--budak jahat
--budak bangang
--mangkok hayon
Kemudian
--hisap dadah
--main perempuan
--lukakan hati perempuan
--mabuk arak
--tunggang-langgangkan dunia
--anarki sana sini
--ludah sana sini
--bogelkan jari tengah depan orang
--carutkan Fuck, Bitch, Shit dan Son of a bitch secara percuma.
Hanya selepas kau kata,
Awak lelaki yang baik.
Sebelum meninggalkan aku luka yang dalam.
Tak apa,
sekurangnya aku berjaya jadi jahat pada diri sendiri, bila aku menipu bahawa boleh jadi jahat dan buat semua benda jahat tu.
Walau hakikatnya,
aku tak pernah cuit hati kau sampai berdarah, walau hanya sekali.