SEMBANG TEPI JALAN - 48
Maaf, sehingga saat ini aku masih tidak pasti adakah aku ini seorang arris atau pun tidak. Adakah aku pemuzik jalanan Adakah aku seorang pengemis Apa yang nyata ialah aku suka singgah di mana-mana tempat atau mukim yang aku rasa bila sampai masanya aku perlu dan singgah diam di situ. Aku belajar apa yang perlu. Kadang-kadang tidak seintbang dengan apa yang aku lakukan.

Aku manusia 50% dan selebihnya nikmat itu telah kupulangkan seniula kepada yang empunya nikmat. Ini bermakna aku ini semakin lama semakin kurang nikmat hidup. Aku berasa rugi tetapi sudah begitu ceritanya. Waau apapun, aku tetap menerima seadanya.

Mengenali dan mendalami ilmu hakikat dan makrifat dalam usia yang muda agak tidak sesuai sebab ia sebenarnya membunuh mimpi dan impian para pengembara. Dunia kejiwaan tidak mengharapkan apa-apa pun. Arahnya bukan untuk yang gemerlapan. Arahnya untuk damai di jiwa. Dalam bentuk materialnya tidak ada. Kita ini adum atau kosong. Itu sebab orang-orang tua berkata kalau hendak belajar tarikat atau hakikat elok masa umur 40 tahun dan ke atas. Pada usia 20 tahun aku sudah berong dan asyik dengan yang itu sehingga lupa yang ini. Kalau masih tidak berumahtangga mungkin aku sudah tinggal di hutan paya bakau di belakang rumah. Aku mungkin berkahwin dengan orang bunian, menjadi menantu kepada penghulu bunian.

Dunia hakikat bagi aku sangat sempurna dan logik dari segi kejiwaannya kalau kita memahami dan mendalami ceritanya sebab ceritanya mengenai kita sendiri - asal dan usul kita. Maka suka atau tidak, kita perlu tahu akan misterinya cerita itu sebab itu cerita untuk kita sendiri bukannya orang lain.

Walau apapun, berhalik kepada kemanusiaan, itulah yang paling diutamakan sebab kita ini masih lagi di sini. Kalau aku tidak kenal hakikat dulu mungkin aku sudah segak bergaya dalam dunia yang bergemerlapan seolah-olah dalam cerita kisah seorang biduan.

Itulah, visi manusia pelbagai kecuali aku sebab aku hanya separuh. Kemanusiaan itu perlunya kejujuran dan keikhlasan bukan untuk sesaina manusia tapi untuk jiwa dalam. Jiwa perlukan itu untuk yang empunya jiwa. Selebihnya kita tidak mampu untuk tahu sebab pengetahuan tidak kesampaian. Fahami dan dalami tentang zat dan sirrnya. Perjalanan bukan setakat titik atau A, B, C atau alif, ba, ta. Kalau tidak faham, belajar. Jangan rasa diri sudah tahu sebab diberitahu oleh jawi atau JAIS atau ibu bapa atau keturunan kita.

Islam itu ada di Mesir, Indonesia, China, dan di mana-mana sahaja. Di dalam dunia ni, bukan hanya di Malaysia ni buku-buku yang dibaca kebanyakannya amat sedikit isinya. Aku kenal sebahagian penulisnya. Mereka rakan aku. Tiada apa cerita pun. Semuanya untuk mencari makan. Tulis cerita agama untuk sesuap nasi. Bercerita tentang cerita yang sudah diajar pada kita sejak kita berumur lapan tahun lagi. Itulah yang diulang-ulangnya. Kalau begitu, statiklah ceritanya. Di manakah isinya Jawabnya, Blowing in the wind.''