DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 48
Pagi semalam Cikgu Kuala Kubu telefon aku bertalu-talu. Aku tak angkat, tengah mesyuarat. Aku bawak handphone ke bawah meja.

Apa hal Tengah mesyuarat ni. Aku hantar pesanan ringkas.

Tak lama, poket kiri aku bergetar geli-geli. Ada pesanan masuk.

Gaji dah masuk! balas Cikgu Kuala Kubu. Terukir senyum berlagak di muka handphone.

Aku sambung mesyuarat dengan serius sambil berfikir macam mana nak selesaikan masalah kerani sekolah yang sangat lembab dalam pengurusan gaji cikgu-cikgu baru. Mengajar dah lima bulan. Hari ni baru dapat bayaran! Mujurlah kerja cikgu. Kalau kerja sebagai peniaga Melayu macam ni punya hal, tak ke melingkup bawah meja

Setelah puas berfikir perkara yang membuang masa, aku sms kembali Cikgu Kuala Kubu.

Hutang saya jangan buat-buat lupa. Duit lebih gaji awak nak beli apa

Tak sampai seminit, aku dapat mesej balasan.

Beli kereta :) Ada tanda :) di hujung ayat. Macam nak mengorat!

Dalam hati aku sedikit lega. Akhirnya merasa juga Cikgu Kuala Kubu pegang duit gaji sendiri. Aku sambung balik mesyuarat yang kalau ikut jalan Islamik sepatutnya dah sampai ke peringkat kena baca Tasbih Kifarah dan Surahtul Asr.

Pukul 7.30 malam aku sampai depan pintu rumah. Salam aku hulur padu sebanyak dua kali.

Seketika kemudian, Cikgu Kuala Kubu muncul di muka pintu.

Berterabur aku mengeluarkan pertanyaan yang aku simpan dari mula masuk motor tadi

Siapa punya ALZA AHB 7240 parking depan pagar kita ni

Saya punya. Baru beli tadi.

Zaassss! Cikgu Kuala Kubu memberi jawapan mantap ibarat baru lepas beli kain ela dari Kedai Kain Jakel.

Aku geleng kepala lapan kali sambil menahan sebak di dada. Dia bantai beli kereta betul-betul rupanya!!!

NOTA KAKI:

Kereta besi Waja aku terpaksa jual. RM 130,000 boleh bayar ansuran. Kalau kawan-kawan aku bagi RM 15,000 termasuk sekali lipas, tikus dan biawak yang selalu menyorok bawah lapik kaki.