Aku, Dia Dan Somtam - 49
BAB 49

ANIS gelisah di dalam bilik. Mundar-mandir. Sebentar lagi ibu mertuanya akan datang. Dia turun ke ruang tamu. Dari celah langsir, dia mengintai. Kereta Mercedes kelabu milik Puan Zaharah masih belum kelihatan. Anis betulkan tudungnya.

Apa yang awak tengok tu Dah siap awak masak Imran turut jenguk melalui tingkap.

Err..mama sampai pukul berapa

Sekejap lagi sampailah tu. Baru pukul lapan. Imran senyum. Anis manis berbaju kurung berona jingga dan tudung putih bercorak bunga halus yang juga berona sama.

Ohjadi ke mama nak bermalam di sini Anis duduk di sofa.

Imran angguk. Kenapa

Anis diam. Teringat perjanjian dulu. Jika mama atau mak datang bertandang, dia dan Imran kena berlakon sebagai suami isteri. Bermakna dia akan tidur sebilik dengan Imran nanti.

Apa yang awak fikir Tanya Imran lagi.

Err..kita kena berlakon ke Anis jeling Imran dengan muka kelat.

Hmm..itu perjanjian kita kan Imran mengingatkan Anis.

Awak dah lupa Dalam perjanjian tu, kita kena berlakon sebagai suami isteri di depan mama atau mak awak. Itu tertulis dalam MoU tu kan Tambah Imran lagi. Terpaksa dia menyebut soal perjanjian walaupun sebenarnya dia ingin Anis tahu yang dia sekarang ni sudah angau pada isteri sendiri!

Jadi..saya kena berlakonlah ni Saya kena tidur di bilik awak Anis pandang Imran yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

Imran angguk.

Kalau tak nak berlakon pun tak apa..Imran senyum penuh makna.

Tak payah berlakon Betul ni Anis mula ceria. Bermakna dia boleh tidur di bilik lain. Senyumannya dah lebar.

Awak jangan pula salah faham. Maksud saya, kita tak perlu berlakon tapi betul-betul. Bukan lagi cubaan. Imran kenyit mata. Dia senyum nakal. Sengaja dia berkata begitu, ingin melihat reaksi isterinya.

Anis menelan liur. Imran direnung seketika. Tak ada maknanya! Dah kena jampi agaknya. Pelik dengan sikap Imran sejak dua menjak ni. Anis muncung semula.

Ni..sejak kita kahwin, saya tak pernah tengok awak buka tudung dalam rumah. Kecuali malam tu. Kenapa Bukannya ada orang lain dalam rumah ni pun. Awak dan saya je. Imran menduga lagi.

Awaklah orang lain tu. Mengikut perjanjian tu, kita buat hal masing-masing. Jadi kita memang orang asing dalam rumah ni.Selamba Anis menjelaskan apa yang termaktub dalam perjanjian.

Ya ke Habis tu akad nikah tu tak sahlah Imran mula geram. Dia sebenarnya geram dengan dirinya sendiri.

Saya tak kata macam tu. Lafaz Aku terima nikahnya tu adalah satu lafaz yang cukup Allah suka dan syaitan sangat benci. Tapi sekiranya lafaz itu dipermainkan dengan perjanjian yang macam awak buat tu, maka dengan sendirinya lafaz itu hanya di mulut bukan di hati. Jika kita tahu tujuan sebuah pernikahan, makna lafaz itu sangat berat sebenarnya. Bukan sekadar lafaz tapi di dalamnya penuh dengan tanggungjawab. Anis tajam merenung Imran. Biar Imran tahu tanggungjawab dalam rumah tangga.

Jadi awak salahkan perjanjian tu Imran berpeluk tubuh.

Tak juga. Perjanjian tidak salah tapi isi perjanjian itu yang perlu dilihat salah atau tidak. Sekali lagi Anis melontarkan hujah.

Imran diam seketika. Dia mengaku selama ini dia yang bersalah. Mahu saja dia menjerit yang dia juga sebenarnya kasih dan cintakan Anis dan lupakan perjanjian gila itu.

Awak kena ingat, lafaz Aku terima nikahnya yang saya ucap tu sah. Dan awak telah halal untuk saya. Imran juga tidak mahu mengalah.

Saya tak nafikan hal tu. Memang saya telah halal untuk awak tapi itu bukan bermakna awak boleh buat sesuka hati. Apakah tidak ada sekelumit pun di hati awak untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab Anis semakin geram.

Jadi selama ni saya tak bertanggungjawab Kalau awak anggap saya macam tu, saya tak ajak awak tinggal di sini dan saya tak hiraukan awak langsung! Imran mengetap bibir. Terasa dirinya sudah tercabar.

Anis diam. Imran sudah ada riak tidak senang dengan kata-katanya tadi.

Saya tak tuduh awak macam tu. Apa yang saya maksudkan ialah kasih sayang dalam rumahtangga. Anis mula tunduk. Lemah bila berbicara soal hati.

Jadi awak rasa tidak ada kasih sayang dalam pernikahan kita Macam tu Imran cuba mengawal perasaannya.

Kalau dah tahu buat apa tanya Anis berkata perlahan. Dia semakin tunduk. Nada suaranya antara dengar dengan tidak. Kalau boleh dia nak sorokkan muka masa tu jugak. Berani pulak aku cakap soal kasih sayang dengan Imran ni..aduih

Maksud awak kasih sayang macam ni Imran merangkul tubuh Anis dan terus mengucup bibir milik gadis yang memilik pipi putih kemerahan.

Stop it! Pantas Anis menolak tubuh Imran.

Kenapa Itu yang awak nakkan Imran sekali lagi menyentuh bibir isterinya. Tidak dihiraukan Anis yang terkial-kial cuba menolak tubuhnya.

Assalamualaikum!

Imran lepaskan rangkulannya. Dia berpaling ke arah pintu utama. Bunyi ketukan dan salam dari luar jelas kedengaran. Perlahan dia menapak dan membuka pintu.

Anis yang masih tergamam cepat-cepat betulkan tudung yang dah senget benget. Tindakan Imran tadi nyata rakus!

Mama! Masuklah! Imran mencium tangan Puan Zaharah.

Anis turut mencium tangan ibu mertuanya. Peluh dingin masih menempel di muka. Terkejut dengan tindakan Imran tadi.

Err..Zara tak datang sekali Anis jenguk ke laman.

Tak..dia ada hal sikit. Mama sorang je. Ni ada sedikit buah mangga. Puan Zaharah menghulurkan sebungkus buah mangga masak kepada Anis.

Susah-susah je mama ni. Jomlah makan. Lauk pun dah nak sejuk tu. Imran ambil beg Puan Zaharah dan diletakkan di atas sofa.

Kenapa Anis pakai tudung Bukan ada siapa pun kat sini. Tanya Puan Zaharah lagi.

Err..errAnis ingatkan Kak Dina dan abang Kamarul datang sekali tadi. Anis jeling Imran yang mengangkat keningnya. Double jerk. Tentu dia tertunggu-tunggu apa aku nak jawab.

Jomlah kita makan. Imran cepat-cepat genggam tangan Anis. Sebelah tangan kiri pula, dia pegang tangan Puan Zaharah.

Mereka bertiga mula menuju ke ruang dapur. Puan Zaharah senyum melihat kemesraan Imran dan Anis. Berpimpin tangan.

Macam mana rumah tangga Puan Zaharah pandang Imran dan Anis silih berganti.

Baik. Kan sayang Imran jeling ke arah Anis.

Terasa kelat muka Anis masa tu.Dia hanya angguk. Muka pulak dah merah. Macam udang dibakar. Sayang Sah lidah Imran sudah tergeliat.

Alhamdulillah..mama senang dengar. Bila nak ada baby Tanya Puan Zaharah lagi.

Anis mula tersedak. Imran pula hanya senyum nakal. Sebaris gigi putihnya jelas kelihatan.

Err..mama, rasalah asam pedas ikan pari ni. Nanti Anis cedokkan untuk mama. Anis mula menukar topik. Mangkuk asam pedas dicapai dan dia menceduk sepotong ikan pari ke dalam pinggan ibu mertuanya.

Hmm..sedap! Puan Zaharah memuji masakan Anis.

Ya ke Err..bagi abang sikit. Imran tadah pinggannya sambil tersenyum.

Abang Euww!! Anis senyum paksa. Sepotong lagi ikan pari masuk ke dalam pinggan Imran. Terpaksa berlakon mesra jugak!

Abang bertuah tau dapat isteri macam Anis ni. Sambung Puan Zaharah lagi memuji menantunya.

Err..jadi ke mama nak bermalam di sini Imran sengih. Dia jeling Anis yang menguis-nguis nasi dalam pinggan.

Jadilah! Kenapa Tak boleh

Boleh sangat mama. Datanglah selalu bermalam di sini.Imran sengih. Nasi dalam pinggan dihabiskan cepat.

Anis diam tidak berkata apa-apa. Nyata Imran pandai berlakon. Malam itu Puan Zaharah menikmati hidangan makan malam dengan penuh berselera sekali.Tak henti-henti dia memuji masakan Anis.

Anis senyum kelat. Tiba-tiba terasa hidungnya mula kembang. Walaupun tak sekembang hidung Mike Tyson. Puas dapat melayan ibu mertuamya.

USAI solat isyak, Anis ke dapur semula, mengemas pinggan mangkuk yang bertimbun dalam singki. Malam tu dia terpaksa tidur sebilik dengan Imran. Biliknya pula, siang-siang lagi Imran suruh mama tidur di situ. Jadi nak tak nak, dia terpaksa juga bermalam di bilik Imran. Itu perjanjian yang terpaksa dia ikut. Perjanjian yang menuntutnya menjadi seorang pelakon yang hebat.

Peluh dingin mula terasa. Anis termenung di sofa ruang tamu. Jam di dinding sudah hampir dua belas malam. Lepas makan malam tadi, mereka bertiga berbual panjang di ruang tamu sambil menikmati mangga dan air kopi panas.

Apa aku nak buat ni Takkan aku nak tidur sebilik dengan Imran Anis pandang ke atas. Berjalan mundar-mandir di ruang tamu.

Apa yang awak fikirkan tu Tak reti nak tidur Imran muncul dari dapur. Tersengih. Di tangannya ada sebiji mug.

Anis kaget. Tak tidur lagi rupanya

Err..boleh tak saya tidur di bilik tengah tu Anis tergagap-gagap.

Kenapa Awak takut

Bukan macam tu..mana tahu awak.. Anis tidak meneruskan kata-kata. Dia pasti, Imran tentu faham ayat penyudahnya.

Jangan bimbang. Saya tak akan sentuh awak. Imran senyum nakal. Dia melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Lega. Jam di dinding dipandang lagi. Dah tengah malam. Terpaksa jugaklah Anis mengikut Imran masuk ke bilik.

Pintu bilik Imran dikuak perlahan. Imran sedang leka mengadap komputer.

Kenapa biar pintu tu terbuka Imran menoleh.

Biarlah terbuka macam tu. Anis masih berdiri di muka pintu.

Saya tak biasa tidur dengan pintu terbuka macam tu. Mana tahu ada orang menceroboh masuk dan rogol saya nanti. Imran sengih.

Anis terbeliak mendengar kata-kata Imran. Siapa nak rogol kau Tak ingin!

Saya nak tidur kat mana Anis pandang sekitar bilik Imran. Hanya ada satu katil besar. Lantai pula tidak berkarpet. Lain benar dengan biliknya yang penuh dengan hamparan karpet dan ada sebuah sofa panjang di penjuru bilik. Hatinya mula terdetik, betapa selama ini, dalam diam rupanya Imran menghargainya sebagai tetamu walaupun bukan sebagai isteri.

Kat situlah! Mana lagi! Imran muncungkan mulut ke arah katil besar.

Anis menelan liur. Kat situ ke Peluh semakin laju meleleh di dahi walaupun bilik itu sejuk dengan suhu mencecah enam belas darjah celcius. Perlahan Anis menapak ke katil. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah.

Hai..takkan tidur pun nak pakai tudung dan baju kurung macam tu, makcik Anis oi Imran jeling Anis yang sudah mula baring.

Anis diam. Matanya dipejam rapat-rapat. Tidur membelakangi Imran yang masih berada di meja belajar mengadap komputer. Buat kerja agaknya. Ah! Itu bukan hal aku! Anis segera tarik selimut.

Imran senyum melihat gelagat Anis. Ikutkan hati mahu saja dia peluk tubuh isterinya dan tak akan lepas lagi tapi itu bukan dirinya ingin memaksa jika tidak dengan rela hati. Cadangan Zafran siang tadi mula bemain di ruang kotak fikirannya. Ikutkan hati nak saja dia merealisasikan cadangan tu tapi melihatkan Anis dah pucat macam tu, dia terpaksa abaikan saja niatnya. Biarlah masa yang menentukan. Dia menyambung semula kerjanya sehingga tersengguk-sengguk di meja.

ANIS buka mata perlahan. Tangan didepa luas. Menggeliat kecil. Imran tidak ada di sebelah. Melilau dia mencari kelibat Imran.

Ya Allah

Anis mula rasa bersalah melihat Imran tertidur di meja studi. Termengguk dengan kepala di atas kedua lengan.Anis menapak perlahan ke arah Imran yang begitu nyenyak tidur di situ berbantal lengan. Jam atas meja studi sudah hampir masuk waktu subuh. Imran dikejut perlahan.

Berpisat-pisat Imran membuka mata. Digenyeh berkali-kali. Awak dah bangun

Anis angguk. Dah nak subuh. Err..saya nak mandi tapi baju saya tak ada kat bilik awak ni.

Imran menggeliat seketika. Dia melangkah mamai ke almari pakaian. Sehelai baju t-shirt dan sehelai kain pelikat dikeluarkan dari almari.

Err..takkan saya nak pakai kain pelekat ni.. Anis belek pakaian yang diberi Imran.

Itu je yang ada. Kalau tak nak sudahlah. Awak pakailah baju ni balik Imran tuding ke arah baju yang melekat di tubuh Anis.

Anis diam.

Apa lagi Pergilah mandi. Imran kembali termengguk di meja.

Anis melangkah malas ke bilik air. Kain pelikat turut dibawa sekali.

Imran senyum geli hati melihat Anis mengenakan kain pelikat dan baju kemejanya.

Nanti solat sekali ya.. Sempat dia berpesan pada Anis sebelum ke bilik air.

Solat sekali Aku mimpi ke ni Anis menepuk pipinya berkali-kali. Perubahan Imran sudah menginjak selangkah. Dari sembilan puluh darjah sudah naik jadi seratus dua puluh darjah. Anis senyum sendiri. Sekurang-kurangnya Imran ada inisiatif nak berubah.

Di pejabat, dia tidak pernah melihat Imran solat. Tak tahu la pula kalau Imran solat di dalam biliknya. Di rumah pula, masing-masing ada bilik sendiri.

Usai solat, Anis teragak-agak mencium tangan Imran.

Terima kasih awak..

Anis dongak. Errterima kasih Kenapa

Sudi berlakon. Pandai awak berlakon. Imran sengih.

Anis terus tarik tangan dari genggamannya. Telekung yang dipakai dilipat kasar. Dia bingkas bangun dan ingin beredar dari situ. Ingatkan dah berubah! Sakit hati!

Err..takkan saya nak keluar dengan baju dan kain ni Anis menoleh semula ke arah Imran yang masih tersenyum di tikar sejadah.

Habis tu Awak nak pakai semula baju malam tadi

Anis mencebik sambil beredar keluar dari bilik Imran. Berhati-hati dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan menukar pakaian lain yang sesuai. Lega bila ibu mertuanya sedang mandi di bilik air. Cuma dia teragak-agak nak pakai tudung. Malam tadi dah kena sound!

Hmm..terpaksalah aku free hair hari ni. Anis mula menyikat rambut .

Pagi itu dia menyediakan sarapan untuk ibu mertua dan Imran seperti biasa. Dia masak spagetti goreng, ayam goreng tepung dan yang pasti somtam khas buat ibu mertua.

Ehem!

Anis dongak. Imran berdehem kecil di muka pintu dapur. Tepat memandang ke arahnya.

Mama mana Tanya Anis. Imran masih merenungnya tidak berkelip. Apa kena pulak dia ni Aku pakai baju koyak ke Anis belek-belek baju dan kain yang dipakai. Imran memandangnya tidak berkelip.

Ehem! Mama mana pakcik Imran oi Anis pulangkan semula gelaran padanya malam tadi.

Hah Err..awak tanya apa tadi Imran garu kepala. Terpegun melihat Anis dengan rambut dilepas bebas begitu. Cantik!

Subhanallah

Emm..Anis masak apa ni Sedap baunya.. Puan Zaharah tiba-tiba muncul di dapur.

Anis masak biasa je mama. Ni, Anis ada buat somtam untuk mama. Nanti bolehlah bawa balik kat Zara dan Kak Dina sekali.

Anis cium tangan Puan Zaharah yang sudah lengkap bertudung.

Eii! Asyik-asyik somtam! Benda busuk tu! Imran tekup hidung.

Abangsomtam tulah yang buat abang kenal Anis ni kan Ingat tak kak Dina suruh abang beli somtam masa balik kampung dulu Mungkin itulah cara Allah bagi jalan nak jodohkan abang dengan Anis ni Puan Zaharah mengingatkan anak lelakinya.

Imran diam. Dia putar semula semua yang berlaku. Sejak kejadian tu dia dan Anis asyik bertembung walau sering bergaduh.

Jemputlah mama. Anis tarik kerusi dan pelawa Puan Zaharah duduk.

Terima kasih..

Mereka menikmati sarapan bersama. Anis sekejap tunduk, sekejap dongak. Perasan sejak tadi ibu mertuanya asyik tenung ke arahnya. Dia menggelabah. Nak ambil spagetti, terambil pula sosej bakar.

Nilah pertama kali mama tengok Anis tanpa tudung. Subhanallahcantik.. Puan Zaharah memuji kecantikan Anis Rambut ikal, hitam dan lebat melepasi paras bahu. Sesuai dengan warna kulit yang putih kemerahan. Yalahada darah keturunan Siam. Mana tak halus mulus kulit tu. Kalau tengok cerita Thailand, sampai terpana melihat kecantikan pelakon-pelakonnya.

Uhuks! Anis tersedak. Cepat-cepat dia capai gelas dan minum seteguk.

Kembanglah tu! Imran menyindir.

Mama..saya ni biasa je. Kalau kita rasa cantik, ada lagi yang lebih cantik. Yalahramai lagi yang boleh dikategorikan dalam gadis idaman. Anis jeling Imran yang mula terbatuk-batuk. Biar Imran terasa apa yang dia katakan tadi.

Memang betul. Mama tak nafikan tapi bagi mama Anis cukup segala-galanya. Mama bersyukur dapat menantu macam Anis. Tak sabar mama nak timang cucu. Biar cucu mama tu mewarisi wajah Anis. Puan Zaharah pegang lembut tangan menantunya.

InsyaAllah mama. Dalam tahun ni juga, abang akan beri mama cucu. Imran sengih. Senyumannya semakin lebar.

Sekali lagi Anis tersedak. Dia pandang pula Puan Zaharah yang turut senyum mendengar kata-kata Imran. Hebat betul Imran berlakon!

HUJUNG minggu macam ni, tidak banyak yang dapat dilakukan. Mama dah pulang selepas makan tengah hari. Imran pula ada hal di luar. Anis jeling jam. Hampir empat petang.

Apa aku nak buat ni Kelas praktikal dah lama habis. Dah lulus pun aku.. Surat khabar dari atas meja kecil di tatap seketika.

Asyik cerita bunuh, rogol, rompak. Eii..tak ada ke cerita bermanafaat sikit.. Remote control tv Anis letak semula di atas tv.

Anis menapak pula ke dalam bilik. Rindu pada biliknya walaupun hanya satu malam ditinggalkan. Lega bila tidak perlu lagi berlakon. Dia bukannya pelakon popular yang pandai berlakon sehingga terkesan orang menontonnya. Lainlah kalau Imran, Aaron Aziz pun boleh kalah!

Imran macam tak suka aku sambung belajar. Adakah dia cemburu Atau.adakah dia tak suka sebab aku lebih bercita-cita tinggi dari dia Ah! Tak mungkin sebab tu. Dia dah ada syarikat sendiri. Buat apa nak cemburu pasal benda remeh ni. Hmmhairan jugak ya.. Anis mengelamun. Memikirkan semula apa yang telah terjadi. Sikap Imran seolah ada sesuatu yang cuba disembunyikan darinya.

Hmm..baik aku ke pasar beli betik. Bahan somtam pun sudah habis.

Anis capai dompet. Pasar di kawasan perumahan itu tidak banyak yang menarik perhatiannya apatah lagi betik muda. Terpaksalah dia ke pasar yang dulu. Pasar yang dia selalu singgah.

SEBELUM ke pasar, dia singgah sekejap di rumah sewa lama. Sarah masih di situ. Hilang rasa rindunya pada rumah yang telah banyak memberi kenangan.

Anis, kau dari mana Sarah letak dulang ke atas meja.

Aku dari rumah. Saja singgah sini jap. Sebenarnya aku nak ke pasar beli betik. Anis sengih. Panjang berjela dia menjawab.

Imran tak marah ke Sarah tuang air kopi ke dalam cawan.

Tak.. Jawab Anis malas. Hambar.

Lemah je tone suara kau tu. Sarah sengih. Dia sua pula karipap kepada Anis.

Tak ada apalah..kau macam mana Anis mengalih topik. Air kopi diteguk perlahan.

Macam mana apa

Yalah..pasal kau dan Zafran

Oh..insyaAllah, dua minggu lagi kami akan bernikah. Err..sekejap. Sarah minta diri dan kembali semula membawa sekeping kad.

Apa ni

Kad jemputan kahwin aku la. Nanti kau dan Imran datang ya!

Anis renung kad di tangan. Cantik. Entah kenapa dia mula rasa sebak. Pernikahannya dengan Imran tidak seperti orang lain. Tiada kad jemputan. Jemputan hanya sekadar di mulut. Itu semua kehendak Imran.

Anis

Anis tersedar dari lamunan.

Maaf. InsyaAllah, kalau ada masa aku datang. Anis mengukir senyum.

Apa pulak kalau ada masa Kau mesti datang tau!

Anis senyum hambar. Bulan depan mungkin dia sudah pun terbang ke benua Eropah.

Err..dah nikah nanti, kau nak tinggal kat mana Anis tanya lagi. Teruja mendengar kawan serumahnya dulu sudah ingin

menamatkan zaman anak dara. Ya..anak dara! Baru teringat yang dia juga masih anak dara.

Aku ingat kat rumah ni jelah. Lagipun Ina dah keluar. Dia dah menyewa kat Sepang. Yalah, senang sikit dia nak berulang alik ke airport. Sarah capai cawan kopi. Diteguk perlahan.

Oh..jadi betullah dia jadi stewardess

Sarah angguk.

Emm..tak sangka ya. Ina betul-betul jadi pramugari. Aku ingat dia bergurau je dulu. Tak apalah asalkan dia tahu jaga diri. Anis mula teringat perbualannya dengan Zarina dulu.

Tu la..dah minat dia ke situ. Sarah turut mengiakan kata-kata Anis.

Hari ni kau ada hal tak Maksud aku..kau tak keluar mana-mana Anis senyum. Sudah lama dia tidak mengajak Sarah keluar bersama.

Emmrasanya tak kut. Kenapa

Aku nak ajak kau makan. Nak tak Aku belanja. Lepas tu bolehlah kau teman aku beli betik muda kat pasar depan tu! Anis semakin teruja.

Pasal makan, aku okey je! Sarah sengih. Dia minta diri untuk bersiap.

DI RESTORAN, Anis dan Sarah berselera menikmati steak. Di tersenyum melihat Sarah begitu berselera mengunyah rib eye steak. Mentang-mentanglah aku yang belanja!

Eh, Aniscuba kau tengok kat sana tu Aku macam kenal je perempuan tu Sarah tuding ke arah sebuah meja di penjuru restoran.

Anis turut pandang ke arah meja yang dimaksudkan oleh Sarah. Seorang gadis yang cukup dia kenal sedang berbual mesra dengan seseorang. Dia cuba mencari wajah lelaki yang bersama gadis itu.

Siapa pulak lelaki tu Anis jenguk sedikit. Panjangkan leher.

Kalau yang perempuan tu aku kenal tapi lelaki tu..aku tak cam sangat. But..wait!! Anis pegang tangan Sarah. Matanya terbeliak.

Apa.

Kau nampak tak apa yang aku nampak Anis pegang tangan Sarah semakin kuat.

Nampak apa Sarah terpinga-pinga. Terjenguk-jenguk sampai dah kecik mata nak fokus.

Tu! Perempuan tu beri sesuatu kat lelaki tu. Macam sampul surat Anis panjangkan leher lagi.

Sampul surat Sarah sekali lagi terpinga-pinga.

Aku rasalahni tentu dia ada rancang sesuatu. Anis sambung semula makan daging panggang yang masih berbaki di dalam pinggan.

Rancang Siapa perempuan tu Sarah tanya Anis yang masih tidak menjawab soalannya tadi.

Kau kenal sangat dia tu. Dulu kau juga yang cakap kat aku. Cuba kau perhati betul-betul.. Anis renung perempuan itu semula.

Siapa ek Berkerut kening Sarah memerhati perempuan berambut perang yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki.

Cuba kau tengok betul-betul Anis ulang lagi.

Ya Allah! Natasha ke tu Sarah tutup mulutnya. Dia sedikit menjerit.

Anis senyum kelat.

Lain benar dia sekarang. Dulu elok je bertudung. Aku tahulah dia dah buka tudung sejak tinggalkan Imran dulu tapi tak terfikir pulak sampai macam tu sekali dia berubah! Sarah mengucap panjang.

Errmaaf Anis. Aku tak bermaksud nak ungkit cerita cinta Imran dulu. Sarah mula tersedar bila melihat Anis hanya tunduk membisu.

Its ok. Aku tak terasa pun. Sikit pun tak terasa. Anis cuba sembunyikan perasaan sebak di hati.