Begini, Ayah Edy, kami ingin memberikan pemahaman kepada para ibu bapa bahawa di sekolah ini, kami belum mengajarkan Baca, Tulis, dan Hitung kepada anak di usia yang sangat kecil. Namun masalahnya, para ibu bapa tetap sahaja mahu dan terus meminta anaknya agar diajar membaca, menulis, dan mengira.
Kemudian saya bertanya lagi, Apa alasan para ibu bapa meminta anaknya diajar membaca, menulis, dan mengira
Kerana hampir semua sekolah rendah mewajibkan anak darjah satu yang baru mendaftar harus boleh membaca, menulis, dan mengira.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, saya tidak pernah lupa kejadian ini. Saya juga hairan dari mana asal-usulnya, setiap sekolah rendah mewajibkan murid yang baru darjah satu untuk boleh CALISTUNG. Padahal jika kita bandingkan dengan pendidikan anak awal usia di negara-negara maju, sama sekali tidak ada kewajiban semacam ini. Program untuk anak awal usia majoritinya adalah bermain. Kerana bermain, bagi anak-anak, sama dengan belajar. Mereka baru diperkenalkan dengan membaca, menulis, dan mengira pada darjah tiga sekolah rendah (elementary).
Secara ilmiah, baru-baru ini saya membaca, bahawa anak awal usia baru boleh memfokuskan organ visualnya pada objek-objek tiga dimensi. Oleh kerana itu, alat-alat pembelajaran anak awal usia yang baik adalah berbentuk tiga dimensi. Jika anak awal usia dipaksa untuk belajar CALISTUNG, yang pada umumnya menggunakan objek dua dimensi atau tulisan di papan tulis, si anak akan mengalami gangguan organ visual pada usia yang lebih muda.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, tahukah anda mengapa sekolah-sekolah yang ada di negara maju tidak menekankan pada aspek membaca, menulis, dan mengira, melainkan lebih menekankan pada aspek pengembangan kreativiti dan kemampuan berfikir/logik si anak Menurut penyelidikan ilmiah, secara global kemampuan otak manusia yang berkaitan dengan pembelajaran terbahagi kepada tiga hal besar. Pertama adalah kemampuan kreatif, kedua adalah kemampuan berfikir/logik, dan ketiga adalah kemampuan mengingat.
Dari ketiga kemampuan ini, kemampuan mengingat merupakan kemampuan semula jadi yang bersifat pelengkap, sementara kemampuan kreatif dan berfikir merupakan kemampuan utama dan penting yang akan membantu anak untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya kelak. Kejayaan hidup seseorang lebih banyak ditentukan oleh kemampuan kreatif dan berfikirnya, berbanding kemampuan mengingatnya, atau dengan kata lain kemampuan mengingat (short term memory) hanya sebagai pelengkap sahaja.
Namun sayangnya, yang terjadi pada sistem pendidikan kita malah sebaliknya. Sejak awal usia, anak-anak sudah dipaksa untuk CALISTUNG, yang sesungguhnya hanyalah sebuah proses untuk mengembangkan kemampuan mengingat jangka pendek anak (Short Term Memory Learning).
Ternyata proses ini tidak hanya berhenti di awal usia sahaja, tetapi hingga dewasa mereka terus diajar dan diuji berdasarkan kemampuan mengingatnya dan bukan kemampuan kreatif atau logiknya. Berikut ini adalah salah satu contoh pertanyaan yang dulu pernah diuji ketika kita masih sekolah:
Apa yang terjadi antara 1825 hingga 1830 Masih ingat pelajaran sejarah Ya, pasti jawapannya adalah Perang Diponegoro. Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, saya pernah tanyakan pertanyaan yang sama kepada anak-anak taska.
Nak, siapa yang tahu apa yang terjadi antara 1825 sampai dengan 1830
Tiba-tiba seorang anak berteriak, Saya tahu! Saya tahu! Itu waktunya azan maghrib.
Apa pandangan anda, salahkan jawapan anak ini Tentu sahaja jika anak ini menjawab untuk soal ujian nasional, pasti akan disalahkan. Sejak kecil kita tidak pernah dinilai berdasarkan logik kita dalam menjawab soalan. Sejak kecil kita juga tidak pernah diberi pertanyaan yang menggunakan logik/berfikir seperti:
Apa yang terjadi jika minyak di bumi Indonesia habis Apa akibatnya Ya, saat hal itu terjadi maka masyarakat kita menjadi panik. Kerana sejak dulu tidak pernah ditanya, apalagi sempat memikirkan.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, marilah kita bersamasama mencipta sistem pembelajaran yang mengasah kemampuan kreatif dan kemampuan berfikir anak! Bukan sekadar hafalan. Agar kelak mereka boleh melihat dan mencipta peluang-peluang baru, bukannya melihat dan mencipta masalah baru bagi bangsa ini!
Ingat! Pasaran bebas tenaga kerja sudah di depan mata. Zaman ketika persaingan kualiti manusia akan semakin ketat! Apakah kelak anak-anak kita akan menjadi hamba atau tuan di negerinya sendiri, kitalah yang paling bertanggungjawab.
Sebuah catatan dari artikel menarik tentang membaca dan menulis menjelaskan sebagai berikut:
Anak yang diajar menulis dan membaca pada awal usia ternyata membaca buku dan menulis cuma sedikit daripada anak yang diajar baca dan menulis kemudian. Jauh lebih penting untuk menjaga rasa ingin tahu anak dengan mengembangkan kreativiti individunya, daripada mengajarnya untuk membaca dan menulis pada awal usia.
Mungkin itulah sebabnya, kita semua, para ibu bapa yang dulu sejak kecil sudah dipaksa untuk boleh membaca agar dianggap anak pintar dan mendahului anak lain, tetapi ironinya kini menjadi ibu bapa yang jarang atau malas membaca. Apalagi untuk membuat tulisan.
Begini penjelasan ilmiahnya. Jika yang pertama kali dirangsang adalah otak kreatif dan rasa ingin tahu, anak-anak akan menyimpan segudang pertanyaan yang memerlukan jawapan. Semakin banyak yang ingin diketahui si anak, semakin besar pula usaha untuk mencari jawapannya. Oleh kerana itu, keinginan anak yang terpendam akan meledak jika kemudian baru diajar bagaimana cara membaca dan menulis. Dengan demikian, anak ini akan menjadi rajin untuk membaca dan menulis kerana begitu banyak pertanyaan yang harus segera dijawab dan begitu banyak pengetahuan baru yang harus dia tulis.
Namun sebaliknya, jika yang dirangsang pertama kali adalah cara membaca dan menulis, otak kreatif anak berhenti berkembang, sementara perkembangan otak kreatif anak ini tergantung dari rangsangan awalnya dan memiliki tempoh kritis hingga usia 12 tahun. Anak yang waktunya lebih terfokus untuk belajar membaca dan menulis sama sekali tidak memiliki ketertarikan, tidak punya pertanyaan-pertanyaan yang harus dijawab kerana itu dia tidak banyak menggunakan kemampuan membaca dan menulis.
Mungkin itulah alasan mengapa sistem pembelajaran di kebanyakan negara maju lebih mementingkan kreativiti daripada kemampuan membaca dan menulis pada awal usia.
Mari kita renungkan kembali, bagaimanakah didikan anak-anak kita di rumah dan di sekolah
Marilah kita bersama-sama mencipta sistem pembelajaran yang mengasah kemampuan kreatif dan kemampuan berfikir anak!