Dude! I'm Getting Married - 48
BAB 48

SERI pandang ikan koi dalam kolam yang dikeliling pokok hijau renek. Ikan koi yang seronok berenang ke sana ke mari dipandang tak berkelip. Emmseronok kau ikan. Tak payah fikir soal hati. Kau fikir nak makan je

Seri bingkas bangun. Dia duduk pula di gazebo di sudut laman. Pandangannya dilempar jauh ke arah taman bunga orkid dan ros yang dijaga rapi oleh mama.

Apa yang anak ma menungkan ni Datin Rubiha mendekati Seri.

Eh..ma, bi..bila ma sampai Seri dah tergagap-gagap.

Tu la..mengelamun sampai nak tembus dinding pagar tu. Buat apa kat sini sorang-sorang

Err..tak ada apalah ma. Saja nak ambik angin petang. Hari ni kan cuti. Seri senyum kelat. Otaknya masih ligat berfikir kata-kata Jai minggu lepas.

Macam mana pergi Port Dickson Best Mama sengih.

Seri senyum hambar. Apa yang bestnya Ingatkan berdua dengan Acik je, alih-alih Jai pun ada sama. Aku yang suka berendam dalam laut ni, terpaksalah aku pendamkan je

niat tu. Nanti tak pasal-pasal aku tayang wayang free bagi Jai tengok aku seksi dengan pakaian basah!

Ma tanya nimacam tak suka je

Seri dongak. Tak adalah ma. Spoil mood Ucu ni.

Kenapa

Tak ada apalah. Oh ya ma! Abang pergi mana pagi-pagi dah keluar Seri teringat, lepas sarapan pagi tadi, Acik tergesa-gesa

menaiki kereta. Entah ke mana dia menghilang sampai sekarang pun belum balik lagi.

Entah! Katanya nak jumpa kawan. Penting. Dia kata ni soal hidup dan mati. Mama berkata selamba.

Hah Soal hidup dan mati Seri tercengang.

Mama angguk.

Seri berkerut kening. Apa kena dengan abang aku ni Masa di PD pun, dia serius je dengan Jai. Macam ada masalah besar!

Ucu fikir apa sampai dah berkedut dahi tu

Err..tak ada apa la ma.

Ucu nidari tadi, asyik tak ada apa je. Ada masalah ke Mama pegang bahu Seri.

Eh..mana ada masalah.. Seri dah tergagap-gagap.

Kalau ada masalah, cakap dengan ma. Mana tahu ma boleh tolong

Seri tunduk. Entahlahhidup ni dah rasa hambar. Tawar.

Emm..atau..Ucu masih fikir tentang Farid

Seri pantas mendongak. Apa mama aku cakap ni Koci tu aku dah buang dari hidup aku! Dahlah buat malukan keluarga semua!

AtauUcu fikir pasal bekas tunang Ucu yang pertama dulu tu Mama mengagak.

Hah Seri menelan liur. Kenapa mama tiba-tiba je cakap pasal Jai ni

Ma bukan apa. Tak sangka kawan Acik tu, rupanya bekas tunang Ucu dulu. Ma dapat tahu pun, masa semua keluarga berkumpul berbincang pasal kes Farid dan Salina dulu. Ma tergamam la jugak bila jumpa semula keluarga Muzaffar dan Aishah. Tak sangka, Jai kawan Acik tu rupanya anak bujang mereka. Patutlah masa hari jadi Ucu dulu, ma macam kenal je dia. Mama meluahkan rasa hati.

Kenapa ma tiba-tiba ungkit hal ni Seri jeling mama yang dah merenung jauh bunga-bunga yang berkembang cantik di taman.

Kalaulah Jai tu nakkan Ucu ni..dah lama ma berbesan dengan mereka.. Suara mama lemah.

Seri turut tunduk. Sebak. Dah jelas, aku je yang terhegeh-hegeh kat Jai tu. Jai tak ada sekelumit pun perasaan kat aku. Ya Allahmacam ni ke rasa orang yang cintanya hanya sebelah pihak Kecewa yang amat!

Dah la ma..dia tak suka kat Ucu, buat apa Ucu nak terhegeh lagi kat dia. Ucu kan perempuan.. Seri semakin tunduk.

Tapi ma perasan masa tu, Jai tu duk tenung je Ucu. Ada apa-apa ke Mama mengusik.

Bila dia tenung Dia buat dek je ma! Seri muncung.

Hmm..ma rasa korang berdua ni ada something yang cuba disorokkan.. Usik mama lagi.

Seri diam. Dah tak ada gunanya.

Ha..dah balik pun anak bujang ma!

Seri dongak ke arah pintu pagar. Kereta BMW hitam Acik dah mula memasuki laman rumah. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. 6.30 petang. Mana abang aku ni pergi Waktu macam ni baru nampak batang hidung

Datin Rubiha senyum melihat Acik menapak ke arah mereka.

Ma.. Acik cium tangan mama. Dia jeling Seri sebelah mama. Huh! Masamnya adik aku ni! Ada yang tak kena ke

Ma..kenapa tu Acik muncungkan mulut ke arah Seri.

Alahmerajuk.. Mama kenyit mata.

Seri ketap bibir. Abang aku ni, sibuk je hal orang!

Merajuk Pasal apa Dengan siapa Acik melabuhkan punggung di sebelah mama.

Entahlahkawan Acik tu yang buat dia macam tu.. Mama jeling Seri yang dah tunduk.

Siapa Jai ke Acik sengih.

Mama turut senyum.

Tu la..tak lama lagi nak puasa. Tak baik Ucu merajuk macam tu. Minta maaf sebelum Jai tu pergi. Acik pangku silang kaki.

Seri jeling Acik. Buat apa nak minta maaf bagai! Aku bukan salah apa pun pada Jai! Haish!

Pergi Mama tercengang.

Acik angguk.

Seri turut mendongak. Pergi mana Masa di PD pun Jai asyik cakap nak pergi jauh dari aku. Ada apa-apa ke

Apa maksud Acik ni Mama tanya lagi.

Lepas raya nanti, Jai akan berangkat ke UK, sambung belajar di sana Acik berkata tanpa nada perasaan. Bermakna dia pun akan kesunyian. Koci pun dah nikah.

Berapa lama

Acik pandang mama. Ehmama aku ni, dia pulak yang teruja. Seri buat dek je. Matanya beralih pula pada Seri.

Tiga tahun..

Seri masih diam membisu. Patutlah dia kata nak pergi jauh. Kenapa sambung belajar sampai ke UK Kat Malaysia ni kan banyak universiti yang menawarkan master ataupun Phd. Memang sah, Jai sengaja nak jauhkan diri dari aku!

Acik senyum. Faham maksud kata-kata mama tadi.

Entahlah ma..ada orang tu jual mahal. Kononnya tak nak berlaku kali ketiga. Yalah..asyik bertunang je..nikah tak jugak. Kali ni ma, kalau ada orang masuk meminang, terus nikahkan je ma! Tak payah tunang-tunang ni! Selesai masalah! Acik sengih. Sempat kenyit mata pada mama.

Hmm..betul tu. Semalam, ada kawan lama ma tanya..dia ada anak bujang yang baru habis belajar di Amerika. Dah sampai Phd. Sekarang ni dah kerja kat Sime Darby. Kawan ma tu suka kat Ucu ni. Mama senyum.

Seri menelan liur. Siapa pulak la niaku dah la merajuk dengan Jai. Ni nak tambah masalah lagi!

Mak je yang suka Ucu, anak Seri akhirnya bersuara.

Itusebab Ucu belum kenal. Kalau Ucu nak kenal-kenal dulu, ma boleh aturkan. Mama dah teruja.

Alah mahati Ucu ni dah bagi kat orang lain. Tengok masa bertunang dengan Koci dulu, kesian Koci tu. Makan hati berulam jantung. Nasib baik tak jadi kerabu jantung hati! Acik sindir Seri.

Seri diam. Memang hati aku untuk Jai. Untuk Jai sorang!

Macam nilah ma. Kalau anak kawan ma tu berkenan, kita langsungkan je pernikahan ni. Nak tunggu orang tu setuju, sampai jadi anak dara tualah dia tu! Sekali lagi Acik kerling Seri.

Hish! Mana aci! Ni dah paksa namanya! Seri membentak.

Habis tu! Tak nak berbaik dengan Jai Acik jeling tajam ke arah Seri.

Seri diam.

Oh ya! Acik keluar pagi-pagi sampai sekarang baru balik ni, Acik pergi mana Mama mula tukar topik. Dari tadi muka Seri dah berubah rona. Dah merah! Bukan pink lagi dah!

Jumpa kawan.. Suara Acik lemah.

Lemah je cakap tu..siapa

Entahlah ma..ada makwe pun..macam tu la pulak. Acik dah tawar hati la ma Acik tunduk.

Seri pantas pandang ke arah Acik. Kenapa dengan abang aku ni Merajuk dengan Ojie ke

Kenapa pulak ni Cuba cerita dengan ma.. Mama pegang bahu Acik.

Sebelum tu..abang nak tanya Ucu ni, Ucu dah berapa lama kenal dengan Ojie tuAcik pandang Seri.

Kenapa Seri berkerut kening.

Jawab je la! Acik ketap bibir.

Dua tahun. Mata Seri masih menala ke arah Acik. Apa hal abang aku ni Baru sekarang nak tanya pasal Ojie itu ini!

Jadi..Ucu tak betul-betul kenal dia la

Err..dia tu sekelas dengan Ucu. Nak kata rapat tu..taklah sangat. Kenapa Seri tak puas hati.

Dia asal mana Sekali lagi Acik tanya.

Kota Bharu.

Ucu tahu ke dia tinggal dengan siapa sepanjang dia belajar di UM dulu

Seri pandang Acik tak berkelip. Apa kena abang aku ni Dah macam polis pulak!

Setahu Ucu, Ojie tu tinggal di rumah sewa dengan kawan dia di Puchong.

Hmm

Seri jeling Acik. Ni mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Aku mesti korek!

Errkenapa abang tiba-tiba rasa macam tu Seri beralih tempat. Dia duduk rapat dengan Acik. Mama dah jeling semacam.

Rasa apa

Tanya pulak! Tadikan abang cakap abang dah rasa tawar hati kat Ojie tu! Seri tumbuk bahu Acik.

Acik mengaduh kecil. Adik aku ni, tak sah kalau tak tumbuk aku! Ingat aku ni punching bag dia ke

Entahlah Ucubila abang fikir balik, abang tak sesuai la dengan dia. Betul kata Jai. Abang juga berhak pilih calon isteri yang terbaik untuk abang. Sebelum abang lafaz Aku terima Nikahnya, abang nak jadi yang terbaik dan bakal isteri abang jugak adalah yang terbaik untuk abang.

Jadi, abang rasa abang dah salah pilih. Abang lebihkan perasaan cinta ni dari akhlak. Acik meluahkan apa yang dirasa.

Apa maksud abang Seri dah bingung.

Abang tak sesuai dengan Ojie. Jiwa abang tak sama dengan dia. Abang tengok, dia tak kisah bertepuk bertampar dengan lelaki. Bersentuh lelaki dan perempuan bukan mahram tu kan berdosa selagi tak ada ikatan yang sah. Acik berterus terang.

Tapi..Ucu tengok Ojie tu tak ada la sosial sangat. Kalau setakat berkawan dengan lelaki tu, biasalah. Ya la..kadang-kadang Ojie tu terover sikit. Pegang-pegang tangan lelaki tu dah biasa tapi dia masih jaga diri. Seri pertahankan Ojie.

Tapi abang tak boleh terima. Kalau yang tu dibiasakan, bermakna dia susah tinggalkan sedangkan benda kecik macam tulah yang akan menjadi pemula benda yang besar. Acik pandang Seri yang masih tak puas hati. Dia perlu berhati-hati bercakap denpan Seri. Faham kalau Seri pertahankan kawannya.

Emm..memang betul apa yang abang cakap tu tapi Ucu rasa mesti ada sesuatu yang abang sorokkan dari Ucu. Kalau pasal tu saja, Ucu rasa abang tak boleh buat keputusan macam tu. Ojie dah banyak berubah dan kalau abang bimbing dia menjadi perempuan solehah, insya-Allah pahala besar menanti abang kelak. Bukannya menilai seseorang tu dengan melihat kisah silam dia. Hati manusia ni boleh berubah la bang. Seri masih pertahankan Ojie.

Acik diam seketika. Seri ni tahu ke kisah silam Ojie

Acikmaaf ma nak mencelah sikit. Apa yang Ucu cakap tu betul. Jangan jadikan kisah silam orang tu sebagai ukuran untuk kita menuduh dia tak baik. Kita tak tahu kesudahan hidup kita. Banyak yang berlaku di dunia ni, orang tu sebelumnya memang sangat jahat tapi pengakhiran hidupnya, subhanallahmati syahid. Ada juga yang alim tapi berpura-pura, riak dan sebagainya. Bukan kita nak menghukum orang, yang penting didik hati kita dulu. Mama pegang lembut tangan Acik.

Acik tunduk. Maaf ma..mungkin Acik dah salah faham. Acik bukan nak menghukum. Tak salah kalau Acik nak yang terbaik untuk Acik.

Betul tapi jangan menuduh orang sembarangan. Kita sendiri pun belum tentu sempurna. Mama menambah.

Seri turut angguk.

Dah la tu..kalau ada jodoh nanti, Acik bimbinglah Ojie tu menjadi seorang isteri yang solehah. Besar pahalanya. Ma doakan Acik bahagia. Ucu pun sama, kalau ada jodoh dengan Jai, ma lagi suka. Jai tu banyak ilmu agamanya macam ayah dia.. Mama tunduk.

Seri pandang mama. Ada riak sugul di wajah tua tu. Teringat bekas kekasih ke Seri senyum.

Acik sokong! Jadi, Ucu kena minta maaf dengan Jai. Jangan menyesal pulak kalau Jai tu pilih orang lain! Acik sengaja ugut Seri.

Seri tumbuk bahu Acik sekali lagi.

Mama sekali lagi jeling. Haih..aku kena beritahu hal sebenar ni.

SERI termenung di birai katil di dalam bilik. Otaknya ligat berfikir soal Ojie dan Acik. Tiba-tiba Acik mengungkit akhlak dan perangai Ojie. Dulu, tak pernah dia ambil tahu semua tu.

Hairan aku..kenapa tiba-tiba abang aku tu macam tu Seri sandar di hujung kepala katil.

Album di atas almari dicapai perlahan. Satu persatu foto kenangan bersama Ojie masa zaman belajar di universiti dulu diperhatikan. Memang Ojie seorang yang peramah. Senang berkawan dan mudah memiliki kawan walaupun kenal hanya sehari.

Apa yang tak kena Seri garu kepala.

Album disimpan semula di tempat asal. Seri buka pula komputer riba. Laman sosial terkenal tu dibuka. Lama dia menatap profil Ojie. Tak ada yang ganjil pun.

Hmmhairan jugak aku. Seri menopang dagu. Mata masih melekat pada skrin komputer.

Baik aku check nama penuh Ojie kat FB ni..mana tahu dia ada akaun FB lain lagi. Laju jari Seri menaip nama penuh Ojie di ruangan search. Selama ni dia hanya tahu nama Ojie saja di laman muka buku tu.

Haihbanyak ni. Yang mana satu Seri periksa satu persatu, tak ada satu pun yang mempunyai latar belakang seperti Ojie.

Pening macam nikalau aku tanya Ojie sendiri..takkan dia nak mengaku. Seri dah buntu. Rambut yang ditocang dilepas bebas. Diirai dengan jemari halusnya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Seri menoleh. Masuk!

Ucu buat apa Mama senyum.

Oh ma..tak ada..saja tengok facebook jap. Ada apa ma Seri turut senyum.

Emm..dah solat maghrib Mama duduk di birai katil.

Seri angguk.

Ma nak tanya Ucu sikit tapi sebelum tu Ucu kena jawab dengan jujur.

Seri pandang mama tak berkelip. Mama aku ni dah macam Acik pulaksuka sangat cakap macam nak ugut bagai.

Ucu cintakan Jai

Seri tergamam. Mama aku ni mimpi apa malam tadi

Err..kenapa ma Seri dah gelabah.

Kalau betul Ucu suka, ma ingat nak sambung semula apa yang telah putus. Dari dulu lagi, ma suka budak tu. Dah lebih tujuh tahun ma tak jumpa dia. Tak sangka, dia kawan dan serumah dengan Acik. Dan lebih tak sangka, dia pernah jadi bos Ucu kan Mama senyum penuh makna.

Seri diam.

Sebenarnya ma dah perasan dulu, sejak kali pertama dia datang masa majlis hari jadi Ucu, ma dah berkenan. Rupanya dia anak kawan baik pa, Muzaffar. Mama tersenyum semakin lebar.

Tapi mabuat apa Ucu je yang terhegeh kat dia, dia tak pandang pun Ucu ni. Ucu tak nak bila nikah nanti, dia buat tak tahu je kat Ucu. Seri meluahkan apa yang dipendam selama ini.

Ucu pasti ke yang Jai tu tak suka pada Ucu

Seri diam. Dah jelas dan terang, tak payah suluh-suluh lagi dah. Jai tu dah macam ada emas dalam mulut dia tu! Cakap je lah..suka ke, tak suka ke, ni tidak! Cakap berputar-putar macam roller coaster tu!

Macam nilahsebelum Jai tu berangkat ke UK, ma ingat nat satukan Ucu dengan Jai tu.

Seri mendongak. Dia menelan liur. Bertunang Sekali lagi Oh! Tidak!!!

Ucu tak nak!!

Eh budak ni! Kata suka, kata cinta. Ni ma nak satukan orang yang Ucu suka pun tak nak Mama berkerut kening.

Ucu dah fobia dengan tunang tunang ni! Ucu tak nak!! Seri dah memberontak. Never!!

Siapa kata bertunang Ma nak nikahkan Ucu dengan Jai terus! Tak payah tunang-tunang bagai! Mama bingkas bangun.

Ma serius Seri dah terkedu.

Mama angguk.

Tapi ma..Ucu..Ucu..

Dah! Jai tu baik orangnya. Tu la..dulu gatal sangat nak putus. Bukannya nak suruh nikah terus, ma dan pa bagi masa lima tahun! Mama mula ungkit.

Bukan Ucu yang nak putus, dia yang nak putus! Buat apa Ucu nak teruskan kalau dia pun tak suka Ucu. Seri dah merajuk.

Tak kiralah siapa yang nak putuskan dulu, yang penting sekarang ni Ucu dan Jai, ma nak satukan semula. Mama berkeras.

Seri tunduk. Eii! Semuanya salah aku! Suka salah, tak suka pun salah! Habis apa yang betul Aduh! Pening macam ni!

Dah! Tak payah buat muka muncung macam tu! Atau..Ucu nak ma jodohkan dengan anak kawan ma yang baru balik dari Amerika tu Mama tenung Seri.

Tak nak!

Dah tu! Terimalah Jai tu. Betul kata Acik, Ucu kena minta maaf dengan Jai. Hujung minggu ni, ma cadang nak ajak Jai sekeluarga makan tengah hari rumah kita. Ucu jangan pulak pergi mana-mana. Mama bangun dan berlalu pergi.

Seri hanya pandang mama keluar dari biliknya dengan hati bengkak.

Tak ada bezanya. Dulu, aku yang tak suka Koci dan sekarang ni Jai yang tak suka aku. Lagi parah! Seri tekup muka dengan bantal.

Dari aku fikir pasal dia orang tu, baik aku jumpa Ojie. Tanya dia sendiri apa yang berlaku. Seri terus capai telefon bimbit.