Aku, Dia Dan Somtam - 48
BAB 48

SIAP menyediakan jaudah makan malam, Anis berkurung dalam bilik. Siang tadi Imran mula bertanya pasal nama samarannya di facebook. Mundar-mandir dia di bilik. Dia jenguk melalui pintu bilik yang sedikit terbuka. Imran belum pulang lagi. Petang tadi, Imran ada mesyuarat dengan pihak kerajaan berkenaan dengan tender mesin untuk peniaga IKS.

Macam mana aku nak cakap kat Imran ni Anis henyak tubuh atas kerusi. Sampul surat coklat yang diterima pagi tadi digenggam kemas.

Dia turun semula ke ruang tamu. Jenguk ke laman rumah. Kereta BMW hitam milik Imran masih belum kelihatan. Sekali lagi Anis mundar-mandir pula di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap pula menonton tv. Semuanya dirasakan serba tidak kena.

Dah pukul sepuluh. Mana dia ni Takkan meeting tak habis lagi. Meeting apa sampai malam macam ni Anis jeling jam di dinding.

Penat berdiri, dia duduk di sofa. Remote control tv ditekan mencari siaran yang seronok ditonton.

Hmm..tanah kubur la pulak. Anis lihat sekitar ruang tamu. Bulu roma mula meremang. Terasa tidak selesa bila berseorangan macam tu.

Sekali lagi dia pandang jam dinding. Hampir satu jam dia menunggu di ruang tamu.

Ya Allahmata aku ni mengantuk pulak. Manalah mamat ni pergi Anis jenguk lagi melalui tingkap. Kain langsir diselak sedikit. Kereta Imran tidak juga kelihatan.

Ah! Lantaklah! Anis tutup tv dan terus ke bilik semula. Dia terus rebahkan tubuh ke atas katil. Mata dah berat macam ditimpa batu.

IMRAN parkir kereta. Perlahan dia menapak masuk ke dalam rumah. Penat. Seharian dia mesyuarat tapi dia boleh menarik nafas lega kerana tendernya berjaya masuk dalam projek kerajaan itu. Imran bersiul kecil.

Hmm..ada daging masak lemak cili padi. Sedap ni! Imran buka tudung saji. Seharian dia mesyuarat, hanya sempat menjamah kuih.

Imran segera mengambil pinggan dan menceduk nasi. Begitu lahap dia menikmati masakan Anis yang nyata sentiasa sedap di lidahnya. Kenyang mengisi perut, Imran mula menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Sempat dia jeling bilik Anis yang sedikit terbuka.

Eh, kenapa terbuka pulak pintu bilik dia ni. Selalunya kunci rapat je. Imran biarkan saja. Terus saja berlalu ke biliknya. Dia segera ke bilik air membersihkan diri. Usai solat isyak, Imran turun semula ke ruang tamu. Matanya belum mengantuk.

Hmm..tak ada cerita menarik. Imran tutup tv. Dia melangkah malas ke biliknya semula.

Tiba di muka pintu bilik Anis, Imran hentikan langkahnya. Daun pintu ditolak sedikit. Terpana melihat Anis yang sudah lena dibuai mimpi. Dia menelan liur. Kain batik yang dipakai Anis terselak. Pertama kali dia melihat Anis seksi begitu.

Sengaja nak seksa jiwa akuImran tutup semula pintu. Jantungnya berdegup kencang. Mukanya diraup perlahan. Peluh dingin mula terasa. Dia segera ke bilik.

Ya Allah Imran baring di katil. Dia sendiri yang menetapkan perjanjian gila itu. Kini dia baru terasa yang pernikahannya dengan Anis hanya di kertas saja. Gara-gara perjanjian gila itu juga! Lafaz Aku Terima Nikahnya seperti hanya di bibir saja. Rasa berdosa pada Anis mula menyelinap dalam hati. Membiarkan isteri tanpa kasih sayang.

Aku mesti berterus terang dengan Anis.. Imran tutup lampu.

ANIS bergegas turun ke dapur usai solat subuh. Sudah menjadi tanggungjawabnya menyediakan sarapan untuk Imran walaupun Imran hanya berstatus suami atas kertas saja tapi Imran tetap suaminya yang sah.

Awak bangun pukul berapa Imran pandang menu sarapan. Nasi lemak dengan sambal bilis dan telur dadar. Air kopi panas sudah siap satu teko.

Kenapa

Dah siap semua ni Cepatnya. Imran duduk. Nasi lemak diceduk ke dalam pinggan.

Lepas subuh tadi, saya terus masuk dapur. Hari ni kan kerja. Anis senyum.

Imran sekali lagi terpana dengan senyuman Anis. Pertama kali Anis memberi senyuman manis. Terasa jantungnya berdetak.

Awak..saya ada hal sikit nak cakap dengan awak. Anis duduk berhadapan dengan Imran.

Hal apa

Malam tadi saya tunggu awak..

A..awak tunggu saya Kenapa Cepat saja Imran memotong cakap Anis.

Saya nak bagi tahu yang saya telah dapat tawaran belajar di luar negara. Anis berkata dengan nada perlahan. Imran dipandang seketika, menunggu reaksi darinya.

Belajar Bila awak apply Imran segera basuh tangan. Seleranya sudah terbantut.

Sudah lama. Sebenarnya saya belajar part time di UiTM. Alhamdulillah, saya lulus dengan baik. Dengan result tu, saya apply belajar sepenuh masa di luar negara. Tak sangka saya terpilih. Anis mula berterus terang.

Imran diam. Patutlah Anis selalu ambil cuti. Dalam sebulan tiga kali. Baru malam tadi dia ingin berterus terang tentang hati dan perasaannya pada Anis. Pada isterinya sendiri. Kini dirasakan harapannya mula pudar. Hambar.

Kat mana Imran berpura bersikap selamba.

Perancis.

Mengapa awak tak beritahu saya dulu Apa saya nak jawab dengan mama nanti kalau dia tanya pasal awak Imran cuba memberi alasan. Namun jauh di sudut hati, dia yang sebenarnya tidak ingin berjauhan dengan gadis tu.

Maafsudah lama saya teringin nak sambung belajar di sana. Anis tunduk. Tidak sangka Imran tidak suka khabar yang dibawa.

Err..awak ambik bidang apa

Kulinari.

Bila awak nak pergi

Sebulan lagi. Saya kena uruskan pasport dan dokumen penting yang lain dulu.

Imran sekali lagi diam. Jadi memang benar Anis ingin ke luar negara. Kopi panas diteguk perlahan. Dia terus berlalu pergi, kopi dalam cawan tidak dihabiskan. Fikirannya mula kusut. Saat dia ingin meluahkan rasa hati, Anis pula ingin pergi jauh.

Awak! Boleh tak saya pergi Anis laung sambil mengejar Imran yang sudah mula masuk ke dalam kereta.

Imran tidak menjawab. Keretanya dipecut laju meninggalkan laman rumah.

Kenapa dengan dia Aku dah cuba minta izin. Ikutkan perjanjian, tak payah aku buat macam tu. Masing-masing buat hal sendiri. Anis mula bingung dengan sikap pelik Imran sejak akhir-akhir ini.

Somtam dari dalam peti sejuk diambil. Dia juga perlu bersiap-siap. Somtam perlu dihantar ke gerai makcik Senah sebelum lapan setengah pagi.

BERGEGAS Anis melangkah ke meja. Surat-surat untuk Imran diletak setempat. Dia mengemas pula semua fail yang agak berselerak di atas meja. Bilik Imran dijeling sekilas. Sudah terang benderang.

Hai Anis!

Belum sempat Anis bangun nak ke bilik Imran, Izara sudah menegur dari muka pintu.

Nak jumpa pengarah ke Anis melemparkan senyuman manis.

Takaku saja nak borak dengan my sister in law! Izara duduk di sofa.

Fail dan surat yang hendak diberi kepada Imran dicapai dari atas rak. Terkedek-kedek Anis berjalan ke arah Izara yang sudah melabuhkan punggungnya di ruang sofa untuk tetamu.

Hmm..ceria semacam je aku tengok kau Ada apa-apa ke Anis mengusik Izara yang semakin cantik dan ceria.

Guest what Razif dah propose aku. Semalam dia jumpa mama. Alhamdulillah, mama terima. Izara peluk Anis. Gembira.

Ya Alhamdulillah. Cepat-cepatlah nikah. Cepat nanti dapat anak. Anis turut gembira.

Sebut pasal baby ni, dah ada isi ke belum Izara sentuh perut Anis.

Hish kau ni! Tak sampai sebulan aku nikah. Anis senyum kelat. Memang dia tak akan ada peluang untuk mengandung pun!

Amboi seronok sangat borak Anis, mana surat saya Imran bercekak pinggang.

Anis segera bangun. Izara turut bangun.

Apa hal abang aku tu Menyinga tak tentu pasal! Dengan bini pun nak marah-marah. Izara cuit lengan Anis.

Entah..dari pagi tadi dia macam tu. Aku ke bilik dia dulu. Nanti tak pasal-pasal aku kena tengking. Anis minta diri. Izara juga turut minta diri dan berlalu pergi.

Ni surat tuan. Surat diletak atas meja Imran.

Jadual saya mana Imran bersuara tegas. Nadanya sudah semakin tinggi.

Apa kena dengan mamat ni Marah tak tentu pasal. Aku ada buat salah ke Bertubi soalan bermain di benak Anis.

Hari ni tuan ada appointment dengan Encik Hashim dari syarikat Nusa jaya, pukul dua nanti. Anis mula membaca jadual Imran.

Yang lain

Itu saja untuk hari ni.

Imran bingkas bangun. Dia mendekati Anis. Fikirannya tidak pada jadual yang dibaca tadi. Dia masih memikirkan pasal hal yang diberitahu Anis pagi tadi. Kedua tangan Anis digenggam lembut. Matanya tepat memandang ke arah mata Anis. Wajah yang manis dengan tudung shawl warna merah jambu. Memang kena dengan rona pipi yang kemerahan.

Awak nak buat apa Anis jeling pintu bilik yang terkuak. Bimbang Imran akan bertindak seperti dulu.

Saya..err..boleh tak awak tak pergi Suara Imran tersekat-sekat.

Tapi kenapa Anis mendongak. Mata biru Imran direnung. Mata itulah yang selalu menusuk hatinya selama ini.

Kerana saya..

Maaf! Saya ingat tak ada orang. Cik Luna terkesima melihat adegan Anis dan Imran. Dia menutup muka dengan fail.

Ada apa Luna Imran lepaskan tangan Anis. Anis pula mula beredar dari situ.

Ni fail yang tuan minta. Tentang bajet untuk projek di Hulu Langat. Cik Luna menghulurkan fail berwarna kuning kepada Imran.

Terima kasih. Nanti saya go through. Imran duduk semula di tempatnya.

Cik Luna mula minta diri. Sempat dia senyum kepada bos mudanya. Imran tidak endahkan senyuman Luna. Fikirannya sedang bercelaru ketika ini.

PETANG itu heboh gosip antara Anis dan Imran. Imran sempat menangkap kata-kata gosip di cuping telinganya. Gosip yang menuduh Anis cuba menggodanya.

Kerja dah habis ke sampai ada masa nak bergosip Imran menegur. Dia jeling tajam ke arah beberapa orang pekerjanya yang sibuk bergosip. Geram! Ni mesti kerja cik Luna perasan tu!

Semua diam. Imran melangkah keluar dari pejabat. Petang itu dia kena jumpa Encik Hashim. Dia sudah berjanji berjumpa di kafe bawah saja. Langkah Imran terhenti. Matanya tertancap pada dua gadis di ruang letak kereta dekat dengan restoran mamak.

Buat apa perempuan tu kat situ Kenapa dia jumpa Anis Imran memerhati dari jauh. Nak je dia pergi ke sana tapi dia sudah lewat bertemu dengan Encik Hashim.

Hello! Imran menjawab telefon sebaik telefonnya berdering.

Okey, tak apa. See you next time. Imran putuskan talian. Encik Hashim tidak dapat datang. Dia perhatikan semula adegan Natasha menengking Anis.

Apa pulak minah tu nak Imran mengetap bibir. Kesal dengan tindakan Natasha yang nyata sudah hilang rasa malu. Soal foto dulu belum selesai, timbul pula soal lain. Natasha betul-betul sudah gila!

Hey! Im!

Imran berpaling ke kiri. Zafran tersengih di depan kafeteria.

Kau buat apa kat sini Tak kerja ke Imran bersalam dengan kawan lamanya.

Aku teringin nak makan kueh teow goreng kat kafe ni. Aku dengar sedap. Jadi lunch time ni aku singgah la kat sini. Alang-alang datang sini, aku ingat boleh jumpa kau sekejap. Zafran semakin sengih.

Oh ya ke Habis tu, dah makan

Belum. Jomlah join sekali.

Imran dan Zafran sama-sama menuju ke kafeteria. Kueh teow goreng dipesan sampai empat pinggan. Imran geleng melihat Zafran melantak. Macam orang tak pernah makan kuew toew goreng!

Zaf, aku nak tanya kau sikit.. Imran kacau limau ais dengan straw.

Hmm..apa dia Macam serius je.. Zafran masih menikmati kuew teow goreng.

Apa kau akan buat kalau kau dah buat salah, lepas tu kau nak mengaku kesalahan tu

Laaapa susah! Minta maaf je lah! Itu pun nak kena ajar ke Nama je belajar sampai universiti. Zafran ketawa mengekek.

Kau cakap memanglah senang. Yang menanggungnya susah tau tak. Imran pandang Zafran yang nyata tidak serius.

Cuba kau cerita betul-betul apa yang telah terjadi Zafran mula serius. Riak Imran dilihatnya berlainan.

Sebenarnya macam ni Imran mula berbicara soal hati dan kehidupannya. Zafran sekejap mengangguk. Sekejap menggeleng. Sesekali keningnya berkerut.

MasyaAllah! Kau biar betul Im! Zafran terkedu dengan pengakuan Imran.

Tulah yang buatkan aku bingung sekarang ni. Aku dah buntu. Sekarang ni dia nak sambung belajar di luar negara. Imran menutur lemah. Hidupnya dirasakan sudah hambar.

Kan aku dah cakap sejak dulu. Kau memang ada hati kat minah somtam tu tapi ego kau tu mengalahkan Gunung Everest tingginya! Nasib baik tak sampai ke langit ke tujuh je lagi! Zafran mula membebel.

Dahlah tu sindir aku. Aku mengaku sekarang. Kau rasa apa yang harus aku lakukan Imran pandang tepat ke mata Zafran di sebalik cermin mata transition fesyen terbaru.

Aku rasa macam nilah.. Zafran mula memberi cadangan apa yang dirasakan baik untuk sahabatnya itu.

So, macam mana Tanya Zafran lagi.

Err..yang lain tu aku setuju tapi kalau yang terakhir tususahlah sikit. Imran teguk jus limau.

Apa yang susahnya Kau dah jadi suami dia. Dia tak boleh menolak. Berdosa seorang isteri menolak kehendak suami di tempat tidur. Zafran sengih. Senyuman nakal mula menular di bibirnya.

Aku tahu tu tapi kalau aku buat macam tu, bermakna aku sendiri yang melanggar perjanjian tu. Nanti dia tuduh aku yang rosakkan semuanya. Imran masih serba salah.

Habis tu, kau nak buat apa Im, kau ikut jelah apa cadangan aku tadi. Let say, kau dah buat benda tu, dan ditakdirkan dia hamil, kau ada alasan kukuh untuk ikat dia jadi isteri kau selamanya. Aku yakin dia tak akan tinggalkan kau macam tu je. Anak yang bakal lahir tu perlu seorang ayah. Panjang lebar Zafran menerangkan cadangannya tadi.

Hmm..okeylah. Aku try. Thanks Zaf! You are truly my friend! Imran tepuk bahu Zafran sampai tersedak Zafran dibuatnya.

Tu la..kalau kau tanya aku sejak dulu kan bagus! Dah settle problem kau tu! Zafran senyum sinis.

ANIS meluru ke bilik air. Imej dirinya di dalam cermin besar diperhatikan sejenak. Rasa dah tak ada air mata lagi nak keluar. Titisan air mata yang tumpah sejak dulu yang menjadikannya begitu. Lama dia memerhati wajah kemerahannya.

Jika benar apa yang Natasha cakap tadi, aku rela berkorban tapi aku tak akan minta dilepaskan. Berdosa besar kalau aku buat begitu. Biar dia sendiri yang lepaskan aku. Lagipun, aku akan sambung belajar nanti. Anis pujuk hati sendiri.

Dia melangkah lemah ke meja. Kerja yang banyak tertangguh cuba disiapkan juga. Masanya hanya tinggal sebulan saja lagi.

Aku akan berterus terang dengan Imran.. Anis berkira sendiri.

Dia meneruskan kerja. Segala surat yang patut dihantar dan ditandatangani disiapkan segera dan diletak di atas rak di tepi meja. Fail projek yang diberi Imran semalam pula dibelek satu persatu. Kertas cadangan untuk projek di Melaka disiapkan segera.

Ehem!

Anis mendongak. Imran tersenyum lebar di depan.

Awak dah makan Ni saya ada belikan untuk awak. Imran letak sebungkus keuh teow goreng di atas meja Anis.

Err..untuk saya ke Anis pandang bungkusan plastik merah.

Ya. Kenapa Awak tak sudi ke Takkan tak sudi kalau suami sendiri yang belanja Senyuman Imran semakin lebar.

Anis renung Imran yang sudah berlainan watak. Sejak bila dia mengaku dia suami aku Pelik bin ajaib betul!

Terima kasih. Kenapa tuan baik hati sangat dengan saya hari ni Anis tunduk semula. Menyambung kerja.

Salah ke saya baik dengan isteri sendiri Imran duduk di depan Anis. Dia menopang dagu. Anis ditenung lama.

Isteri Sejak bila pulak dia mengaku aku ni isteri dia Aduh! Makin pelik! Anis semakin pelik.

Err..tak..tak salah. Cuma..saya pelik sebab tuan dah macam orang lain. Err..tuan demam ke Pantas Anis meletakkan tapak tangan ke dahi Imran.

Sayang..abang tak demam. Imran ambil tangan Anis dan mengucupnya penuh asyik.

Sayang AbangAku silap dengar ke apa Rasanya telinga aku belum pekak lagi. Anis cepat-cepat tarik tangan dari genggaman Imran. Peluh dingin mula merembes di dahi. Imran ternyata sudah banyak berubah. Mungkin sudah hampir sembilan puluh darjah.

Err..saya banyak kerja. Saya kena siapkan sebelum akhir bulan ni. Anis cuba berdalih. Tidak hiraukan Imran yang masih merenungnya dari tadi.

Imran bangun lemah dari duduknya. Dia melangkah longlai ke bilik.

Awak..hujung minggu ni, mama nak datang. Mungkin dia nak bermalam di rumah kita. Imran sempat beritahu Anis.

Anis hanya mengangguk. Jemarinya lincah menaip kertas cadangan. Namun fikiran pula tidak seiring hati yang kini merasa pedih dengan apa yang telah berlaku. Baru tadi Natasha membuat pengakuan. Pengakuan yang memaksanya untuk membuat keputusan. Tidak sanggup hidup dalam kepuraan. Perjanjian Imran dan karenah Natasha semuanya dirasakan menyesakkan jiwa.