Arissa Daniel - 48
BAB 48

ZARUL melangut di meja makan. Sudah setengah jam dia menunggu Daniel untuk makan tengahari sekali. Matanya menala sekitar restoran yang menyediakan makanan Korea. Ramai juga pelanggan yang makan kat situ.

Haih..manalah dia ni.. Zarul jeling jam di pergelangan tangan.

Zarul!

Zarul menoleh. Daniel sudah tersengih menapak ke arahnya.

Kenapa lambat Waktu makan tengahari singkat je tau! Nak solat Zuhur lagi. Zarul mengomel.

Kau ni macam mak nenek la! Daniel senyum. Dia melabuhkan punggung di kerusi.

Kenapa tak ambil makanan Daniel pandang meja. Kosong. Hanya ada tempat stim dan bakar saja.

Aku tunggu kau la! Zarul mula bangun.

Daniel turut bangun dan mula memilih makanan di sepanjang meja yang penuh dengan makanan laut, daging dan ayam yang sudah diperap. Sayur-sayuran. Aneka bebola daging pun ada terhidang di situ.

Sejak bila kau pandai makan steamboat ni Zarul cuit lengan Daniel sebaik mereka menapak semula ke meja tadi. Seorang pekerja restoran sudah mula menuang kuah kimchi dan menyalakan pemanas periuk kukus dan tempat pemanggang.

Aku kan selalu ke Korea. Kimchi makcik Fatimah tu sedap. Bila aku teringin nak makan, aku datanglah ke sini. Malu la aku nak suruh makcik tu buat. Daniel sengih.

Malu kat makcik ke...atau malu kat Arissa Usik Zarul.

Daniel senyum.

Hmm..sebut pasal ni, sejak bila kau jatuh cinta kat Arissa Macam mana kau kenal Arissa Zarul mula berkerut kening. Dia pandang Daniel yang sibuk meletakkan udang, sotong dan ketam ke dalam kuah kimchi. Daging pula dipanggang di sekeliling periuk kecil itu.

Love at first sight...entah...aku rasa la. Daniel senyum sendiri.

Zarul sengih. Aku tak percaya mamat ni! Orang macam Daniel nak jatuh cinta pandang pertama Huh!

I dont think so! Aku rasa kau ni ada sebab lain kau tiba-tiba nak nikah dengan Arissa. Zarul senyum sinis.

Memang ada sebab lain tapi sebab utama, aku memang cintakan dia. Aku sampai mengigau teringatkan Arissa. Daniel mula berterus terang.

Jadi...sebab tu kau masuk Islam

Daniel pandang Zarul seketika. Dia melepaskan keluhan sebentar.

Mulanya niat aku masuk Islam sebab aku nak nikah dengan Arissa tapi selepas aku belajar dan menghayati agama ni, aku rasa niat aku tu tak betul. Kalau aku tak nikah dengan Arissa sekalipun, aku tetap masuk Islam. Aku mengaku..aku bukan jenis yang serius dengan perempuan tapi sejak aku kenal Arissa, hati aku berkata yang Arissa adalah jodoh aku.

Tapi macam mana kau kenal dia Zarul masih bingung.

Daniel diam. Segala kejadian seakan berputar semula di benaknya.

Kau ingat tak perempuan yang aku nak tunjukkan kat kau dulu masa di restoranThai Seafood di Sri Hartamas dulu tu

Zarul angguk.

Gadis itulah Arissa.

Jadi...masa tu kau dah jatuh cinta pada Arissa Zarul menelan liur.

Daniel angguk.

Jadi selama ni perempuan yang kau selalu puji dan sebut tu..Arissa Sekali lagi Zarul tercengang.

Sekali lagi Daniel angguk.

Oh...maknanya kau dah jatuh cinta pada perempuan yang aku nak tackle dulu. Zarul berkata lemah.

Maksud kau...perempuan satu universiti dengan kau dulu tu Daniel pula tercengang.

Zarul angguk. Dialah perempuan tu. Arissa juga yang tegur aku dan menyedarkan aku tentang Nelissa. Mereka berdua tu berkawan rapat sejak di universiti lagi. Zarul mula buka cerita kampus.

Ya Allah...jadi..patutlah mereka selalu berdua je.. Gumam Daniel.

Arissa tu gadis yang baik. Masa di kampus dulu, dia tak layan lelaki ni. Aku yang cuba tackle dia pun, dia buat dek je. Zarul senyum. Geli hati bila teringat kisah di kampus dulu.

Daniel diam. Memang Arissa gadis yang baik. Aku yang jatuhkan maruahnya dulu!

Daging dah hangus tu! Zarul cepat-cepat sepit dengan chopstick dan diletakkan atas pinggan.

Mereka berdua mula menikmati steamboat dan daging panggang. Zarul hanya melihat Daniel yang mula letak daging panggang ke atas daun salad dan dicampur dengan kimci. Salad tadi digulung dan dimakan.

Wah! Pandai kau makan ya! Zarul sengih.

Daniel turut senyum.

Kau serius ke nak nikah dengan Arissa Zarul kembali ke topik tadi.

Daniel angguk.

Tapi aku pelik, kenapa malam tadi Arissa macam tak suka saja. Zarul berkerut kening. Daniel dipandang tak berkelip.

Daniel melepaskan keluhan panjang. Dia kemudian menarik nafas seketika dan dihembus perlahan.

Aku tahu... Itu saja yang mampu keluar dari mulutnya.

Habis tu Kalau dah tahu dia tak suka, kenapa kau nak teruskan juga Zarul semakin tak faham.

Daniel pandang Zarul seketika. Serba salah untuk menceritakan kejadian itu. Tentu Zarul marah berapi nanti. Zarul satu universiti dengan Arissa dan pernah berkawan dengan Arissa.

Aku...aku...aku sebenarnya terlalu cintakan Arissa. Aku sanggup ambil risiko tu.Daniel mengeluh lagi. Tidak berani dia berterus terang hal sebenar.

Tapi kau telah seksa hati Arissa. Kau pentingkan diri sendiri. Zarul mula merengus.

Habis kau Sanggup kau rosakkan Nelissa, kekasih kau sendiri. Kau juga seksa hati Nelissa! Daniel juga tidak mahu mengalah.

Zarul terdiam.

Kau dah lupa ke Dendam kau pada Tan Sri juga terkabul kan Kau sendiri nak Nelissa tu rosak! Zarul mengetap bibir.

Daniel senyap. Kerana dendam pada Tan Sri Johari juga Arissa telah menjadi mangsa perangkapnya sendiri!

Dah la. Tak habis bincang hal ni. Zarul mula bangun dan mengambil lagi lauk lain.

Daniel masih di meja. Kata-kata Zarul tadi mula berputar kembali di ruang fikirannya. Aku seksa hati Arissa

Zarul kembali ke meja semula. Dia letak pula ayam yang diperap dengan sos lada hitam dan dipanggang.

Kau dengan Nelissa macam mana

Macam tulah... Zarul mula lemah bila berbicara soal Nelissa. Terasa tiada harapan untuknya menikahi Nelissa.

Kau jangan give up Zarul. Kau kena rebut Nelissa tu dari Sharif. Daniel beri semangat.

Entahlah...aku tak setanding dengan Nelissa. Betullah apa yang Tan Sri Johari tu kata. Aku ni yang terhegeh-hegeh. Zarul menopang dagu. Ayam yang dipanggang tadi masih belum masak sepenuhnya.

Aku tengok muka Nelissa malam tadi macam nak sangat kau nikah dengan dia. Dia asyik tengok kau saja. Kesian pun ada aku tengok dia tu. Kau jangan bimbang, aku akan tolong kau. Aku ada rancangan aku sendiri. Daniel senyum. Dendamnya pada Tan Sri Johari masih merah membara.

Zarul hanya senyum hambar. Namun dia akui Nelissa masih cintakannya. Jelas dia melihat di leher Nelissa, rantai yang dihadiahkan dulu masih dipakai Nelissa sampai kini.

Aku doakan kau bahagia dengan Arissa.. Zarul mula ambil ayam panggang tadi dan dikunyah perlahan setelah dicicah dengan sos.

Terima kasih...doakan untuk aku.. Daniel turut senyum.

Hmm...dah nak pukul dua setengah ni. Kau tak solat ke Zarul jeling jam di pergelangan tangan.

Solat la! Daniel sengih.

Mereka mula beredar dari situ.

DANIEL kembali ke pejabat. Tadi dia singgah di masjid Puchong bersama Zarul menunaikan solat Zuhur. Surat bertimbun di atas meja dibelek sekilas.

Hmm..bulan depan perbicaraan bermula. Aku akan pastikan aku menang kes ni. I deserve this! Daniel senyum. Surat dari mahkamah sudah diterima. Tunggu hari perbicaraan saja lagi. Dia segera menghubungi Gagak dan Robin. Rancangan seterusnya perlu diatur.

Hmm...segala bukti perlu kukuh. I dont think Tan Sri Johari can get through all these! Daniel sandar di kerusi. Kedua jemari tangannya bertaut sambil mata menala ke siling.

Dia kemudian menyambung kerja semula. Fail produk kosmetik di Korea turut dibelek. Setakat hari ini, jualan sudah bertambah dua kali ganda sejak ia diperkenalkan di Malaysia atas jenama DJB Cosmetics.

Zaki dah agak lama kat Malaysia ni. Apa cerita agaknya ayah dia tu.. Sekali lagi Daniel menghubungi Gagak dan Robin. Maklumat ayah Zaki juga penting baginya untuk menentang Tan Sri Johari Nasir.

Sherry, please come in! Daniel interkom setiausahanya.

Daniel mendongak sebaik melihat Sherry menapak masuk ke bilik pejabat.

Yes boss

Please arrange a meeting tomorrow at three pm. Daniel senyum. Kali ini Sherry dilihat agak sopan berpakaian. Seluar hitam panjang dan blaus putih lengan panjang siap diikat skarf bunga yang dililit di leher.

Pertaining to

Err..just call for meeting. All staffs!

Okay, boss! Anything else Sherry senyum. Tangannya ligat mencatat sesuatu di atas nota kecil.

Hmm..one more thing, please get a new caterer. And...the food must be halal! Pesan Daniel sungguh-sungguh.

Sherry berkerut kening. Selalunya Daniel tidak kisah dia pesan makanan dari siapa pun.

You may go. Thats all for now. Daniel meneruskan kerjanya.

Sherry menapak keluar dari bilik Daniel.

Daniel senyum. Mulai sekarang dia perlu buat perubahan bermula di pejabatnya sendiri. Dia capai fail pelaburan syarikatnya dalam industri minuman.

This company...from now on, theres no more investment on this liqour products. Daniel belek fail pelaburan saham syarikatnya dengan kilang pembuatan arak. Sebelum ini mendiang ayahnya banyak melabur dalam kilang seperti itu di samping perniagaan lain yang melibatkan produk makanan walaupun syarikat induk lebih kepada pembekalan bahan-bahan pembinaan kapal terbang.

Mulai sekarang segala hasil perniagaan perlu dibersihkan. Nyata ilmu yang didapati dari Ustaz Hakimi dan hasil pembacaan buku agama dan ceramah yang dihadiri membuatnya sedar betapa rezeki yang haram akan menjadi darah daging. Dan mulai sekarang juga, hasil perniagaan syarikatnya akan dibayar zakat.

Esok, dalam mesyuarat nanti, dia akan membuat peraturan baru. Salah satu bilik stor yang dipenuhi dengan fail-fail lama akan dijadikan surau untuk pekerja muslim solat. Di dalam bilik itu nanti akan diletakkan al Quran dan buku-buku agama. Pada hari jumaat pula, waktu rehat tengahari akan dilanjutkan sehingga pukul dua setengah tengahari untuk beri peluang kepada pekerja muslim menunaikan solat jumaat. Kalau dulu, waktu rehat hanya satu jam sahaja.

Daniel senyum. Biarlah dia lakukan sedikit demi sedikit. Matanya menala pula pada kalendar.

Hmm..dua minggu lagi aku akan meminang Arissa. Tak sampai tiga minggu lagi Arissa akan jadi milik aku. Alhamdulillah... Daniel meraup muka. Bersyukur kerana Arissa akhirnya setuju menerima lamarannya.

SEMINGGU berlalu. Daniel semakin sibuk dengan kes tuntutan haknya ke atas makmal JN Bioetch. Saluran mahkamah digunakan untuk menentang Tan Sri Johari. Bila kes seperti itu dibicarakan, sudah tentu para wartawan akan berlumba-lumba mencari bahan berita sensasi. Siapa tidak kenal Tan Sri Johari Nasir!

Hari pertama permulaan kes pendengaran lebih kepada penyerahan bahan bukti untuk diteliti oleh Hakim.

Aku puas hati. Daniel senyum.

Telefon bimbitnya berdering kuat.

Yes Gagak. Okay! Good job! Sekali lagi Daniel senyum lebar. Maklumat tentang ayah Zaki dan Datuk Mustafa sudah ada dalam tangan.

Boss! Mr. Zaki wants to see you.

Interkom dari Sherry mematikan lamunannya sebentar tadi.

Let him in.

Daniel senyum. Dia bingkas bangun dan mula menapak ke arah Zaki yang mula masuk dan melabuhkan punggung di sofa.

Bos sihat Zaki senyum.

Alhamdulillah.. Daniel betulkan tali leher yang terasa ketat.

Ada apa bos panggil sayaZaki betulkan duduknya.

Ada hal penting. Saja saya minta awak datang sini. Kat rumah payah nak cerita. Daniel senyum lagi.

This is regarding your father. I have latest information. Ayah awak sekarang ni sudah ada syarikat sendiri. Syarikatnya tak besar mana. Rupanya syarikat tu adalah salah satu syarikat kontraktor yang berdaftar dengan JB Corp. So, mudahlah untuk kita siasat. Dan awak pun mudah untuk berjumpa. Sekeping sampul dihulur kepada Zaki.

Zaki menatap isi kandungan sampul kuning itu. Memang benar. Foto dalam sampul itu memang ayahnya. Ingatannya masih kuat.

Wajah ayahnya tidak berubah banyak. Foto yang masih disimpan jelas sama dengan wajah ayahnya dalam foto di tangannya sekarang ni. Seingatnya, ayah meninggalkan mak ketika umurnya baru mencecah tujuh tahun. Ibu pula menyerahkannya kepada makcik Fatimah dan mak membawa diri entah ke mana sehinggalah berita kematian mak diterima.

Awak tinggal kat sini sampai bila I mean..hari tu awak cakap tiga bulan. Bermakna hujung bulan ni, awak akan ke Seoul semula Daniel mula bersuara. Lama Zaki meneliti maklumat yang diterima tadi.

Ya bos. Syarikat kosmetik bos kat sana siapa yang nak jaga. Buat sementara ni saya suruh salah seorang pekerja di sana yang jaga. Zaki mula teringat sudah hampir tiga bulan dia di Malaysia.

Hmm...kalau awak nak tinggal lebih lama kat sini pun tak apa. Setakat hari ni, syarikat kita kat sana tak ada masalah. Yalah..awak masih belum jumpa ayah awak lagi. Daniel memberi kelonggaran.

Terima kasih bos. Lagipun, minggu depan kan kita nak meminang Arissa, remember Zaki senyum meleret. Muka Daniel sudah kemerahan.

Oh ya! Hampir terlupa tentang itu! Daniel sengih.

So, bos dah sedia

Sedia apa Daniel tidak faham.

Sedia untuk menjadi seorang suami! Zaki senyum.

Oh itu ke...saya akan cuba. Sekarang ni saya banyak belajar hal nikah kahwin. Saya ingin sebuah pernikahan yang diredhai Allah.

Saya tahu, ilmu saya tidak sehebat ilmu awak tapi tak salahkan saya menaruh harapan macam tu Daniel berkata lembut. Malu sebenarnya pada Zaki yang banyak ilmu agamanya.

Alhamdulillah. Saya akan sentiasa menyokong bos. Arissa tu pun saya tengok sudah banyak berubah. Dari free hair dah pakai tudung. Dan sekarang ni dia pun rajin belajar dengan Ustazah Waddah. Harap pernikahan bos dengan Arissa kekal hingga akhir hayat. Cuma... Zaki jeling Daniel.

Ada yang tak kena ke Daniel mula pelik dengan jelingan Zaki yang sudah tersengih-sengih.

Zaki mula berbisik ke telinga Daniel.

Oh..erk...kena buat ke Daniel menelan liur.

Terpulang.Zaki senyum lagi.

Err...tak sakit ke Daniel garu kepala.

Tak..macam kena gigit semut je. Sekarang ni dah moden. Dulu ya la. Pakai tok mudim. Zaki senyum gelihati melihat riak Daniel yang sudah mula pucat.

Err..wajib keDaniel masih tidak faham.

Tak wajib bagi orang seperti bos yang baru memeluk Islam tapi kalau bos nak buat juga, boleh. Terpulang tapi Islam tak mewajibkan seorang muallaf berkhatan. Mengikut mazhab Shafie, ianya wajib bagi lelaki Islam dan sunat bagi perempuan. Menurut kebanyakan para ulama, hukum bersunat itu adalah wajib sama ada bagi lelaki atau wanita. Kata sesetengah ulama ianya sunat bagi wanita sahaja. Adapun yang dikatakan bersunat itu maksudnya sunah atau cara hidup Nabi kita dan datuknya Nabi Ibrahim a.s. Baginda Nabi Ibrahim a.s dikatakan yang mula-mula bersunat ketika umurnya sudah menjangkau 80 tahun. Oleh sebab itu berkhatan dan amalan fitrah yang lain perlu dilakukan dalam kehidupan ini, sama ada sunat atau wajib untuk mengikuti sunah atau cara hidup Nabi Ibrahim. Sedangkan salah satu cara hidupnya adalah bersunat atau berkhatan di samping amalan-amalan lain seperti mengerat kuku, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 130 yang bermaksud: Siapa yang tidak mahu (tidak ada mereka yang membenci) cara hidup Nabi Ibrahim selain mereka yang memperbodohkan dirinya sendiri dan firman-Nya lagi dalam surah an-Nahl ayat 123 yang bermaksud: kemudian Kami wahyukan kepadamu supaya mengikuti agama (cara hidup) Nabi Ibrahim a.s. jalan yang lurus (dan seimbang).

Mengikut para ulama lagi, sepatutnya ibu bapa melaksanakan amalan tersebut semasa bayi itu masih kecil iaitu dalam tempoh tujuh hari atau bila berumur tujuh tahun. Ini kerana masa itulah mereka perlu mengajar anak-anak bersembahyang dan sebagainya . Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Lima perkara fitrah: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak atau cukur dan memendekkan misai. Panjang lebar Zaki menjelaskan kepada Daniel.

Daniel angguk-angguk.

Err..mesti ada sebab kenapa perlu buat macam tu kan Daniel mula berminat.

Ya. Segala yang disuruh itu ada hikmahnya. Pertama sekali ia adalah asas kebersihan dalam Islam iaitu membersihkan alat sulit dari kekotoran kerana alat sulit mudah terkena kotoran. Hikmah lain tu seperti untuk membezakan agama Islam dengan agama lain tapi sekarang ni ada juga agama lain yang mula menyuruh penganutnya berkhatan. Selain tu ianya juga untuk memelihara tenaga batin, menghindarkan dari penyakit dan mengurangkan keinginan onani ketika baru baligh. Maaf..saya berbicara benda macam ni pada bos.. Zaki berkata perlahan. Dia pandang sekitar bilik pejabat Daniel. Mana tahu ada pekerja perempuan tiba-tiba masuk sedangkan mereka berbicara soal seperti itu.

Daniel angguk-angguk. Kagum dengan ilmu Zaki. Dia turut senyum. Bermakna Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Begitu syumul.

Saya faham sekarang. So, saya rasa saya sudah bersedia untuk itu. Daniel menarik nafas lega.

Alhamdulilah..tapi jangan pula bos rasa tertekan. Islam tak menyusahkan. Zaki turut lega.

Hmm...minggu depan macam mana Zaki kembali ke topik peminangan.

Ustazah dan ustaz free ke Kalau free, bolehlah meminang Arissa. Daniel senyum.

InsyaAllah, mereka sudah lama bersedia. Barang hantaran pun dah siap semuanya. Saja saya tanya bos.. Zaki gelak kecil.

Daniel senyum penuh makna.