun beliau cemerlang di peringkat kelab musim itu. Ginola tiada dalam perancangan Aim Jacquet sejak jurulatih itu menggantikan Gerard Houllier. Ginola kata alangkah bagusnya kalau beliau berada sebahagian daripada skuad Perancis ketika itu.
Allahyarham Mokhtar Dahari lagi lah. Dicaci maki sekalipun, tetap sejuk hati sudi untuk kembali sarung jersi kebangsaan. Dua kali keluar dari persaraan semata-mata untuk negara.
Banyak lagi misalan di luar sana. Yang menangis hiba tatkala menyanyikan lagu kebangsaan sebelum sepak mula perlawanan. Yang sampai berdarah kepala, terkoyak kening dan pipi, yang sampai patah-riuk tulang-belulang, yang bermatian di atas padang sampai termuntah-muntah. Ada juga yang usianya menjangkau 40an dengan rambut pun kian memutih tetap setia tabur bakti untuk negara.
Kerana apa
Kerana demi untuk negaranya...
Kadang-kadang nikmat sarungan jersi bertancap lencana bendera Malaysia itu lah sebenarnya yang diidamkan oleh begitu ramai pemain. Ada yang sekadar impi tapi langsung tak berpeluang.
Kita yang sekadar marhaen biasa ini hanya sekadar mampu lihat, sekadar mampu bersorak padukan sokongan.
Jersi kebangsaan itu analogi nya macam lapisan kulit kedua yang melekat pada tubuh. Kemegahan memperaganya hatta status bola sepak negara terperosok sebangsat hina sekalipun, sebenarnya tiada dapat dibandingkan aura nya.
Megah lah wakili negara.
Umpama kata-kata kapten grand Arsenal tak lama dahulu.
Bermain lah untuk lencana di
depan jersi mu bukan untuk
nama di belakang jersi mu itu.