Jaga kau, Idlan. Aku dah kata, setitik air mata adik aku jatuh kerana kau, kau tahulah apa akibatnya. Dia berdialog sendiri. Stetoskop tersangkut di leher, ditarik dan dimasukkan ke poket.
Beberapa orang jururawat berjalan melewatinya, menunjuk reaksi hairan apabila memandang ke arahnya. Afi Lukman buat tak peduli. Biar mereka nak fikir apa pun apabila melihat dia bercakap seorang diri. Apa yang lebih penting, dia dapat luahkan rasa tak puas hati sebelum berdepan dengan Idlan nanti.
Kaki dihayun laju. Tekad dipasang untuk bersemuka dengan Idlan. Harap-haraplah dia tak menerima oncall hari ni. Kalau tak, rosaklah rancangannya untuk mengajar Idlan.
Kereta diberhentikan di luar halaman rumah. Dia tak punya banyak masa untuk berlengah. Salam diberi tapi, tiada siapa menyahut. Lantaran mengikut kata hati yang marah, dia terus naik ke rumah dan meluru ke bilik Ika.
Dia menolak pintu bilik. Dilihatnya Ika sedang duduk di kerusi sambil menyisir rambut.
Ika segera menoleh. Kemunculan Afi Lukman tak semena, benar-benar memeranjatkan. Sikat terlepas dari tangan. Dia meneguk liur. Melihat wajah Afi Lukman, dia tahu apa Afi Lukman mahu darinya.
Cakap dengan Abang Afi, apa sebenarnya terjadi
Ika tunduk menekur permukaan lantai. Pertanyaan abangnya, buatkan dia resah untuk beri jawapan. Risau kalau apa-apa perkara tak diingini berlaku. Perlu ke dia membisu saja Pada Idlan pun hati masih tak kuat nak terus-terang. Inikan pula pada abangnya, Afi Lukman. Kecut perutnya apabila melihat renungan tajam Afi Lukman ketika ini. Namun, dia sedia dimarahi.
Terlebih dulu Ika nak minta maaf. Mungkin katakata Ika nanti akan mengguris hati Abang Afi. Dia menarik nafas sedalam yang boleh. Untuk menangani Afi Lukman yang dia sedia maklum agak baran, dia perlu kekuatan.
Abang Afi tak nak dengar perkara lain. Beritahu sekarang, apa yang Idlan dah buat
Ika menahan getar di bibir. Sebak di dada hadir semula. Nada keras Afi Lukman buatkan hatinya cepat terasa.
Ika rasa Abang Afi tak perlu masuk campur dalam urusan rumah tangga Ika.
Afi Lukman angkat jari telunjuk. Ika jangan biadap. Kalau ayah tak ada, nak menikah dengan Idlan pun abang Afi yang kena jadi wali. Jangan bercakap lebih kurang.
Ika terus mengangkat muka. Deraian air mata jelas kelihatan turun ke pipi. Ika tahu tu semua. Tapi, Ika tak bermaksud nak biadap dengan abang Afi. Abang Afi kena faham. Ini masalah rumahtangga Ika. Abang Afi duduk diam-diam sudahlah!
Tak sengaja Ika lantangkan suara. Dahlah dia terpaksa berdepan situasi menyulitkan, sekarang Afi Lukman pula datang menambah.
Ika! Tanpa niat dan ia berlaku spontan, tangan diangkat tinggi dan hampir-hampir terkena pipi adik kesayangan.
Ika terkedu dengan tindakan Afi Lukman. Air mata makin deras mencurah. Segera dia keluar dari bilik untuk mengelak dari berdepan dengan kemarahan Afi Lukman.
Tak puas hati dengan kebisuan Ika, Afi Lukman bertindak mencari Idlan di rumah Che Jah. Mana tahu kalau adik iparnya ada di situ.
Ketika memberi salam, pintu rumah Che Jah dibuka Idlan. Afi Lukman tersenyum sinis. Melihat wajah Idlan, dah cukup buat dia menyampah!
Kau turun sekarang. Afi Lukman beri arahan sambil telunjuk diangkat lurus ke arah Idlan.
Idlan yang berdiri di muka pintu, dapat meneka apa akan dihadapi sebentar lagi. Tentu kehadiran Afi Lukman ke rumah berkait rapat dengan Ika. Dia tak lupa dengan amaran dan ugutan dilontarkan Afi Lukman beberapa bulan lalu. Tak mungkin dia lupa hingga ke hari ni.
Ada apa hal ni Sengaja Idlan menyoal. Mana tahu kalau ada perkara lain ingin disampaikan Afi Lukman.
Afi Lukman bercekak sebelah pinggang. Pertanyaan Idlan buat telinganya makin menipis. Kesabaran kian menghilang. Idlan yang berdiri di muka pintu itu, kecil besar saja di matanya.
Aku kata turun, kau turun sajalah. Kau ingat aku
ada banyak masa free macam kau
Idlan mengeluh sesaat dua sebelum turun. Selipar Jepun ayahnya disarung ke kaki. Teragak-agak dia mendekati Afi Lukman yang berwajah bengis.
Afi Lukman memicing mata ketika Idlan berdiri di hadapannya. Kau masuk kereta sekarang.
Tak banyak soal, Idlan menurut perintah. Dia tak mahu kekecohan berlaku depan rumah kerana dia faham benar sikap Afi Lukman bagaimana.
Afi Lukman memandu ke arah pantai tak jauh dari rumah mereka. Tak ada tempat lain lebih sesuai nak mengajar adik iparnya. Walau dia tak tahu apa punca sebenar Ika pulang ke kampung secara tiba-tiba, dia tak mahu ambil pusing. Asalkan hatinya puas dapat memberi sedikit pengajaran pada Idlan, cukuplah. Lagipun, dia dah lama memendam rasa.
Sebaik saja Idlan keluar dari kereta, satu tumbukan kuat dari Afi Lukman hinggap ke muka. Tubuhnya terdorong ke belakang dan terus terhentak pada sisi kereta.
Hidung Idlan berdarah. Afi Lukman puas hati dan terus mencekak kolar baju Idlan.
Aku dah lama tak puas hati dengan kau. Dari dulu lagi aku benci dengan kau. Nampaknya kau lupa dengan apa yang aku pesan. Kalau kau lupa, aku boleh ingatkan balik dengan memekik dekat telinga kau!
Aku tahu kau marah, Afi. Tapi kau kena tahu apa yang jadi sebenarnya! Idlan menolak kasar tubuh Afi Lukman lalu melepaskan tumbukan sebagai balasan.
Afi Lukman jatuh terlentang. Tetapi, dia bangkit semula dan terus mendapatkan Idlan. Sekali lagi kolar baju Idlan dicekak.
Aku tak peduli. Sekarang, kau cakap dengan aku. Apa kau dah buat pada Ika Apa kau dah lakukan pada adik aku tu!
Aku tak buat apa-apa. Aku tak cakap apa pun yang melukakan hati dia. Dia yang tiba-tiba tinggalkan aku dan balik sini.
Kalau tak ada sebab, dia takkan tinggalkan kaulah, bodoh! Afi Lukman melepaskan kolar baju Idlan yang tadinya direntap sungguh kasar.
Idlan cuba berdiri dalam keadaan tak stabil. Kepalanya pening sedikit dan penglihatannya juga kabur setelah dipukul. Afi Lukman berada dalam keadaan marah itu perlu ditenangkan segera. Kalau tak, terpaksa dia terima pukulan lagi entah untuk kali ke berapa.
Betul, Afi. Aku tak tahu menahu. Tadi aku sendiri dah jumpa Ika dan tanya apa masalah sebenarnya. Tapi, dia cuma cakap, dia nak tinggalkan aku.
Afi Lukman mengangkat lurus telunjuknya. Sedikit saja lagi bakal mencecah kepala Idlan.
Kau dengar sini. Aku sebenarnya tak suka ambil tahu apa masalah korang. Tapi, apa yang aku nak, lepas ni kau betul-betul bahagiakan Ika. Jaga adik aku baik-baik dan jangan sesekali kau lukakan hati dia lagi. Faham!
Berkali-kali Idlan mengangguk faham. Kalau Afi Lukman tak memberi kata-kata begitu pun, pasti dia akan lakukannya juga. Bukan kerana paksaan dari Afi Lukman tapi, dia memang betul-betul sayangkan Ika dan mahu penuhi tanggungjawabnya sebagai suami.
Kalau kau tak cakap macam ni pun Afi, aku dah lakukannya sejak aku jadi suami dia. Aku bagi kasih sayang secukupnya pada Ika. Aku sediakan semuanya. Kalau kau tak ingatkan aku pun, Ika dah memang jadi tanggungjawab aku.
Afi Lukman tarik nafas dalam-dalam dan menghambat amarah sedang menguasai diri. Dia tahu tindakannya ini salah. Tapi, oleh kerana bengang dengan peristiwa dulu mendorong dia bertindak di luar jangkaan.
Afi Lukman melihat pendarahan berlaku pada hidung adik iparnya. Dalam marah-marah dia pun, tak sampai hati juga nak biarkan Idlan dalam keadaan begitu. Kau masuk kereta sekarang. Aku hantar kau balik.
Hantar aku balik jumpa Ika. Pinta Idlan.
Afi Lukman menghela nafas. Rasa kesal bertamu dengan tindakan sendiri. Tapi, sekurang-sekurangnya dia lega.
IKA terkejut melihat keadaan Idlan yang baru turun dari kereta Afi Lukman. Suaminya berjalan dalam keadaan tak stabil. Macam orang pening. Kemudian, kereta Afi Lukman terus meninggalkan halaman. Ika terpinga.
Abang nak masuk, boleh Soal Idlan ketika berdiri di muka pintu.
Dia terpaksa gagahkan sebelah tangan pada pintu kerana kepalanya sedikit pening. Kuat juga tenaga Afi Lukman. Dia bukan tak mampu nak membalas. Tapi, dalam soal begini, dia sepatutnya mengalah. Dia faham Afi Lukman terlalu risaukan Ika.
Kenapa dengan hidung abang Ika menyoal. Jelas kebimbangan terpamer di wajah saat itu.
Tak menjawab pertanyaan isterinya, Idlan melangkah lemah menuju ke bilik. Ika garu kepala. Apa dah berlaku Dia kemalangan ke Atau, abang Afi tumbuk dia
Ika segera mengekori langkah Idlan. Kalau betul Afi Lukman buat begitu pada Idlan, tentulah dia rasa bersalah. Kalau tak kerana dia pulang ke kampung dalam keadaan bersedih, Afi Lukman takkan bertindak kasar pada suaminya.
Abang Afi pergi jumpa abang ke tadi Terpacul soalan itu ketika mengambil tempat di sebelah Idlan.
Sebagai isteri yang masih cinta dan sayangkan suami, tentulah tak sampai hati melihat darah mengalir dari hidung Idlan. Ika segera mengambil kapas. Dagu Idlan disentuh perlahan. Wajah itu dipandang seketika dan kapas ditekan-tekan perlahan pada hidung suaminya.
Idlan hanya memerhati Ika sedang merawatnya. Tak tahu nak ucap terima kasih atau sebaliknya. Hati masih tertanya-tanya dengan kepulangan Ika tanpa sebab.
Ika cuma kesian kat dia, abang... Ika nak mulakan penjelasan.
Dia juga tak sampai hati mahu Idlan berteka-teki hingga menyebabkan Idlan jadi mangsa kemarahan abangnya. Tak cukup dengan satu alasan nak tinggalkan Idlan. Suaminya perlu tahu perkara selebihnya.
Idlan kerutkan muka. Bicara Ika buatkan dia tertanya-tanya apa maksudnya.
Dia Ika kesian pada siapa
Ika tarik nafas. Mata dipejam sebentar. Mencari kekuatan menyambung penjelasan. Maksud Ika, kak Irdiana. Ika... tak sampai hati tengok dia terkena penyakit misteri macam tu.
Sekali lagi Idlan kerutkan muka. Tak faham. Apa kaitan Irdiana dengan kepulangan Ika ke sini
Kenapa Ika tiba-tiba sebut nama dia
Ika bingkas dari katil. Kapas di tangan terus dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian, dia kembali duduk sebelah Idlan. Dipandang wajah suaminya dengan rasa bersalah.
Pakcik Arshad datang jumpa Ika kat kondo pada hari sama kita pergi lawat kak Irdiana.
Idlan tunjuk wajah terdesak. Dia betulkan kaki dengan duduk bersila atas katil. Pada Ika dia beri sepenuh tumpuan.
Dia datang jumpa Ika Ada hal apa
Sekali lagi air mata Ika jatuh tak semena. Permintaan Dato Arshad kembali mengguris hati sebagai isteri pada Idlan.
Idlan merenung lembut wajah Ika. Pipi yang sedang basah itu disentuh dan diusap dengan lagak memujuk. Dia dekatkan diri. Bahu Ika dirangkul perlahan dan tubuh itu didakap seeratnya.
Kenapa Ika menangis. Cakap dengan abang. Beritahu, kenapa Dato Arshad jumpa Ika. Apa yang dia mahu Ketika soalan itu melantun keluar, hatinya digamit sesuatu. Tentu ada perkara yang tak kena.
Ika teresak dalam dakapan Idlan. Saat rambutnya diusap Idlan, ketika itu dia mendongak. Mata yang berkaca-kaca, terus mengalirkan airnya tanpa henti.
Cakaplah, sayang. Jelaskan pada abang. Jangan buat abang terus lemas dengan pertanyaan. Abang perlu tahu apa yang abang tak tahu.
Pakcik Arshad tu... dia, dia suruh Ika tinggalkan abang. Tangisan Ika sekali lagi pecah. Terus dia sembamkan wajah ke dada Idlan.
Riak wajah Idlan berubah. Dia leraikan dakapan dan memegang kedua-dua bahu Ika supaya Ika tak berhenti jelaskan kedudukan sebenar.
Kenapa dia buat macam tu Kenapa dia suruh Ika tinggalkan abang
Sebab dia kata, kak Irdiana masih perlukan abang. Dia mahu abang berbaik semula dengan anaknya.
Idlan menggeleng laju. Permintaan dan kemahuan Dato Arshad begitu keji pada pendengarannya.
Apa sebab dia buat keputusan macam tu Dah nyanyuk! Geram nampaknya Idlan saat itu.
Ika mengesat mata. Cuba berhenti menangis. Apatah lagi, suara Idlan dah meninggi. Risau kalau suaminya pula mengamuk.
Ika sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan abang semalam. Tapi, pakcik Arshad melutut depan Ika dan minta Ika kesiankan dia. Memang betul Ika kesiankan dia sebab dia dah tua. Ika juga kesiankan kak Irdiana. Pakcik Arshad ada kata, sakit kak Irdiana berkurangan bila abang datang melawat. Jadi dia beranggapan, kalau abang kembali semula pada kak Irdiana, kemungkinan peluang untuk kak Irdiana sembuh tu ada.
Dah tu abang ni macam mana Ika tak kesian pada abang
Ika...
Abang perlukan Ika. Ika isteri abang. Kenapa Ika nak kesian pada orang yang tak ada kena-mengena dengan kita
Tapi, dia bekas isteri abang. Abang pun pernah bahagia dengan dia, kan. Lagipun, abang masih ada perasaan cinta pada dia.
Itu dululah. Kenapa Ika tak nak faham Dia masa silam abang. Sekarang ni masa untuk abang bahagia dengan Ika. Ika adalah masa depan abang. Fasal cinta abang pada dia yang selalu Ika sebut-sebut tu, abang cuba nak lupakan. Kalau ye pun masih ada perasaan tu, Ika ingat abang akan tinggalkan Ika dan balik pada dia Abang sesekali takkan buat macam tulah.
Ika terdiam dan terus tenang mendengar. Diperhatikan sekali lagi hidung Idlan yang berdarah semula. Tadi sudah dilapkan hingga kering.
Ika lapkan darah kat hidung abang dulu.
Abang tak kisah kalau hidung abang berdarah. Hati abang berdarah sekalipun abang tak peduli.
Tapi, abang kisah dengan apa yang Ika buat. Keluar dari kondo tanpa pengetahuan abang. Balik kampung sepatah tak cakap dengan abang. Ika kata nak jadi isteri yang taat dan dengar cakap abang. Tapi, apa yang Ika buat, tak seperti apa yang Ika dah janjikan dengan abang.
Abang... kan Ika dah terangkan Bukan Ika sukasuka nak balik sini.
Memang Ika dah jelaskan pada abang semuanya. Tapi, perlu ke Ika ikut kata orang Idlan menepis perlahan tangan Ika yang baru menyentuh hidungnya. Dia berdiri dan melangkah keluar dari bilik.
Abang... Ika memanggil dan meluru keluar untuk dapatkan Idlan. Nampaknya, Idlan merajuk!
Idlan sarungkan selipar. Walaupun Ika dah jelaskan letak duduk sebenar, tapi hatinya sedikit terguris dengan apa yang Ika lakukan.