SAAT AKU BERPALING - 48
ASSALAMUALAIKUM. Tegur satu suara dari belakang.

Waalaikummusalam. Faliq berpaling mencari kelibat yang menyapanya.

Hai Faliq. Tegur satu suara dari belakang tatkala Faliq baru sahaja mahu melakukan pembayaran di kaunter berdekatan.

Alana. Awak buat apa di sini Faliq langsung tidak menyangka yang dia akan bertemu Alana di Langkawi.

Nasib baik betul tekaan saya. Ingatkan salah orang tadi. Saya datang bercuti, awak pula

Macam biasalah, urusan kerja. Saya ingatkan awak masih di John Hopkin

Tak adalah, saya habis belajar dah.

Mana yang lain Faliq menyoal sambil matanya sibuk memandang kawasan sekitar. Seperti mencari seseorang sahaja lagaknya.

Saya datang seorang diri. Shes not here, Faliq. Shes not with me. Tanpa menjawab soalan Faliq, Alana bersuara bagi menamatkan pencarian Faliq. Lelaki ini kelihatan beria-ia menjenguk kiri dan kanan.

Nampak sangat ke Alana Faliq jadi malu sendiri. Mungkin kerana reaksinya yang agak keterlaluan membuatkan Alana dengan mudah membaca tingkahnya.

Very obvious, Faliq. Dia tak ikut saya pun. Trust me. Jomlah, kita duduk dulu. Awak tak sibuk, kan

Tak, saya free malam ni. Tak sangka pula awak dah balik ke Malaysia.

Saya ke sana 6 bulan sahaja, lepas tu saya terus balik Malaysia. Saya cuma ke sana untuk program pertukaran jangka pendek.

Patutlah.

Macam mana kehidupan awak Okey

Maksud awak, kehidupan lepas apa yang terjadi dengan Nadhirah Teka Faliq.

Maaf kalau saya menyibuk urusan peribadi awak.

Tak adalah. Boleh juga kita buat modal untuk berborak, kan

Saya cuma nak tahu sebab awak nampak macam masih mengharap. Alana yakin dengan telahannya.

Melihat reaksi Faliq ketika mereka baru berjumpa tadi, dia yakin yang Faliq masih mengharapkan Nadhirah.

Faliq menarik nafas dalam-dalam, Well... yeah, betul apa yang awak cakapkan. Saya masih mengharapkan sesuatu dari Nadhirah. Dia ada cakap tak pada awak macam mana kami boleh putus

Kami tak ada rahsia. She told me everything.

Awak tak marahkan saya

Marah juga, tapi saya cuma boleh mendengar aja. Nadhirah degil dengan dendamnya dan awak pula keras kepala tak nak dengar. Sesuailah, kan

Macam bodoh, kan

Cinta membuatkan manusia bodoh. Cinta juga membuatkan manusia buta.

Dia ke mana Dah lama sangat saya mencari dia. Saya betul-betul nak jumpa dia. Tanpa berselindung Faliq membuat pengakuan setelah mereka berdua mendapatkan tempat di dalam restoren.

Alana adalah harapan terakhirnya kini. Bukan dia tidak mahu mencari Alana, namun Faliq langsung tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan wanita ini setelah Alana menyambung pengajian.

Lebih 5 bulan kami tak jumpa. The last time we met, kami bergaduh lepas tu dia terus hilang. Merata saya cari dia, sampai sekarang tak jumpa. Saya terkilan sebab sampai hari ni saya masih mengharapkan kemunculan dia. Dia ada di mana Al

Kalau saya bagitahu awak, apa awak akan buat Soal Alana. Dia merasa simpati melihat keadaan Faliq.

Lepas saya sedar yang dia dah pergi jauh, dia dah tak ada di Malaysia. Saya dapat rasa yang saya agak terburu-buru putuskan hubungan kami. Ada benda yang belum selesai antara kami Alana. Kalau saya tahu dia di mana, saya akan pastikan kami bertemu. Banyak yang belum kami bincangkan. Dia hilang macam tu sahaja. Saya perlukan penjelasan dari dia.

Alana hanya mendengar luahan hati Faliq.

I know this might sound funny to you, tapi apa yang terjadi pada Nadhirah, Alana Saya akui ianya salah saya sebab langsung tak bagi peluang untuk dia terangkan semuanya. Kemarahan membuatkan saya memekakkan telinga. Faliq mengakui kesilapannya.

Tahu pun.

Saya tertanya-tanya kenapa dia berubah sampai macam tu sekali. Kenapa dia tekad untuk memusnahkan keluarga sendiri

Faliq, saya pun baru je tahu alasan sebenar Nadhirah berubah sampai macam tu sekali. Tapi, saya tak layak nak bercakap soal itu, awak kena cari dia Faliq. Tanya dia sendiri.

Please, Alana. Awak adalah peluang terakhir saya. Saya dah cari awak dan Nadhirah selama 5 bulan hanya untuk mendapatkan jawapan. Kepala saya sesak sangat sebab saya masih tak boleh terima dengan apa yang Nadhirah dah buat pada keluarga dia.

Awak tahu Nadhirah percayakan saya, kan Saya tak boleh nak beritahu awak apa-apa. Cuma, dia takkan balik lagi ke sini. Itu je yang saya boleh cakap. Alana bangun. Dia perlu mengelak dari menjawab soalansoalan dari Faliq. Takut juga kalau dia tersilap cakap.

Tolonglah saya Alana... I love her so much! Saya terdesak sekarang. Saya tahu dia bukan perempuan macam tu. Tolonglah saya. Say something. Faliq berbicara dengan nada rendah sambil dia menundukkan kepala. Dia tiada pilihan. Dia yakin yang Alana adalah satu-satu orang yang tahu keberadaan Nadhirah kini.

Awak buat saya rasa serba salah Faliq. Alana mengetap bibir bawahnya. Dia kembali duduk.

Dia sudah pun berjanji untuk merahsiakan keberadaan Nadhirah namun rayuan Faliq berjaya membuatkan hati kecilnya berkocak. Alana juga sebenarnya amat berharap agar ada insan yang mampu membawa Nadhirah pulang setelah dia sendiri gagal. Mungkinkah Faliq adalah orang yang boleh merubah keputusan Nadhirah

Ahhhh sukarnya!!!

Hidup dia tak sama macam orang lain Faliq. Alana kalah dengan rayuan Faliq.

Apa yang tak sama Just tell me everything. Saya janji akan dengar semuanya. Faliq sudah pun bersedia untuk mendengar.

Dia ada zaman kanak-kanak yang teruk, Faliq.

Hidup di Australia sejak kecil dengan Mama dan bapa tirinya. Di sana, dia didera dan Mama Nadhirah dibunuh di depan matanya ketika dia berusia 14 tahun and she was the only witness.

Faliq menyandarkan tubuhnya sambil dia mula memberi perhatian. Cerita yang selama ini belum pernah dibuka oleh Nadhirah akhirnya tersingkap juga.

This is not right. Saya betul-betul tak patut ceritakan semua ni pada awak Faliq. Alana masih ragu-ragu.

Kalau saya tak dengar semua ni dari awak, saya nak dengar dari mana Faliq berharap yang Alana memahami keadaannya sekarang.

Selepas pembunuhan Mamanya, pihak berkuasa berjaya menjejak Tan Sri Malik yang dikatakan sebagai Papanya. Nadhirah dibawa balik ke Malaysia dan terus tinggal dengan keluarga Tan Sri Malik selama beberapa tahun. Alana menarik nafasnya panjang. Dia masih ragu-ragu mahu meneruskan cerita.

Teruskan Alana... please...

Kami berkenalan masa Nadhirah tengah struggle untuk peperiksaan SPM. Saya jadi tutornya semasa cuti semester sebab dia tak bersekolah. Dia ambil peperiksaan persendirian.

Faliq telan air liur yang terasa kesat ditekaknya.

Dia hidup terasing. Diasingkan sebenarnya. Tak ada telefon, tak ada kawan, tak ada apa-apa langsung. Tak ada sesiapa tahu yang dia wujud dalam rumah agam 3 tingkat tu kecuali penghuni di dalam rumah tersebut sahaja. Selama beberapa bulan saya jadi tutor dia pernah sekali saya tanya dia, apa dia nak buat selepas ini Awak tahu apa jawapan dia, Faliq

Faliq menggelengkan kepalanya. Namun dia ingin tahu apa pun jawapan dan alasan Alana.

Tanpa emosi, dia jawab yang dia tak ada cita-

cita dan satu-satunya benda yang dia nak buat adalah untuk keluar dari rumah tu. Dia dah tak nak balik ke rumah tu lagi. Dia minta tolong saya untuk bantu dia. How do you feel, Faliq

Ya Allah, Alana Apa yang dah jadi pada Nadhirah sebenarnya

Kami jadi rapat sejak dari hari tu. Saya kawan pertama yang dia ada dan saya tak pernah tinggalkan dia. After a few months selepas SPM, akhirnya surat tawaran tiba. Nadhirah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Itulah kali pertama dia keluar dari lubang neraka tu.

Faliq meraup wajahnya beberapa kali. Dia terkejut dengan apa yang singgah di telinganya, Dia nampak normal. Langsung tak tunjuk apa-apa tanda kemurungan pun, Alana.

Cerita yang hinggap di telinganya seakan-akan sukar untuk diterima akal. Mengenangkan tingkah ceria Nadhirah, membuatkan Faliq terkesima. Ada luka yang dalam dan terpendam disebalik senyuman manis gadis itu.

Sebab tu saya faham bila awak salah faham dengan dia. Kalau sekali tengok, Nadhirah macam orang lain. Dia nampak macam sangat normal, ceria, tak ada masalah. Hakikatnya dia tak senormal itu.

Awak cakap yang dia didera. Kenapa tak buat laporan polis Faliq bertanya lagi.

Saya ada juga pujuk dia, tapi dia tak nak. Dia terlalu sayangkan Tan Sri Malik. Pada dia, Tan Sri Malik yang bagi peluang kedua untuk dia teruskan hidup. Walaupun apa yang dia hadapi di Malaysia lebih kurang sama sahaja jalan ceritanya masa dia tinggal di Australia. At least, Tan Sri Malik sediakan ruang dan peluang untuk dia teruskan hidup.

Apa lagi Alana yang saya tak tahu Saya rasa ada lebih dari itu yang dia rahsiakan.

Faliq, saya cuma boleh beritahu setakat ini. Saya harap awak faham.

Faliq menganggukkan kepalanya.

Semasa berusia 21 tahun, Nadhirah hadiahkan sebahagian hatinya untuk Tan Sri Malik.

Apa Hanya satu patah perkataan itu sahaja yang terkeluar daripada mulut Faliq. Satu lagi fakta baru yang membuatkan Faliq sukar mempercayai.

Masa Tan Sri Malik hadapi masalah hepatitis, tanpa perlu berfikir panjang, Nadhirah sanggup menunda pengajiannya hanya untuk selamatkan arwah Papanya. Selama beberapa tahun mengenali dia, ada satu benda yang saya sesalkan sampai sekarang. Saya selalu cakap yang dia bodoh bila dia biarkan sahaja diri dia dibuli oleh Aidid dan Adelia. Saya selalu suruh dia berubah, jangan bagi dia orang pijak kepala dia lagi. Tapi, dia langsung tak nak dengar cakap saya.

Ada betulnya kata-kata Alana. Tapi, Faliq tak berani untuk menyampuk. Dia masih perlukan maklumat berkenaan Nadhirah.

Dalam tak sedar, akhirnya Nadhirah berubah jadi agresif. Keputusan dia untuk hancurkan keluarga Tan Sri Malik buat saya terkejut. Itu bukan Nadhirah. Dia mesti ada satu alasan yang betul-betul kukuh yang

menyebabkan dia berubah mendadak.

Maksud Alana

Dia terlalu sayangkan Tan Sri Malik dan tak pernah sekalipun dia abaikan Papanya. Malah dia sanggup terbang jauh hanya kerana Tan Sri Malik tak sihat. Sebab tu, masa Tan Sri Malik terlantar tenat, saya terkejut bila Nadhirah tak nak jenguk Papanya. Dia takkan buat macam tu pada Tan Sri Malik.

Terus terang, Alana...

Alana menggelengkan kepalanya, Saya rasa lebih baik dia cerita sendiri apda awak. Percayalah dia berubah bukan disebabkan harta dan dendam. Dia ada alasan yang terlalu kukuh untuk buat semua tu. Dia rampas Emerald hanya untuk ubati luka dihati, tapi semuanya dah lain sekarang. Dia dah tak pedulikan lagi Emerald, dia dah tak nak ada kaitan lagi dengan keluarga Tan Sri Malik. Dia dah kembali jadi Nadhirah awak semula. Cari dia Faliq, pujuk dia balik.

Memang itu yang saya nak buat. Tapi, dia di mana Saya langsung tak ada sebarang petunjuk untuk cari dia. Soal Faliq.

Dia sebenarnya dah pesan pada saya supaya jangan beritahu apa-apa pada awak. But after seeing you, saya rasa awak kena cari dia. Selesaikan semuanya. Kalau tak boleh nak move on, at least kau orang boleh letak noktah untuk hubungan kau orang ni.

Saya sedang tunggu jawapan awak, Alana. I need to see her.

Mongolia. Dia ada di sana. Spending her time there. Melalu emailnya, she seems so happy and enjoying her life there. Alana menghulurkan telefon pintarnya yang mengandungi foto Nadhirah bersama anak-anak kecil di kawasan pedalaman Mongolia.

Mongolia Jauhnya dia lari... Faliq menghembuskan nafasnya perlahan.

Jauh benar Nadhirah lari meninggalkannya. Patutlah selama 5 bulan dia mencari Nadhirah di Australia, Edinburg, Filipina. Jejak Nadhirah langsung tidak ditemui.

Memang jauh, tapi saya rasa itu yang terbaik buat dia sekarang.

Macam mana dengan Emerald Group

Dia tinggalkan Emerald pada Ahli Lembaga Pengarah yang lain. Sekarang dia dah tak ada apa-apa kaitan lagi dengan syarikat tu.