Jarinya semakin teruk. Doktor locum rujuk dia ke hospital. Tapi doktor kerajaan tak buat apa-apa yang drastik. Cuma dressing dan beri antibiotik sahaja.
Seminggu yang lalu, aku berjumpa dengannya. Jarinya dah sekali ganda membengkak.
Jangkitan kuman agak teruk. Aku tak yakin dia makan ubat ikut aturan. Aku tak yakin dia jaga kebersihan. Dengan jari sebegini, dia masih gigih bekerja. Aku rujuk dia ke klinik pakar tulang.
Dua kemungkinan komplikasi, satu Osteomyelitis, dua ada foreign body tertinggal di dalamnya. Aku harap doktor hospital akan buat x-ray. Aku harap doktor hospital akan buat pembedahan. Tetapi doktor hospital tak beri dia jumpa pakar tulang. Dia dihantar balik ke unit pesakit luar sahaja. Kitaran baru berulang semula. Dressing dan antibiotik, itu sahaja. Tiada siapa yang suruh buat x-ray. Tiada siapa yang nak buat wound exploration. Sekadar bubuh Flavin dan balut semula.
Jadi apa aku lakukan Aku beri suntikan antibiotik. Aku beri Local Anasthesia cukup-cukup. Aku buat wound exploration sendiri di klinik. Apa aku jumpa Seperti dijangka. Ada serpihan besi karat. Semalam aku review lukanya. Dah tiada nanah. Bengkak dah berkurangan. Sakit pun dah berkurangan. Alhamdulillah.
Untuk kebanyakan kes, luka-luka sebegini paling lama pun seminggu mesti dah baik punya. Tetapi kalau dah sebulan masih bernanah dan bengkak, mesti ada sesuatu. Aku dah tulis jelasjelas dalam surat rujukan aku, tetapi tiada siapa yang endah. Semua anggap ini luka biasa-biasa sahaja. Mula-mula aku pun beranggapan sama juga, tetapi bila tengok keadaannya, aku rasa bersalah. Aku tak buat dan mencuba yang terbaik untuknya.
Bila melihatnya mula tersenyum malam ini, hati aku mula tenang. Penat lelah seharian hilang dengan sekelip mata. Walaupun dia tak pandai ucap terima kasih, keikhlasan senyumannya dah memadai untuk aku.