Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 48
BAB 48

FARIZ senyum. Sekali lagi kakinya menjejak bumi Holland. Tiba di Amsterdam Airpot Schiphol tadi, mereka terus ambil kereta api yang hanya terletak di aras bawah lapangan terbang menuju ke hotel penginapan. Perjalanan hanya memakan masa lebih setengah jam dari lapangan terbang. Sejak dari dalam kapal terbang lagi, Felisha tak henti-henti bercakap. Teruja.

Hotel tu dekat ke Felisha turut tarik bagasi menaiki tren bersama Fariz.

Kita akan ke utara..Heiloo! Fariz senyum. Muka Felisha sudah berkerut seribu. Blur!

Err..bukan ke nama hotel kita Tulip Garden Felisha jenguk ke arah luar tingkap tren. Pemandangan yang sungguh indah dan mendamaikan.

Ya sayang..bukan hotel tapi apartment. Nanti bila sampai sana, kita boleh tengok ladang tulip, limmen dan ada juga pantai. Beria Fariz

menerangkan suasana di sana. Tempat yang menjadi kenangannya masa menjadi pelajar dulu. Di situlah dia, Ojak dan Adi menghabiskan masa menikmati keindahan panorama di negera yang terkenal dengan bunga tulip dan kincir angin itu.

Felisha hanya angguk-angguk. Fariz hanya senyum melihat Felisha yang asyik memandang ke arah luar tingkap. Memang kenalah dengan musim panas di mana bunga tulip mula berkembang cantik.

Suka tak Fariz duduk dekat dengan Felisha. Bahu Felisha dirangkul mesra.

Felisha berpaling dan mengangguk. Matanya menala semula ke arah luar tingkap.

Sekejap lagi kita kena tukar tren di stesen Sloterdijk. Fariz turut melihat keluar tingkap. Rasa tenang bila melihat Felisha membiarkan saja bahunya dirangkul begitu.

Sepanjang perjalanan Fariz hanya memerhati tingkah Felisha yang teruja dari tadi.

TIBA di Tulip Garden apartment, mereka mula menikmati makanan yang dibawa dari Malaysia. Dari pengalaman dulu, memang susah mendapatkan makanan halal di Holland.

Lepas ni kita naik basikal. Cycling around here. Pandai tak bawa basikal Usik Fariz.

Mestilah pandai! Felisha mencebik. Huh! Ingat aku ni hulu sangat ke

Kalau tak, awak duduk je belakang saya nanti. Fariz gelak.

Felisha mencebik lagi.Err..bila kita nak pergi ladang tulip

Esok!

Felisha hanya angguk. Selepas mengisi perut, mereka mula menikmati udara nyaman dengan berbasikal sekitar kawasan itu.

Malam itu, usai solat berjemaah dan membaca al Quran bersama, mereka menikmati makan malam dengan memasak nasi dan sardin yang turut dibawa dari Malaysia.

Hmmsedap pulak sardin ni. Fariz senyum. Matanya melirik pada Felisha yang tunduk dari tadi.

Alah..setakat sardin tu, memanglah sedap. Tinggal nak panaskan je. Felisha senyum dan mula mengemas.

Fariz hanya memerhati Felisha mengemas. Perasaannya membuak-buak tika ini. Perlahan dia merapati Felisha yang duduk di birai katil.

Dah bersedia Fariz kenyit mata.

Felisha menelan liur. Renungan Fariz nyata menembusi setiap ruang dan urat jantungnya.

Err Felisha tunduk. Tubuhnya sudah dipeluk erat. Tak berani mengangkat muka memandang Fariz yang semakin erat memeluknya.

Boleh tak

Felisha masih diam. Dia kena juga serah diri. Itu janjinya pada Fariz dulu dan itu juga tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Fariz mengusap pipi Felisha yang sudah kemerahan. Dagu Felisha diangkat sedikit sehingga terdongak. Bibir mungil itu dikucup lembut.

Err..awaksebelum tu..saya nak awak buat sesuatu untuk saya, boleh Felisha lepaskan pelukan Fariz.

Apa dia

Tu! Saya nak awak makan sampai habis! Felisha tuding ke arah sejambak bunga ros merah jambu segar di dalam pasu.

Hah Semua tu Fariz menelan liur.

Felisha angguk.

Baiklah! Fariz menapak ke meja kecil. Sekuntum bunga ros diambil dan mula mengunyah perlahan.

Felisha ketawa mengekek melihat tingkah Fariz yang benar-benar melakukannya.

Awaksaya gurau je la.. Felisha ketawa lagi.

Oh..nanti! Siap awak! Fariz kejar Felisha.

Awak..dah la. Penat dah ni.. Tercungap-cungap Felisha menahan mengah. Dia rebahkan diri ke atas katil.

Kita solat dulu.Fariz jeling Felisha di atas katil.

Kan dah solat jemaah tadi. Dahi Felisha berkerut. Solat apa pulak lagi Tahajjud Tidur pun belum lagi.

Sebelum bersama..elok kita tunaikan solat sunat dulu..tak gitu wahai isteri tersayang Fariz kenyit mata.

Bersama Felisha menelan liur. Hampir terlupa itu malam pertama mereka. Aduih

Felisha hanya pandang Fariz yang sudah ke bilik air mengambil wudhuk. Selesai berwudhuk, Fariz mula bentangkan dua sejadah.

Awak tak nak solat ke Tegur Fariz, Felisha masih membatu di atas katil.

Perlahan Felisha menapak ke bilik air. Faham dengan tenungan Fariz tadi.

Usai solat, mereka sama-sama berdoa. Perlahan Fariz meletakkan tangan kanannya di atas ubun Felisha.

Err..awak nak buat apa ni Felisha sudah keliru. Takkan baca doa macam hari nikah tu.

Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami Fariz melafazkan doa.

Felisha tunduk.

Fariz senyum. Kupiah diletakkan di atas meja kecil. Sejadah dilipat dan diletakkan dalam laci meja sebelah meja tv. Felisha turut melipat telekung dan melipat sejadah.

Emm..dah bersedia Fariz senyum penuh makna.

Err.. Felisha tunduk. Muka sudah blushing!

Perlahan Fariz mendakap Felisha. Rambut Felisha dibelai lembut. Bimbang Felisha jadi fobia kalau bertindak kasar. Berhati-hati Fariz membelai.

Dahi dan kening dikucup lembut.

Felisha hanya membiarkan Fariz berbuat begitu. Fariz berhak.

FARIZ baring kepenatan. Dia jeling Felisha yang hanya berselimut menutupi tubuh gebunya, nyenyak di sebelah berbantalkan lengan kirinya. Dia tersenyum puas. Perlahan dia pejam mata. Rasa puas sangat!

FELISHA angkat tangan Fariz yang melingkar pinggangnya. Dia bangun perlahan dan duduk bersandar di kepala katil. Matanya menala ke arah Fariz yang lena tidur. Pijama warna merah hati dipakai menutupi tubuhnya. Felisha menekup muka di kepala lutut. Kedua tangannya mendakap erat kedua betis. Air mata mengalir perlahan membasahi pipi. Betapa selama ini dia begitu mendambakan lelaki di sebelahnya. Betapa selama ini dia menjaga maruahnya untuk lelaki ini.

Sha..kenapa menangis ni Fariz usap rambut Felisha. Dia capai seluar yang berlonggok atas lantai dan dipakai semula.

Felisha mendongak seketika. Rupanya Fariz belum lena. Dia kembali menekup muka.

Sha..kenapa ni sayang Abang ada buat benda salah ke Fariz sudah gelabah. Felisha masih menekup muka sambil menangis. Adoih! Apa aku nak buat ni Takkan dia menangis sebab aku dah menikmati tubuh dia tadi Dia juga yang rela hati serah diri. Aku tak paksa.

Sayang..cakap la. Abang buat salah ke Atau abang dah terkasar ke tadi Fariz semakin menggelabah. Mana tahu dia gelojoh ke apa ke. Risau, fobia Felisha masih ada. Trauma Felisha masih belum hilang.

Felisha menggeleng. Muka masih ditekup ke lutut.

Habis tu Sharasa sakit ke Fariz menelan liur. Malam pertama macam tu, mana tahu dia gelojoh tak ingat!

Felisha mendongak. Wajah Fariz ditatap lembut. Kedua tapak tangannya melekat pada kedua pipi Fariz.

Abang..Sha rasa terharu dan bersyukur. Setelah apa yang terjadi selama ni, Sha pertahankan maruah Sha..Im still virginjust for you and only you deserve it, my dear hubbymy lovely Mr. Baseball cap.. Ciuman mesra singgah di pipi Fariz.

Fariz terkedu. Mr. Baseball Cap

Apa maksud Sha

Felisha tidak menjawab. Dia peluk erat tubuh Fariz. Sekali lagi mereka menikmati malam itu dengan penuh kasih sayang.

SEAWAL sembilan pagi, Fariz dan Felisha mengunjungi ladang tulip. Bunga tulip berkembang segar. Memang selalunya bunga itu mula berkembang di hujung bulan Mac dan akhir bulan Mei.

Subhanallah! Cantiknya! Felisha terpegun melihat keindahan bunga tulip yang bermacam-macam warna. Ada pink, merah, jingga, kuning, putih, ungu. Berwarna-warni.

Bunga ni akan cantik berkembang pertengahan April nanti. Start dengan bunga crocus, kemudian bunga daffodils dan hyacinths mula berkembang. Akhir sekali bunga tulip, macam sekarang ni. Tulips show off their glorious colors. Fariz turut melihat pemandangan yang cukup indah di depan matanya.

Felisha masih asyik melihat bunga tulip berkembang.

Hmm..kalau kita ke Keukenhof, bunga tulip lagi cantik dan banyak. Fariz peluk Felisha yang masih ternganga melihat bunga-bunga tulip yang berwarna warni.

Keukenhof Dekat tak Kita pergi nak Felisha sudah teruja.

Fariz senyum. Haihnilah kalau dah minat bunga. Nikah dengan minah bunga terpaksalah ikut rentak dia..

Boleh tak Felisha memujuk.

Fariz angguk. Lepas pergi Keukenhof nanti, kita pergi pulak ke Flora Holland di Aalsmeer, tempat lelongan bunga terbesar di dunia. Kat situ, bunga dari seluruh dunia dilelong di situ. Lepas tu kita ke Leiden.

Felisha hanya mengangguk. Senyuman lebar meniti di bibir. Seronok!

Sayangthanks.. Fariz genggam erat tangan Felisha menelusuri ladang tulip yang berkembang indah.

Untuk apa

For everything! Fariz senyum. Dia kucup dahi Felisha.

Felisha tunduk.

KEUKENHOF. Bandar yang terletak di Kota Lisse, sebelah selatan Belanda. Bandar yang mendapat jolokan The Garden of Europe! Fariz dan Felisha mula meredah sekitar bandar dan menikmati bunga tulip yang berbagai warna. Habis bergambar di situ dan membeli beberapa cenderahati, mereka pergi pula ke Aalsmeer, Leiden dan Kinderdijk yang terletak di Rotterdam, melihat terusan kecil dan kincir angin di sana.

Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah! Felisha kagum dengan pemandangan hijau, dengan kincir angin dan ada terusan kecil yang menghubungkan kincir angin.

Kat sini selain bunga tulip, kincir angin pun jadi tarikan pelancong kat sini. Ada terusan. This place is one of the tourist attractions kat Holland ni tapi kat Holland ni canal is everywhere! You can see people here cycling everywhere, macam kita pergi bandar Leeuwarden semalam. Fariz menambah.

Felisha angguk-angguk.

Bandar di Holland semuanya bersih tapi satu je tabiat orang Belanda ni, mereka tak pernah buka kasut atau sandal walaupun nak masuk bilik air. Kadang-kadang tu guna kasut yang sama. Dah la tu, baju pun tak pernah bersterika. Rata-rata orang Belanda suka macam tu. Pakai baju berkedut. Fariz gelak.

Ya ke Felisha tak percaya. Entah-entah dia tipu aku. Mentang-mentanglah aku pertama kali jejak kaki di bumi Belanda ni. Satu hapa pun tak faham orang Belanda cakap. Pakai angguk geleng je bila bercakap.

Fariz sengih. Bini aku ni mudah sangat percaya kata aku.

Grapje!! Fariz ketawa mengekek.

Hah Grapje Felisha jeling Fariz. Dia buat dah..cakap bahasa Belanda la pulak!

Just kidding! Fariz sengih.

Ohabang ni! Felisha tumbuk bahu Fariz. Nak kelentong aku la tu!

Betul apa Baju tak bergosok! Kan sejuk, gosok macam mana sekalipun, siapa yang nak tengok kalau dah banyak lapis pakai! Fariz gelak lagi.

Sekali lagi bahu Fariz jadi mangsa tumbukan Felisha.

Cantiknya kasut tu! Felisha tuding ke arah susunan kasut kayu di salah sebuah kedai cenderahati yang terdapat di situ. Pekerja di situ sedang leka mengukir kayu membentuk sepasang kasut.

Yang ni lagi cantik! Fariz capai sekuntum bunga tulip yang juga diperbuat daripada kayu.

Ya la! Felisha sudah teruja. Dia capai tiga kuntum bunga tulip kayu dan menyuruh pekerja di situ mengukir namanya dan Fariz.

Aik! Sha pun dah tiru abang Fariz senyum.

Dulu tulip kristal, sekarang ni kayu la pulak! Unik apa! Felisha turut senyum.

Ik hou van jou! Fariz cium pipi Felisha.

Erk! Felisha berkerut kening. Makna apa pulak ni

Apa tu

Cari sendiri!Fariz senyum lagi.

Felisha muncung. Nak buka kamus atau google memang malas la aku!

Okey lamaknanya I love you! Fariz mengalah.

Mereka berdua turut membeli cenderahati lain untuk dibawa pulang dan hadiah untuk keluarga masing-masing.

Sayang, thanks! Felisha cium pipi Fariz a.k.a Mr. Baseball cap.

Hmm..malam ni last kita kat sini. Boleh bulan madu lagi tak Usik Fariz.

Felisha tunduk malu.

DI KLIA, Fakrul sudah sedia menunggu Fariz dan Felisha di balai ketibaan.

Wah! Pasangan honeymoon ni dah makin berseri nampak Usik Fakrul.

Fariz hanya senyum sambil mata melirik pada Felisha yang sudah kemerahan pipinya. Mereka bertiga mula menaiki kereta menuju ke ibu kota.

Kita singgah makan dulu!Fariz jeling Fakrul yang masih memandu.

Alah..makan kat rumah je. Mama dah siap masak tu. Fakrul jeling pula Felisha di tempat duduk belakang. Dah tersandar di kerusi. Terlentuk-lentuk. Penat la tu.

Kereta meluncur laju menuju ke Damansara Heights. Tiba di laman rumah, Puan Bainun dan Puan Suraya sudah tersenyum di anjung.

Eh..mama pun ada sama Ada kenduri ke Fariz panjangkan leher melihat kelibat mama dan mentuanya.

Ya la..kenduri sambut dua benda. Pertama sambut orang balik dari honey moon. Kedua, sambut cucu pertama mama. Fakrul senyum meleret.

Anak sedara Sha dah ada Felisha sudah teruja. Dia terus keluar dari perut kereta. Meluru dia menapak ke ruang tamu. Sempat mencium tangan mama dan mentuanya.

Tengoklah tu! Macam budak-budak! Fakrul sengih.

Mereka sekeluarga menikmati juadah tengah hari bersama-sama. Banyak kisah menarik semasa di Holland menjadi topik perbualan.

Alah..adik nak pergi jugak! Alia mencebik.

Kalau nak pergi, kenalah cari suami dulu. Fariz mengusik.

Takkan nak pergi Holland pun kena bersuami dulu Undang-undang apa macam ni Alia merengus. Buat muka merajuk.

Itu undang-undang abang! Lagi baik ada suami di sisi walau ke mana pun Alia pergi. Fariz jeling pula Felisha yang asyik meratah ayam goreng berempah. Nampak sangat tak tengok kiri kanan.

Dah la tu. Makan. Puan Suraya meredakan keadaan.

DI TEPI kolam ikan, Fakrul mendekati Fariz yang mengambil angin petang.

Jauh mengelamun! Fakrul menepuk bahu Fariz.

Eh..mana ada. Fariz lontar makanan ikan ke dalam kolam.

Ni..bila aku nak dapat anak sedara niUsik Fakrul.

Kau ni..aku baru je nikah..

Eh..time ni la nak kena berusaha. Orang kata apa..tengah hangat berasmara!Fakrul sengih. Sengaja usik Fariz.

Fariz diam. Mana nak dapat cepat, baru dua tiga hari ni je aku dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai suami.

Hah..kau kata nak beritahu aku pasal gadis misteri tu bila aku balik. Fariz cepat-cepat ubah topik.

Betul kau nak tahu

Betullah! Fariz pandang Fakrul yang tersengih-sengih.

Sebenarnya perempuan tu adalah orang yang aku nak kenalkan dengan kau dulu. Fakrul mula berterus terang.

Maksud kau Fariz berkerut kening. Setahunya, Fakrul sibuk nak kenalkan adik dia pada aku.

Kau ni..pura-pura ke apa Fakrul sengih lagi.

Jadi maksud kaufoto ni adik kau Felisha Fariz menelan liur berkali-kali.

Fakrul angguk.

Ni foto Felisha masa dia tahun satu dulu. Aku sengaja suruh dia pakai macam tu. Penampilan dia macam tu sebab aku tak nak pelajar lelaki kacau adik aku. Tak sangka pulak kau yang tersangkut kat adik aku tu.. Fakrul gelak kecil.

Abang!

Serentak Fariz dan Fakrul berpaling. Felisha sudah menapak ke arah mereka.

Mama panggil. Minuman petang dah siap. Ada lepat pisang dan bingka ubi. Felisha duduk sebelah Fariz.

Fariz pandang Felisha tidak berkelip.

Kenapa abang pandang Sha macam tu Felisha berkerut kening.

Fakrul sambar telefon dari tangan Fariz. Foto di dalam telefon bimbit itu ditunjukkan kepada Felisha.

Eh..macam mana gambar Sha ada kat sini Felisha makin keliru.

Mata Fariz menala pada Fakrul. Fakrul senyum lebar.

Err..jadi ni foto Sha Fariz pandang pula Felisha yang turut keliru.

Felisha angguk. Macam mana foto Sha ada kat sini Abang..snap gambar Sha ke

Fariz angguk. Terkesima saat mengetahui siapa sebenarnya Ms. Specky yang dicari selama ini.

Ohjadi selama ni abang curi skodeng Sha la Felisha tumbuk bahu Fariz.

Fakrul gelak sakan. Gelagat Fariz dan Felisha sudah macam budak-budak. Felisha kejar Fariz keliling taman di halaman rumah. Fakrul pula menapak ke ruang tamu.

Shadah la tu. Abang dah tak larat nak lari ni. Tercungap-cungap Fariz menahan mengah.

Tak aci..tapi tak sangka ya..rupanya kita sama. Felisha tunjuk pula foto yang disimpan kemas dalam galeri foto telefon bimbitnya kepada Fariz.

Terkedu Fariz melihat foto dirinya yang berambut panjang dan bertopi baseball. Baju dan seluar jeans lusuh yang dipakai seperti dalam foto tu masih disimpan sampai sekarang. Patutlah malam tu Felisha sebut Mr. Baseball Cap!

Jadi..Sha pun minat kat abang Fariz mengamati fotonya sendiri.

Sejak Sha terpandang abang duluerr..maksud Sha, masa di kampus dulu, hati Sha kata, nilah lelaki yang akan jadi suami Sha suatu hari nanti.

Tak sangka orang tu adalah abang. Setiap kali selepas solat, Sha selalu berdoa agar ditemukan jodoh dengan Mr. Baseball cap tu.. Felisha juga berterus terang. Tak sangka akhirnya aku dilamar Mr. Baseball Cap.

Fariz peluk Felisha. Terbayang kembali kehidupan di kampus dulu. Akhirnya aku memiliki Ms. Specky!

Benarlah jodoh rahsia Allah.