Abstrak Cinta Aku & Dia - 48
BAB 48

The Nickys

PANDANGAN mata Amy terarah di tengah pentas. Senyuman terukir di bibir tanpa sedar. Sesekali, Amy turut menyanyi perlahan. Tidak sedar, ada sepasang mata memerhatikannya.

Amy...Tegur Hanif.

Amy menoleh ke arah Hanif.

Awak first time ke datang siniSoal Hanif.

Amy angguk.

Sebelum ni, awak tak pernah tengok Zack buat show

Hmmkalau kat kampung dulu, selalu jugak. Kat kampung dulu pun, Zack ada band sendiri. Ala yang jadi ahli pun sepupu saudara kita orang jugak. Saudara ramai...kan Kadang-kadang, orang jemput buat majlis di kenduri kahwin.Terang Amy panjang lebar.

Ohh Hanif terangguk-angguk.

Tapi, sejak masing-masing duduk KL ni, tak pernah pulak terniat nak datang tengok Zack buat show. Yalah, takut Zack kata, saya buang tabiat. Kita orang kan selalu gaduh. Tiba-tiba nak datang tengok dia buat show, apahal pulak kan

Hanif ketawa.

Awak selalu datang siniAmy menyoal kembali.

Dulu, banyak kali jugak. Sekarang taklah. Busy kerja.Jawab Hanif.

Amy senyum, matanya kembali ke arah pentas.

Memang dari dulu lagi, Zack suka melalak. Sambung Amy lalu tergelak sendiri.

Hanif angkat kening dan senyum kecil.

Dulu masa sekolah, saya selalu kutuk diaperasan nak jadi artis konon. Tapi, kalau ada talent-time ke apa ke kat sekolah, tak pernah pulak dia nak masuk. Dia cepat nervous.

Ada sekali tu, cikgu kita orang paksa dia masuk pertandingan Azan masa tingkatan dua. Beriya-iya dia tolak. Nervous punya pasal. Tapi cikgu paksa jugak. Nak tak nak, dia masuk. Menang nombor satu pulak tu

Amy bercerita kisah dan kenangan lama, satu demi satu. Kadang-kala, tergelak sendiri. Setiap kisah itu bagai terpahat kukuh dalam ingatan Amy.

Hanif mendengar dengan hati terbuka. Ada sesuatu yang bermain di kepala tetapi dibiarkan saja. Belum masanya untuk bertanya.

Kenapaduluawak tak pernah baik dengan ZackSoal Hanif apabila Amy habis celoteh.

Sebab Zackpoyo.Amy tergelak lagi. Macam bagus aje. Kalau bercakap dengan dia, tak pernah nak mengalah. Asyik dia aje betul

Hanif senyum.

Tapi sebenarnya, Zack taklah macam tu. Nampak macam poyo, tapi diabaik hati.Amy menyambung kata.

Hanif tidak menyahut. Matanya kekal merenung Amy yang kini memandang ke pentas. Masih lagi tidak menyedari yang dia sedang merenungnya.

Macam mana awak boleh kenal FaridHari ini, Hanif terasa ingin mengetahui lebih banyak tentang Amy lalu mengambil kesempatan itu untuk bertanyalagi dan lagi.

Oh Farid. Amy senyum kelat.

Ala awak, kenal-kenalmacam biasalah. Tapi adalah sikitunsur-unsur drama klise Amy gelak.

Awak ni, suka gelakkanHanif memotong ayat.

Amy menutup mulut, masih gelak membuatkan

Hanif turut tergelak sama. Cara Amy gelak, agak pelik tapi comel. Dalam diam, diaakui, dia suka melihat Amy begitu.

Masa tu, tayar kereta saya pancit. Saya niawak, bukanlah tak tahu nak tukar tayar kereta. Tapi nak angkat tayar kereta tu yang saya tak larat. Amy sambung cerita.

Alasan.Pintas Hanif.

Amy sambut dengan gelak buat kesekian kali.

Jadi, saya pun tercongoklah tepi jalan, tunggu kawan saya datang. Nak dijadikan dramadatanglah mamat ni. Konon-konon herolah, tolong saya tukar tayar segala. Nak dijadikan cerita jugak, kita orang pun tukar-tukarlah nombor telefon. Dari situlah.kenal. Lepas tubercinta. Lepas tu...bergaduh. Lepas tuputus. Habis cerita.

Hanif senyum penuh makna. Iya ke..dah habis cerita Kalau dah habis cerita, tak adalah awak suruh saya berlakon jadi boyfriend awakkan

Amy mengemam bibir, sembunyi senyum segan. Awak tak kisah ke

Tak kisah apa

Jadi boyfriend saya

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Kalau awak pun sudi jadi girlfriend saya, apa salahnya

Amy gigit bibir. Sedar tersalah cakap. Perkataan berlakon tertinggal.

Hanif ketawa melihat Amy.

Zack datang menyertai mereka. Botol air mineral dibuka lalu dituangkan ke dalam gelas. Kalau dulu, ada yang tolong tuang, sekarang kena tuang sendiri. Dia sengih, teringatkan Kate tiba-tiba. Hanif dan Amy duduk di tempat yang sama dengan Kate dahulu. Dia angkat muka. Amy sedang memandang ke arahnya.

Kau kenapa Soal Zack.

Kenapaapa Amy menjawab dengan soalan.

Kenapa kau tengok aku macam tu

Mata aku, suka akulah.Yang kau tiba-tiba senyum sorang-sorang, kenapa

Mulut aku, suka akulah.

Amy memutarkan biji mata. Poyo!

Zack buka mulut mahu membalas kata tetapi apabila terpandangkan Hanif, dia segera mematikan niat lalu tergelak sendiri.

Sorrylah Nep. Dah jadi habit. Kalau tak gaduh dengan Amy, tak bolehlah. Tak lengkap rasanya Ujar Zack lalu meneguk lagi air mineral.

Amy geleng. Dalam diam, dia tersenyum sendiri. Dalam diam, dia memandang Zack lama tanpa Zack sedari.

Dalam diam juga, Hanif memerhatikan Amy lagi tanpa Amy sedari. Membuat tafsiran sendiri dalam hati. Dia perasan satu perkara. Cara Amy memandang Zack, sepertinya ada sesuatu...sesuatu yang tak akan terungkap dengan kata-kata. Pandangan yang sama ketika di McDonald dulu. Pandangan yang sama ketika melihat Zack menyanyi di atas pentas tadi. Entah berapa lama Amy sudah memandang Zack dengan cara yang begitu, dia tak tahu. Tapi dia yakin, semestinya sudah lama. Bukan hari ini, bukan semalam. Bukan juga beberapa minggu lepas. Mungkin sudah bertahun dulu.

Hanif pandang pula pada Zack. Zack kelihatan selamba seperti biasa. Tidak sedar akan cara Amy memandangnya. Zack tidak sedarada seseorang yang sedang memendam rasa. Dia tarik nafas. Rasa dalam hatinya turut bercampur-baur. Setelah setahun membiarkan taman dalam hatinya kosong, baru kini terfikir untuk kembali menyemai bunga. Namun, antara perasaan sendiri dan perasaan sahabat, yang mana satu perlu diutama

Eh, apahal korang senyap aje niTegur Zack. Pelik melihat Amy dan Hanif mendiamkan diri.

Amy angkat bahu. Hanif senyum saja. Zack geleng.

KERETA yang dipandu Zack akhirnya sampai di Vista Tasik. Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 12 malam. Begitulah selalunya bila mereka keluar bertiga. Amy akan dihantar pulang dulu hingga ke pintu rumah.

KakFarid tak adalah.Zack bersuara. Tempat yang sering Farid jadikan tempat parkir keretanya kosong. Dia dah give up kot

Selama aku kenal Farid, tak adanya dia senang sangat nak give up macam tu aje.Jawab Amy. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Entah kenapa hatinya merasakan, Farid ada berdekatan. Dan entah kenapa dia merasakan, sesuatu yang buruk bakal berlaku. Farid tak pernah lagi bertindak di luar jangkaan. Tapi, itu tak bermakna Farid tak boleh bertindak begitu.

Zackaku rasa macam tak sedap hatilah. Amy menyuarakan kebimbangan.

Zack menoleh Amy di tempat duduk belakang, tak bersuara. Kemudian, dia pandang pula Hanif di sebelah tempat duduk pemandu, seolah-olah meminta pendapat.

Izah ada kat rumah keSoal Hanif.

Amy geleng. Dia fly pergi Sydney.

Hanif dan Zack berpandangan semula. Mungkin, Amy hanya terlalu bimbang maka dia berfikir seperti itu. Namun, kebimbangan Amy tak boleh dipandang ringan.

Macam nilah. Kita naik dulu. Lepas tu, awak periksa satu rumah. Kita orang tunggu. At least, kalau ada apa-apa. Kita orang ada.Cadang Hanif. Kalau tak ada apa-apa, kita orang baliklah.

Amy angguk perlahan.

Hanif membuka pintu kereta dituruti Amy di tempat duduk belakang. Zack masih tinggal di dalam kereta sementelah telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba. Sementara menantikan Zack menjawab panggilan, Amy dan Hanif berdiri di bahu jalan.

AmyTegur Hanif. Wajah risau Amy ditenung.

Amy angkat bahu. Nafas dilepas. Cuba halau risau dalam hati namun tak berjaya. Bukan sehari dua dia kenal Farid.

Tak ada apa-apa kotSambung Hanif.

Amy senyum kelat. Kemudian, keningnya berkerut. Teringatkan sesuatu. Telefon bimbit digagau dari dalam tas tangan. Tidak seperti biasa, hari ini tiada langsung panggilan mahupun mesej dari Farid sepanjang hari membawa ke malam. Bukanlah dia mengharapkan panggilan ataupun mesej dari Farid cuma perkara itu benar-benar mengundang bimbang.

Sepanjang hari ni, Farid tak call saya. Mesej pun tak ada

Hanif angkat kening. Itu perkara baik kepetanda tak baik Mungkin dia dah nampak awak keluar dengan saya, so dia pun fahamlah agaknyayang awak dah ada boyfriend baru

Amy angkat bahu lagi. Padanya, lebih mudah menaakul kesimpulan seandainya Farid menghantar mesej, contohnya seperti Saya harap awak bahagia atau Betul ke awak dah ada boyfriend baru. Hatta mesej berbunyi Boleh blahlah. Sekali aku petik jari, sepuluh yang datang tau sekalipun, dia sanggup terima. Bukan senyap seperti ini.

Bila Farid senyap, maknanya Farid merancang sesuatu. Ah, mungkin saja dia yang terlebih fikir. Mungkin dia yang terlalu risau. Mungkin juga Farid telah berputus asa apabila melihat kekerapannya keluar dengan lelaki lain.

Mungkinsaya yang risau bukan-bukan kot Ujar Amy.

Hanif senyum.

Selama awak bercinta dengan Farid, takkan awak tak perasan perangai Farid macam tu

Perasan.Akui Amy.

Farid memang jenis kuat cemburu. Saya cuba tolak-ansur. Ialah, dah sayangAmy senyum sumbing.

Sampai satu tahap tu, saya rasa cemburu Farid makin teruk. Dah macam penyakit. Saya tak dapat terima bila dia maki-hamun saya tak tentu pasal. Sebab itu, saya nekad. Saya mesti putuskan hubungan. Sampai bila saya nak makan hati dengan sikap dia Amy meluahkan rasa.

MasalahnyaAmy mengeluh. Farid tak faham bahasa. Saya tak faham kenapa dia tak boleh terima yang saya dah tak nak ada apa-apa lagi dengan dia. Saya ingatkan, bila dah putushidup saya makin tenang. Tapi tak. Farid macam orang gila talak.

Saya.eeeee rimas.

Entah-entah, betul cakap kawan saya. Sambung Amy.

Apa kawan awak cakap

Farid sebenarnya sakit jiwa.

Mungkin. Awak pernah dengar penyakit ROCD

Amy angkat kening.

Relationship Obsessive-Compulsive Disorder. Penyakit psikologi.Terang Hanif. Orang yang ada ROCD ni selalu rasa insecure dalam hubungan. Suka cari silap pasangan. Suka bersangka buruk dengan pasangan. Selalu terasa yang pasangan dia curang dengan orang lain. Sebab itu, orang yang ada ROCD ni cemburu dia melampau.

OhAmy terangguk-angguk.Awak rasa, Farid ada penyakit ni ke

Hanif senyum lagi. Saya cakap secara umum. Sama ada Farid ada penyakit ni ke tidak, saya tak tau. Saya bukan pakar psikologi.

Amy senyum.

PANGGILAN telefon ditamatkan. Telefon bimbit dimasukkan kembali dalam poket sebelah kiri. Zack mematikan enjin MyVinya. Baru saja dia hendak membuka pintu, terlihat kelibat seseorang berjalan laju melalui cermin pandang belakang. Semakin lama, semakin hampir.

Farid! Zack merengsa apabila menyedari siapa yang datang. Tambah bulat biji matanya apabila mendapati tangan Farid memegang sesuatu. Amy dan Hanif pula langsung tidak menyedari kehadiran Farid. Dia pantas keluar dari kereta.

Oi! Farid!Zack bersuara kuat. Jaraknya dengan Farid lebih kurang semeter. Suaranya menarik perhatian Amy dan Hanif lantas mereka berpaling.

Niat Farid untuk menghampiri Amy terhenti.

Zack bersedia dengan segala kemungkinan. Tak akan teragak-agak bertindak sekiranya Farid cuba mencederakan Amy atau Hanif.

Apa kau nak buat Zack menyoal garang.

Farid diam. Tangannya menggenggam kuat kunci stereng. Matanya mencerun tajam. Amy, Zack, Hanif dan kemudian, kembali pada Amy.

Amy cuak. Tanpa sedar, lengan Hanif dicengkam.

Farid semakin berang. Pertimbangannya semakin hilang. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa Amy memang sudah mempunyai teman lelaki baru.

Kau memang dasar perempuan tak guna, Amy! Maki-hamun terbit dari mulut Farid.

Amy tak membalas.

Sikap diam Amy menambahkan rasa sakit hati pada Farid. Pelbagai kata kesat dilontarkan pada Amy.

Zack panas hati apabila semakin banyak cacian keluar dari mulut Farid. Pantang baginya apabila keluarganya dihina begitu.

Kau jangan kurang ajar, Farid!

Tanpa amaran, kunci stereng dilibas. Farid pukul curi.

Zack tak sempat mengelak. Terasa otaknya bergegar. Mata berpinar. Rasa sakit mencucuk kepala sebelah kiri. Dia jatuh terduduk.

Tangan tekup kepala.

Woi!!

Terdengar satu jeritan. Itu suara Hanif, Zack tahu. Ayat berbalas kata. Tumbuk berbalas tendang. Dalam menahan sakit, dalam pandangan terang kabur, dia dapat melihat Hanif dan Farid beradu siapa handal.

Terdengar suara mengerang kuat. Zack yakin, bukan suara Hanif. Hanif pemegang tali pinggang hitam dalam karate-do atau taekwando Terlupa pula, namun itu tak penting. Setakat Farid, dia yakin Hanif boleh selesaikan dengan mudah. Betapa dia harap, Hanif belasah Farid cukup-cukup bagi pihaknya. Amy...mana Amy Teringatkan Amy, Zack dipagut risau. Tak mahu Amy pula yang dicederakan. Dia cuba bangun tapi terduduk semula.

Kak Zack memanggil tetapi terasa suaranya tidak cukup kuat.

FARID bangkit dari mencium tar. Terasa bibirnya lebih tebal dari biasa. Hati tambah menggelegak apabila serangannya langsung tidak memberi kesan pada Hanif.

Hanif tetap dalam keadaan bersedia. Langsung tidak goyah. Serangan yang dilancarkan Farid hanya terkena sipi-sipi. Secara melulu, satu tumbukan cuba disasarkan pada muka namun dengan mudah dielak Hanif. Tangan Farid ditangkap lalu perut Farid pula menjadi sasaran ganti. Satu. Dua. Tiga. Farid mengucup tar buat kali kedua.

Farid bangun, merengus sebal. Tidak melawan kali ini. Mula sedar, dia bukan tandingan Hanif. Datang bagai jagoan tapi kini, dia hanya budak belasahan. Dia meludah dan melontar sedikit kata kesat. Tak tahu pada siapa sebenarnya ditujukan. Pada Hanif, atau pada dirinya yang malu menanggung kalah.

Hoi! Kau dengar sini baik-baik!. Amy sekarang hak aku. Dia dah tak ada kena-mengena dengan kau. Bagai hero, Hanif memberi amaran. Jadi, kau jangan cuba-cuba nak dekat dengan Amy, call Amy atau cari Amy lagi. Kalau aku dapat tahu datang sini lagi, nahas kau aku kerjakan!

Farid hanya memandang Hanif tanpa riak.

Berambus! Tengking Hanif.

Farid tidak membalas kata-kata Hanif walau satu ayat. Dia berpaling dan terus meninggalkan kawasan itu.

Dua orang pengawal keselamatan yang mengawal Vista Tasik meluru keluar. Hanif geleng. Klise. Show dah habis, baru terhegeh-hegeh tunjuk muka.

Zack! Zack!

Suara Amy kedengaran dekat dengan telinga. Zack angkat muka. Pandangan kian berbalam. Satu tangan Amy di bahunya manakala satu lagi tangan Amy menarik tangannya yang ditekup di kepala. Diapandang tapak tangan.

Allahhuakbardarah!

Suara terakhir yang Zack dengar adalah suara Amy menjeritkan namanya.