CAHAYA terang membuatkan pandangan Zack berpinar. Suara-suara itu menyedarkan dia dari tidur. Mata dibuka perlahan-lahan. Sedikit masa diperlukan sebelum pandangannya jelas. Di tepi katil, Amy dan Hanif berbual mesra tanpa menyedari bahawa dia sudah terjaga.
Awak jangan risaulah.Kedengaran Hanif seperti memujuk.
Saya rasa bersalah, awak. Pasal Farid, tak pasal-pasal Zack masuk hospital. Balas Amy.
Tak payah risau sangat. Doktor pun cakap, tak serius mana pun. Tapiitulah.
Itulah apa
Saya macam pelik sikit. Doktor cakap tak serius. Tapi, kenapa teruk sangat pengsannya
Ohawak tak tahu keAmy tergelak kecil.
Tahu apa
Zack tak boleh tengok darah. Kalau nampak darahdia pitam.
La..ya ke
Zack terdengar gelak tawa Amy dan Hanif bersahutan. Kurang asam betul. Sempat lagi tu ngumpat aku
Ehemngumpat nampakZack menegur akhirnya.
Amy dan Hanif berpaling. Mata saling berpandangan sebelum masing-masing mengukir senyum lega.
Bila kau sedar, ZackSoal Hanif.
Zack kerut kening. Awal pagi rasanya sudah sedar cuma masa yang tepat, dia kurang pasti pukul berapa. Sempatlah juga makan dan bermesej di telefon bimbit sebelum kembali tidur.
Panik juga tatkala sedar, dia tak tahu di mana sebenarnya dia berada. Mujurlah, walaupun kepala dihentak dengan kunci stereng, otaknya masih boleh berfungsi secara normal. Dibuatnya benar-benar hilang ingatan
Zack meraba belakang kepala, di sebelah telinga kiri. Ada tampalan di mana di bawahnya, terdapat kesan bengkak namun, pendarahan tidaklah terlalu banyak. Tak perlu jahitan. Kata-kata jururawat yang bertugas pagi tadi, terulang dalam minda.
Jururawat comel yang bernama Anisah. Mana pulak nurse tu Selepas kepalanya diperiksa dan diberi makan beberapa biji pil, terus kelibatnya hilang. Kalau tak, boleh juga diajak berkenalan lebih lanjut. Ceh! Sempat lagi
Zackkau okey tak niHanif risau melihat Zack masih mendiamkan diri.
Okey sangat! Cubalah try hentak kepala dengan kunci stereng, barulah kau tahu, okey tak okey
Hanif ketawa. Dah boleh bawak gurau, okeylah maknanya tu
Zack bangun perlahan-lahan untuk duduk, segera dibantu oleh Hanif. Bantal disandarkan di belakang badan supaya Zack lebih selesa. Zack cuba mencapai laci sebelah katil, mahu mengambil telefon bimbit. Sekali lagi, Hanif membantu. Telefon bimbit diserahkan pada Zack. Seronok pula jadi orang sakit. Serba-serbi dibantu. Walhal, boleh saja dia melakukannya sendiri. Walaupun kepalanya sakit dihentak, kecederaannya tidaklah seserius mana. Mungkin hari ini atau esok sudah boleh didaftar keluar.
Apa jadi pada FaridZack bertanya. Nada bengang terluah.
Amy dan Hanif berpandangan sebelum Hanif menjawab.
Lepas hantar kau pergi hospital, kita orang buat police report malam tadi. Tunggu ajelah, apa jadi lepas ni Hanif menerangkan secara ringkas.
Amy pula, lebih banyak mendiamkan diri. Membiarkan saja bicara Hanif.
Zack meraba kepalanya lagi. Rasa sakit mencucuk. Mungkin, kesan ubat penahan sakit mula hilang.
ZackAmy memanggil perlahan. Akuminta maaf.
Huh! Senangnya kau minta maafkan Kau punya pasallah aku masuk hospital. Balas Zack.
Aku tahu, salah aku. Patutnya, kau tak perlu masuk campur hal aku dengan Farid. Amy gigit bibir. Jelas wajahnya menunjukkan rasa bersalah, berbaur bimbang.
Aku betul-betul minta maafKata maaf diulang lagi lalu Amy tunduk.
Zack terdiam. Tidak menjangka reaksi Amy begitu. Tidak sedikit pun terdetik dalam hati untuk menyalahkan Amy dalam hal ini. Apa yang dia ucap tadi, hanyalah gurauan.
Amylea Panggil Zack.
Amy angkat muka. Mata bertentangan.
Kau jangan ambil hati pulak apa yang aku cakap tadi. Aku gurau aje
Amy masih diam.
Akutak ada niat pun nak salahkan kau. Kitakan satu keluarga. Masalah kau, masalah aku. Kalau kau sakit, aku pun sakit.
Amy senyum. Sekarang, kau dah sakit. Aku pun rasa sakit hati. Aku rasa macam nak belasah aje Farid tu lagi
Zack ketawa tapi itu menyebabkan sakit di kepalanya datang lagi. Tangan kembali menekup belakang kepala.
Sakit ke, ZackSoal Amy, lantas mendekati katil. Rasa risau kembali menerjah.
Sakitlah. Apa punya soalanBalas Zack.
Amy ketawa.
Hanif menarik nafas panjang. Melihat kemesraan itu, menyelinap sedikit rasa kecewa dalam hati namun tidak dibiarkan lama. Rasa itu tak perlu dilayan. Kebahagian sahabat jauh lebih utama dari rasa kecewanya. Dan rasanya, lebih elok kalau dia memberikan dua beradik ini masa untuk berbual sendirian - Andai masih boleh dipanggil dua beradik.
Zack, aku keluar kejap. Hanif minta diri.
Kau nak pergi mana Soal Zack.
Toilet. Hanif beri alasan.
Awak lepaklah sini dulu. Nanti saya datang balik. Ujar Hanif pada Amy pula.
Amy angguk dan senyum. Hanif terus berlalu. Amy pandang Zack. Senyum dipamer pada bibir, sekadar mahu menutup resah hati.
Kau..okey Soal Zack, tiba-tiba.
Hmm Kenapa kau tanya aku okey ke takAmy kehairanan.
Sebab aku risaukan kau. Aku takut kalau Farid apa-apakan kau. Malam tadi, nasib ada Hanif. Kalau tak ada, tak taulah apa yang jadi..
Amy senyum simpul. Sayang juga kau pada akukan
Kitakan satu keluarga.Zack balas senyum. Tangan ditekup pada belakang kepala. Rasa sakit datang dan pergi. Terasa seperti mahu meminta ubat penahan sakit lagi. Manalah nurse yang nama Anisah tu
AssalamualaikumLembut suara memberi salam.
Waalaikumussalam. Amy dan Zack menjawab serentak lantas berpaling ke arah empunya suara.
Cik Reen Zack berkata perlahan. Serta-merta, sakit di kepalanya hilang.
Maaf, saya mengganggu keZareen bertanya. Langkah diatur anggun mendekati katil Zack.
Eh..tak adalah.Jawab Zack, terkejut campur teruja melihat kehadiran Zareen. Macam mana, Cik Reen tahu saya kat sini
Joe yang beritahu. Jawab Zareen.
Ahokey. Zack angguk perlahan.
Oh..lupa pulak. Ini Amy, kakak tiri saya. Zack memperkenalkan Amy kepada Zareen. Kak ini Zareen. EhmmCik Reen.
Tangan dihulur untuk bersalam lalu disambut. Amy senyum. Sedaya upaya, Amy mengawal riak wajah. Dia tahu, siapa Zareen pada Zack walau tidak pernah bersua sebelum ini.
Tak sangka pulak, Cik Reen sudi datang melawat saya. Tutur Zack.
Kenapatak boleh keZareen menjawab dengan soalan.
Ehboleh sangat.
Zareen senyum sambil geleng. Mereka berdua kemudiannya bertukar bicara, mesra.
Melihatkan keadaan itu, Amy menarik nafas lalu dihembus perlahan. Rasa terpinggir. Tidak tahu bagaimana hendak mencelah perbualan dan juga tiada hati mahu turut sama berbual di situ.
Zack. Aku pergi toilet kejap.Amy meminjam alasan Hanif untuk beredar dari situ.
Okey. Pendek saja balasan Zack.
Beberapa langkah meninggalkan katil, Amy menoleh semula. Zack nampak lebih ceria dengan kehadiran Zareen. Dia terus berjalan pergi.
AMY melabuh duduk di bangku, bersebelahan dengan mesin menjual minuman. Nafas dihela satu demi satu. Cuba untuk tidak terlalu memikirkan Zack namun itu adalah mustahil.
Kakak tiri
Sepatutnya, dia sedia maklum bahawa Zack tidak pernah menganggapnya lebih dari itu. Tak mungkin Zack akan merasai apa yang dia rasa. Cuma kadang-kadang, hatinya berdegil mahu menyimpan sedikit harapan. Rasa itu sepatutnya dibiar mati. Amy meraup wajah.
Amy
Amy angkat muka. Hanif sedang memandangnya dengan kening berkerut.
Awak buat apa kat sini Kenapa awak tak teman Zack
Amy senyum sumbing. Kawan Zack datang.
Kawan Siapa
Zareen.Amy menjawab berserta dengan keluhan.
OhZareen.Hanif terangguk-angguk. Faham.
Hanif menggagau dompet dari poket jeans sebelah belakang. Matanya memandang pilihan minuman yang terdapat di dalam mesin belian automatik. Duit dimasukkan dan kemudian, dia memilih sebotol 100 Plus. Setelah selesai urusan jual beli dengan mesin, dia mengambil tempat duduk di sebelah Amy. Penutup 100 Plus dipusing buka.
Nah. Botol dihulur pada Amy.
Amy senyum. Terima kasih. Tekaknya dibasahkan. Terdiam beberapa ketika.
Saya nak tanya awak satu soalan, boleh Hanif memecah sunyi.
Tanyalah.
Dah berapa lama, awak sukakan Zack
Amy terkesima. Soalan dari Hanif langsung tak dijangka. Kenapa mudah benar Hanif menyelam dasar hatinya Dia melepas nafas.
Mungkin saja, sikapnya itu mudah dibaca.
Sorry. Direct sangat kot soalan saya tuUjar Hanif apabila melihat Amy terdiam.
Amy senyum. Dan kemudian, tertawa kecil.
Dari darjah satu Amy menjawab.
Kening Hanif terangkat.Awak sukakan Zack dari darjah satu
Amy terus tergelak menyebabkan Hanif tergelak sama dalam teka-teki.
Taklah awak.Amy berkata setelah tawanya reda.
Saya teringat lagu Mark Adam. Sambung Amy menyebabkan Hanif ketawa lagi.
SayaAmy membuang pandang ke depan.
Saya pun tak tahu sejak bila. Dah lama Akui Amy.
Walaupun kami kerap bergaduh tapi entah macam mana, saya bolehjatuh hati pada dia.Amy meluahkan rasa pada Hanif. Rasa segannya hilang entah ke mana.
Hanif tekun mendengar.
Saya tahu, Zack tak mungkin akan anggap saya lebih dari kakak tiri. Dulu, Zack sukakan Farizah. Lepas tu, Zack ada Liana. Bila saya tahu Zack bercinta dengan Liana, saya lupakan Zack. Saya bercinta dengan Farid. Lepas tu, saya putus dengan Farid. Dalam masa yang sama juga, saya mula berbaik dengan Zack. Tak tahulah kenapa saya boleh terfikir yang mungkinsaya ada harapan
Awak tak pernah cuba luahkan perasaan awak pada Zack
Amy geleng. Kerja gila namanya tu
Hanif ketawa.
Lagipun, saya tak yakinZack akan suka pada saya.
Kenapa
Awak tengoklah awek-awek Zack.Amy tergelak sendiri. Semuanya cun gila. Nak dibandingkan dengan saya ni, apalah sangat.
Hanif kerut kening. KenapaAwak tak rasa awak cantik
Amy senyum lagi. Saya ni biasa-biasa aje.
Nafas dilepaskan. Ada sedikit rasa rendah diri. Senarai gadis yang pernah Zack minati muncul dalam fikiran.
Farizah. Umum sudah tahu yang Farizah memang cantik. Satu kampung tahu.
Liana. Wajahnya persis pelakon Hindustan. Maklumlah, anak mami.
Zareen, yang baru dia jumpa sebentar tadi. Keanggunan Zareen tak dapat dinafikan. Air mukanya lembut dan tenang.
Farizah. Liana. Zareen. Jika dibuat perbandingan, tak mungkin namanya masuk dalam senarai gadis pilihan Zack.
Amy. Cantik tusubjektif. Cantik pada orang lain, belum tentu cantik pada kita. Hanif berkata. Itu semua terpulang pada yang melihat.
Amy senyum sumbing.
Saya ambil contohlahRemy Ishak. Semua orang cakap Remy Ishak tu macho. Tall, dark and handsome bak kata orang putih. Tapi, pada saya, Remy Ishak tu biasa-biasa aje. Macam bangla jual karpet pun ada.
Awak samakan Remy Ishak dengan bangla jual karpet Tawa Amy meletus.
Jangan salah faham. Maksud saya, bangla jual karpet tu pun, ada yang handsome macam Remy Ishak.
Amy ketawalama. Tangan menutup mulut.
Hanif senyum melihat telatah Amy.
JadiCik Amylea. Tak perlulah awak nak rasa rendah diri. Beauty is in the eyes of the beholder. Andto me, you are beautiful.
Amy terdiam. Rasa segan sendiri bila dipuji begitu. Tak tahu apa yang hendak dibalas pada Hanif melainkan dengan senyuman.
Awak pun, pernah kecewa dulu. Betul tak Lama terdiam, Amy melontar soalan.
Maksud awak
Zack ada cakap, awak pernah bertunang dulu. Tapitunang awakAmy tak sampai hati untuk menghabiskan ayat.
Hanif senyum saja. Kecewa bukanlah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasannya. Tunangnya dijemput Ilahi dalam keadaan tenang. Perlukah dia kecewa Kehilangan adalah perkataan yang lebih sesuai namun dia redha. Siapalah dia untuk mempertikai qada dan qadar Tuhan
Nama diaSuraya.Hanif membuka cerita. Kami bercinta sejak dari tingkatan empat. Tapi masa tu, cinta monyet ajelah.
Bila habis SPM, Suraya sambung belajar ke USM. Saya pulak, masih lagi tinggal kat kampung, ambik STPM. Bila dah duduk jauh ni, biasalah. Nak contact pun, harapkan public phone aje. Masa tu, nak pakai Nokia 3310 pun tak mampu.
Amy tergelak.
Lepas habis STPM, saya sambung belajar ke UTM, Jalan Semarak. Kami cuba juga nak kekalkan hubungan tapi susahlah. Masing-masing sibuk dengan study. At last, kami lost contact macam tu aje.
Tiga tahun lepas, kami terjumpa balik masa raya. Biasalah kan, masa raya nilah, dapat jumpa kawan-kawan lamakawan-kawan satu sekolah dulu. Tak sangka pulak, boleh terjumpa dengan Suraya lagi
Cinta pun berputik kembaligituAmy menyampuk.
Hanif ketawa dan mengangguk.
Dia single lagi. Saya pulak, bolehlah dikatakan single
Boleh dikatakan single Macam mana tu
On-off relationship. Anyway.tak penting bab tu Jawab Hanif. So, kami pun sambung balik hubungan yang terputus dulu. Jenuh jugalah saya nak mengurat Suraya balik. Bukan main lagi jual mahal. Nasib baik sempat berjodoh.
Amy ketawa.
Atau mungkin.dah takdir. Jodoh saya dengan Surayatak akan ada.
Tawa Amy pudar. Terus hilang.
Dalam setahun, lepas kami bercinta balik...Suraya dapat tahu yang dia ada penyakit leukemia. Masa dapat tahu tu, dah tahap dua.
Dalam keluarga Suraya, memang ada sejarah penyakit barah. Tak mustahil Suraya pun boleh kena penyakit ni sebab keturunan.
Penyakit barah, awak tahulah. Nak sembuh bukan senang. Saya sendiri jadi tak sampai hati tengok keadaan Suraya lepas dia buat rawatan. Makin lama, sakit Suraya makin kritikal. Doktor pun tak bagi banyak harapan. Hanif menarik nafas panjang.
Pernah Suraya minta putuskan hubungan. Suraya cakap, dia rasa bersalah pada saya sebab dia banyak menyusahkan saya. Suraya tak mahu saya terus berharap. Tak guna saya tunggu dia kalau jawapannyatak pasti.
Tapi, saya berdegil jugak. Sebab, saya betul-betul sayangkan dia. Jadi, saya ambil keputusan untuk bertunang dengan Suraya sebagai bukti yang saya sayangkan dia. Memang pada awal tu, Suraya tak setuju. Tapi, akhirnya dia terima. Ikutkan hati, nak aje saya nikah terus tapi Suraya pulak yang tak nak. Ketawa kecil terlepas dari mulut Hanif.
Kami bertunang. Hampir-hampir nak bernikah dah pun. Tapi Allah lebih sayangkan Suraya. Dia meninggal dalam tidur.
"Oh..." Hanya itu yang keluar dari mulut Amy.
Awak tanya, sama ada saya kecewa atau tidak Jawapannya, tidak. Saya tak kecewa. Saya dah lama bersedia kalau satu masa nanti, Suraya tinggalkan saya. Itu qada' dan Qadar Allah, saya redha. Saya rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya, saya pernah jadi orang yang membahagiakan Suraya sebelum dia pergi.
Saya minta maaf. Ucap Amy.
Kenapa awak nak mintak maaf pulak Hanif kehairanan.
Rasa macam tak patut pulak, saya tanya soalan pasal Suraya.
Jangan risau. Saya okey Hanif senyum.
Saya mengaku, saya rasa kehilangan sebab Suraya dah tak ada. Sebab itu, saya sibukkan diri dengan kerja dalam masa setahun ni. Malas nak fikir pasal jodoh. Sampailah saya terjumpa aw Hanif mematikan ayat.
Terjumpa siapa Soal Amy.
Tak ada apa-apalah.Hanif senyum penuh makna.
Amy angkat kening dan Hanif hanya ketawa.
Sedih saya dengar cerita awak.Balas Amy, perlahan.
Its part of life. Pengalaman hidup. Yang penting, kita kena bersyukur selalu dengan apa yang ada.
Selalulah berdoa. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Setiap yang berlaku, mesti ada hikmah di sebalik kejadian.
Amy angguk, membenarkan kata-kata Hanif.
Dan mungkin juga, ada hikmah kenapa kita boleh berkenalan
Amy menoleh ke arah Hanif. Pandangan saling berbalas. Senyum terukir di bibir.
4 MEI 2002
Shima beritahu aku satu rahsia pasal si monyet tu. Diam-diam, si monyet tu suka pada Izah. Yelah, Izahkan cantik. Aku ni
Isk. Dalam ramai-ramai orang, aku tak tahu kenapa aku boleh suka si monyet tu
Tapi, monyet tu suka Izah
8 Ogos 2003
Si monyet tu masam je hari ni. Ni mesti pasal Izah lagi. Kau pun satu, monyet! Dah tahu suka, tapi tak nak luahkan. Bila Izah keluar dengan Din, baru nak buat muka toya.
Nasiblah kan
Hhhmmm.apa nak buat ya Kesian pulak tengoksi monyet tu makan hati.
21 September 2007
Hari ni, genap, 16 tahun ibu dengan Kak Liza meninggal. Tak tahu kenapa, aku rasa sedih sangat hari ni. Rasa rindu dengan ibu.
Ayah pesan, kirimkan doa. Bacakan Yassin, bacakan Fatihah. Memang itu yang ayah nasihat setiap kali aku cakap, aku rindukan ibu.
Amy takkan lupa, ayah. Amy ingat pesan ayah sampai bila-bila.
Masa aku lepak sorang-sorang bawah pokok rambutan, Zack datang. Terkejut aku. Tengah feeling layan sedih, tiba-tiba dia muncul.
Zack duduk sebelah. Tiba-tiba, dia hulur tisu. Baik pulak mamat ni hari ni
Dia cakap, aku faham apa kau rasa.
Kita orang lepak bawah pokok tapi tak cakap apa-apa. Sampailah mak panggil ajak makan
4 Januari 2009
Hari ini dalam sejarah!
Tak pernah-pernah Zack wish Happy Birthday kat aku tapi hari ni, boleh pulak dia wish. Siap senyum lagi.
Aku macamseriously Zack Kau wish Happy Birthday Aku yang mimpi ke atau kau yang mimpi
Hahahaha.over gila perangai.
Aku tak sangka pulak dia ingat. Selama ni, dia buat bodoh aje.
Thanks Zack. That is so sweet.
15 Jun 2011
Mak cerita, Zack dah ada awek. Siap tunjuk gambar lagi. Liana namanya. Cun gila. Muka macam Aishwarya Rai. Hahaha! Pandai-pandai je aku ni. Itu ajelah pun nama pelakon Hindustan yang aku ingat.
Hhhmmm
Aku Memang sepatutnya aku lupakan Zack dari dulu. Zack tak pernah tahu yang aku suka pada dia. Eloklah pun kalau dia tak tahu. Eiishhh.kalaulah dia tahu aku suka kat diamacam mana agaknya Mesti berbakul-bakul dia kutuk aku.
Tak apalah. I should let it go then, shouldnt I
So Amy, move on now. Not that easy but you can do it.
Just because you love someone, doesnt mean you are meant to be together.
If you truly love someone, then the only thing you want for them is to be happy. Even if it is not with you
DIARI 2011 di tutup.
Amy melepas nafas perlahan. Satu demi satu diari miliknya dibelek. Sudah bertahun dia menulis diari, bertahun-tahun juga diari-diari itu disimpan. Diari-diari ini menyimpan pelbagai kisah suka duka hidupnya, terasa sayang untuk dibuang. Pada Amy, menulis diari bagaikan satu terapi. Begitulah cara dia meluahkan rahsia. Tak semua isi hatinya mampu diluah pada insan. Jadi, dia mencoretkan rasa dalam tulisan.
Diari 2013 pula dibuka.
Tidak banyak nama Zack dicoret pada tahun 2013. Diganti dengan nama Farid. Pada awalnya, banyak cerita bahagia. Turun naik bercelaru di tengah-tengah cerita. Tangannya mencapai pula diari terbaru, 2014. Lembaran kosong sedang menanti untuk diloretkan kisah.
19 April 2014
The most difficult situation you can ever face with is, deciding whether you should just move on or hold on a little tighter
Tiba-tiba, nada lagu Happy dendangan Pharrel Williams bergema. Pantas Amy mencapai telefon bimbitnya. EhHanif
Teragak-agak sedikit mahu menjawab panggilan Hanif. Tak pernah Hanif menghubunginya. Selalunya, Zack yang menjadi perantara.
Jawab ajelahya takAmy melalukan jari di skrin. Hello
AssalamualaikumTerdengar suara pantas memberi salam setelah panggilan disambut.
Waalaikumussalam Amy gigit bibir.
Awak tengah buat apa Soal Hanif.
Errbaca buku.
Rajinnya.
Haah. Saya memang rajin..
Hanif ketawa di hujung talian. Senyap seketika.
Ada apa awak call saya niAmy pula melontar soalan.
SayasajanakawakaduhaiHanif seperti teragak-agak.
Kenapa awak gagap ni
Tulah. Tiba-tiba terkena penyakit gagap.
Amy tergelak.
Amy. Jomerr.pergi minum.
Bila
Sekarang. Saya dah ada kat bawah.
Aaaa... Amy ternganga sendiri. Kat bawah
Haah. Kat bawah.
Senyap seketika.
Okeylah.Jawab Amy setelah berkira-kira.
Talian dimatikan. Diari 2014 ditutup.