SERI menopang dagu. Matanya melilau melihat sekitar tasik Taman Jaya. Ramai yang datang beriadhah. Hmm..aku je yang malas.
Mana Ojie ni Dah setengah jam aku melangut kat sini. Seri angkat tangan kanan. Selak lengan blaus. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas.
Pandangannya beralih pada tempat letak kereta. Kereta Vios kelabu Ojie masih tak kelihatan. Seri tunduk menguis rumput yang menghijau di sekeliling tasik. Mana la minah ni Dah segala macam mak nenek aku jumpa dalam rumput ni. Seekor labah-labah kecil merayap di celah-celah rumput. Teringat masa kecik dulu, binatang tu la yang menjadi umpan mengail ikan di sungai di kampung dulu. Kadang-kadang nak tergelak tengok Acik lari lintang pukang bila labah-labah tu aku campak ke arahnya. Penakut betul Acik tu! Tak padan dengan lelaki!
Seri..dah lama kau sampai
Seri mendongak. Ojie dah tercegat di sebelah.
Kalau aku ni lelaki, dah lama tumbuh janggut tahu tak! Kau sesat ke apa Seri pandang Ojie yang dah monyok.
Ojie duduk di sebelah Seri. Dia lapik dengan daun kering yang diambil sekitar situ. Kaki dilunjurkan macam Seri menghala ke arah tasik.
Tak ada apa..err..ada apa kau nak jumpa ni Ojie pandang ke tengah tasik.
Seri jeling Ojie yang dah lemah semacam. Tak makan ke minah ni
Kau okey ke Seri letak tapak tangan di dahi Ojie.
Aku okey je Ojie tunduk. Ranting kayu dicapai dari atas rumput. Daun kering dikuis-kuis perlahan.
Seri hanya memerhati tingkah Ojie. Ni yang lemah ni..aku tanya karang..lagi lemah la minah ni. Haih..macam mana ni
Err..kalau aku tanya sikit..kau jangan marah eh.. Seri tergagap-gagap.
Ojie masih tunduk. Bermain dengan ranting kayu. Daun kering ada yang dah tercampak masuk ke dalam air.
Apa dia Ojie mula mendongak.
Kau dan abang aku ada masalah ke
Ojie diam.
Aku tanya ni! Jawablah! Kau jangan nak mainkan perasaan abang aku pulak. Kau jugak yang nakkan dia tu kan Seri pegang tangan Ojie yang dirapatkan ke lutut.
Ojie menoleh ke arah Seri. Lama wajah bujuh sireh dan kulit putih kemerahan milik Seri ditilik.
Seriaku dah buat keputusan. Aku nak berpisah dengan abang kau. Aku minta maaf. Aku tak layak untuk dia. Dia lebih berhak cari perempuan yang baik Ojie tunduk. Nada suaranya dah rendah. Lemah.
Tapi kenapa
Aku sedar siapa aku. Selama ni pun aku hidup sebatang kara. Aku dah biasa hidup macam ni. Jadi aku tak sedih sangat. Ojie kesat air mata yang dah mula menitis.
Ojiekenapa ni Tentu ada sebab kenapa abang aku tu buat macam tu. Kau bersusah payah tackle abang aku dan abang aku terima kau, kau senang-senang nak putus Seri pegang bahu Ojie yang dah terhenjut-henjut menangis.
Betullah..hidup ni penuh dugaan dan ujian. Aku mengaku dulu aku budak jahat, nakal. Masa sekolah lagi aku suka berkawan dengan lelaki tapi aku tahu harga diri. Aku jaga maruah aku tapi tak sangka, disebabkan kejadian tu, aku dibuang keluarga. Semuanya sebab Salina. Ojie pandang Seri dengan mata berair.
Salina Seri berkerut kening. Apa minah ni merepek Apa kaitan dengan Salina pulak
Aku satu sekolah dengan Salina. Aku tahu, Salina tu pelajar popular. Terkenal dengan kecantikan. Dia suka seorang pelajar lelaki ni tapi pelajar tu pulak suka kat aku. Kerana rasa tercabar, Salina tuduh aku bersekedudukan dengan lelaki penagih dadah dalam pondok dalam ladang kelapa sawit..
Seri menelan liur. Telinganya masih menadah kata-kata Ojie.
Aku dibuang keluarga lepas tu. Lepas SPM, aku bawa diri ke KL. Macam-macam kerja aku buat untuk menyara pengajian aku di universiti. Aku pernah jadi orang gaji tapi tak lama sebab anak tuan rumah aku tu cuba nak rogol aku. Aku pernah jadi tukang cuci pinggan mangkuk di restoran mamak tapi masih tak dapat menampung perbelanjaan aku di universiti. Aku kerja sebagai budak despatch di sebuah syarikat. Alhamdulillah, aku bertahan kerja di situ sampai aku lulus universiti.
Seri terdiam. Selama ni kehidupan Ojie sungguh terseksa. Siapa sangka gadis yang selalu ceria di sebelahnya ni melalui kehidupan sebegitu perit.
Tapi masa Jai buat majlis kesyukuran di pejabatnya, kau macam tak kenal je Salina tu Seri berkerut kening. Masih tak faham apa sebenarnya yang berlaku.
Aku sengaja buat tak kenal. Aku dah tahu dia kerja kat situ. Masa aku kerja despatch dulu, aku selalu hantar surat ke situ. Salina tak kenal aku sebab aku pakai macam lelaki dengan topi dan jaket. Ojie kesat lagi air mata.
Oh Seri tundukkan muka. Ya Allahhebat sungguh ujian pada kau Ojie.
Bila aku tahu yang Salina tu akan ditunangkan dengan Jai, aku rasa tak sedap hati. Aku perlu lakukan sesuatu supaya Jai tak jadi nikah dengan Salina. Kebetulan, aku dengar Salina meluahkan rasa cintanya pada Koci. Jadi aku tulis surat pada Jai tentang siapa Salina sebenarnya. Aku suruh Jai pergi ke hotel tu malam tu. Aku call Lisa. Aku cakap kalau Lisa nak minta maaf dengan Salina, dia kena pergi hotel tu. Salina ada di sana. Aku call pulak Salina. Aku ugut dia, aku akan bongkar segala rahsia dia selama ni kalau dia tak putuskan pertunangannya dengan Jai.
Ojie tunduk. Sisa air mata disapu perlahan.
Tapi macam mana Koci dan Salina kena tangkap di rumah pulak Seri garu kepala.
Entah! Aku sebenarnya nak Jai tengok sendiri apa yang Salina buat kat situ. Aku dapat maklumat, Salina masih buat kerja tu.
Kerja apa Bukan ke dia kerja di syarikat Jai Seri pandang Ojie tak berkelip.
Layan VIP! Ojie berkata selamba.
Hah Seri terbeliak. Ternganga!
Lepas SPM lagi dia buat kerja tu..dia nak hidup mewah cepat. Tak sangka, sampai sekarang dia masih buat kerja gila tu!
Seri terdiam. Dah macam drama! Habis tu dia tipu Koci la
Err..kau pasti ke dia masih buat kerja tu Seri menelan liur.
Kebetulan aku nak jumpa kawan satu sekolah kat hotel tu. Aku terserempak dengan Salina berkepit dengan seorang lelaki tua di kaunter hotel tu. Buat apa lagi kalau dah peluk erat lelaki macam tu Ojie lontar batu kecil sekuat hati ke tengah tasik.
Seri hanya pandang gelagat Ojie. Nampak jelas muka minah tu dah merah. Geram agaknya.
Entah-entah lelaki tu ayah dia..mana tahu Seri masih tak boleh percaya apa yang didengar.
Aku kenal ayah dia! Ojie jeling Seri. Eii! Minah kalut ni..tadi beria nak tahu. Ni banyak soal pulak!
Bila kau jumpa dia kat hotel tu Seri masih tak puas hati. Berdosa besar kalau menuduh orang macam tu!
Seminggu sebelum dia dan Jai bertunang.
Seri dah pening. Sekarang versi Ojie dan versi yang aku dengar masa perbincangan seluruh keluarga dulu ada sedikit berlainan. Salina sampai meraung-raung tak mengaku yang dia buat semua tu. Mana satu nak percaya ni
Aku buat semua ni sebab aku tak nak Jai beristerikan perempuan seperti Salina tu. Jai lebih layak untuk perempuan baik..macam kau ke. Tak sangka pulak kau terima pinangan Koci. Ojie sapu rumput yang melekat pada skirt labuh yang dipakainya.
Ke situ pulak kau ni! Aku salah faham la dulu tu. Aku ingat keluarga Jai yang masuk meminang tapi elok jugak, ada hikmahnya kejadian tu berlaku. Aku putus tunang dengan Koci. Aku tak boleh bayangkan kalau aku hidup dengan Koci nanti. Aku tak cintakan dia tapi nak serah tubuh tanpa ada perasaan Eii! Aku tak boleh terima!Seri mencebik geli.
Dah tahu macam tu, yang kau terima Koci tu kenapa Ojie lihat riak Seri dah macam orang digigit lintah! Geli geleman seluruh badan.
Aku terpaksa..lagipun aku sedar, Jai tak pernah sukakan aku.. Seri tunduk.
Ojie ketawa mengekek.
Eh! Yang kau ketawa tak ingat ni kenapa Seri jeling Ojie. Dah berubah 360 darjah! Tadi bukan main sedih bagai!
Tak ada laaku boleh bayangkan..kau dan Koci tu berkejaran dalam rumah tu..hahahaha!
Seri siku lengan Ojie. Gelaklah sampai keras perut kau tu!
Tapi kanaku rasa jodoh kau dengan Jai la. Ojie mula rendahkan suara.
Seri diam.
Entahlah.aku je yang rasa. Dia buat dek je kat aku.. Seri lempar batu kecil ke dalam tasik.
Err..Seri..tuh! Ojie menuding ke arah kiri.
Seri menoleh. Lisa sedang tersenyum dari jauh. Minah ni nak apa lagi Dah la sibuk nak ambik hak orang!
Seri!Ojie! Lisa laung sambil menapak ke arah Ojie dan Seri.
Seri dan Ojie hanya memerhati tingkah Lisa.
Lisa segera melabuhkan punggung di sebelah Seri. Sempat dia bersalam.
Seri..aku nak minta maaf. Dulu, aku cemburukan kau dengan Jai. Lepas kau bertunang dengan Farid, aku tak sangka Salina pulak yang jadi saingan aku. Tapi lama kelamaan aku dapat terima kenyataan yang Jai memang tak pernah sukakan aku. Aku yang tak tahu malu. Maafkan aku.. Lisa tunduk.
Bukan salah kau pun aku bertunang dan putus dengan Farid tu. Pasal Jai pulak, itu hak dia nak suka siapa. Kau dari mana ni Seri pandang Lisa. Ada riak kesal di wajah cantik milik Lisa. Memang sejak pertama kali kenal dengan Lisa, aku kagum dengan kecantikan asli gadis ni.
Aku teman abang aku tadi..dia ada blind date tapi aku tak suka la minah tu. Macam pandang duit abang aku je.. Lisa mencebik.
Abang kau Ojie pulak terkejut.
Lisa angguk.
Erryang mana satu ek Tanya Ojie lagi.
Dia baru balik dari Amerika. Tak faham aku, kat sana dia tak nak cari makwe. Balik Malaysia ni la sibuk nak cari calon. Aku yang jadi mangsa. Kena teman dia setiap kali dia nak dating. Lisa kuis-kuis ranting di hujung kakinya.
Err..Amerika Dia kerja kat mana sekarang Seri berkerut kening.
Sime Darby. Kenapa Lisa turut berkerut kening.
Tak..tak ada apa.. Lisa menelan liur. Entah-entah abang Lisa tu..orang yang sama mama nak aku kenal dulu tu.
Kalau kau nak kenalaku boleh kenalkan.. Lisa mengusik Seri.
Seri mendongak. Hati aku hanya untuk Jai! Selamanya!
Ojie turut senyum. Faham dengan riak Seri. Dari dulu, Seri suka pada Jai. Hanya Jai saja yang tak pernah endahkan Seri.
Err..aku balik dulu. Abang aku dah datang tu! Lisa bingkas bangun.
Seri dan Ojie turut bangun. Seorang lelaki tinggi lampai berkulit agak putih sedang menapak ke arah mereka.
Seri..Ojie, kenalkan..ni abang aku..Lisa senyum.
Seri senyum hambar. Dia jeling Ojie di sebelah yang dah sengih nakal. Nak sakat aku la tu!!
Hai! Saya Ojie dan ni Seri.. Ojie dah tersengih.
Satu kelas ke dengan Lisa dulu Azam senyum. Matanya melirik pada Seri yang dah muncung. Tetap cantik walaupun muka dah masam mencuka macam tu.
Tak..Lisa kelas lain tapi kami sama-sama ambik kimia. Hanya waktu kuliah saja yang sama. Ojie semakin lebar senyumnya.
Oh Azam angguk-angguk.
Abang ni siapa nama Ojie jeling pula Lisa. Minah ni nak kenalkan abang tapi nama tak bagi tahu pun!
Azam!
Sedap nama tu.. Ojie jeling Seri.
Seri siku lengan Ojie. Gatal jugak minah ni! Patutlah abang aku nak minta putus!
Seri..aku sekali lagi nak minta maaf. Aku harap kau dan Jai ada jodoh. Lisa senyum sebelum meninggalkan tempat itu.
Kami minta diri dulu. Assalamualaikum! Azam turut membuntuti Lisa.
Seri dan Ojie hanya memerhati Lisa dan abangnya beredar dari situ.
Tak sangka, Lisa ada abang yang kacak macam tu. OJie berpeluk tubuh.Matanya masih menala ke arah Lisa dan Azam yang dah semakin jauh.
Abang aku kau nak letak mana Seri luku kepala Ojie.
Alah..abang kau tu dah tak suka aku. Lagipun, aku ni tak sesuai dengan dia. Dia terlalu baik untuk aku. Dia lebih berhak cari perempuan yang baik dan boleh memahami dia. Ojie gosok kepalanya.
Ojie..kau ni kenapa Aku tak pernah kata kau tak sesuai dengan abang aku. Kau tu yang selalu merendah diri. Kau kenalah usaha menjadi perempuan solehah. InsyaAllah, abang aku dapat terima kau dengan ikhlas. Kau tu yang selalu jauhkan diri dari dia. Dia dah merajuk tahu tak! Seri tak puas hati.
Aku rasa berdosa dengan dia. Yalah..aku sedar siapa aku. Siapa yang nak dengan perempuan macam aku ni.
Dahlah dibuang keluarga, dah tu aku ni ramai kawan lelaki dari perempuan. Hidup sebatang kara kat KL ni. Kau pulak dari keluarga kaya. Papa kau Datuk, memang jauh panggang dari api! Tak akan berlakunya pipit bersama dengan Enggang! Ojie tunduk.
Ojiekau tu terlalu merendah diri. Aku tak kira. Aku nak pujuk abang aku. Suruh dia meminang kau. Seri senyum.
Pantas Ojie menoleh. Pinang
Seri angguk.
Aku tak ada saudara mara. Tak payahlah Seri. Nanti keluarga kau jugak yang dapat malu. Ojie tunduk semula.
Alah..apa nak dimalukan. Tahulah nanti apa yang aku nak cakap. Yang penting sekarang ni, kau kena pujuk abang aku semula. Ambil hati dia.
Lagi penting, kau kena berubah. Maksud aku berubah ke arah yang lebih baik semata-mata kerana Allah bukan kerana abang aku. Itu untuk kau juga. Aku sendiri pun masih merawat dan baiki diri untuk menjadi seorang perempuan yang lebih baik dan diredhai Allah. Bukan kerana nak nikah je tapi kalau bukan sebab tu pun kita sebagai hamba Allah kena mencari redha Allah. Tutup aurat dengan sempurna. Jaga ibadah dan pergaulan. Aku pun bukannya alim sangat cik Ojie oi! Kita sama-sama berubah. Semua orang layak untuk masuk syurga Allah! Seri cuba pujuk Ojie.
Ojie diam sambil menundukkan wajah. Kata Seri memang benar. Hanya diri sendiri saja yang mampu merubah. Orang lain hanya boleh memberi nasihat. Nak seribu daya, tak nak beribu-ribu dalihnya.
Aku memang dalam fasa tu. Maaf..beri aku masa.. Ojie pandang Seri yang dah mula sugul.
Macam tulah! Seri peluk Ojie.