aktiviti berjalan boleh tak Akak dengan
Abang Zahar nak kena bawa si Faizura ni ke hospital. Kalau lambat takut lain pula jadinya. Tolong Akak ya El Lisa tergesa-gesa meminta pertolongan Elzaara.
Eh Kak Tak naklah El. El mana tau tentatif program, nak buat apa semua. Akak cari orang lain jelah, segera Elzaara menolak permintaan Lisa.
El, tolong Akak. Please El tak payah risau apaapa, semua tentatif, apa benda nak buat semuanya ada dalam fail ni. El ikut je okey El tolong monitor je. Yang lain-lain pandailah Brian uruskan sebab dia tau apa nak buat. Kami tak cukup AJK nak handle ni sebab tu Akak minta tolong El. Akak dah terdesak sangat ni El. Tolong Akak ya AJK yang lain ada, tapi masing-masing ada kerja masing-masing. Brian ambil tugas Abang Zahar, El ambil tugas Akak. Nah, ni fail dan walkie talkie. Apa-apa El bincang dengn Brian okey
Akak pergi dulu.
Akak..!
Jeritan Elzaara tidak di dengari oleh Lisa. Elzaara hanya melongo saja melihat Lisa meloloskan dirinya ke dalam kereta dan terus meluncur pergi meninggalkan dirinya bersama sebuah fail dan juga walkie talkie di tangan.
Hm... Nasib akulah. Tapi, kenapa harus aku bergandingan dengan mamat tu. Tak ada orang lain ke Abang Zahar pilih untuk gantikan dia Okey, mulalah aku nak angin ni. Buat jelah. Karang apa pula Kak Lisa cakap. Lagi pun ada AJK yang lain. Baik aku jumpa dia orang daripada aku kena menghadap lelaki tu.
Fail dan walkie talkie dihayun mengikut alunan tangannya dan dia melangkah ke arah pejabat di mana para AJK sedang berkumpul menyediakan peralatan untuk mereka gunakan dalam aktiviti BBQ malam nanti. Elzaara teragak-agak dan dia kelihatan Kaku di situ.
Erkk.. Ni Kak Elzaara, kan
Ya, saya. Siapa ya
Saya Myra. Err, Kak Lisa ada bagi Akak senarai daging barbeku tak
Oh ya, ada-ada. Kejap Akak cari. Okey nah.
Terima kasih, Kak.
Sama-sama. Err, Myra...
Ya, Kak
Ada apa-apa Akak boleh tolong ke sebab tadi Kak Lisa ada suruh Akak tolong-tolong AJK yang lain.
Oh, tak ada apa nak buat pun, Kak. Semuanya dah siap untuk aktiviti barbeku malam ni. Rasanya tak ada apa nak buat dah kot Kak. Tinggal untuk aktiviti riddle je kejap lagi. Tapi, rasanya tu Abang...
Belum sempat Myra menghabiskan ayatnya kelihatan Brian berjalan menuju ke arah mereka dengan fail yang dikepit di celah ketiaknya. Segera Myra melaksanakan tugasannya iaitu memastikan stok daging untuk acara malam nanti mereka adalah mencukupi.
El, you boleh ikut I kejap tak
Eh, nak kemana pula! Kak Lisa suruh saya duduk dekat sini je. AJK lain tak ada ke
You kena tolong I untuk siapkan untuk aktiviti riddle petang karang. Soalan-soalan riddle semuanya tak siap lagi. Zahar dengan Lisa tak habis tulis tadi. So, kita dua kena buat. Yang lain sibuk uruskan untuk acara campfire malam karang. Jom. Huh! rengus Elzaara.
Dia mengikut sahaja langkah Brian dengan lemah. Dia sangat tidak berpuas hati kerana akhirnya dia terpaksa juga bergandingan dengan Brian menguruskan tanggungjawab yang ditinggalkan sementara oleh Lisa dan juga Zahar. Dia sebenarnya cuba mengelak daripada bertembung, berjumpa mahupun berada berdekatan dengan lelaki itu kerana dia tidak selesa. Tetapi malangnya, lagi kuat untuk dia cuba mengelak, lagi kuat mereka berdua tidak boleh dipisahkan.
Di meja, terdapat seorang dua tengah menyiapkan riddle yang akan mereka guna untuk aktiviti petang nanti. Ciskek betul! Kata tak ada orang nak buat padahal ni ada je. Memang nak kena ketuk betul mamat ni.
Elzaara menunjukkan rasa bengangnya terhadap Brian kerana telah menipu dirinya hidup-hidup tetapi memikirkan Kak Lisa dan juga dia tidak mahu menimbulkan sebarang provokasi, dia menyertai mereka bertiga dan menyusun cebisan-cebisan riddle ke dalam sampul dengan senyap. Tidak lama kemudian, walkie talkie Brian berbunyi dan dia meninggalkan meja. Elzaara menarik nafas lega.
You ni Elzaara kan Sepupu Lisa kan
Err, ya saya.
Hai, I Kamini dan ni Jenny. You ni dah kerja ke study lagi ya
Hai, saya dah kerja. Err, satu universiti dengan Kak Lisa ke
Yup, ramai antara kami dekat sini yang satu universiti dengan Lisa, Zahar dan Bunyamin.
Bun.. Bunyamin Dahi Elzaara berkerut seribu.
Dia tidak pernah pula mendengar nama kawan rapat kakak sepupunya yang bernama Bunyamin. Setahunya kawan rapat Lisa dari London hanyalah Brian dan juga Zahar. Hanya itu sajalah yang dia tahu.
Ala... yang tadi tu. Yang bawa you datang sini tulah Bunyamin. You tak kenal Bunyamin ke Elzaara Soal Jenny dengan pekat Mandarinnya.
Tadi Brian ke Elzaara semakin blur.
Ya. Nama Islam dia Bunyamin, tapi dekat universiti dia terkenal dengan nama Brian. Probably sebab parents dia pelat nak sebut nama orang-orang Melayu. You memang kenal dia dengan nama Brianlah ya soal Kamini pula.
Elzaara mengangguk. Mereka bertiga rancak bersembang soal lelaki yang bermata biru itu. Elzaara sudah kegelisahan apabila nama Brian terus menyucuk-cucuk cuping telinganya. Dia seakan-akan tenggelam dalam dunianya.
Oh ya, you dah bertunang ke Elzaara
Err, dah.
Tunang you kerja apa Sorrylah kalau we all tanya.
We all memang macam ni, harap you tak kisahlah ya.
Tak apa. Saya pun tak tau dia kerja apa sebab saya tak kenal dia. Family arrangement. Awak dah kahwin ke
Kami berdua boyfriend pun tak ada macam manalah nak kahwin. Nak kena tunggu nasi minyak Lisa dulu kot baru kami dapat boyrfriend. Kan Jenny.
Butul, butul.
Dengar kata Brian pun dah bertunang. You ada dengar cerita dia yang ni
Dengan siapa Kenapa I tak tau ni
Entahlah I pun tak tau. You bukan tak kenal dia, dia kan perahsia orangnya. El, you tau hal ni
Elzaara hanya menggeleng! Dia menyangKakan bahawa cerita soal Brian akan tamat di situ ternyata rupanya masih lagi ada kesinambungan. Akan tetapi, dia sendiri terkejut bahawa lelaki itu sebenarnya sudah pun bertunang.
Bagus juga dia dah bertunang, tak adalah dia nak kacau hidup aku lagi lepas ni. Dasar buaya! Tapi apa dah jadi dengan hubungan antara dia dan juga Lyn Elzaara bermonolog sendirian.
El, semua dah selesai. You pergilah balik bilik, rehat dulu. You pun nampak macam dah penat. Nanti apa-apa I call you je.
Suara garau tiba-tiba menyapa telinga Elzaara sehingga menyebabkan dia terkejut. Secara spontan Elzaara mencapai barang-barangnya dan terus berlalu untuk balik ke biliknya. Elzaara menoleh ke belakang dan memberikan isyarat kepada Jenny dan juga Kamini tetapi tidak kepada Brian.