Memang benar apa Idlan kata, dia tak patut dengar cakap orang. Tak perlu mengikut telunjuk Dato Arshad. Bukankah dulu dia ada pendirian Niat dia berkahwin dengan Idlan, adalah untuk membahagiakan lelaki itu. Tapi, sekarang, apa yang dia lakukan Tanpa sengaja, dia mencalarkan perasaan Idlan. Baik dia mohon keampunan segera.
Eh, Ika Che Jah menegur sebaik terpandang Ika berdiri di laman.
Ika baru tersedar dari lamunan, segera memberi tumpuan pada Che Jah.
Mak...
Che Jah senyum nipis. Apa yang berlaku, dia dah sedia maklum dari mulut Idlan sendiri.
Kenapa berdiri di bawah Naiklah...
Dengan rasa serba salah, Ika menapak ke arah anak tangga pertama. Tangan dihulur untuk bersalam dengan ibu mentua. Air matanya membasahi tangan Che Jah. Dia mendongak dan terus mendakap Che Jah. Ika berdosa, mak. Ika berdosa dengan abang...
Che Jah menggeleng lemah sambil melepas keluhan panjang. Belakang Ika digosok lalu diusap perlahan.
Mak dah tahu. Lan dah cerita semuanya pada mak. Ika jangan susah hati. Semuanya akan baik-baik saja lepas ni.
Ika mengesat mata. Kata-kata ibu mentuanya sedikit menyejukkan hati. Abang mana, mak
Dia ada di dalam. Ika masuklah. Mak nak keluar sekejap ni. Ada mesyuarat kat balai raya. Mak pergi dulu, ya.
Ika mengangguk kecil. Apabila kelibat Che Jah hilang, perlahan dia melangkah menuju ke bilik Idlan. Pintu dikuak perlahan. Terpandang susuk tubuh suaminya sedang berdiri memandang ke luar jendela, dia kembali resah. Apakah Idlan sedar akan kehadirannya di sini
Dia mendekati dan berdiri di belakang Idlan. Belakang badan suaminya diperhatikan cukup lama. Ada rasa berdosa bertandang. Ada rasa bersalah yang membelit diri. Sebelah tangan menyentuh lembut bahu Idlan. Apakah Idlan masih marah
Abang... maafkan Ika. Ika berdosa dengan abang. Kenapa Ika ni bodoh sangat. Betul abang kata. Ika tak perlu ikut cakap orang.
Ika jatuhkan tangan dan tak lagi menyentuh bahu Idlan apabila suaminya berpaling.
Idlan memberi senyum tawar. Kata maaf dari isterinya buatkan dia tak bertahan nak merajuk lagi. Memang ya, tadi dia berkecil hati apabila tahu punca sebenar masalah antara mereka. Tapi, untuk merajuk lama-lama, dia sendiri tak mampu. Sebagai suami, memang tak sampai hati melihat wajah redup Ika diselubungi rasa bersalah.
Ika tolonglah jangan buat keputusan terburuburu lain kali. Apa-apa hal, tanya abang dulu. Jangan terus lari. Abang penat nak kejar.
Ika senyum lebar mendengar kata-kata Idlan. Ada nada lucu terselit di situ.
Ika janji, lepas ni Ika tak nak lari. Ika nak jalan aje, boleh
Idlan merangkul perlahan pinggang Ika. Hidung isterinya dipicit perlahan.
Nakal...
BERITA Irdiana meninggal dunia sampai ke pengetahuan Idlan sejurus dihubungi Datin Zabedah. Dia meraup wajah perlahan. Ika duduk di sebelah ditarik rapat ke sisi. Isterinya bungkam ketika mendengar berita itu.
Sayang nak pergi ziarah tak
Ika menyapu bawah mata. Tak sedar dia menangis pula. Jauh di sudut hati dia tetap berasa sayu atas pemergian Irdiana walaupun perempuan itu bukan sesiapa dalam hidupnya. Marilah kita pergi. Kalau abang tak tunjuk muka, nanti apa pula kata Dato dan Datin.
Betul Ika nak ikut sekali Ragu-ragu Idlan menyoal.
Kerisauan bertandang apabila mengingatkan reaksi Ika ketika melawat Irdiana sakit di hospital dulu. Bukan main takut lagi isterinya apabila melihat keadaan Irdiana yang nazak.
Betul, abang. Biar Ika temankan abang. Putus Ika seraya berdiri.
Tangan dihulur pada Idlan sambil bibir menguntum senyum. Sekadar memberi semangat pada Idlan yang akan bertandang ke rumah Dato Arshad untuk melihat jenazah Irdiana kali terakhir.
Idlan mengangguk. Perlahan-lahan dia berdiri. Berat kaki nak pergi menziarah kerana masih mengenang perkara yang sudah-sudah. Saat dia melangkah seiring dengan Ika, terlayar semula bagaimana buruk layanan arwah terhadap dirinya. I maafkan you, Ir. I maafkan... terdetik ucapan itu di hati kecil saat kaki melangkah keluar dari kondo.